Tajul - Sedalam-Dalam Rindu (Official Music Video)

Thursday, 30 May 2013

KEK TAPAK KUDA WITH STEP BY STEP PUTRI STYLE


video
Alhamdulillah dapat jugak saya videokan resepi tapak kuda nie dan akan ada vd seterusnya sekiranya diizinkan inshaa Allah...teruskan menyokong blog putri yerr...^_^

Assalamualaikum dan selamat ptg semua. Masih setia kah diri mu pada ku? Harapnya setia selalu yerr. Tanpa anda teman2 tersayang putri tak berkmakna blog ni tau. Pada yg sering berkunjung kerr sini terimakasih yg tak terhingga sbb tak putus2 jengah blog putri ni. Pada yg pertama kali masuk tu...sila laa jengah2 selalu ek...jengah sampai jenuh hehehe. 

Pagi tadi agak bz sikit tu yg tak sempat nak masukkan resepi awal2...biasa laaa putri ni kan slow motion selalu hahaha. Anyway nak citer sikit pasal resepi kali ni. Kek tapak kuda ni dah lama dah putri AIM tapi masih tka berani nak cuba. Sbb pertama tak berani adalah kegunaan telurnya yg banyak...wahhh cam takot tak menjadi. Dah banyak kali ulang kaji bahan2 dan cara2nya tapi masih kecut hahaha. Masuk blog org ni masuk blog org tu semua dah try buat tapi putri masih takut2 laa. Semangat nak try membara bagai api membakar hutan muahahaha...terlebih sudah huhu. Cuma keraguan tu yg melebhi dari keberanian. Then kelmarin putri dok surfing net ni...tetiba termasuk satu blog ni..waduhhh terlupa nama blognya cari2 balik jumpa alahaiii tapi sempat laa amik nama dia. Menulis dalam bahasa omputih seluruhnya adik Aishah kita telah membuka mata dan hati putri tuk mencubanya smlm. Putri terpengun dengan keberanian dia membuat kek tapak kuda ni tu yg putri pasang KUDA2 hahaha masuk dapur terus buat. Perhaps melihat hasil yg adik kita buat tu menjadi tu bertambah berani nak try buat. Putri yakin sangat pasti menjadi dan TERNYATA percubaan pertama ku menjadi...wahhh hapi seyyy. Satu jerr yg berlainan sikit putri buat dari kek tapak kuda kawan2 lain...tapak kuda ku BERSEPATU merah lagi hahahaha. Jgn marah haa sajerr buat kelainan sbb putri yakin dengan mewarnakannya kek terlihat berseri2 gitu...kek tapak kuda ku yg ber high heels muahahaha. Apa pun terpulang pada kita laa nak mewarnakan atau tak pilihan tu ada pada kita. Perkara yg perlu anda ketahui adalah kek ni sangat2 LEMBUT sedap dah terpower...resepi asal dari Chef Puan Aini Salim. Terimakasih kat puan kak Aini kita yg sudi berkosi resepi kat kita semua. Oklah guys jom naik kuda masing2 kerr istana putri di padang pasir. Jgn lupa kudanya pakaikan kasut otey hahaha...jom jom...


BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 2 LOYANG 10X10 INCI)

- 5 BIJI TELUR GRED A (PUTIH DAN KUNING)
- 5 BIJI KUNING TELUR GRED A
- 225 GM GULA KASTOR
- 1 SUDU BESAR OVALETTE
- 110 GM TEPUNG HONGKONG (TEPUNG GANDUM PUN BOLE) DIAYAK
- 10 GM TEPUNG SUSU DIAYAK
- 1 SUDU KECIL BAKING POWDER DIAYAK
- 140GM BUTTER DICAIRKAN
- 1 SUDU KECIL ESEN VANILA
- SEDIKIT PEWARNA PILIHAN



*** TEPUNG HONGKONG LEBIH LEMBUT BERBANDING TEPUNG BIASA. SATUKAN SEMUA TEPUNG DAN AYAK SEKALI DENGAN BAKING POWDER. BUTTER DICAIRKAN TERDAHULU DAN DISEJUKAN SEPENUHNYA. ***

CARA2NYA

1. TELUR, GULA DAN OVALETTE DI PUKUL DENGAN KELAJUAN SEDERHANA SEHINGGA KEMBANG PEKAT SELAMA 8-10 MINIT. LIHAT GAMBAR SEBAGAI CONTOH. SELAGI TAK PEKAT PUKUL LAGI OK.

