Tajul - Sedalam-Dalam Rindu (Official Music Video)

Monday 28 May 2012

NOVEL CINTA JGN KAU PERGI

Sebuah NOVEL 100% KARANGAN dari putri " CINTA JGN KAU PERGI" petikan dari KISAH SEBENAR yg ditokok tambah sikit2...HUHU. Sori laa teman2 lari lagi dari topik masak. Bukan apa sajerr nak test karya sendiri wah gitu. Actually lama dah putri tulis ni so sajerr nak letak kat blog putri ni buat kenangan dan bahan bacaan tuk mereka yg minat membaca. Maaf terdahulu sbb karya putri ni bersahajerr. Kalau ada mana2 perkataan yg pelik2 tu semua tu short form jerr...harap maklum putri sekadar suka2 menulis jerr...


Anggap lah ia sebuah cerita atau novel....=) bak kata NaBiL LU PIKIR LAH SENDIRI...hehe

Waktu tu aku ingat lagi aku terlalu muda dan masih bersekolah. Ketika usia aku 15 tahun lagi, aku dah dipinang org. Dari jiran2 tetangga...kawan2 mak aku....kawan2 abg aku...hingga lah saudara mara aku pun ada. Tak terbilang tapi takde lah beratus2.

Namun yang menjadi kenangan hingga ke hari ini adalah pengalaman peminangan PERTAMA aku dulu. Berpunca daripada hanya datang beraya dengan kawan2 aku ke rumah MAMAT nie....mamat nie nama dia RIZAL lah senang cerita. Dari situ lah bermula kisah yang DUKA dan penuh KECEWA ini buat si Rizal. Hari tu aku ke rumah kakak abg Rizal yang tinggal lat beberapa pintu dari rumahnya. Dalam hati....awal2 aku mmg tak mau ke umah abg Rizal sbbnya aku pun tak reti nak berbual dengan org2 tua masa tu...yer lah kan umur aku baru 15 tahun...apalah yang aku tau nak borak ngan mak dia kan tapi selepas didesak kakak abg Rizal aku pun singgah jugak lah kat rumah dia. Masa nie lah si abg Rizal yang baru jerr balik kerja terlena kat ruang tamu. Kakak abg Rizal membuka pintu pagar dan mempersilakan aku dan kawan2 aku masuk. Aku nampak lerr abg Rizal tengah syoikk NGOROK...hehe...tapi aku tak peduli lah...aku DTG nak beraya kan. Then kakak dia cepat2 kejutkan adik dia tu suruh masuk bilik tido...kakak dia kata "buat malu jerr tido sini tau". Ketika itu juga abg Rizal cam sedar tak sedar...cam MaMai gitu...terpandang ke ARAH aku dan kawan2 aku....masa tu aku tengah makan kuih sambil berbual dengan kawan2 aku tu. Aku tak perasan pun dia pandang aku masa tu...WAH...kawan2 aku plak yang dok sibok tengok abg Rizal siap cuit mencuit antara satu sama lain. Sedangkan aku tengah ENJOY makan kuih sambil tengok TV....hehehehe. Mulalah kawan2 aku senyum2 manja kat abg Rizal sambil berbisik ke aku kawan aku cakap "Alamak Shaz...hansem jugak lah abg tu!" Aku tak respond dia pun sbb aku tengah focus tengok tv...aku cuma jawab "Eh". Si abg Rizal pulak lepas kena kejut bukannya sambung tido...dia dok jalan ke sana lah jalan kesini lah...macam ada jerr lah yang dia nak ambil... barang tu lah barang ni lah...aku pun tak tau. Lepas 1 jam kat umah dia aku dengan kawan2 aku mintak diri....sambil salam bersalaman mak dia kasi lerr kita duit raya...hehehe...tu kira ok lah kan aku masih sekolah lagi tau masa tu. Then abg Rizal keluar...dia pun hulur Duit raya kat kita jugak...hahahaha...MALUNYA AKU lah. Kenapa lah dia dok keluar jumpa kita plak....alamak!!! amik jerr lah org dah kasikan. Masa tu abg Rizal dah bekerja...kalau tak silap umur dia 21 tahun waktu tu. Aku dan abg rizal diam jerr...kawan2 aku punya lah Teruja cam jumpa artis gitu siap sipu2 ketawa2 lah...isshhh tak kuasa aku lerr. Aku maintain buat cam takde apa2 berlaku sambil CUBIT kawan2 mana yang masih dok miang2 cerita ttg abg Rizal hehe...bukan aku jeles tapi aku rimas lerr dorg react over sangat.


Selepas 'Pertemuan' pertama tu...aku dapat tau dari mak aku yang family abg Rizal mula bercakap2 ttg aku...tak tau lerr ttg apa...yang pasti...selepas pertemuan pelik tu~buat aku arr~ buat abg Rizal Manis agaknya~...dia mula menaruh hati pada aku...org tua2 kata CINTA PANDANG PERTAMA!. Satu hari tu mak abg Rizal call umah aku cakap ngan mak aku yang mereka ramai2 nak dtg umah kira cam nak BERAYA gitu lerr sambil Abg Rizal nak tengok aku sekali lagi...katanya tak berapa perasan sangat aku hari tu...~aikkk tak perasan sangat...tapi dah jatuh hati...cam mana tu ek....aku pun pelik!!~ Oklah mak aku pun tak pikir apa2...tapi dorg silap yang PEGI bilang mak aku dtg NAK TENGOK aku tu apa hal!! nak dtg raya dtg jerr lah kan...pi cakap cam tu mesti lerr dorg suspect something....dah mak aku bilang ayah aku...ayah aku plak dengan PANTAS cam Kilat bertindak!!! Aku yang masa tu tengah syok tido..(hmm cam sama lak ngan abg Rizal masa kejadian)...tetiba dikejutkan oleh ayah dengan nada KERAS cam rumah terbakar plak ayah aku kejut aku...BERGEGAR satu badan cam nak putus jantung aku lerr...ayah MENGHALAU aku suruh kerr umah makcik SEKARANG jugak...tak payah salin2 baju katanya...aku yang cam mamai tak tau apa yang berlaku...terus cuci muka keluar dngan keadaan sedar tak sedar...aku dok terpikir...APASAL ek ayah bising2 dan cam kelam kabut tetiba jerr halau aku...sempat gak tanya mak kenapa...mak kata nanti dia call dan bagi tau aku apa yang berlaku sebenarnya...aku turut kan jerr kata mak aku tu. Sampai umah makcik aku...dah makcik aku plak cam terkejut tetiba jerr aku muncul depan umah dia ngan selekeh2 tak sempat tukar baju. Makcik aku tanya...aku pun tak reti nak explain kat dia...aku kata tunggu jerr laa mak call nanti. Malam tu mak aku call...dia cerita kan apa yang terjadi napa kena halau dan sebagainya...AKU terpaku mendengarkan kata2 mak aku tadi...diantara percaya dengan tidak..aku tertanya2 lam hati...."betul kerr abg Rizal dtg nak tengok aku ek?...tapi untuk apa"...(yerr lah aku baru jerr setahun jagungkan rupa pun LUM DEVELOP betul2...hehehe)then mak cakap yang abg Rizal hampa tak dapat jumpa aku....yerr lah dia ingat nak ajak aku join family dia beraya sekali....dia pulak yang bersemangat nak jumpa aku...namun hampa. Sebulan berlalu...sekali lagi keluarga abg Rizal menghubungi mak aku...kali nie mereka BETUL2 datang nak MEMINANG...dah takde nak tengok2 lagi dah. Again...ya Allah... ayah aku nie...kelam kabut dia pasang STRATEGI cam mana nak suruh aku kluar dari umah!! Since dia tak mahu makcik pakcik aku tau hal nie...dia suruh aku pi duduk umah jiran atas pulak. Jiran ni ngan mak aku dah anggap cam adik beradik...anak pompuan dia tu sahabat baik aku...dia lah salah sorg yang ikot aku beraya umah abg Rizal ari tu dan dia jugak lah yang bisik2 pada aku pasal abg Rizal. Berjam2 jugak lah aku kat umah jiran tu....terpikir gak apa yang terjadi kat umah ek.



