Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Sunday, 8 April 2012

RODA-RODA COKLAT

THKS TO DAPUR MAMI YG DAH BANYAK MENYUMBANG RESEPI KAT BUKU2 MAMI...BEST SANGAT2....KALI NI PUTRI CUBA BUAT RESEPI RODA2 COKLAT...MMG BEST RANGUP BISKUT NI TAK SYAK LAGI SUKA PUTRI TAU...PADA SEMAU TEMAN2 APA LAGI TUNGGUU JOM TRY BUAT HEHE...

RODA-RODA COKLAT (MENGHASILKAN 70-80 KEPING) KALAU PAKAU TERAP BOLE DAPAT LEBIH ARD 130-140

BAHAN2NYA
250 GM BUTTER
250 GM GULA KASTOR
1 BIJI TELUR GRED C
1 SUDU KECIL ESEN VANILA
30 GM TEPUNG JAGUNG (DIAYAK)
410 GM TOP FLOUR (DIAYAK)
½ SUDU TEH BAKING SODA (DIAYAK)
30 GM BADAM CINCANG (DICE)
50 GM BADAM KISAR
30 GM SEBUK KOKO (DIAYAK)
KERTAS TIMAH SECUKUPNYA.



CARA2NYA

1. SATUKAN DAN AYAK SEMUA TEPUNG DAN KETEPIKAN.

2. PUKUL BUTTER, GULA DAN ESEN VANILLA HINGGA KEMBANG. MASUKKAN TELUR DAN PUKUL LAGI SAMPAI RATA.

3. MASUKKAN TEPUNG DAN BADAM KISAR KEDALAM ADUNAN DAN ULI LEMBUT HINGGA MENJADI SATU DOH.

4. ADUNAN DIBAHAGI KEPADA DUA BAHAGIAN. SATU BAHAGIAN LETAKKAN BADAM CINCANG DAN SATU LAGI BAHAGIAN LETAKKAN SERBUK KOKO. ULI ADUNAN BERASINGAN HINGGA RATA DAN LEMBUT.

5. ADUNAN KELIHATAN SANGAT LEMBUT…JGN BUBUH TEPUNG LAGI.

6. ADUNAN BADAM CINCANG DIBAHAGI KEPADA DUA BAHAGIAN DAN ADUNAN KOKO JUGA DIBAHAGI KEPADA DUA BAHAGIAN SAMA BANYAK.

7. AMBIL SATU DOH DARI ADUNAN BADAM DAN CANAI DIATAS KERTAS TIMAH SETEBAL ½ INCI ATAU KURANG SEDIKIT DAN KETEPIKAN.

8. AMBIL SATU DOH DARI ADUNAN KOKO PULA DAN CANAI DIATAS KERTAS TIMAH YG LAIN SETEBAL ½ INCI ATAU KURANG SEDIKIT DAN HEMPAPKAN DIATAS ADUNAN BADAM TADI.

9. GULUNG PERLAHAN2 SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL MENEKAN2 DAN KEPAL2 KAN ADUNAN SUPAYA MAMPAT.

10. KLUARKAN SEKEJAP DARI KETAS TIMAH DAN GULUNG2KAN IA SUPAYA ADUNAN GULUNG KELIHATAN KEMAS DAN SAMA RATA.

11. LETAKKAN SEMULA ADUNAN YG TELAH DIGULUNG KEATAS KERTAS TIMAH TADI…BALUT RAPI DAN SIMPAN DIDALAM PETI SEJUK SELAMA 3 JAM(BUKAN FREEZER). ULANG PROCESS SAMA PADA SATU LAGI ADUNAN YG ADA.

12. KLUARKAN DARI PETI SEJUK. JGN BUKA BALUTAN KERTAS TIMAH TADI DAN POTONG DENGAN KERTAS2 TU SEKALI SETEBAL ¼ INCI DENGAN PISAU NIPIS TAJAM. BUKA LILITAN KERTAS TIMAH TADI DAH SUSUN ADUNAN DIATAS LOYANG. BOLE LAH DIBAKAR.

13. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 170C SELAMA 15 MINIT ATAU SEHINGGA MASAK BERGANTUNG KEPADA SUHU OVEN MASING2.

SELAMAT MENCUBA!!!


KAT BAWAH NI ADA CONTOH CARA MENGGULUNG BISKUT NI...SELAMAT MENCUBA!!!

MULA2 KITA BAHAGIKAN ADUNA PUTIH @ KACANG BADAM KEPADA 2 BAHAGIAN....THEN MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PLASTIK BAG...PASTIKAN HUJUNG PLASTIK KITA LIPAT SUPAYA ADUNAN TKA TERKELUAR...CANAI ADUNAN MENGUKIT BENTUK PLASTIK

BEGINI LAH RUPANYA SETELAH DICANAI....SAMA RATA...

OK SKARANG NAK KLUARKAN ADUNAN DARI PLASTIK...SO KENA HATI2 SBB ADUNAN SANGAT LEMBUT...GUNA GUNTING TUK BUKAK N KLUARKAN ADUNAN NI...

SEPERTI DALAM GAMBAR....TERBUKA LUAS PLASTIK NI...ADA NAMPAK...TAK NAMPAK SUDAH HAHAHAHA....



AMIK KERTAS TIMAH DAN HEMPAPKAN DIATAS ADUNAN TADI.... 