2. MASUKKAN SEMUA TEPUNG YG TELAH DIAYAK TADI KEDALAM TELUR DAN PUKUL LAGI HINGGA SEBATI.

3. MASUKKAN BUTTER CAIR DAN ESEN VANILA KEDALAMNYA DAN GAUL DENGAN SPATULA PERLAHAN2 SEHINGGA BERGAUL RATA.

4. ALAS LOYANG 4 SEGI 10X10X1 (GUNA 9X12X1 LEBIH BAIK JUST NICE) DENGAN BAKING PARCHMENT PAPER.

5. AMBIL SUKU DARI ADUNAN TADI DAN MASUKKAN KEDALAM PIPING BAG DAN PIPEKAN KE DALAM LOYANG. PASTIKAN IANYA MENUTUPI LOYANG SELURUHNYA. JGN TEBAL AGAK2 OK. KALAU NAK BUAT CORAK CAM PUTRI ASINGKAN 2 SUDU BESAR KEDALAM PIPING BAG KECIL DAN KETEPIKAN.

6. ADUNAN SELEBIHNYA WARNAKAN MERAH DAN GAUL RATA. MASUKKAN DALAM PIPING BAG JUGA DAN PIPEKAN KEATAS ADUNAN PUTIH TADI. PIPEKAN PULA ADUNAN 2 SUDU BESAR YG KITA ASINGKAN TADI KEATAS WARNA MERAH BERPETAK2 SEPERTI DALAM GAMBAR. GUNAKAN LIDI SATAY DAN GARISKAN CORAK MENGIKOT KREATIVITI MASING2. JGN COCOK LIDI SAMPAI BAWAH...CUKUP BAHAGIAN ATAS SAHAJERR.

7. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 170C-180C SELAMA 8-10 MINIT BERGANTUNG PADA OVEN MASING2.

8. SEDIAKAN TUALA KECIL. BILA ADUNAN DAH MASAK KLUARKAN DAN CEPAT2 TERBALIKKAN ATAS TUALA TADI. LIHAT GAMBAR.

9. KETIKA MASIH PANAS2 LAGI KITA TERUS MEMBUATNYA. POTONG ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN.

10. SAPUKAN NUTELLA DIATAS KEK YG TELAH DITERBALIKAN (BAHAGIAN MERAH DIBAWAH DAN PUTIH DIATAS) DAN LIPAT DUA SEPERTI DALAM GAMBAR. GUNAKAN PLASTIK CLING, BUNGKUS KEK DAN SIMPAN DALAM PETI SEJUK SEBENTAR SEBELOM MEMOTONG.


SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : AINI SALIM
OLAHAN : PUTERI MANJA































FOR THIS RECIPE


Tuesday, 28 May 2013

CHOCO CHIP SHORTBREAD


Assalamualaikum. Mlm2 cam ni laa baru free bole masukkan blog tau. Bznyaa mintak ampun aduhh ada jerr laa keje2 yg tak abis kat umah ni. Sekarang ni putri nak ikot gaya hidup sihat so dah mula dah gi jogging ngan my dotter dua org tu. Hari pertama jogging kaki sakit 3 hari wahahahaha. Bukan lari jauh pun banyak jalan dari lari sbb tak larat beb. Mak ni bukan muda selalu..jiwa jerr muda remaja tenaga drop babe hahaha. Dah tu tak putus asa ok lepas tu lat2 kita pegi jogging laa dan sekarang agak stabil sikit...anak jerr stabilnya muahahaha. Cepat pancit laa ishh ishh ishh...tapi takpe pelan2 kayuh nanti lama2 biasa laa kan. Anyway best tau senaman lari2 anak ni...putri siap pakai walkman lagi ok...sambil dengar lagu rancak2 sambil joget hahaha. Yup2 mesti mau joget goyang2 punya tapi tak laa goyang inul...tu kalau putri buat gerenti ramping pinggang ni tau hehehe. Putri joget giler2 punya hahaha kalau nak tau tengok sendiri arr jom laa join putri huhuhu. Seriously putri tak kisahkan org sekeliling buat hal sendiri nak joget sambil lari kerr sambil jalan kerr semua putri buat...dorg pun tak kisah kan org sewel cam putri hahahaha. Anyway I tak kacau u so jgn kacau I ok...saranghae laa hehehe. 

