Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Tuesday, 7 May 2013

OREO BUTTER BITES

Aduhaiii setiap kali masuk buka computer jerr timing asyik lari jerr. Balik2 kena kejar....napa ntah buat pasal jerr. Pagi ni siang2 dah masuk pasar temankan my mum sambil tu beli laa apa2 yg patut. Plan tak nak beli banyak hua3....tup2 $50 pun tak cukup tau. Isshhh ngeri tau kalau kehidupan sekarang ni...semua naik kan. Kalau dah belanja pasar kurang kena laa bawak $100 tu pun kurang2 tahan lauknya tuk 2 minggu. Apa nak buat cam tu laa hari2 kehidupan kita kan....masak dah tu makan takkan nak tengok lak kannnn...huhu. Anyway nak citer sikit pasal resepi hari ni. Putri buat test tuk cookies oreo butter ni. Actually kalau kita perhatikan hampir semua masakkan dan lauk2 mahupun cookies kebanyakkan ramuan atau bahan2nya adalah yg sedia ada. Maksudnya resepi yg sedia ada tu kita olahkan dia menjadikannya masakkan lain cam tu...kita amik dari resepi ni then amik dari resepi tu kita gabungkan haa kan dah jadi satu bahan baru atau resepi baru. Kena cuba laa kalau tak kita akan berpandukan yg lama kan. Yg lama tka dilupakan tapi yg baru kena laa juga cuba. Kita seimbangkan yg lama dan yg baru bergabung pasti malatops beb hehe. Well apa pun terpulang pada yg diri kita sendiri...yg pastinya jgn takot pada benda baru. Tuk kukis hari ni putri mmg cukup suka akan texturenya halus lagi ranggup. Rasa dan bau biskut ni makkk oiiii bole demam selsema seumur hidup...hahaha. Dah tu ada gerenti lagi ok...gerenti 2 tahun senyuman menggoda muahahahaha. Apa seyyyy hehehe sajerr jerr suka hati mak kan nak cakap apa...gitu laa hidup ku ini yg pasan muda remaja huhu. Tengok lagu pun lagu korea ok...sekarang tengah suka sangat dengar lagu2 dorg yg mendayu2. Perhaps kalau u guys nak dengar lagu yg berbeza dari lagu2 melayu bole laa bertandang kerr page putri sambil belek2 sambil dengar lagu2 terkini korea gitu...hehehe. Ok laa jom kita lompat pagar gi amik resepinya....jom jom...

BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 60-70 KEPING BERGANTUNG KEPADA SIZE)

- 120 GM BUTTER
- 120 GM GULA KASTOR
- 1 BIJI TELUR GRED A
- 2 SUDU KECIL ESEN VANILA
- 60 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
- 80 GM TEPUNG NAIK SENDIRI DIAYAK
- 100 GM TEPUNG JAGUNG
- 40 GM TEPUNG KASTARD
- ½ SUDU KECIL BAKING SODA
- 2 PAIRS OREO (BUANG INTI JADI 4 KEPING) MASUK PLASTIK DAN TUMBUK HANCUR.

*** OREO TAK PERLU TUMBUK TERLALU HANCUR DAN JGN TERLALU KASAR YG SEDANG2 AJA YAH MAS/MBAK HEHEHE . SEMUA TEPUNG DISATUKANDAN DIAYAK BERSAMA ***



CARA2NYA

1. BUTTER, GULA DAN ESEN VANILA DIPUKUL HINGGA KEMBANG.

2. MASUKKAN TELUR DAN PUKUL LAGI HINGGA SEBATI.

3. MASUKKAN SEMUA TEPUNG DAN GAUL MENGGUNAKAN SPATULA. AKHIR SEKLAI MASUKKAN OREO DAN GAUL RATA. DAH MASUKKAN OREO JGFN TERLALU GAUL BANYAK CUKUP IANYA RATA DAH OK.

4. ADUNAN KELIHATAN LEMBUT JGN TAMBAH APA2 TEPUNG. GUNAKAN SPATULA JADIKAN DOH BULAT DAN MASUKKAN DALAM PLASTIK BAG. SIMPAN DALAM ESBOK SELAMA 20 MINIT. KALAU NAK MASUK PIPING BAG DAN BENTUKKAN MENGGUNAKAN NOZZLE PUN BOLE TAK PERLU MASUK ESBOK OK.

5. KLUARKAN DAN BENTUKKAN BULAT SEPERTI GULI DAN TEKAN ADUNAN SERTA RATAKANNYA. SUSUN ATAS LOYANG YG TELAH DIGRISKAN TERDAHULU.

6. BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA 12-15 MINIT BERGANTUNG PADA OVEN MASING2. LEBIH LAMA ATAU LEBIH GARING LEBIH SEDAP PERCAYALAA...HEHEHE.


SELAMAT MENCUBA!!!


OLAHAN : PUTERI MANJA







FOR THIS RECIPE

8 comments:

  1. salam puteri..

    biskut ni nampak sedap ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam my dearr...bukan sajerr nampak sedap tapi rasa dia mmg sedap tau...try laa ^__^

      Delete
  2. Wahhh cdap..Macam Famous Amous la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap tapi yg ni oreo tau...try laa

      Delete
  3. baru try buat td. tp xmenjadi pulak. Sedihhh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa napa tak menjadi pulak...ada guna baking soda tak?? bukan baking powder yerr...kat mana silapnya tu...tak pernah pulak tak menjadi...

      Delete
  4. Nanti time raya tahun ni saya nak cuba buatlah. Terima kasih berkongsi resepi ni.

    Merancang Masa Yang Terbaik Dan Tepat Untuk Hamil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kasih selamat mencuba Adilah...^__^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...