Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Tuesday, 1 May 2012

ALMOND DONUT STICK


Ishhh sekali pandang mmg cam cakoi tapi bukan ek no no no. Ni kan sebenarnya ALMOND DONUT STICK. Sticknya terbesau laa pulak hahahaha....sepatutnya comei2 laa gitu cam kayu stick laa kan. Ntah laa mana silapnya dia terbasau cam kayu nak buat umah lak wakakakaka. Alaaa tak cerewet laa yg pasti...yaa ampunnnnnn maakkkk tlg aku makkkk SEDAPNYA yg amat sangatsbbnya ada cicah coklat tau hehehe. U guys try laa apa yg dok belek2...dah besau nak buat cam mana kan huhuhu. Nak rasa kan try laa. Resepi dari Yani ni tau..yani banyak tau resepi u jadi pujaan ku hehehe. Thks alot for sharing Yani. Pada teman2 yg nak merasa apalagi tunggu kan jom laa try...resepi terbukti TERBAIK wahhh gitu hehehe. Oklaa gi laa selam tengok resepi ni ek.


BAHAN-BAHAN ( 4-5 ORANG )
• 1 BIJI TELUR
• 40G GULA PERANG
• 60ML SUSU SEGAR
• 25G MENTEGA DICAIRKAN
• 220G TEPUNG GANDUM
• 1 SUDU KECIL BAKING POWDER
• 30G ALMOND DICE. (DIBAKAR SEKEJAP AGAK2)
• COKLAT MASAKAN SECUKUPNYA
• CINNAMON POWDER + SUGAR SECUKUPNYA (OPTIONAL)


CARA-CARA

1. PUKUL TELUR DAN GULA SEHINGGA KEMBANG.
2. MASUKKAN SUSU SEGAR DAN MENTEGA...KACAU.
3. MASUKKAN TEPUNG DAN BAKING POWDER YANG TELAH DIAYAK DAN JUGA ALMOND DICE. ULI SEHINGGA JADI DOH.
4. LETAKKAN DOH KE ATAS PLASTIC WRAP. WRAPPING DAN SIMPAN DALAM PETI SEJUK SELAMA 30 MINIT.
5 CANAI DOH YG MASIH DALAM PLASTIC TU LEBIH KURANG 1 CM. DAN POTONG MEMANJANG.
6 AMBIK SATU STICKS DAN PUTAR SIKIT. CAM PUSING2KAN DIA.
7. GORENG DENGAN MINYAK PANAS SEHINGGA PERANG.
8. BILA DAH SIAP BOLEH GAUL DONUT DENGAN CINNAMON SUGAR ATAUPUN CICAH COKLAT PANAS. COKLAT MASAKAN BOLEH DICAIRKAN SAMA ADA DENGAN KAEDAH DOUBLE BOILER ATAU MICROWAVE.

SELAMAT MENCUBA!!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...