[MV] BOYFRIEND(보이프렌드) _ OBSESSION(너란 여자

Monday, 30 April 2012

KUIH PAK TONGKO


KALAU TERPELEUT LIDAH PUTRI NAK JERR TERSEBUT JAMAL PAK TONGKOL HAHAHAHA LEBIH KURANG JERR KAN BUNYINYA...HUHUHU.APA PUN MULANYA NAK BUAT YG SATU LAGI RESEPI TAPI BILA TENGOK RESEPI YG NI WOOO LEBIH BEST N YAKIN NI PASTI LEBIH LEMBUT. DAH SEJUK PUN TETAP JERR LEMBUT TAU....PUTRI SUKA NAK MAKAN NGAN SAMBALLL. ESOK NAK BUAT LAGI NI HEHE. AYUHH RAMAI2 BUAT KUIH NI TUK SARAPAN....JOM REDAH BAHAN2NYA....TO SOFINAR THKS ALOTS FOR SHARING RESEPI SEDAP NI. TERUJA MASA BUAT TAU. BENTUK KUIH NI BOLE DIPERBAGAIKAN IKOT SUKA HATI GITU...NAK LONJONG KERR LEPER KERR BOLE JERR...JALAN TERUSSS JGN BELOK2 HAHAHA


BAHAN-BAHANNYA ( 4-5 OARANG MAKAN )

• 300G TEPUNG GANDUM
• 3 SUDU BESAR GULA PASIR
• 2 SUDU BESAR MENTEGA
• 1 BIJI TELUR
• 2 SUDU TEH YIS
• 75 ML AIR
• SECUBIT GARAM


KUAH

• 3 GENGGAM KACANG TANAH- GORENG TANPA MINYAK, BUANG KULIT DAN BLEND.
• 4 TANGKAI CILI KERING - DIGORENG DAN BLENDER BERSAMA KACANG.
• GARAM, GULA DAN ASAM JAWA SECUKUP RASA.
• 3/4 CAWAN AIR PANAS - IKUT SUKA, JIKA TAK MAU PEKAT BOLEH TAMBAH AIR BEGITULAH SEBALIKNYA.



CARA-CARA

1. PAK TONGKO - CAMPUR SEMUA BAHAN KECUALI AIR DAN GAUL DENGAN TANGAN SEKEJAP.

2. MASUKKAN AIR DAN ULI HINGGA LICIN, PERAP 30 HINGGA 45 MINIT

3. CANAI PAK TONGKO LEBIH KURANG 1CM TEBAL DAN POTONG DENGAN PISAU MENGIKUT BENTUK KESUKAAN ANDA

4. PANASKAN MINYAK, DAN GORENG SEPERTI MENGGORENG KUIH DONAT.

5. KUAH- CAMPUR SEMUA BAHAN DAN KACAU HINGGA SEBATI

6. JIKA TAK SUKA KUAH KACANG NI BOLE LAH DI MAKAN BEGITU SAJA ATAU PUN CICAH KARI ATAU SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PUN SODAP...

SELAMAT MENCUBA!


2 comments:

  1. tak pernah dengar pulak kuih pak tongko... Jamal pak tongkol tu, betullah ada...

    adik beradik cha koei ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ogy....hahahahahaha tu laa kita cakap mmg tak pernah dengar kan..tapi ni lain sangat dari cakoi...kuih org mana ek lupa laa hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...