Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Tuesday, 2 April 2013

ULUNTHU VADAI

Hujung minggu lepas putri ada cuba try buat vadai. Vadai ni ada beberapa jenis...setahu putri setakat yg putri tau laa kan...vadai yg biasa nampak yg vadai masalah yg menggunakan kacang dhal kuning bulat2 tu. Yg kedua vadai yg atas ni. Yg vadai ni dipanggil Ulunthu Vadai. Ulunthu ni sejenis kacang dhal yg dibuat vadai seperti gambar diatas ni ada juga menggunakannya tuk buat idli satu lagi makanan org india. Mmg kalau ikotkan putri tak tau apa2 pun pasal masakkan org2 india ni apa lagi makan ringgan mcm vadai ni. Ulunthu vadai ni juga dorang panggil mendhu vada. Wah baru tau seyyy...ni laa kaedah internet kan kita type jerr apa yg kita nak tau semuanya2 akan terjawab dengan mudah jerr. Kena rajin laa sikit kan. Ok rata2 kalau kita surf vadai jenis ni takde satu pun letak udang....mmg resepi ni plain cam tu jerr. Mmg payah melekat sbb dia tak guna tepung. Putri sajerr letak tekan kuat2 hahaha. Ni bukan wadeh udang yg atas dia tu ada udang tau. Ok kalau yg tu mmg tak jumpa lagi resepi dia. Kalau ada pun org2 kita yg dah ubah suai mengikot cara tersendiri. Yg betul2 dari org india yg membuatnya tak jumpa lagi laa huhuhu. Perhaps bole jugak laa try resepi wadeh udang yg sedia ada tu. Wadeh udang ni mmg menggunakan tepung dan serbuk penaik. Yg ni sangat popular terjual kat luar sana kan. Putri pun fav gak wadeh udang tau tapi seperti yg putri kata tak jumpa lagi org india punya resepi yg putri jumpa resepi ulunthu vadai ni laa. Ni pun 1st time try buat dan try makan. Kalau dari segi rasa mmg vaa vaa vaaa....superb gitu hehehe. Bila makan rasa cam dah terbang kat india sudah hahaha. Selama ni putri ingat vadai kacang dhal kuning tu jerr..tak tau pulak ada satu lagi jenis vadai kacang ulunthu putih. Cuba cari sendiri kat kedai2 dan pasaraya tapi masaalahnyaa tak tau yg jenis cam mana dan namanya. Tak pernah lagi tengok ulunthu cam mana. So last2 pegi cari kat kedai org india. Mention jerrr nama tu haa terus dia kluarkan dan bagi kat putri. Bila tanya apa biasa dorg panggil...dia kata urid dhal(urad dal). Haa ternga nga putri tau huhu. Sesungguhnya mmg tak tau kisah apa2 pun tau makan jerr muahahaha. 

Satu nak bagitau. Part nak kisar kacang ni ada payah sikit kena selalu guna sudu tuk betulkan kedudukkan dalam blender tu. So not to worry laa sbbnya kalau dah rasa tak bole gerak sangat tu kira ada sikit tak hancur tu takpe tu biasa jerr. So just blender sikit2 laa. then jgn terus on tanpa stop. U just need to on off few time so that kacang dhal ni bole bergerak rata sikit. Putri gunakan sikit minyak dan sedikit air jerr. Kita perlukan urid dhal ni pekat sepekat mungkin. Ok laa jom kita dongak tengok resepinya ek hehehe resepi terlekat kat atas tu haa tu yg mendongak jerr muahaha...jom jom...