Ok hari ni putri nak share satu lagi raya cookies preview yg putri dapat melalui internet dan olah serba sikit so jadi laa kukis CCS ni. Ranggup ringan dan enak dimakan pada bila2 masa. Kukis ni pun sesuai dibuat pada hari raya nanti...haa nanti bole laa try ek. Resepinya mudah sangat semudah tepuk tangan 3 kali terus siap hahaha apa jerr putri tapi betul ni tau mudah sangat. Yuk laa kita kerr dapur putri...jgn lupa bawak apron tomei2 ek...hehe jom jom...


BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 36 KEPING BERGANTUNG KEPADA SIZE)

- 110 GM BUTTER
- 60 GM GULA ICING (SUGAR POWDER)
- ½ SUDU KECIL ESEN VANILA
- 1 SUDU KECIL INSTANT COFFEE 3 IN 1 DIBANCUH DENGAN 1 SUDU KECIL AIR PANAS
- 140 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
- 2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG DIAYAK
- 80 GM COKLAT CHIPS

*** COFFEE INSTANT BOLE JERR GUNA APA2 JENIS. KALAU TAK LETAK PUN TAKPE TAPI RASA DIA DAH LAIN LAA SIKIT...HAA GITU LAA CITERNYAA HEHEHE ***



CARA2NYA


1. PUKUL BUTTER, GULA ICING DAN ESEN VANILA SEHINGGA KEMBANG SEBATI.

2. MASUKKAN COFFEE INSTANT DAN PUKUL LAGI.


3. MASUKKAN TEPUNG GANDUM DAN TEPUNG JAGUNG. GAUL RATA DENGAN SPATULA.

4. LAST SEKALI MASUKKAN CHOCO CHIPS DAN GAUL RATA.JADIKAN DOH BULAT DAN REHATKAN ADUNAN SELAMA 30 MINIT.

5. MASUKKAN ADUNAN DALAM PLASTIK DAN CANAI MENGIKOT BENTUK PLASTIK EMPAT SEGI SEPERTI DALAM GAMBAR.

6. ALAS LOYANG DENGAN BAKING PAPER DAN POTONG ADUNAN DENGAN PISAU SAMA RATA. PASTIKAN PISAU DISAPU DENGAN TEPUNG SEBELUM MEMOTONG.

7. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 170C-180C SELAMA 15 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING.


SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : SMITTEN KITCHEN
OLAHAN : PUTERI MANJA








FOR THIS RECIPE

Tuesday, 14 May 2013

HAZEL CHOCOLATE ICE-CREAM TRUFFLES

Hari Ahad lepas pasti banyak ibu2 diluar sana yg ria gembira kan. Apa taknya anak2 bawak ibu masing2 gi makan luar. Kalau tak pun spend time together2 gitu. Yg pasti HARI IBU takkan pernah kita lupakan. Bagi yg belom menjadi ibu tu bawa2 laa bertenang ek hehehe bukan apa...peranan sebagai ibu tu sangat berat tau. Bukan setakat melahirkan jerr banyak lagi faktor2 yg penting yg perlu seorg ibu tu tau dan memikulnya dengan sempurna mungkin. Bila putri imbaskan kembali zaman ketika berkahwin dulu cam tak percaya dan tak ready. Seriously...bila putri pikir2 balik...mmg kompem tak sedia lagi.Tak berapa nak tau pun apa tu tanggungjawap yg sebenarnya. Sbb waktu tu mmg sangat muda. Langsung tak terpikir laa. Bila dah melahirkan anak pertama pun masih cam budak2 lagi sampai nak buat susu pun kena LONCAMPAS/SCISSORS PAPER STONE ngan hubby sapa kalah kena buat susu...muahahahahaha gelak besar bila ingat2 tau. Putri selalu menang huhu cian hubby LOL. Jadi sebaiknya teman2 sejenis ku...kita persiapkan ilmu sebelom memasuki alam berumahtangga okay. Tuk IBU2 diluar sana Hapi Belated Mother's Day...tuk Ibu ku LUV U LIKE CRAZY...hehehe.