Lepas jerr rombongan tu balik mak pun call aku suruh pulang umah...aku pun ghairah gak nak tau apa terjadi. Mak citerkan...abg Rizal tak datang sama kali nie yang datang cuma mak,abah,kakak n abg dia jerr yang datang....mereka bawa hajat besar. Aku dapat tau ayah tak setuju dngan pinangan nie tapi tak lah dia tolak bulat2...malah jawapan pun belum diberi.....pihak mereka memberi kami waktu untuk berfikir....sempat jugak lah ayah aku bersuara pada mereka..."Shaz tu masih budak lagi, masih lagi main masak2..(cam main pondok2)...mcm mana nak kahwin!"...dengan nada rendah mereka menjawap pada ayah..."Bukan nak kahwin sekarang...cuma nak kan ikatan sahaja"...ayah terdiam seketika dengan jawapan mereka tu. Aku yang dari tadi mendengar cerita mak.....hanya mampu tersenyum. Aku takde lah nak respond apa2 sbb aku sendiri mana tau hal2 tunang dan kahwin ni. Ayah dah tentu 100% tak setuju...menolak habis2an...mak plak 50/50...(aiiikkk mak aku cam suka jerr)... hehehe. Hari berganti hari...minggu silir berganti...bulan bertukar bulan. Akhirnya mak putuskan untuk memberi jawapan kepada pihak mereka. Mak tak mau pihak mereka ternanti2 kan jawapan yang tak pasti...tak mau lah cam tergantung gitu...setiap SOALAN...pasti ada JAWAPANNYA. Jadi mak nak selesaikan ni dengan cepat. Mak aku hubungi keluarga abg Rizal...mendengar akan suara mak aku mereka cam ceria teramat sangat. Apa taknya...dah berbulan2 mereka menantikan JAWAPAN. Mak aku pun menentukan harinya bila dan pukul berapa akan ke rumah abg Rizal. Tiba hari yang dinanti2kan...mak bertindak seorang diri pergi ke rumah keluarga abg Rizal. Dari luar rumah mereka mak perasan ada banyak kasut....mak terpaku sekejap...mak citer pada aku yang dia dah mula rasa cam tak sedap hati ari tu. Namun berita harus disampaikan. Sesampai jerr kat depan pintu, mak memberi salam dan disambut baik oleh keluarga abg Rizal. Mak nampak ramai adik beradik abg Rizal yang ada...agaknya mungkin mereka ingat berita yang mak bawak tu adalah berita mengembirakan kan padahal...Tuhan sahaja yg tau perasaan mak aku masa nak sampaikan berita tu. Semua ahli keluarga tersipu2 tersenyum2 malah ada yang dah mula mengusik abg Rizal tanda restu. Mereka sambut kehadiran mak aku dengan penuh mesra sekali. Mak dengan family abg Rizal bual2 serba sedikit....sampai lah ke perkara yang nak mereka bincangkan. Saat mak nak mulakan bicara...masa tu semua dah berkumpul depan mak aku...hanya menanti abg Rizal jerr yang baru habis solat untuk turut hadir mendengar sama. Abg Rizal baru saja hendak melabuh punggung ke kerusi kayu jati...tiba2 dengan kehendak yang MAHA ESA...kerusi yang abg Rizal duduk PATAH dengan sendirinya!!!...Semua anggota keluarga termasuk mak aku terkejut dengan kejadian tu. Mana mungkin kayu sekuat kayu jati bole patah 4 memisahkan kaki bangku dari tempat duduknya. Saat tu jugak kakak2 abg Rizal dah mula syak berita dari mak bukan lah berita gembira. Ketika itu jugak abg Rizal dah terasa sesuatu...dia bangun dari jatuhnya dan terus masuk bilik tak keluar2 lagi!. Masa nie lah semua dah mula SEBAK....mak belum sempat kata apa2...dah SEMUA kakak2 dia dan mak abg Rizal menangis semahu mereka. Sambil berpelukkan diantara satu sama lain...mereka tangisi kekecewaan yang melanda...mak aku pun tak dapat menahan air mata bila mana melihat kan semua keluarga dia dah menangis. Dalam pada itu...mak hanya sempat berkata.."Mungkin dah takde jodoh antara Rizal dan Shaz."...semua lagi lah terisak2 menangis...dekat 1-2 jam jugak lah mereka bersedih sambil mereka cuba sejukkan hati masing2. Mak pun cuba pujuk keluarga abg Rizal minta mereka sabar dngan dugaan nie...tak semestinya CINTA harus berakhir dengan sebuah Perkahwinan.

Sejak hari tu...aku dapat tau yang abg Rizal mula mengubati hatinya yang luka. Dia yang pada mulanya tak suka berkenalan dengan mana2 perempuan dah mula nak dekatkan diri pada mereka tapi tak seperti aku jangkakan... rupanya2 abg Rizal bukannya mengubat luka, dia sekadar ingin membuktikan yang dia jugak bole dapatkan apa yang dia mahukan. Dia seolah2 mahu keluarga aku tahu yang dia jugak mampu bahagia walaupun tidak bersama2 aku. Namun tu semua tidak ikhlas dtg dari hatinya untuk memulakan dairi hidupnya. 2 tahun berlalu dengan pantas...aku mendapat khabar yang abg Rizal nak kahwin. Aku tersenyum....sambil berkata didalam hati...akhirnya ada jugak perempuan yang dapat mencuri hati abg Rizal nie. Sebelum aku berfikiran lebih jauh....mak bilang ke aku yang abg Rizal berkenalan dengan perempuan tu hanya sebulan..(Hmmm...cepatnya nak kahwin padahal baru kenal)...aku pun tak paham kenapa abg Rizal cam terjun botol jer. Aku tau dia terluka...tapi kenapa lah dia tak approached aku selepas apa yang berlaku ek...bole berkawan2 dulu kerr...maybe dia malu agaknya sbb pinangan dia ditolak. Mak aku cakap family abg Rizal cam tak restu hubungan singkat dia dengan gadis tu. Dengar cerita...abg Rizal berkeras nak berkahwin dengan segera. Yang aku tak paham...abg Rizal kenal pun tak lagi ngan adik beradik gadis tu...setakat kenal ibu bapa gadis tu adalah. Mcm2 aku dengar tentang perubahan abg Rizal. Aku simpati tapi tak bole berbuat apa2...agaknya dia nak aku tengok dia kahwin dulu sebelum aku...oh yerr kisah aku. Citer aku nanti dulu...aku habiskan kisah abg Rizal nie dulu. Hari bahagia menjelang tiba...aku dengan keluarga ku datang rewang dari hari jumaat lagi. Pernikahan hari jumaat...mana kala persandingan hari ahad...sabtu pula berinai. Hari jumaat tu...abg Rizal kelihatan SEGAK dengan baju melayu serba kuning keemasan. Dia ada jugak lalu2 depan aku dan tlg2 kami sebelum berangkat ke majlis nikah. Abg Rizal tak berbual apa2 kat aku masa tu tapi aku perasan yang dia tengok aku tak berkelip2...merenung aku dengan penuh makna. Aku cuba beberapa kali mengelak untuk tidak bersemuka dengannya sbb cara dia renung aku org lain pun bole perasan. Jadi aku tak mau lah mengeruhkan keadaan...dah nak nikah pun tapi apasal lah dia tenung2 sampai mcm tu. Yang mampu aku lakukan hanya mengelak....aku ingat aku jer yang perasan rupanya kakak abg Rizal pun perasan adik dia renung2 ke aku. Sambil berbisik ke telinganku kakak abg Rizal berkata..."Kakak tau...abg Rizal masih CINTA kan Shaz...cuma dia tak dapat nak luahkan!"...aku TERkejut...terpaku...gementar dan mcm2 rasa lah. Ya Allah kenapa lah dugaan tu datang pada saat macam ni...aku berdoa banyak2 supaya segalanya berjalan dengan baik. Kakak abg Rizal hanya tersenyum melihat gelagat aku yang tak kena gaya...selepas apa yang dia katakan tadi.


