[MV] BOYFRIEND(보이프렌드) _ WITCH

Saturday, 20 December 2014

JEMPUT JEMPUT MUSHROOM

Ada satu hari tu mak putri buat jemput2 ni tapi dia gunakan cendawan putih yg halus2. Mula cam huh...ok kerr rasa dia tu...then wow ok sangat laa tak rasa apa cuma rasa cam kenyah dan sedap. Sesuatu yg baru buat putri masa tu. So Kali ni putri pun nak cuba tapi putri guna jenis cendawan yg lain sikit dari mak buat. Masa beli cendawan jenis bunashimeji ni putri terbaca yg ianya berkhasiat. Mmg kenyal sedap dah unik rasa dia. Bagi yg tau makan cendawan bole laa mencubanya pada hujung minggu ni yerr. Selain di buat jemput2 Cendawan jenis ni juga bole buat mcm2 tau. Yg mcm2 tu kena laa pikir yerr buat laa kajian menyeluruh bagi mendapatkan resepi2 yg menggunakan cendawan ni. Ok laa mak tak mo citer banyak dah laa....mak pun tak berapa sihat laa pulak sekarang ni. Flu melanda pulak dah...dua2 hidung tersumbat cam kena sumbat kapas dalam hidung ni hahahaha. Mmg rabak tak bole nak bernafas kat hidung...asyik menga nge jerr mulut nak amik nafas tau....sungguh tersiksanyaa. Bila datang dia punya ITCHY...bersin bagai nak rak...macam nak tercabut hidung mak ni tau huhuhu. Apa2 pun selamat berhujung minggu guyss....takde care ok jgn sampai kena flu cam putri sudah yerr. Ok jom buat jemput2 tuk sarapan esok...^_^



BAHAN2NYA

  • 300 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
  • 220 ML AIR
  • 1 SUDU KECIL GARAM
  • 1 KIUB KNORR IKAN BILIS DI BANCUH DENGAN SEDIKIT AIR 
  • ¼ SUDU KECIL BAKING SODA
  • 1 BIJI TELUR
  • ½ BATANG CARROT DIHIRIS HALUS
  • BEBERAPA TANGKAI DAUN KUCAI DI HIRIS2
  • 1 PAKET MUSHROOM BUNASHIMEJI DI POTONG2
  • 1-2 BATANG CILI MERAH DI HURIS HALUS (OPTIONAL)



CARA2NYA

SEBELUM SATUKAN SEMUA BAHAN PASTIKAN KIUB KNORR DIBANCUH DENGAN SEDIKIT AIR SEHINGGA LARUT. KEMUDIAN SATUKAN SEMUA BAHAN DAN GAUL HINGGA RATA. PANASKAN MINYAK YG BANYAK DAN GORENG LAA SEPERTI MENGGORENG JEMPUT2 IKAN BILIS. SIAP DIMAKAN BERSAMA DENGAN CILI SOS SEMASA MASIH PANAS.

SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER & OLAHAN : PUTERI MANJA














THIS RECIPE

Friday, 19 December 2014

SEROJA MARBLE CAKE

Assalamualaikum dan selamat tengah malam semuanya. Maaf yerr terlewat sikit nak masukkan n3 ni. Biasa laa kalau sang RAJA ada kat rumah mmg sibuk melayan dia laa kann...kebetulan dia off ari ni so kita ada plan pi JB jalan2 tengok wayang tengahari tadi...tu sbb lambat sharekan resepi ni. B4 citer pasal kek ni putri nak citer pasal tengok wayang tadi ptg kat JB City Square. Citer yg kami tonton tu citer lawak OPHILIA...ya ampunnn mmg lawak citer ni masa mula2...jalan citer mak betul2 tak paham pasal apa...kalau ada kaitan dengan ophilia mak mmg bole terima...mmg ada pun kaitannya masa pertengahan citer tetiba si OPHILIA ni muncul...fuhhh mak dah cam meremang bersemangat ingat mesti lain dari yg lain...tapi munculnya nama tu CIPOT jerrr...5 minit jerr pastu dia mampos laaa pulakkk muahahahaha...sbb terjatuh kat tangga di sergah oleh ozi gandum (lakonan Que haida)....masa tu TERUS MOOD MAK terjunam bawah kerusi wahahaha. Tak tau mak nak kata...script dia mmg lawak beb tapi jalan citer very2 LOST in the jungle...dia pusing sana sini...tau2 3 sahabat ni mati laaa pulak last2 tu...apa cer ni....lagi laaaa tak paham ekceli citer ni pasal apa ek...yg mak tau lawak jerr tapi tak tau apa kaitan tajuk citer ni dengan dorg ek...yg mak tau ophilia tu si adik2 yg bagi mak semangat 5 minit tu lerr wahahaha...tapi tu laaa dia mati lepas 5 minit...cian sungguh...nama POWER beb tapi 5 minit jerr munculnya hahahaha...adoiiiyaiiii sampai sekarang mak masih terpinga2.