Ok hari ibu kelmarin tka sempat buat apa2 kek...buat kek karamel jerr tuk MIL n My Mum. For myself I persembahkan Hazel aiskrem ni tuk diri sendiri hahaha. Ok wat...lagi berbaloi2...sampai menggigil satu badan mak masa makan ni tau hehehe. Terus Surrender angkat tangan tinggi tak bole angssss sedapppnyaaa wahahaha. Jom laa kita terus keudara cara2 nak buat ice cream ni ek...jom laa.




BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 30 KETUL BERGANTUNG KEPADA SIZE) 

BAHAN A

- 350 GM VANILLA ICE-CREAM
- 20 GM BAKED ALMOND TUMBUK KASAR
- 2 SUDU BESAR COKLAT NUTELLA
- 20 GM COKLAT PUTIH DIPARUT/HIRIS
- 120 MG BISKUT MANIS (TIGER/MARIE) TUMBUK KASAR

BAHAN B

- 400 GM COOKING COKLAT@SECUKUPNYA
- 200 GM BAKED ALMOND TUMBUK KASAR2

*** PERHATIAN YERR...SEKIRANYA NAK LETAK ICE CREAM DALAM BEKAS2 KECIL COOKING COKLAT GUNAKAN HANYA 150 GM SAJERR DAN ALMOND HANYA GUNAKAN 50 GM. YG TERSEBUK DIATAS SUKATANNYA TUK BUAT BEBOLA KECIL. ***

P.S PROCESS NAK BUAT AGAK LECEH SIKIT SBB AISKREM MUDAH CAIR DENGAN CEPAT SO KENA BANYAK SABAR OKAY. NAK HASILKAN SESUATU YG BERLAINAN KENA LAA LALUI MCM2 PROCESS TAU HEHE TAPI PERCAYA LAA HASIL KEJADIANNYA BERBALOI2 TAK RUGI MENCUBANYA TAU. 



CARA2NYA

1. SATUKAN BAHAN2 A DAN GAUL RATA. SIMPAN ADUNAN DALAM FREEZER SELAMA 2 JAM.

2. SEDIAKAN LOYANG YG DIALAS DENGAN PLASTIK.

3. KLUARKAN AISKREM TADI DAN CEPAT2 SCOOP ADUNAN MENGGUNAKAN AISKREM SCOOP ATAU MEASURING SPOONS. BUAT SECEPATNYA BAGI MENGELAK AISKREM DARI CAIR DAN SUKAR DIBENTUK.

4. SIMPAN SEMULA ASKREM DALAM FREEZER SELAMA 3-4 JAM BIAR DIA BETUL2 KERAS.

5. BENTUKKAN SEMULA AISKREM BIAR BULAT SEDIKIT KALAU TAKNAK BULATKAN PUN TAKPE. BILA DAN BULATKAN KENA FREEZE KAN LAGI OK BIAR DIA KERAS.

6. COKLAT MASAK KITA CAIRKAN 100 GM DULU. BUAT SIKIT2. PUTRI GUNAKAN MICROWAVE SO AGAK CEPAT SIKIT COKLATNYA CAIR DAN COKLAT TAK PANAS SANGAT.

7. AMBIL 2 KETUL AISKREM DULU DAN GUNAKAN SUDU TUANG COKLAT ATAS AISKREM TADI DAN RATAKAN SEKELILING. JGN CELUP AISKREM DALAM COKLAT NANTI COKLAT AKAN MUDAH KERAS.

8. DAH RATAKAN COKLAT SEKELILING TERUS GOLEKKAN DALAM ALMOND. ULANG PROCESS YG SAMA SAMPAI HABIS. SEJUKKAN DAN BOLE DIMAKAN PADA BILA2 MASA.


SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : WOMEN'S WEEKLY
OLAHAN : PUTERI MANJA





FOR THIS RECIPE

Tuesday, 7 May 2013

OREO BUTTER BITES

Aduhaiii setiap kali masuk buka computer jerr timing asyik lari jerr. Balik2 kena kejar....napa ntah buat pasal jerr. Pagi ni siang2 dah masuk pasar temankan my mum sambil tu beli laa apa2 yg patut. Plan tak nak beli banyak hua3....tup2 $50 pun tak cukup tau. Isshhh ngeri tau kalau kehidupan sekarang ni...semua naik kan. Kalau dah belanja pasar kurang kena laa bawak $100 tu pun kurang2 tahan lauknya tuk 2 minggu. Apa nak buat cam tu laa hari2 kehidupan kita kan....masak dah tu makan takkan nak tengok lak kannnn...huhu. Anyway nak citer sikit pasal resepi hari ni. Putri buat test tuk cookies oreo butter ni. Actually kalau kita perhatikan hampir semua masakkan dan lauk2 mahupun cookies kebanyakkan ramuan atau bahan2nya adalah yg sedia ada. Maksudnya resepi yg sedia ada tu kita olahkan dia menjadikannya masakkan lain cam tu...kita amik dari resepi ni then amik dari resepi tu kita gabungkan haa kan dah jadi satu bahan baru atau resepi baru. Kena cuba laa kalau tak kita akan berpandukan yg lama kan. Yg lama tka dilupakan tapi yg baru kena laa juga cuba. Kita seimbangkan yg lama dan yg baru bergabung pasti malatops beb hehe. Well apa pun terpulang pada yg diri kita sendiri...yg pastinya jgn takot pada benda baru. Tuk kukis hari ni putri mmg cukup suka akan texturenya halus lagi ranggup. Rasa dan bau biskut ni makkk oiiii bole demam selsema seumur hidup...hahaha. Dah tu ada gerenti lagi ok...gerenti 2 tahun senyuman menggoda muahahahaha. Apa seyyyy hehehe sajerr jerr suka hati mak kan nak cakap apa...gitu laa hidup ku ini yg pasan muda remaja huhu. Tengok lagu pun lagu korea ok...sekarang tengah suka sangat dengar lagu2 dorg yg mendayu2. Perhaps kalau u guys nak dengar lagu yg berbeza dari lagu2 melayu bole laa bertandang kerr page putri sambil belek2 sambil dengar lagu2 terkini korea gitu...hehehe. Ok laa jom kita lompat pagar gi amik resepinya....jom jom...

BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 60-70 KEPING BERGANTUNG KEPADA SIZE)

- 120 GM BUTTER
- 120 GM GULA KASTOR
- 1 BIJI TELUR GRED A
- 2 SUDU KECIL ESEN VANILA
- 60 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
- 80 GM TEPUNG NAIK SENDIRI DIAYAK
- 100 GM TEPUNG JAGUNG
- 40 GM TEPUNG KASTARD
- ½ SUDU KECIL BAKING SODA
- 2 PAIRS OREO (BUANG INTI JADI 4 KEPING) MASUK PLASTIK DAN TUMBUK HANCUR.

*** OREO TAK PERLU TUMBUK TERLALU HANCUR DAN JGN TERLALU KASAR YG SEDANG2 AJA YAH MAS/MBAK HEHEHE . SEMUA TEPUNG DISATUKANDAN DIAYAK BERSAMA ***



CARA2NYA

1. BUTTER, GULA DAN ESEN VANILA DIPUKUL HINGGA KEMBANG.

2. MASUKKAN TELUR DAN PUKUL LAGI HINGGA SEBATI.

3. MASUKKAN SEMUA TEPUNG DAN GAUL MENGGUNAKAN SPATULA. AKHIR SEKLAI MASUKKAN OREO DAN GAUL RATA. DAH MASUKKAN OREO JGFN TERLALU GAUL BANYAK CUKUP IANYA RATA DAH OK.

4. ADUNAN KELIHATAN LEMBUT JGN TAMBAH APA2 TEPUNG. GUNAKAN SPATULA JADIKAN DOH BULAT DAN MASUKKAN DALAM PLASTIK BAG. SIMPAN DALAM ESBOK SELAMA 20 MINIT. KALAU NAK MASUK PIPING BAG DAN BENTUKKAN MENGGUNAKAN NOZZLE PUN BOLE TAK PERLU MASUK ESBOK OK.