Malam pernikahan tu...ada 7 buah kereta mengiringinya. Aku tak lah ikut serta...kalau aku ikut...tak dapat aku bayangkan nanti apa yang akan berlaku...huru hara dibuatnya nanti. Dah lah sebelum nikah abg Rizal berkelakuan aneh pada aku. Jadi sebaiknya aku tak ikut...lagi pun banyak kerja2 rewang yang tak habis lagi. Ketika nie aku sedang sibok membantu mak mengubah Bunga telur untuk hiasa pelamin. Kemudian mak abg Rizal mengarah aku untuk membantunya membersihkan bilik pengantin. Aku disuruh naik ke atas sorg diri melakukan kerja tu...manakala semua adik beradaik saudara mara jiran tetangga semua berada dikolong block. Mulanya takut lah jugak nak naik atas rumah...takkan aku sorg2 jer kan. Mak aku bagi isyarat suruh aku segera naik. Takut aku hilang apabila terlihat ada beberapa ahli keluarga yang sedang berehat seperti nenek dan datuk abg Rizal...maklum lah aku nie penakot. Memandangkan bilik tu tunggang langgang, jadi aku mengambil masa yg agak lama untuk membersihkan dan menghias bilik tu. Aku kurang pasti berapa lama aku kat situ....sampaikan rombongan abg Rizal dah pulang semula pun aku tak perasan. Aku masih lagi meneruskan kerja2 aku yang hampir selesai. Ketika membetulkan kain katil...aku cam rasa ada org memerhatikan aku dari belakang. Memang tak syak lagi...org tu adalah abg Rizal. Sambil berdiri di tepi pintu bilik...abg Rizal tersenyum memandang aku. Aku pulak terKEJUT yang teramat sangat...aku dengan pantas menghabiskan kerja aku dan mula nak beredar dari bilik tu. Tiba2...abg Rizal bersuara buat PERTAMA kalinya dengan cuba menahan aku supaya tidak keluar dari situ. Dia menunjukkan isyarat supaya aku tidak bergerak dari tempatku. Abg Rizal meminta bantuan dari aku untuk menanggalkan butang baju melayunya....aku gementar ketakutan..macam2 benda bermain dalam kotak fikiran aku....namun sedikit pun tidak aku tunjuk kan pada abg Rizal. Aku buat seolah2 takde apa2 yang berlaku. Aku menghampirinya untuk membantu. Aku dapat melihat tangan ku yang terketar2 cuba membuka butang bajunya. Dada ku berdeguk KENCANG yang amat sangat...bagai nak gugur dibuatnya. Perut ku mula terasa cam mengulas2...hehehe. Aku rasa cam tenaga ku lemah sekali masa tu...entah kenapa...agaknya Nervous break down. Nak bernafas pun susah... bayangkan aku betul2 berdiri agak dekat dengannya. Maunya tak senak aku nie. Belum sempat aku berjaya membuka butang bajunya....tiba2 abg Rizal menggenggam erat tangan ku!! Aku tergamam...aku cuba menarik tangan ku dari genggamannya tapi tak berjaya. Aku hanya memerhatikan abg Rizal yang ketika ini dah mula kelihatan sayup dan sedih. Sambil memegang tangan ku abg Rizal memulakan bicaranya. Dia seperti mencurahkan sesuatu yang aku sendiri pada ketika dan saat itu tak pasti akan maksud yang tersirat dilubuk hatinya. "Shaz...how I wish yang malam nie malam Pernikahan kita. Kalau bole abg tak mau lepaskan Shaz pergi. Pls Shaz izinkan abg menatap wajah Shaz sepuas hati abg untuk terakhir kalinya." Bila mana mendengarkan kata2 itu aku dah tak tentu arah....aku toleh ke kiri ke kanan perhatikan ada sesapa yang nampak tak....sambil cuba menarik2 tangan ku. Aku benar2 tak tau apa yang harus aku lakukan. Mulut aku lak seolah2 terkunci...tak bole nak cakap. Takkan aku nak tampar abg Rizal hanya kerana tindakkan dia tu atau mungkin saat nie aku dah mula JATUH hati padanya. Aku yakin akan perasaan tu....ia datang tanpa aku duga. Apakah baru sekarang aku merasakan CINTA? Adakah benar hati ku telah terpaut pada yang sudah BERPUNYA?Aku sungguh keliru sekali. Aku cuba berkata2 sesuatu pada abg Rizal...tapi aku GUGUP pada saat itu. Melihat akan tingkah ku itu abg Rizal sekali lagi membuat perkara diluar dugaan ku. Abg Rizal tiba2 memeluk sambil menangis dibahuku. Saat nie ada beberapa adik beradik mahu pun sahabat baik abg Rizal berada dalam rumah tu. Ya Allah...aku tak tau apa yang harus aku lakukan...semua mata sedang memerhatikan adegan aku dan abg Rizal...malah salah seorg kakak abg Rizal yang berada di rumah tu tak menghalang perbuatan adiknya tu atau mungkin semua yang ada tahu akan perasaan abg Rizal ke aku...aku tak pasti. Yang jelas semua org di dalam rumah tu seperti berpura2 tidak melihatnya. Perlahan2 tangan ku mengusap lembut ke belakang dada abg Rizal tanda memujuk...mungkin itu sajer yang mampu aku lakukan. Dengan suara yg tersekat2 abg Rizal meluahkan..."Shaz...maafkan abg...sedari mula lagi abg ingin lafazkan cinta ini pada Shaz...tapi abg tak diberi sedikit kesempatan langsung berbuat demikan...selama nie abg hanya memendam cinta abg dan hanya malam nie ianya terluahkan...abg tau abg tak sepatutnya kata begitu saat nie...tapi abg tak berdaya menahannya lagi Shaz. Abg jugak tau Shaz tak mungkin jadi milik abg...namun abg nak Shaz tau yang Cinta abg pada Shaz telah lama berputik dan tak pernah luntur hingga ke hari ini dan sampai bila2 pun..." "MAAFkan abg Shaz...MAAFkan abg..." rintih abg Rizal kepada aku sambil memandang ke wajahku dengan penuh kepiluan. Airmata yang sedari tadi tak putus2 membasahi pipi abg Rizal...membuatkan aku sebak...aku cuba menahan airmata ku...namun aku tewas jua. "Shaz...beri abg..." belum sempat abg Rizal meneruskan kata2nya...aku mencelah..."Jgn bang...jgn cakap apa2 lagi...pls tlg Shaz...Shaz tak sanggup nak mendengarnya...MAAFkan Shaz bang maafkan Shaz..." Aku terus berlari keluar meninggalkan abg Rizal dikamarnya. Diluar bilik, aku lihat semua org seolah2 sedang mengesat airmata masing2. Kakak Sulung abg Rizal menarik dan memeluk ku...sambil menangis dia berkata..."Shaz tetap Menantu di hati kami." Setelah kami menangis sambil berpelukkan...aku meminta diri untuk pulang....aku bersalaman sambil mencium tangan kakak abg Rizal dan berlalu pergi meninggalkan semua yang ada. Hati ku benar2 terpukul dengan apa yang berlaku...sebak,pilu dan sedih yang teramat sangat aku rasakan saat itu. Tak dapat aku gambarkan kepiluan yang melanda abg Rizal.