BAHAN2NYA

- 2 CAWAN ULUNTHU (URID DHAL) DIRENDAM SELAMA 4 JAM DAN DIKISAR BERSAMA SEDIKIT AIR DAN SEDIKIT MINYAK
- 1 BIJI BAWANG BESAR DI CINCANG HALUS
- 2 BATANG CILI HIJAU DICINCANG HALUS
- 2 TANGKAI DAUN KARI DICINCANG HALUS
- 1 SUDU BESAR JINTAN HALUS DITUMBUK LUMAT
- 1 SUDU KECIL GARAM


*** KETIKA HENDAK MENGISAR ULUNTHU MASUKKAN SEDIKIT ULUNTHU JGN TERLALU BANYAK NANTI SUSAH NAK BLEND. SETIAP KALI NAK BLEND MASUKKAN SEDIKIT AIR DAN 2 SUDU MINYAK MASAK. SENTIASA KACAU BELNDER DENGAN SUDU BAGI MEMBANTU KACANG DHAL TERKISAR RATA. KALAU ADA YG TAK HANCUR TU SIKIT2 TAKPE. BAWANG, DAUN KARI DAN CILI HIJAU BOLE DI HIRIS2 ATAU CINCANG2 MENGIKOT CITARASA ANDA. ***





CARA2ANYA

1 SETELAH ULUNTHU DIRENDAM DAN DIKISAR, SATUKAN SEMUA BAHAN2 LAIN DAN GAUL RATA.

2. SEDIAKAN 5-6 HELAI PLASTIK DAN SAPUKAN SEDIKIT MINYAK DIATASNYA.

3. PASTIKAN JEMARI DICELUP MINYAK BAGI MEMUDAHKAN UNTUK MENYEDUK ADUNAN.

4. HANYA MENGGUNAKAN HUJUNG JARI JEMARI CEDUK ADUNAN SEPERTI TERBENTUK BEBOLA DAN LETAK DIATAS PLASTIK.

5. TAK PERLU TEKAN ADUNAN NI JUST BIAR DIA MEMBULAT DAN BUAT LUBANG DITENGAH2NYA SEPERTI DALAM GAMBAR. SENTIASA CELUP JEMARI KEDALAM MINYAK SETIAP KALI NAK MENYEDUK ADUNAN.

6. PANASKKAN MINYAK YG BANYAK DAN MASUKKAN ADUNAN YG DIATAS PLASTIK TADI. ADUNAN BOLE BERGERAK LICIN DARI PLASTIK TERUS KE KUALI SBB ADANYA MINYAK TADI. AGAK SUKAR SEDIKIT SO HATI2 KETIKA MEMASUKKAN ADUNAN. PUTRI MENGGUNAKAN TAPAK TANGAN YG DISAPU MINYAK. ADUNAN YG TERBENTUK DIATAS PLASTIK TADI DITERBALIKKAN DIATAS TAPAK TANGAN DAN DIMASUKKAN KEDALAM KUALI. MUNGKIN ANDA JUGA BOLE MELETAKKANNYA DIATAS SUDIP YG TELAH DIPANASKAN  DALAM MINYAK TERDAHULU.

7. GORENG HINGGA KEKUNINGAN DAN SIAP TUK DIHIDANG BERSAMA DENGAN CILI HIJAU. ADUNAN NI BILA MASUK DALAM MINYAK AKAN NAIK SEDIKIT DAN TEXTURENYA MAMPAT TAPI LEMBUT. 


SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : MANN VASANAI
OLAHAN : PUTERI MANJA








FOR THIS RECIPE


4 comments:

  1. Replies
    1. Syuhada pernah makan ek ulunthu vadai ni?? mmg sedappp laaa tapi ada yg tak tau makan...^_^

      Delete
  2. assalamualaikum kak..

    ayah saya cukup suke kuih ni. sampai saya pun jadi suka. Kalau g pasar malam ada jugak cri tp ssh nk jumpe india muslim yg jual. Yg ada india yg jual nk buat sendiri almaklumlah dok bujang. Bahan jarang ada kat umah. Ni akak dah bagi resepi in sya ALLAH akan belajar buat lah.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam my dearr....wah tak sangka ada juga yg suka kan makanan ni seperti akak....yes benda ni mmg payah nak jumpa kat luar...kebetulan masa tu surf kat internet ni tu yg try buat...hasilnya mmg tak sangka menjadi laa walau pun tak 100% mcm kedai india muslim buat tapi 90% kira dah mcm sama gitu hehehe. Resepi ni pun dari org india juga tu yg rasa kuih ni tak lari...try laa dearr ^__^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...