Okla cukup laa pasal citer wayang tu ek....berbalik pasal kek ni. Masa mak duk surf2 sana sini mak terjumpa laa beberapa site yg duk tayang kek indah ni. Nama dia pun bole tahan Seroja dan kalau kita lihat kat internet ni rata2 semua tayang gambar jerr takde pun yg share resepinya. Mak tak sure istimewanya kek ni kat mana ek....nak kata kek ni hebat sbb susah nak dapat kat internet tak juga. Sejujurnya setelah mak kaji dalam2 bahan2 kek ni tak laa sehebat atau seunik mana pun...bahan tak lari pun dari resepi kek susu cuma dorg tabahkan horlicks jerr. Kebetulan mak terjumpa HANYA 1 blog tu yg dah tak beroeprasi lagi kot...perhaps kalau org masuk page dia pun org tak bersemangat nak try atau amik resepi dia pun. Seriously mmg takde gambar pun kat page tu...just resepi bulat2 mana org bole percaya kan. Sama laa putri pun mula tak percaya juga....just tulis jerr resepinya then buat kajian try cari lain blog. MMG TAKDE kat mana2...then tetiba ada sorg kawan tu kebetulan buat kek ni....so putri pun duk ngecek kat dia kot2 resepi dia lain kerr kan. Kita compare laa sebelum buat apa2 kan kan...tapi resepi yg dia kasi tu SEBIJI sama dengan apa yg putri dapat. Cara2 terlalu ringkas...so apa yg tertulis kat sini adalah cara putri yerr. Oklaa jom kita jeling bahan2 nyaa...jom jom


JGN TAK TAU YERR KEK PUTRI NI MASA TENGAH MASAK HUJAN LEBAT PETIR BERDENTAM DENTUM...TENGAH2 MASAK TETIBA SATU RUMAH TRIPPED. DAH TU KEK NI NASIB BAIK TAK TERBANTUT TAU....SBB TRIPNYA 3 KALI PULAK TU. KEJAP OFFF THEN ON BALIK THEN OFF LAGI ON LAGI...APA NAK JADI DAHHH SO HASILNYA CAM NI LAA KIRA OK GAK LAA...NAK BUAT CAMNA...NASIB MENJADI KALAU TAK MMG MAK BAKO KEK NI KASI RENTUNGG SEKALI PASTU KASI MR. TONG SAM PAH MAKAN LAAA MUAHAHAHAHA....HAIII LAA


BAHAN2NYA (MENGGUNAKAN LOYANG SIZE 9" INCI)

A

  • 6 BIJI TELUR + 2 KUNING TELUR
  • 100 GM GULA ICING 
  • 1 SUDU BESAR OVALETTE
  • 1 SUDU BESAR AIR
B
  • 300 GM TEPUNG HONGKONG DIAYAK
  • 2 SUDU KECIL RATA BAKING POWDER DIAYAK
  • 150 GM SERBUK HORLICKS
  • 350 GM BUTTER
  • 250 GM SUSU PEKAT
  • 2 SUDU KECIL ESEN VANILA