Malam pernikahan yang sepatutnya membahagiakan....bertukar menjadi satu tragedi pilu yang penuh kelukaan. Jauh dilubuk hati ku...tak berniat melukakan hatinya...namun takdir menentu segalanya. Selepas kejadian malam tu...aku terus pulang ke rumah tanpa pengetahuan ibu ku. Hanya selepas mak pulang dari rumah abg Rizal...baru aku menceritakan apa yang berlaku dan sepertinya mak dapat meneka apa yang ingin aku sampaikan. Mak memberitahu aku apa yang terjadi disana setelah aku beredar. Anak2 buah abg Rizal telah menyampaikan berita yang berlaku tadi kepada mak abg Rizal dan suasana menjadi kecoh seketika. Aku memberitahu mak yang aku tak mahu melihat abg Rizal bersanding sbbnya aku tak mahu keadaan menjadi huru hara gara2 kehadiran aku nanti. Mak mengerti dan cuba memujuk aku untuk bertenang. Sejak kejadian malam tu hingga lah ke hari ini aku tak benarkan mak menceritakan apa2 tentang majlis abg Rizal. Aku hanya dapat berdoa...agar dia bahagia bersama isterinya. Aku anggap apa yang pernah berlaku hanya lah sebuah mimpi indah buat ku namun mimpi pahit untuk abg Rizal kenangi. Buat abg Rizal...Maafkan lah diri ku kerana tak membalas cinta mu...cinta mu pada ku akan menjadi kenangan terindah buat selama lamanya....SEKIAN!!!

Sunday 27 May 2012

HOMEMADE PRETZELS


Salam pada teman2 semua....memandangkan putri suka sangat makan roti auntie anne's PRETZELS so redah laa internet cari resepinya...aduhh tak mudah nak buat tapi nak try juga2 hehehe. Tak laa sehebat auntie anne kan...dia punya kurus jerr putrinya waduhhh tembam2 laa huhuhu tak reti nak kasi dia kecik laa susah tau huhu. Apa pun ni dah sehabis baik putri try...kira ok laa juga kan janji bole makan gituuu. Anyway resepi ni dari resepi omputih tau. Mmg org2 mat saleh ni tka lokek nak share resepi dorg ek. Tak sehebat tapi ni kira dah sama dah tau huhu. Oklah jom kita hayati resepinya.


BAHAN2 'A'

300 ML AIR
¼ SUDU KECIL GARAM
3 SUDU BESAR MAJERIN/BUTTER
4½ CAWAN TEPUNG GANDUM (DIAYAK)
2 SUDU BESAR GULA PASIR
1 BUNGKUS YEAST (11G)


BAHAN2 'B' (TUK RENDAM ADUNAN)

4 CAWAN AIR
5 SUDU BESAR BAKING SODA










CARA2NYA

1. MASUKKAN SEMUA BAHAN2 'A' MENGIKUT TURUTAN KEDALAM BM….DAN SETKAN DOUGH SETTING…TUNGGU SIAP JERR…^_^…KALAU TAKDE BM TAKPE…ULI PAKAI TANGAN OK…

2. SEKIRANYA ADUNAN MELEKAT2 BOLE LAH TAMBAH SEDIKIT TEPUNG…JGN TERLEBIH LAK KANG NANTI SUSAH NAK ROLL ADUNAN NI.

3. SETELAH SIAP ULI….BIARKAN ADUNAN NAIK 2 KALI GANDA.

4. TUMBUK2 KAN ADUNAN TUK KLUARKAN ANGIN…THEN BOLE LAH DIGULUNG/ROLL MEMANJANG…AGAK2 LERR..PUTRI TAK UKUR BERAPA PANJANG….TENGOK AGAK2 BOLE MEMBENTUK KIRA OK LERR….ANYWAY KITA2 YG MAKAN SO TAK CANTIK TAKPE…PRACTISE LERR BERKALI2 OK…^_*

5. BAGI YG NAK TENGOK CAM MANA DIA BENTUKAN PRETZEL TU…BOLE LAYARI YOUTUBE TYPE HOW TO MAKE PRETZEL.

6. SIAP DIBENTUK…DIBIARKAN ADUNAN NAIK SETENGAH JAM BARU DI RENDAM KE DALAM AIR BAKING SODA SELAMA 3-5 SAAT. PASTIKAN BAKING SODA LARUT DALAM AIR TERDAHULU DAN BIAR AIR HAMPIR MENDIDIH BARU MASUKKAN ADUNAN MENGUNAKAN TAPIS BESI. ANGKAT DAN LETAK DIATAS KERTAS BAKING.TUJUAN MENCELUP ADUNAN KE DALAM AIR BAGI MEMASTIKAN DIA TAK NAIK GELEMBUNG DALAM OVEN DAN TAK KERAS BILA BAKAR NANTI.

7. SIAP DIRENDAM SEMUANYA BAKAR PADA SUHU 210C-220C SELAMA 5-7 MINIT…..ATAU HINGGA MASAK BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.


SELAMAT MENCUBA!!!!





ROTI NAIK


Terdapat dua jenis roti naik yg putri cuba waktu tu. Satu dari resepi puan Sasha Rahmat dan satu lagi resepi dari kak Rozie Nor. Pada putri kedua2nya sangat dan punya kelembutan tersendiri. Resepi kak Rozie roti nya agak ringgan lembut. Manakala roti Cha lembut jgua tapi heavy type. Kira kenyang gitu kalau makan hehehe. Apa pun u aolss bole try kedua2 resepi ni ok...sangat2 disyorkan. Putri mmg suka roti. Just tabur gula jerr dah kira terbaik buat putri. So u guys bole try buat ikot cara u aollss nak bubuh apa pun bole nak letak kismis kerr kacang kerr terpulang yg pasti sedap dimakan. Ok lah jom kita tengok apa beza resepi mereka berdua ni. Cara buat roti cha putri ada letak sekali cam mana nak buat bentuk cam ulat tu hehehe...thks to cha for sharing the idea of making this bread. Jom jom kita redah...




<<<<<<RESEPI PUAN SASHA RAHMAT....PUTRI TAMBAH PASTE PANDAN TUK RESEPI NI HEHE...MOHON COPY YERR DEARR....>>>>>

BAHAN A
YIS 11 GRM
AIR SUAM 1/2 CWN
GULA 1 SUDU BESAR
TEPUNG 1 SUDU BESAR
***SATUKAN BAHAN A DAN BIARKAN YIS NAIK


BAHAN B
2 SUDU BESAR MARJERIN PLANTA / MENTEGA DICAIRKAN

BAHAN C
1 CWN GULA DILARUTKAN DGN 1/2 CWN AIR PANAS (GULA BOLE DIKURANGKAN) UTK DIJADIKAN SIRAP GULA (KLU RASA MCM KURANG CECAIR BOLE TMBH 1/4 CUP LG AIR)

BAHAN D
3 CWN TPG GANDUM + 1 CWN TEPUNG GANDUM 


CARA2NYA

1 - MULA2 BUAT DULU AIR SIRAP COZ KITA NK GUNAKAN AIR TU, DGN SUHUNYA SUAM.

2 - MASUKKAN 3 CWN TEPUNG KE MANGKUK ADUNAN, BUATKAN LUBANG DITGH TEPUNG

3 - ADD BAHAN A,BAHAN B & C DAN JUGA PASTE PANDAN...DAN ULI TEPUNG.

4- BAKI TEPUNG YG 1 CWN TADI BOLE DIGUNAKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT SEMASA MENGGULI ROTI..BUAT HINGGA ADUNAN X MELEKAT DI TNGN.