RATAKAN ATASNYA....KASI MELEKAT GITU....UIIIKKSS NAMPAK LAK JARI TU INAI NAK ILANG HAHAHAHA

KEMUDIAN PERLAHAN2 TERBALIKKAN ADUNAN NI DARI BAWAH PUSING KERR ATAS...

HAA CAM NI...DAH TERBALIKKAN...PASTU BUKA LERR PLASTIK TU.....

AMBIL ADUNAN COKLAT LAK....SAMA JUGA BAGI DUA...MASUKKAN SATU BAHAGIAN KE DALAM PLASTIK DAN CANAI MENGIKOT BENTUK PLASTIK


SAMA JUGA GUNTING TUK BUKA BALUTAN TU...

DAH TU DEKATKAN ADUNAN COKLAT PADA ADUNAN PUTIH BADAM TADI...SEPERTI DALAM GAMBAR NI...

DENGAN BERHATI2 SUPAYA TAK PATAH ADUNAN COKLAT...NAIKKAN ADUNAN COKLAT DAN HEMPAPKAN DIATAS ADUNAN PUTIH BADAM TADI

CAM NI KELIHATANNYA BILA DAH HEMPAPKAN ADUNAN TADI....BUKA PLASTIK TU...

HAAA NAMPAK DENGAN JELAS KAN BILA DUA2 DAH BERSATU....HAA CAM NI LERR...TAPI HATI2 K...ADUNAN NI BOLE PATAH SBB LEMBUT SANGAT!!!...

OK MULA KAN GULUNG CAM BUAT KEK GULUNG GITU...GULUNG SIKIT2 DULU SAMBIL DI TEKAN2 KASI MAMPAT....

PASTU PELAN2 BUKA...SBB NAK ULANG PROCESS MENGGULUNG SO KENA GULUNG DAN BUKA....PASTIKAN ADUNAN TAK MELEKAT KAT KERTAS TIMAH...SIKIT2 TAKPE...BIASA LERR TU...HUHUHU ^_*

PASTU CONTINUE...GULUNG LAGI...SIKIT2 GULUNG N TEKAN2...SETIAP KALI MENGGULUNG KENA TEKAN2 N PASTIKAN ADUNAN MAMPAT...TAK LEKAT KAT KERTAS TIMAH NI....ULANG PROCESS SAMPAI PENGHUJUNGNYA....

GULUNG BUKA GULUNG BUKA...CAM MAIN2 GITU HAHAHAHA....SERIOUSLY MMG GITU KENA BUAT...PELAN2@HATI2....

HAAAA NAMPAKKK....SETELAH DIGULUNG....TEBAL KAN....HAA MASA NI LERR KENA KECILKAN SIKIT KETEBALANNYA...KALAU TAK NANTI BESAU2 KUKIS NYA CAM MANA NAK MASUK LAM BEKAS...HEHEHE...

KETEPIKAN KERTAS TIMAH TADI DAN LETAK ATAS PLASTIK BOARD YG TIPIS TU DAN KITA TEKAN2 DAN ROLLKAN SIKIT2...SAMBIL TU TEKAN2 KASI MAMPAT

NOW LETAKKAN DIATAS KERTAS TIMAH SEMULA...ROLL KAN KEDEPAN DAN KEBELAKANG SAMBIL SATU TANGAN MEMEGANG KERTAH TIMAH NI...SEMENTARA SATU TANGAN LAGI MENG ROCK N ROLL KAN DIA HEHEHE

KANNN NAMPAK KANNN...DAH KECIL SIKIT DARI YG TADI KAN...SAMA RATA....SO NOW GULUNG KAN ADUNAN DENGAN KERTAS TIMAH DAN SIMPAN DALAM PETI SEJUK SELAMA 3 ATAU 4 JAM

KLUARKAN DAN BOLE LAH DIPOTONG2 LIHAT GAMBAR BAWAH...

POTONG DENGAN KERTAS2 TIMAH TU SEKALI OK...KALAU BUKA KERTAS TIMAH TU KANG NANTI TAK BOLE POTONG DIA PECAH2....

DAH POTONG BUKA BALUTAN KERTAS TIMAH TU DAN SUSUN DIATAS DULANG PEMBAKAR....DAN BAKAR PADA SUHU YG DI SYORKAN....JGN PULAK BAKAR NGAN KERTAS TIMAH TU....KES ANIAYA TU HEHE

NI LAA HASILNYAAA....MMG CANTIK SEDAP TAPI PERLUKAN KESABARAN TAK SUSAH SENANG SANGAT CUMA STEP BY STEP DIA KENA LONG STORY BUAT SENANG JERR HEHEHE...

YG NI SAMA GAK NGAN RODA2 COKLAT CUMA YG NI PUTRI MARBLEKAN DIA...PASTU GUNA ACUAN PILIHAN DAN TERAP2KAN NYA...DAPAT BANYAK LERR KALAU GUNA ACUAN....KALAU POTONG2 MMG DAPAT SIKIT...HEHEHE APA PUN SUKA HATI U AOLLSSS LERR NAK PILIH MANA SATU KAN KAN...^_*


SO KALAU NAK BUAT CAM KAT ATAS TU KENA TOMPOK2KAN ADUNAN PUTIH N COKLAT TU PASTU CANAI DAN BOLE LAH DITERAP DENGAN ACUAN PILIHAN ANDA....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...