*** SEPERTI YG PUTRI ADA BAGITAU KAT FB TELUR GRED APA PUTRI TAK SURE SO PUTRI GUNA APA YG ADA KAT RUMAH JERR....BIASANYA PUTRI MMG SUKA GUNA TELUR GRED A KALAU BUAT APA2 KEK...KALAU TAKDE GRED A...APA2 TELUR PUN BOLE LAA YERR. GULA PULAK MASA TU TERSILAP TENGOK PUTRI GUNA GULA KASTOR HUHU. THEN TEPUNG PUN SAMA DALAM KEADAAN DARURAT CAMNI TENGAH2 BUAT TEPUNG HONGKONG TAKDE...GUNA LAA TEPUNG GANDUM...SO PLS YERR JGN TIRU MCM SAYA..IKUT RESEPI TAU...HUHU ***



CARA2NYA

1. SATUKAN BAHAN2 A KECUALI AIR DAN PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI SELAMA 5-7 MINIT SEHINGGA ADUNAN MENJADI PEKAT GEBU. TEST ADUNAN BILA ANGKAT NAK TURUNKAN DIA LAMBAT NAK JATUH TU KIRA DAH GEBU LAA. BOLE LIHAT GAMBAR.

2. DAH KEMBANG PEKAT MASUKKAN PULA AIR DAN PUKUL LAGI.

3. SATUKAN SEMUA BAHAN2 B DAN MASUKKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT KEDALAM BAHAN A TADI DAN KACAU KAUP BALIK SEHINGGA RATA. MASUKKAN SEBANYAK 3 KALI TUANG. KETEPIKAN

4. SATUKAN BAHAN2 C DAN PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI SEHINGGA ADUNAN KEMBANG.

5. SATUKAN ADUNAN C KEDALAM ADUNAN A DAN KACAU KAUP BALIK HINGGA RATA. PASTIKAN ADUNAN TETAP KEMBANG PEKAT.

6. BAHAGIKAN KEPADA 3 BAHAGIAN. SATU BAHAGIA DIBIARKAN DENGAN WARNA ASAL, SATU BAHAGIAN DENGAN WARNA HIJAU DAN SATU BAHAGIA LAGI DENGAN WARNA COKLAT. MASUKKAN KE DALAM PIPING BAG.

7. GRISKAN LOYANG DAN LETAK PARCHMENT PAPER. PIPEKAN ADUNAN SEPERTI DALAM GAMBAR BERSELANG SELI. BUAT HINGGA ABIS.

8. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 170C SELAMA 45 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.


SELAMAT MENCUBA!!!
OLAHAN : PUTERI MANJA


BAHAN2 A YG TELAH DI PUKUL HINGGA KEMBANG PEKAT



LETAK BAHAN2 B SEDIKIT DEMI SEDIKIT DAN KACAU KAUP BALIK HINGGA RATA (MASUKKAN 3 KALI TUANG)





BAHAN2 C YG TELAH DI PUKUL RATA


SATUKAN BAHAN C KEDALAM BAHAN A TADI. KACAU KAUP BALIK HINGGA RATA

BAHAGIKAN KEPADA 3 BAHAGIAN DAN WARNAKAN THEN MASUK PIPING BAG.

LOYANG GRIS DAN LETAK BAKING PAPER DAN PIPEKAN BERSELANG SELI SEPERTI DALAM GAMBAR









FOR THIS RECIPE

Monday, 1 December 2014

ALMOND TART

Aduhaiii terlewat lagi nak sharekan resipi mabeles ni tau. Maafkan putri yerr sbb sesungguhnya mmg masa putri terhad kalau hujung minggu tu. Lebih2 lagi sabtu lepas putri ada jemputan di Melaka. Jadinya dari awal pagi sampai laa kerr mlm baru sampai rumah. Ya ampunnn punyaaa laa JAM panjang gilerr dekat sejam 2 juga laa kami tersangkut. Masa kat Melaka tu sempat jugak laa singgah di MYDIN borong tudung ngeee. Mmg cantik2 laa tudung2nya...berkenan hampir semuanya tau hahaha. Balik dari sana singgah pulak kat kampong gelang patah sbb nak amik ubi huhuhu. Ubi tanam sendiri mmg terbaik wok!!! Sampai kampong semua dah tersedia siap ada ubi rebus lagi berserta dengan sambal tumis power tok kita laa huhu jgn marah haaa. Abis tu kan ingat lepas makan nak balik awal tapinya tersangkut kat kampong disbbkan CIK HUBBY DAN AYAH PUTRI NAK TENGOK BOLA!!!! aduhhhh bengkak pulak hati mak tau sbb mak dah penat sampai tak kuasa nak layan bole hahaha. Dah laa segala binatang terbang2 masuk rumah ditambahkan pula pakcik2 usik putri yg penakut ni mmg tak senang makan dan tak senang duduk dibuatnya. Terpekik2 putri tau....apa taknya kumbang kayu kerr haperr nama tu yg sebesar 2 inci tu haa di letak atas meja bersebelahan putri...haaa kauuu terpekik berterabur lari. Nasib rumah tu batu kalau kayu dah lama roboh kot muahahaha. Ishh mmg payah nak tinggal kampong mcm ni kan...penakut teruk sangat. Anyway terpanjang pulak citer mak ari pagi ni huhu. 