5 - BIARKAN ADUNAN NAIK

6 - BILA ADUNAN DH NAIK ULI IKUT SUKA DAN SUSUN DI LOYANG...(TAK PERLU TUMBUK..HNY CUIL DAN BULATKAN JADIK DOH KECIK2)...SUSUN SETIAP DOH RAPAT2 ANTARA 1 SAMA LAIN..BILA NAIK KALI KE2 DIA AKAN NAIK TINGGI

7 - SUSUN DI DLM LOYANG DAN BIARKAN ROTI NAIK SEKALI LAGI. (LEBIH KURANG 30 TO 40 MINS)

8 - BAKAR SUHU 180'C SELAMA 30 MINS ATAU LEBIH..

9 - KELUARKAN DR OVEN DAN BOLE SAPU MARJERIN DIATAS DAN TABUR GULA...HEHE PUTRI TAMBAH GULA GAK HUHUHU


<<<<<<<RESEPI DARI PUAN ROZIE NOR....THK U FOR SHARING KAK ROZIE...MOHON COPY KAK ROZIE>>>>>>


BAHAN ...

700GM TEPUNG ROTI OR TPG GNDUM
50GM SHORTENING
200ML AIR SUAM
200ML SUSU SEGAR OR SUSU TEPUNG
200GM GULA (BNCUH DGN AIR SUAM TADI)
SEDIKIT GARAM
11GM YIS
2 BIJI TELUR
SEDIKIT MAJERIN 



CARANYA

SEDIAKAN MANGKUK BESAR
MASUKKAN TEPUNG, YIS DAN GARAM..GAUL RATA...MASUKKAN PULA TELOR, SUSU CAIR DAN AIR SUAM YG DI CMPUR DGN GULA..ULI TEPUNG TERSEBUT......CAMPURKAN PULA MARJERIN BERSAMA -SAMA ADUNAN TADI.....ULI SEHINGGA DOH LEMBUT DAN MASUKKAN PULA SHORTENING DAN ULI LAGI SEHINGGA BENAR2 LEMBUT DAN LICIN...BULATKAN IA MENJADI 1 DOH BESAR....BIARKAN SELAMA 20-30 MINIT ATAU SEHINGGA NAIK 2 KALI GANDA....KEMUDIAN TUMBUK2KAN IA DAN ULI LAGI...JADIKAN DOH TADI KEPADA BENTUK BOLA KECIL...SUSUN DALAM DULANG DAN BIARKAN SELAMA 10-15 MINIT....LENSERKAN LOYANG DGN SDIKIT MARJERIN....BAKAR 180 C SELAMA 25-30 MIN 

Friday 25 May 2012

AIR BATU ASAM KECUT@ASAM BOI


Assalamualaikum teman2 semua...bertemu kita sekali lagi dalam rancangan masak apa. Wahahahah terlebih sudah tau...gurau jerr. Ni haa putri nak share dengan kawan2 semua resepi yg sangat mudah. Hmm mudah2 pun napa laa takde yg bagi suakatan ek..susah tau nak agak2. Kita dah laa tak berapa nak pandai...kalau belasah tu mmg fav putri laa kan kan hehe. Anyway sbb hubby suka sangat nak makan benda ni tu yg putri redah net nak cari resepi..tup2 takdo lak huhu. Mau tak mau kena laa belasah juga...katanya senang jerr nak buat tapi mmg pun sonang buat dia. Kawan2 siap bagi cadangan lagi letak ni n tu tau. U guys kena laa try kalau tak try mana kita tau kan. Sepatutnya smlm dah share resepi ni tapi tetiba lak pala pusing2. Ni bukan kes pregnant ek NO NO NO...hehehe ni mungkin tekanan darah kita tak menentu. Stress kot hahaha. Pening dia rasa cam nak terbalik umah putri tengok tau....aduhh terus amik mc tu yg tak keje ari ni rehat sampai laa ptg ni. Ni dah kira ok sikit tu yg nak share ngan teman2 semua ni. Putri tau laa resepi senang tapi tetap nak share sbb tuk diri sendiri gak...senang sikit ada sukatan kan hehehe. Muai lerr buat sendiri dan puas hati dijamin BERSIH lagi tau kan kan hehe. Apa pun terbaik mmg hasil dari air tangan kita sendiri ok. Tuk yg tak pernah lagi buat haa ni ada sukatan cara putri yerr...bole laa try2 buat tuk anak manja kita tu. Alaaa bapak manja pun mesti suka gak lerr hehehe. Jom jom terokai lautan dalam cara2 membuat AIR BATU ASAM@ASAM BOI. Oh yah masa mula2 org bagitau air asam boi putri terpinga2 laa tak pernah lagi dengar tau nama tu...ingat asam boi tu sbb dia boboi kerr hahahahaha. Sampai sekarang tertanya2 napa asam boi ek...hmmm.



BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 26 BATANG)


- 5 LITER AIR BIASA (KATA SORG TEMAN KALAU GUNA AIR MINERAL LEBIH HALUS AIR BATUNYA)
- 2 CAWAN GULA PASIR
- 60 BIJI ASAM KECUT MERAH
- 4-5 BIJI LIMAU KASTURI@CALAMANSI (OPTIONAL)



CARA2NYA


1. MASAK AIR DENGAN GULA DAN KACAU HINGGA GULA LARUT.

2. MASUKKAN ASAM KECUT MERAH KEDALAMNYA DAN MASAK HINGGA BETUL2 MENDIDIH. BIAR LAMA SIKIT MENDIDIHNYA. MATIKAN API.

3. KALAU NAK MASAM LAGI LETAK PERAHAN AIR LIMAU KASTURI KEDALAM AIR YG TELAH MENDIDIH TADI. KACAU RATA.

4. SEJUKKAN AIR DAHULU SEBELUM MEMBUNGKUSNYA DALAM PLASTIK AIR BATU. MASUKKAN BUNGKUSAN AIR BATU KEDALAM FREEZER SEMALAMAN. SIAP TUK DI MAKAN TANPA HENTI HEHEHE


SELAMAT MENCUBA!!!



NI KALAU DAH KERAS AIRNYA THEN BLENDER AIR BATUNYA PUN SEDAP TAU...FUHHH TERBAIK WA CAKAP LU HEHEHE.


Tuesday 22 May 2012

DOUGHNUT MAKER RECIPE


Sori teman2 malam2 cam ni baru putri sempat masukkan resepi yg kita semua teringin nak tengok kan. Walaupun tak dapat nak buat sbb takde donut maker ni tapi takpe kita redah dulu apa bahan2nya kan. Mmg mudah jerr nak membuatnya. Makan masa yg sangat singkat nak siapkan benda ni. Campak semua bahan then pukul hingga kembang pekat. Adunan mmg cam adunan buat kek. Pekat likat. Yg bestnya ttg donut ni tak perlu goreng. Then makan botak2 cam ni sangat2 sedap. Rasa donut ni cam pancake pun ia laa. Texture yg sangat2 lembut walau dah sejuk. kalau baru2 bakar...masyaAllah gareng dibawah dan lembut seluruhnya. Kalau dah mula makan MMG TAK BOLE STOP!!! nak kunyah jerr. Aduhaiiii ternyata donut ni lebih memukau dari donut biasa yg besau2 tu hehe. Yg ni comei loteh size tapak tangan anak putri tu. Yg u aollss tengok kat atas tu..cantikkan semua..tu lom terbalikkan...kalau dah terbalikkan ...lihat gambar bawah ni...


Haa nampak tak warna dia tak sama dengan yg gareng2 tu. Ni dua jerr putri tak terbalik kan..bahagian bawah tu sangat2 gareng tau cam yg terlihat kat gambar ni jugak. Anyway JGN hanya pandang pada wajahnya yg tak sama...bagi putri DONUT NI TETAP UNIK SEDAP DAN LAZAT yg amat sangat.


