CHIFFON COFFEE CUPCAKES
Assalamualaikum teman2 semua...seperti yg putri janjikan putri nak share resepi kek yg putri dah cuba buat smlm ni. Ingat ptg2 nak buat tuk minum ptg sekali terbobok lak huhu. Last2 buat mlm2 buta...then ari ni awal2 lagi dah licin. Smlm tu anak putri yg tengah separuh tido terbau kek ni sbbnya mama dia bawa dekat dengan dia...konon cam test dia laa kasi hidu hahaha. Dia pulak siang menganga lak tapi mata kejap...pastu dia kata...ada lagi tak terus bangun pelan2 pegi dapur sbbnya takot abah dia marah. Yerr laa kan dah dekat jam 12 mlm masih tak tido...then makan lakkk cam mana lerr anak ku tak comei2 sihat2. Mama kasi kek jerr. Pulak tu kek tu kecil2 lak size dia....mmg tak cukup makan 3 4 kena makan 6 7 baru terasa sikit jerr tu. Irah siap ngap 7 keping pun tak cukup...mama kena stop kan dia sbb lom amik gambo hahaha tak pasal2 kena buat lagi kan. Anyway ari ni dia tanya lagi lak sbb keknya dah abis...so later ingat nak buat lagi. Baru tadi buat pengat ubi...then goreng ubi lagi ish ish ish tamak tul then mlm ni nak buat kek kalau tak penat laa. Hmm apa kata sempena hari ibu kita buat kek ni kasi kat IBU TERSAYANG kita ok kan kan. Thks to corinne for the lovely recipe. Seperti biasa putri kan suka ubah suai ikot cara putri. Kalau tengok kelembutan dia sama cam kek hokkaido tu. Agaknya semua kek chiffon lembut maut ek...tapi ada jugak kek chiffon yg bila buat dia mendakkan...tak suka tau hehe...tapi yg ni keknya tak rewel lak semua pakai mixer tak payah gaul kaup balik tu yg best. So guyss tunggu apa lagi tu...nak kena rotan ngan cikgu putri kerr hehe cepat sikit amik pen buku buat catatan segera...ayuhhh.
BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 45-50 KEPING CUPCAKE KECIL2)
½ CAWAN TEPUNG NAIK SENDIRI (LEBIH KURANG 60GM) - DIAYAK
½ SUDU KECIL BAKING POWDER – DIAYAK
3 BIJI PUTIH TELUR GRED A
3 BIJI KUNING TELUR GRED A
SECUBIT KREM OF TARTAR
½ CAWAN GULA KASTOR
1 SUDU KECIL VANILLA
¼ CAWAN MINYAK MASAK (GUNA BUTTER PUN BOLE)
1 ½ SUDU KECIL INSTANT COFFEE DIBANCUH DENGAN 1 SUDU KECIL AIR PANAS.
CARA2NYA
1. PUKUL PUTIH TELUR DENGAN KREM OF TARTAR HINGGA SEPARUH KEMBANG DAN MASUKKAN GULA SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL MEMUKUL. PASTIKAN ADUNAN KEMBANG BERTANDUK – MERINGUE.
2. MASUKKAN ESEN VANILA, MINYAK MASAK DAN COFFEE TADI. PUKUL LAGI HINGGA RATA.
3 MASUKKAN KUNING TELUR SATU PERSATU SAMBIL MEMUKUL.
4. AKHIR SEKALI MASUKKAN TEPUNG YG DIAYAK BERSAMA BAKING POWDER KEDALAM ADUNAN DAN PUKUL HINGGA RATA DENGAN KELAJUAN PERLAHAN.
5. SEDIAKAN PAPER CUPCAKE SECUKUPNYA. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG DAN PIPEKAN KEDALAM PAPER CC. PIPEKAN LEBIH DARI ¾ PENUH DIDALAMNYA. (SORI TEMAN2 CAYANG ARI TU PAKAI PAPERCUP KECIL TU YG TAK NAMPAK BANYAK MANA...ARI NI CUBA LAGI PAKAI LAK BESAU SIKIT HAAA BARU TAU KENA LETAK LEBIH CIKIT OK. KALAU TAK NANTI DIA KEMPIS DAH TAK CANTIK KAN)
6 BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA 12-15 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.
SELAMAT MENCUBA!!!!
No comments:
Post a Comment