Ok mak nak citer sikit pasal tart badam resepi Chef Wan kita ni. Fuhhh mmg sangat2 rekomen kat uoaallss laa. Harus mencubanya sbb crust dan intinya TERLAJAK sedap lain dari yg lain. Dah macam makan kek dalam tart haa gitu laa rasanya. Kalau nak tau cuba laa baru kita tau camna enaknya tart ni. Dimakan sewaktu panas atas pun sejuk tetap sedap. Haa tunggu apa lagi jom laa bawak cangkul kerr sudu kerr sbb nak kena korek tanah resepi ada haa dalam tu..sanggup tak...jom laa hehehe.




BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 16-20 KEPING BERGANTUNG KEPADA SIZE TART)

ALMOND CRUST
  • 175 GM BUTTER
  • 60 GM GULA KASTOR
  • 1 BIJI TELUR GRED A
  • ½ SUDU KECIL ESEN VANILA
  • 2 SUDU BESAR SERBUK BADAM
  • 280 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK

ALMOND FILLING

A
  • 2 BIJI PUTIH TELUR SIZE KECIL
  • 50 GM GULA KASTOR
  • ½ SUDU KECIL ESEN VANILA
B
  • 2 BIJI KUNING TELUR SIZE KECIL
  • 50 GM GULA KASTOR
  • 100 GM BUTTER DICAIRKAN DAN DISEJUKKAN
  • 100 GM SERBUK BADAM
C
  • 1 TIN KECIL BUAH PEACH ATAU APA2 BUAH DLM TIN (BUANG AIRNYA DAN DIPOTONG2)


*** SIZE TART TERPULANG NAK GUNAKAN SIZE APA PUN BOLE. JGN LUPA GUNAKAN LOYANG TINGGI 3 INCI BAGI MENYUSUN TART DIDLMNYA SBB NANTI KITA NAK COVER TART TU DENGAN FOIL SUPAYA TAK HANGUS. PUTRI TERSILAP GUNA LOYANG LEPER YG BIASA JADINYA MASA TUTUP ATASNYA BILA BUKA BALIK FILLINGNYA MELEKAT PULAK KAT FOIL TU SO PLS TAKE NOTE YERR. ***



CARA2 ALMOND CRUST

1. PUKUL BUTTER, GULA DAN ESEN VANILA HINGGA KEMBANG BERKREM.

2. MASUKKAN TELUR DAN PUKUL LAGI HINGGA SEBATI DIIKUTI DENGAN SERBUK BADAM. PUKUL RATA.

3. AKHIR SEKALI MASUKKAN TEPUNG DAN ULI HINGGA MENJADI DOH LEMBUT (AGAK SEDIKIT LEMBIK JGN TAMBAH TEPUNG IANYA MASIH BOLE DIJADIKAN DOH LIHAT GAMBAR). GUNAKAN SPATULA JIKA PERLU BAGI MENYATUKAN DOH.

4. TUTUP ADUNAN DENGAN PLASTIK CLING DAN PERAP SELAMA SEJAM DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER).

5. KELUARKAN ADUNAN DAN BAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA BOLA KECIL. GUNAKAN TIMBANG JIKA PERLU. BENTUK ADUNAN MENGIKUT ACUAN EGG TART. BUAT HINGGA HABIS. DIPERTENGAHAN ADUNAN CUCUK PERLAHAN DENGAN GARFU SEPERTI DALAM GAMBAR.

6. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 180C SELAMA 15-17 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. JGN OVER COOK SBB NANTI KITA AKAN MASAK DIA SEKALI LAGI BERSAMA FILLING. AGAK2 DAH BERTUKAR WARNA SIKIT BOLE LAA ANGKAT. SEKIRANYA OVER TERLALU PANAS BOLE LAA TUTUP ADUNAN DENGAN ALUMINIUM FOIL JIKA PERLU.


CARA2 ALMOND FILLING

1. PUKUL BAHAN A PUTIH TELUR HINGGA KEMBANG BERTANDUK DAN MASUKKAN GULA DAN ESEN VANILA. PUKUL LAGI HINGGA KEMBANG BERKILAT. KETEPIKAN

2. DIMANGKUK LAIN SATUKAN BAHAN2 B DAN PUKUL HINGGA SEBATI.

3. SATUKAN BAHAN B KEDLM BAHAN A TADI DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA RATA MENGGUNAKAN SPATULA. PASTIKAN ADUNAN BERGAUL RATA DAN MASIH TETAP KEMBANG PEKAT. HATI2 JGN SAMPAI ADUNAN TERCAIR. 

4. SUDUKAN FILLING KEDLM TART YG TELAH MASAK TADI DAN SUSUN BUAH PEACH DIATASNYA SEPERTI DALAM GAMBAR. SUSUN ACUAN TART DALAM LOYANG TINGGI SBB NANTI KITA NAK TUTUP LOYANG KETIKA SEPARUH MASAK.

5 BAKAR ADUNAN PADA SUHU 170C SELAMA 10 MINIT PERTAMA. KETIKA INI ADUNAN FILLING AKAN MASAK DENGAN CEPAT JADI TUTUP ADUNAN DENGAN ALUMINIUM FOIL DAN MASAK LAGI SELAMA 12 MINIT. BUKA SEMULA FOIL DAN BIARKAN DALAM OVEN SELAMA 2-3 MINIT LAGI SEBELUM MENGELUARKANNYA. SIAP TUK DIHIDANGKAN.


SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER : CHEF WAN MINI COOKBOOKS
OLAHAN : PUTERI MANJA 



























FOR THIS RECIPE

Wednesday, 12 November 2014

O'BERRY LICIOUS

Sejak dua menjak ni cuaca agak panas dipagi hari then tau2 ptg2 mesti hujan lebat mcm sekarang ari ni. Yg bestnya bila tak keje ni asyik nak berselubung bawah selimut jerr hehehe. Biasa laa sejuk2 camni tido pun baik huhuhu. Tadi ptg sempat lagi singgah rumah mak putri...lama tak pegi mak. Sampai ngidam nak makan masakkan mak putri tau. Ehh tapi kita tak berisi ek....jgn nak salah sangka lak tau hehehe. Seriously ngidam masakkan air tangan mak kita biasa laa kan sampai bila2 pun ktia suka masakkan ibu kita sendiri kan. Padahal tak masak special apa pun lauk kari ikan jerr tapi air tangan ibu kita ni lain tau...dia masak dengan penuh kasih sayang tu yg membuatkan lauk tu sedap teramat. I know u guys pun setuju ngan kata2 putri kan kannn. Tau dahh korg pun dah lama tak makan masakkan ibunda sbb merantau kan...windu laa tu ngee. Haa jgn lupa ada masa cuti tu cepat2 balik jengah mak bapak kita tu....pastinya dorg pun windu kat kita juga tau. Oppss termelencung kelain lak huhuhu. Ok laa ni nak story pasal kek ni pulak ek...oh wow wow wow hehehe jgn marah mak gelak dulu bukan apa kek mak ni tersangat laa meleleh air liur bila melihat sos dia tu....aduhh cukup memukau tau. Bila terpandang jerr terus jadi keras depan lappy mak ni muahahaha. Bukan tak tau kan nak makan benda camni bukannya selalu dapat so bila dah buat sendiri dan dapat makan dengan puasnya mmg tak ingat dunia. Pikiran duk meracau2 jerr bila makan kek ni...org lain yg duk tengok pun sampai menanahhhh mata tau wahahahaha. Tu baru tengok lom dengar lagi kita telan makan tu...bayangkan kejam mata sambil dengar betul2 org lain makan dan telan kek ni....mau tak MENANAHHhh telinga dorg hahaha...tu pun kalau reti dengar telannya laa muahahaha ada jerr tau..huhu. Ok laa guys sebelum putri merapu jom laa kita pi tebar jala yerr sbb resepi ada kat sungai tu haa jom jom ngee...