Masuk ni dah dekat 3 4 kali putri masak donut ni. MASALAH BESARNYA SETIAP KALI BUAT HABISSS!!!!! tu yg susah tu nak snap gambo hehehe. Siap si alg n adik berebut nak makan benda ni buat sarapan. Alg dah bedal mlm tadi setengah...Esok adik laak bedal kasi LICIN hahaha. Then buat lagiii...kali ni...kakak n abah yg makan. Adik jgn cakap lagi...siap tunggu depan maker tu sampai adunan masak..terus NGAP NGAP NGAP!!! hahaha sapa yg kata dia ngalah pulak nooo way dia yg dulu bedal masa donut lagi panas2. Mmg tak bole stop makan...bahaya tau kalau dah jamah satu terus jerr nak jamah jamah jamah hehehe. Ok laaa tak mau citer panjang ek nak letak resepi lak. JOM JOM...

***PERHATIAN YERR...RESEPI NI KHAS HANYA SESUAI TUK DONUT MAKER SAHAJER. TAK SESUAI TUK BUAT LAIN2 KUIH MENGGUNAKAN RESEPI NI. NANTI KALAU PUTRI DAH CUBA GUNA ADUNAN NI TUK BUAT KUIH LAIN AKAN DISHARE NANTI YERR. TAPI KALAU U AOLLSS NAK CUBA2 REDAH TAK SALAH KAN HEHE***

 
Bahan2nya

250gm tepung gandum - diayak
3 sudu kecil baking powder - diayak bersama tepung
130gm gula kastor
Secubit garam
1 sudu kecil esen vanila
250ml susu segar
50ml minyak masak
3 biji telur gred 'A'



Cara2nya


1. Satukan tepung, baking powder, gula, garam dan esen vanila dalam satu mangkuk mixer.

2. Buat lubang ditengah2 tepung dan masukkan susu, minyak dan telur ditengah2nya.

3. Pukul adunan ini dengan kelajuan sederhana sehingga adunan berubah menjadi kembang pekat seperti adunan kek. Perap adunan selama 2 jam. Putri kadang tak sabo tunggu tu yg tak sampai 2 jam hahaha. tapi hasilnya tetap sama sedap!!!.

4. Siap tuk dibakar mengikot aturan donut maker tu...kalau putri punya tunggu lampu mati maknanya dah panas...then tuangkan adunan cepat2 then tutup. Nanti lampu merah kluar balik...then nanti dia mati lagi tu maknanya dah masak gitu hehe. Masak kejap jerr dalam 2 3 minit jerr dah masak. Total timing tuk abiskan adunan ni dalam 15 minit gitu laa. Very fast ok...then makan oso VERY FAST TOO!!! huhu


SELAMAT MENCUBA!!!


Haa tak besau pun...sekali ngap 2 3 bole masuk mulut hehehe.



Haa cam ni bentuk donut maker tu....putri rasa ada pelbagai rupa dan acuan dalam tu ada yg 5 ada yg 6 ada juga yg 12. So pilihan ditangan anda...huhu. Tuk putri Syukur alhamdulillah ada yg sudi kirim ni sebagai tanda mata buat putri....kalau tak mmg tak merasa laa nak makan ni hihi...thks my dear ROSNAH atas kiriman ikhlas ni buat kakak mu ini.

Sunday 20 May 2012

IDOLA KU HAFIZ JUARA MANIA


Salam teman2 semua...maaf laa kali ni terkeluar dari topic masakkan sbbnya teringin sangat nak masuk citer ttg salah satu idola putri ni hehehe...sapa lagi kalau bukan HAFIZ SUIP AF 7 yg menjuarai pertandingan SUPERSTAR MANIA baru2 ni...eh baru smlm laa menang...hehe. 1st of all tahniah buat HAFIZ yg berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak rm 500 ribu ringgit!!! sekali gus membuatkan PRODUCER AHMAD DHANI juga membawa pulang wang tunai sebanyak rm 300 ribu ringgit. Hafiz dari Empire Producer Ahmad Dhani telah membawakan lagu pertama berduet dengan Siti Sarah Raisuddin dengan lagu BERIBU SESALAN...wow sungguh memikat hati putri masa mendengarnya. Merdu betul laa suara Hafiz ni. Then diikuti pula dengan lagu kedua iaitu lagu I BELIEVE I CAN FLY...heyyy tu lagu zaman sekolah Hafiz dulu tau. Menurut citer masa zaman sekolah dulu hafiz bawa lagu ni tau...kat yt tu melambak2 vd dia nyanyi lagu ni time sekolah dulu. Then during AF7 minggu ke 9 kalau tak silap sekali lagi Hafiz membawakan lagu kegemarannya mmg goose bump kalau dengar dia nyanyi lagu ni tak tipu tau. Anyway masa Af7 dulu putri tak lepas peluang menyaksikan persembahan Hafiz tiap2 minggu. Siap tengok Diary Af lagi tau. Ada part tu yg dia dapat lagu rap tu...ishhh siap tak puas hati lagi hahaha. Perhaps Akademi Fantasia adalah rancangan yg sangat putri minati. Tak laa fanatik sampai pengsan2 hehehe tapi sangat suka menontonnya. Putri ada beberapa VD Hafiz during AF7...kalau sapa2 nak tengok bole la layari yt KUNTAKINTIR yerr. Sebab minat punya pasal putri siap ORDER baju Hafiz masa AF7 dulu tu tau...kirim kawan dari m'sia tuk belikan.Thks alot to that fren yg sudi tlg beli dan postkan buat putri. Sampai sekarang putri masih simpan elok2 tau. Sapa tau kot2 Hafiz turun Spore buat persembahan kerr kan bole putri pegi bawa t-shirt ni sekali yerr tak. Putri akan nantikan kedatangan Hafiz dengan penuh sabar wahhh gitu hehehe.


Haa ni laa dia T-shirt yg putri katakan tadi tu...amcm korg ada tak?? jgn jeles ek hehehe. Bukan setakat tu jerr Hafiz menang tau. Sebelum ni pertandingan tahun 2012 ANUGERAH JUARA LAGU AJL ke 26 juga dimenangi oleh Hafiz. Not only that...Hafiz juga memenangi VOCAL terbaik sekali gus JUARA AJL26 dengan lagu AWAN NANO. Ni lagi satu lagu yg membuat putri sangat suka mendengarnya. Lagu yg penuh dengan mesej bermakna yg meninggalkan kesan yg mendalam bagi setiap yg mendengarnya. Tak percaya dengar laa sendiri ek...kat yt tu banyak yg download tau.

Satu lagi yg putri nak perkatakan ttg Hafiz. Lagu dari minggu ke 9 Mania betul2 menarik perhatian putri...guess wat lagu dari HAZRUL NIZAM-KAU LAH SEGALANYA...thats my fav song ok! wow!...really amazing laa cara Hafiz membawakan lagu tu...terpukau jap masa mendengar lagu nyanyian versi Hafiz ni. Lunaknya suara dia....walau ada ehem2 sikit tetap best hehe...mmg patut pun dia menang kan kan. Ni ada VD putri load kat sini jom laa dengar sama2 ek...u guys kena amati liriknya yg penuh makna tau...jom dengar jap. Actually putri ingat nak load lagu smlm yg Hafiz nyanyikan masa final Mania lagu BERIBU SESALAN...tapi takde lak dalam senarai ni....so putri load yg last week punya. Mungkin masih baru so tak masuk lagi. Kalau tengok YT lagu tu dah masuk cuma kat sini nak load tak masuk lagi..slow tul lerr hehe. Takpe laa kita dengar lagu last week punya ek...1 of my fav song...dengar k.