5. KLUARKAN DAN BENTUKKAN BULAT SEPERTI GULI DAN TEKAN ADUNAN SERTA RATAKANNYA. SUSUN ATAS LOYANG YG TELAH DIGRISKAN TERDAHULU.

6. BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA 12-15 MINIT BERGANTUNG PADA OVEN MASING2. LEBIH LAMA ATAU LEBIH GARING LEBIH SEDAP PERCAYALAA...HEHEHE.


SELAMAT MENCUBA!!!


OLAHAN : PUTERI MANJA







FOR THIS RECIPE

Thursday, 2 May 2013

COFFEE BITES

Assalamualaikum. Bertemu kita sekali lagi disini. Rindunyaa laaa lama tak buat entry apa2 kan kan. Actually banyak yg putri nak ketengahkan tapi tu laa masa pulak yg terhad. Bz jgn cakap lagi...mmg sampai bila2 pun bz jerr memanjang tapi putri tetap berusaha untuk berkongsi resepi selagi termampu. Lagi pun umah blog ni lama dah tak berasap abis berhabuk sana sini tau hehe. Pada pengunjung setia yg tak putus2 mai blog putri ni...aduhhh terimakasih yg tak terhingga yerr dah selalu singgah sini walaupun tuan tanah takde. Korg mmg GEREKK SEEYYY hehehe. 

Ruangkan kali ni pun sama juga masih tetap preview cookies raya. Putri nak mencuba sesuatu yg baru dan perkenalkannya pada u aollss. Tak banyak beza dari sezi rasa cuma harum kopi tu mak oiii menusuk ulu hati mak tau hehehe. Well tak mau laa citer banyak ek kita gi cari kat peti surat ek sbb resepi dah post dah kat korg pakai post laju lagi tau hehehe. Jom laa...



BAHAN2NYA (MENGHASILKAN ANTARA 50-60 BERGANTUNG PADA SIZE)

- 60 GM BUTTER
- 100 GM BROWN SUGAR
- 70 GM GULA KASTOR
- 1 BIJI TELUR GRED A
- 1½ SUDU KECIL ESEN VANILA
- 1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG DIAYAK
- 160 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK(PUTRI GANTI PAKAI TEPUNG HONGKONG)

- 100 GM TEPUNG JAGUNG DIAYAK
- ¼ SUDU KECIL BAKING POWDER DIAYAK
- 1 SUDU KECIL BAKING SODA DIAYAK
- 2 SUDU BESAR SERBUK KOPI SEGERA (3 IN 1)
- 2 SUDU BESAR SERBUK ALMOND


*** TEPUNG GANDUM BOLE TAMBAH SEDIKIT SEKIRANYA ADUNAN TERLALU LEMBIK. JGN TAMBAH BANYAK. PUTRI GUNAKAN TEPUNG HONGKONG. ***





CARA2NYA

1. BUTTER DAN 2 JENIS GULA DIPUKUL HINGGA KEMBANG.


2. MASUKKAN ESEN VANILA DAN TELUR. PUKUL LAGI HINGGA KEMBANG SEBATI.

3. MASUKKAN PULA SEMUA BAHAN2 LAIN DAN ULI HINGGA MENJADI DOH LEMBUT. BOLE TAMBAH SEDIKIT TEPUNG SAHAJA SEKIRANYA LEMBIK.

4. MASUKKAN ADUNAN DALAM PLASTIK DAN SIMPAN DALAM PETI SEJUK SELAMA SETENGAH JAM ATAU SEHINGGA ADUNAN MAMPAT DAN SENANG NAK BULAT2KANNYA.

5. BULAT2 KAN ADUNAN DAN TEKAN BAHAGIAN ATAS ADUNAN DENGAN SUDU GARFU. SUSUN ATAS LOYANG.

6. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 190C SELAMA 12-15 MINIT BERGANTUNG PADA OVEN MASING2. BILA DAH MASAK TU SEJUKKAN DAN ATAS COOKIES BOLE LAA PIPEKAN COKLAT MASAK JIKA MAU.

SELAMAT MENCUBA!!!

SEMBER : MELISSA COOKIES
OLAHAN : PUTERI MANJA






FOR THIS RECIPE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...