BAHAN2NYA (GUNA LOYANG SIZE 8')

BASE-OREO
  • 140 GM OREO TANPA KREM DIKISAR HALUS
  • 65 GM BUTTER DICAIRKAN

MIDDLE - WHITE MOUSSE (BOLE JERR TUKAR PADA KREM CHEESE JIKA MAU)
  • 1 BIJI PUTIH TELUR
  • 1 SUDU KECIL ESEN VANILA
  • 150 GM WHIPPING CREAM NON DAIRY
  • 150 GM WHITE CHOCOLATE DICAIRKAN
  • 50 ML AIR
  • 1 SUDU KECIL GELATIN
  • 50 GM BUAH STRAWBERRY DICINCANG2 (OPTIONAL)

FILLING PASTE
  • 70 GM JEM STRAWBERRY
  • 1 SUDU KECIL AIR MASAK
  • SEDIKIT PEWARNA ROSE PINK
  • SEDIKIT PEWARNA MERAH

TOPPING
  • 60 GM OREO TANPA KREM DIKISAR HALUS




CARA2NYA

1. BASE OREO - CAIRKAN BUTTER DAN SEJUKKAN SEBENTAR.

2. TUANGKAN BUTTER CAIR TADI KEDLM OREO KISAR DAN GAUL RATA. BAKAR SELAMA 6-8 MINIT PADA SUHU 170C. SETELAH MASAK DISEJUKKAN SEPENUHNYA. JUST FOR UR INFO YERR. SEKIRANYA BASE NAK BUAT NON BAKE MMG BOLE JERR TAPI SEBAIKNYA KITA BAKAR SUPAYA BASE LEBIH ENAK DAN GARING BERBANDING YG TAK DIBAKAR AGAK LEMBAB DAN KURANG SEDAPNYA.

3. MIDDLE MOUSSE - LARUTKAN GELATIN KEDLM AIR. BIAR KAN DIA MENDAK DENGAN SENDIRINYA.

4. CAIRKAN COKLAT PUTIH MENGGUNAKAN MICROWAVE. PANASKAN SELAMA 5-7 SAAT SAHAJERR DAN KACAU2 SUPAYA IANYA LARUT DAN CAIR SEPENUHNYA.

5. TUANGKAN GELATIN TADI KEDLM COKLAT PUTIH DAN KACAU SEBATI.

6. SATUKAN ESEN DAN PUTIH TELUR. PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI SEHINGGA KEMBANG BERTANDUK. KETEPIKAN

7. DIMANGKUK YG LAIN PUKUL PULA WHIPPING CREAM HINGGA KEMBANG BERTANDUK. MASUKKAN COKLAT PUTIH TADI DAN PUKUL LAGI HINGGA RATA.

8. CAMPURKAN PUTIH TELUR DAN BUAH STRAWBERRY KEDLM WHIPPING CREAM DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA RATA. KETEPIKAN

9. FILLING PASTE - SATUKAN SEMUA BAHAN FILLING DAN PANASKAN MENGGUNA MICROWV SELAMA 5-6 SAAT. KLUARKAN DAN KACAU2 SUPAYA JEM TIDAK BERBUKU2.

10. TUANGKAN SEPARUH ADUNAN MOUSSE KEDLM LOYANG BERISI OREO YG TELAH DIBAKAR TADI DAN SUDU KAN JEM DI ATASNYA. TUANGKAN LEBIHANMOUSSE BAGI MENUTUPI JEM DAN RATAKAN.

11. AYAKKAN TOPPING OREO DIPERMUKAAN AKHIR MENUTUPI WHITE MOUSSE DAN SEJUKKAN SELAMA 3-4 JAM SEBELUM MEMOTONG.


SELAMAT MENCUBA!!!
OLAHAN : PUTERI MANJA










FOR THIS RECIPE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...