Oklah setakat ni dulu putri nak perkatakan ttg idola putri ni sapa lagi kalau bukan HAFIZ AF7 ni. Buat Hafiz Tahniah atas kejayaan yg dimiliki. Semoga terus sukses dalam setiap yg dilakukan. Putri akan terus menyokong Hafiz dari belakang ek...hehe. Hope sangat Hafiz dapat turun kerr singapura tuk buat persembahan. Dapat lah putri jumpa idola putri tu nanti kan...doakan yerr teman2 moga hasrat nak bertemu Hafiz tercapai hendaknya..amin. Apapun setiap kita mempunyai idola masing2 so jgn laa kita membenci atau mencaci idola org lain hanya kerana kita tidak menyukainya. Adalah lebih baik kita saling menyokong tu kan elok mendatangkan kebaikkan. So dimasa2 akan dtg kalau ada idola putri yg nak putri ketengahkan akan putri tulis segalanya ttg beliau yerr..for now sampai disini dulu...c ya next episode...wah gitu hehe. To Hafiz...U R THE BEST!!!


Friday 18 May 2012

SERUNDING IKAN


Assalamulaikum teman2 semua...kembali putri kali ni nak share sedikit ttg masakkan kali ni. Sebenarnya putri tak pernah lagi makan masakkan seperti yg diatas ni. Semua ni ditunjuk ajar oleh mertua putri. MIL yg buat dulu then bawak umah putri. Putri try makan masa tu wow unik laa cam ulam gitu makan dengan lauk air2 sedapppp beb. Lauk lemak pun ulam cam ni pun mmg terangkat. Tak tau lak kalau u aolls semua pernah rasa atau buat serunding ikan ni...biasanya kelapa,ayam dan daging kan. Maklum laa kita dizaman modern cam ni mmg susah nak jumpa makanan unik cam lauk ni kat luar sana tu kan. Bila mana putri diperkenalkan dan ditunjuk ajar oleh MIL putri...putri pun dengan pantas cam kilat mencubanya tapi tak sehebat mil punya laa kita budak baru belajar...main belasah jerr hehe. MIL kata kacau kering api kecil...putri lak nak cepat jerr hahahaha abis ku bukak api besar terus gareng mareng hahahaha..nak kena sabar buat benda2 cam ni baru hasilnya UMMPPHH!!!  So kalau ada ikan goreng yg tak abis jgn dibuang kita buat cam ni sedap tau hehehe. Teman2 yg pernah buat serunding lain2 jenis bole laa share resepinya kat putri yerr nak gak cuba ni tau hehehe apa pun jom redah resepinya....resepi ni agak2 jerr tau nanti u aolss dah terrer bole laa adjust ikot cara u aolss ok.



Bahan2nya

2 ekor ikan selar besar(digoreng dulu dan isinya disiat2)
2 batang serai
1 biji bawang besar
3 batang cili padi (kalau nak pedas letop2 tambah jerr lagi hehe)
3 batang lada hidup
2 sudu besar olive oil



Cara2nya

1. Semua bahan2 samada di tumbuk kasar atau diblender kering.

2. Ikan goreng disiat2 isinya...kasar2 pun takpe.

3. Satukan bahan2 kisar dan olive oil kedalam ikan yg disiat2 tadi...gaul hingga rata.

4. Dengan mengunakan api kecil goreng tanpa minyak hingga bahan menjadi kering gareng dan ringan. sedap dimakan dengan lauk2 lemak atau sop2...makan gitu jerr pun bole ngan nasi panas2 fuhhh berpeluh2 kalau yg cili padi tu lebih hehehe ayuh cuba laa...


Selamat Mencuba!!!






Thursday 17 May 2012

MAJALAH RASA EDISI BUMPER MEI DAN JUNE


Assalamualaikum teman2 semua...tengahari tadi putri balik lambat. Kalau betul2 jam 3 pm tadi tapi mintak awal sejam pulang sbb ada hal sikit. Then anak putri lak balik skolah jam 1pm si Irah tu. Dia balik sorg2 lak hari ni takde sapa kat umah. Takpe laa dah besau kan lagi pun sejam lagi mama dah balik pungg hehehe. Then dalam perjalanan balik putri call dia dan dalam masa yg sama postman lak ketuk pintu...tu yg sempat dia kata..."mama ada postman kat luar"...mama pun kata..."ok2 ada barang mama tu gi amik dan signkan tuk mama tau"...^_* hehehe belasah jerr dia sign yg penting barang tu dia kasi kat anak putri. Mula ingat kawan satu lagi tu punya...hehehe tup2 IEBU ORKET yg punya laaa. Iebu thks sangat2 putri mula2 relax jer buka package tu tapi bila dah nampak buku tu dan ada 250 sajian resepi FUYOOOO melompat2 teruja sangat2 nak belek2 n telek2 ekekekee. Ya ampunnn iebu bestnya buku ni...tak pernah lagi putri tengok majalah ni...mungkin tak perasan kot kerr terlebih perasan ni hehehe. Kalau kat sini tak perasan lagi ada jual..kalau Saji tu mmg selalu jumpa iebu. Apa pun putri dah dapat edisi MEI DAN JUNE sekali tau...wow!!! bertuah sungguh putri punya teman sebaik iebu oket sayang. Jasa iebu putri kenang sampai bila2...insyaAllah iebu akan putri cuba resepi yg terdapat dalam majalah RASA ni...terutama resepi dari iebu yerrr. Pada teman2 yg belom lagi memiliki majalah ni...DAPATKAN SEGERA ditokoh2 berhampiran hehehe promosi tuk bulan JUNE ni tau huhu. Edisi june ada resepi iebu UDANG LEMAK BERNANAS...superb!!!!


Baju biru tu edisi terbaru tau...yg merah tu edisi MEI....apa pun dua2 best gilerr....siap tanda tangan iebu sekali...thks iebu....cayang iebu always tau...muuahhh. Guys jgn lupa dapatkannya segera ek hehehe...nanti bole laa kita sama2 buat ikot resepi dalam buku ni ok.



Friday 11 May 2012

CHIFFON COFFEE CUPCAKES


Assalamualaikum teman2 semua...seperti yg putri janjikan putri nak share resepi kek yg putri dah cuba buat smlm ni. Ingat ptg2 nak buat tuk minum ptg sekali terbobok lak huhu. Last2 buat mlm2 buta...then ari ni awal2 lagi dah licin. Smlm tu anak putri yg tengah separuh tido terbau kek ni sbbnya mama dia bawa dekat dengan dia...konon cam test dia laa kasi hidu hahaha. Dia pulak siang menganga lak tapi mata kejap...pastu dia kata...ada lagi tak terus bangun pelan2 pegi dapur sbbnya takot abah dia marah. Yerr laa kan dah dekat jam 12 mlm masih tak tido...then makan lakkk cam mana lerr anak ku tak comei2 sihat2. Mama kasi kek jerr. Pulak tu kek tu kecil2 lak size dia....mmg tak cukup makan 3 4 kena makan 6 7 baru terasa sikit jerr tu. Irah siap ngap 7 keping pun tak cukup...mama kena stop kan dia sbb lom amik gambo hahaha tak pasal2 kena buat lagi kan. Anyway ari ni dia tanya lagi lak sbb keknya dah abis...so later ingat nak buat lagi. Baru tadi buat pengat ubi...then goreng ubi lagi ish ish ish tamak tul then mlm ni nak buat kek kalau tak penat laa. Hmm apa kata sempena hari ibu kita buat kek ni kasi kat IBU TERSAYANG kita ok kan kan. Thks to corinne for the lovely recipe. Seperti biasa putri kan suka ubah suai ikot cara putri. Kalau tengok kelembutan dia sama cam kek hokkaido tu. Agaknya semua kek chiffon lembut maut ek...tapi ada jugak kek chiffon yg bila buat dia mendakkan...tak suka tau hehe...tapi yg ni keknya tak rewel lak semua pakai mixer tak payah gaul kaup balik tu yg best. So guyss tunggu apa lagi tu...nak kena rotan ngan cikgu putri kerr hehe cepat sikit amik pen buku buat catatan segera...ayuhhh.


BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 45-50 KEPING CUPCAKE KECIL2)

½ CAWAN TEPUNG NAIK SENDIRI (LEBIH KURANG 60GM) - DIAYAK

½ SUDU KECIL BAKING POWDER – DIAYAK

3 BIJI PUTIH TELUR GRED A

3 BIJI KUNING TELUR GRED A

SECUBIT KREM OF TARTAR

½ CAWAN GULA KASTOR

1 SUDU KECIL VANILLA

¼ CAWAN MINYAK MASAK (GUNA BUTTER PUN BOLE)

1 ½ SUDU KECIL INSTANT COFFEE DIBANCUH DENGAN 1 SUDU KECIL AIR PANAS.


CARA2NYA

1. PUKUL PUTIH TELUR DENGAN KREM OF TARTAR HINGGA SEPARUH KEMBANG DAN MASUKKAN GULA SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL MEMUKUL. PASTIKAN ADUNAN KEMBANG BERTANDUK – MERINGUE.

2. MASUKKAN ESEN VANILA, MINYAK MASAK DAN COFFEE TADI. PUKUL LAGI HINGGA RATA.

3 MASUKKAN KUNING TELUR SATU PERSATU SAMBIL MEMUKUL.

4. AKHIR SEKALI MASUKKAN TEPUNG YG DIAYAK BERSAMA BAKING POWDER KEDALAM ADUNAN DAN PUKUL HINGGA RATA DENGAN KELAJUAN PERLAHAN.

5. SEDIAKAN PAPER CUPCAKE SECUKUPNYA. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG DAN PIPEKAN KEDALAM PAPER CC. PIPEKAN LEBIH DARI ¾ 
PENUH DIDALAMNYA. (SORI TEMAN2 CAYANG ARI TU PAKAI PAPERCUP KECIL TU YG TAK NAMPAK BANYAK MANA...ARI NI CUBA LAGI PAKAI LAK BESAU SIKIT HAAA BARU TAU KENA LETAK LEBIH CIKIT OK. KALAU TAK NANTI DIA KEMPIS DAH TAK CANTIK KAN)

6 BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA 12-15 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.



SELAMAT MENCUBA!!!!







Thursday 10 May 2012

SIMPLE BAKED POTATO


Resepi kali ni sangat mudah...cepat dimasak sedap dimakan hehehe. Penting tu tau kalau pasal soal makan jalan terus jerr gitu hehe anyway resepi ni inspirasi dari adik putri yg kay USA tu. Sapa lagi kalau bukan Nikki....thks my dear sista for the lovely idea of urs. Senang jerr nak buat....so kacang gitu haha. Yg mangkuk ramekins tu pun hadiah dari sista putri gak...jgn jeles ek hehehe. Anyway apa kata kali ni kita tukar selera buat cara cam ni....sedap wooo dalam tu waduhhh makkkk ek kalau makan ngap ngap ngap...2 mangkuk nyah ekekeke. Mak tak tipu ok...kalau tak caya yahh sudah...pi laa try buat ek....ok laa jom kita layannnnn. Pada teman2 semua...buat masa ni putri cuba masukkan semua resepi yg pernah putri share kat u guys...resepi yg baru2...kita nantikan dulu ek...putri agak bz sbb org tua putri kurang sihat...apa pun insyaAllah akan ada resepi2 menyusul nanti...thks to u aollss yg selalu beri putri sokongan.


BAHAN2NYA....

SBB TAKDE KENTANG PUTRI GUNA HASH BROWN

7 KEPING HASH BROWN
300 GM DAGING KISAR (NAK LETAK AYAM KERR APA2 PUN BOLE IKOT SUKA ANDA)
1 TIN CENDAWAN BUTANG ( DIPOTONG KECIL2)
SECUKUP MOZARELLA CHEESE
NAK LETAK BAHAN2 LAIN PUN BOLE...SEMUA TERPULANG....PUTRI BUAT SIMPLE JERR....
1 BIJI BAWANG BESAR (DICINCANG)
1 BIJI BAWANG PUTIH (DICINCANG)
SEDIKIT IKAN BILIS (DITUMBUK)
SEDIKIT HALIA (DICINCANG)
1 SUDU KECIL REMPAH KARI DAGING
SEDIKIT GARAM


CARA2NYA.....

1.GORENG HASH BROWN SEBENTAR. ANGKAT DAN KETEPIKAN

2.TUMISKAN BAHAN2 CINCANG/TUMBUK TADI HINGGA GARENG DAN NAIK BAU. MASUKKAN DAGING CINCANG DAN REMPAH KARI. TABURKAN SECUKUP RASA GARAM DAN GAUL HINGGA AIR DAGING KERING.

3. RAMAS2KAN HASH BROWN(TAK PERLU TERLALU HANCUR) DAN MASUKKAN DAGING SERTA CENDAWAN BUTANG TADI.TABURKAN SECUBIT DUA GARAM DAN GAUL RATA.

4.SETELAH AIR DAGING KERING ANGKAT DAN MASUKKAN KEDALAM RAMEKIN(MANGKUK TAHAN PANAS).

5. TABURKAN MOZARELLA CHEESE DIATASNYA DAN BAKAR HINGGA MASAK DENGAN SUHU 180C .

SELAMAT MENCUBA!!!




Sunday 6 May 2012

CHIFFON NUTELLA


Kek ni sebenarnya kek chiffon biasa jerr cuma putri lapiskan dengan nutella jerr. Kita pelbagaikan citarasa pada kek2 yg sedia ada tu. Chiffon ni mmg terserlah dengan kelembutan dan kehalusan texturenya. Buat cam mana pun tak letak apa2 filling pun tetap sedap. Yg putri buat ni pun setakan warna jerr hehehe...nak letak perisa ishh takot pelik lak rasanya kan so kasi raibow jerr. Bahan2 yg putri kasi ni agak banyak so u aollss bole buat separuh adunan dari adunan yg tertera ok.


BAHAN2NYA

• 1 CAWAN TEPUNG NAIK SENDIRI
• 1 CAWAN GULA HALUS
• 8 BIJI KUNING TELUR
• 8 BIJI PUTIH TELUR
• 8 CAMCA BESAR MINYAK MASAK
• 10 CAMCA BESAR AIR MASAK
• 1/4 CAMCA TEH KRIM TARTAR
• SECUBIT GARAM

SEDIKIT NUTELLA TUK SAPU PADA KEK CHIFFON NI.
SEDIKIT PEWARNA KESUKAAN ANDA.


CARA2NYA:

1) SATUKAN SEMUA BAHAN KECUALI PUTIH TELUR DAN CREAM OF TARTAR. KACAU SEBATI.

2) CAMPURKAN PUTIH TELUR DAN KRIM TARTAR. PUKUL HINGGA PUTIH TELUR TU KAKU "BERTANDUK".

3) MASUKKAN PUTIH TELUR KE DALAM ADUNAN 1 DAN KAUP BALIK ADUNAN DENGAN MENGGUNAKAN SENDUK HINGGA SEBATI.

4) BAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN DAN LETAK WARNA PILIHAN ANDA. SAPUKAN BUTTER PADA KERTAS MINYAK YG DILETAK DIDALAM LOYANG. TUANGKAN ADUNAN BERASINGAN DAN BAKAR SELAMA LEBIH KURANG 30 MINIT ATAU HINGGA MASAK DENGAN SUHU 160C -170C....BERGANTUNG PADA OVEN MASING2.

TIPS: TUK MENDAPATKAN KEGEBUSAN KEK NI....BIARKAN ADUNAN SELAMA 20-30 MINIT BARU DIBAKAR....BARULAH NAIK DIA CANTIK N GEBUS PLUS LEMBUT GITUUU HEHEHE


SELAMAT MENCUBA!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...