Tajul - Sedalam-Dalam Rindu (Official Music Video)

Thursday, 2 May 2013

COFFEE BITES

Assalamualaikum. Bertemu kita sekali lagi disini. Rindunyaa laaa lama tak buat entry apa2 kan kan. Actually banyak yg putri nak ketengahkan tapi tu laa masa pulak yg terhad. Bz jgn cakap lagi...mmg sampai bila2 pun bz jerr memanjang tapi putri tetap berusaha untuk berkongsi resepi selagi termampu. Lagi pun umah blog ni lama dah tak berasap abis berhabuk sana sini tau hehe. Pada pengunjung setia yg tak putus2 mai blog putri ni...aduhhh terimakasih yg tak terhingga yerr dah selalu singgah sini walaupun tuan tanah takde. Korg mmg GEREKK SEEYYY hehehe. 

Ruangkan kali ni pun sama juga masih tetap preview cookies raya. Putri nak mencuba sesuatu yg baru dan perkenalkannya pada u aollss. Tak banyak beza dari sezi rasa cuma harum kopi tu mak oiii menusuk ulu hati mak tau hehehe. Well tak mau laa citer banyak ek kita gi cari kat peti surat ek sbb resepi dah post dah kat korg pakai post laju lagi tau hehehe. Jom laa...



BAHAN2NYA (MENGHASILKAN ANTARA 50-60 BERGANTUNG PADA SIZE)

- 60 GM BUTTER
- 100 GM BROWN SUGAR
- 70 GM GULA KASTOR
- 1 BIJI TELUR GRED A
- 1½ SUDU KECIL ESEN VANILA
- 1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG DIAYAK
- 160 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK(PUTRI GANTI PAKAI TEPUNG HONGKONG)

- 100 GM TEPUNG JAGUNG DIAYAK
- ¼ SUDU KECIL BAKING POWDER DIAYAK
- 1 SUDU KECIL BAKING SODA DIAYAK
- 2 SUDU BESAR SERBUK KOPI SEGERA (3 IN 1)
- 2 SUDU BESAR SERBUK ALMOND


*** TEPUNG GANDUM BOLE TAMBAH SEDIKIT SEKIRANYA ADUNAN TERLALU LEMBIK. JGN TAMBAH BANYAK. PUTRI GUNAKAN TEPUNG HONGKONG. ***





CARA2NYA

1. BUTTER DAN 2 JENIS GULA DIPUKUL HINGGA KEMBANG.


2. MASUKKAN ESEN VANILA DAN TELUR. PUKUL LAGI HINGGA KEMBANG SEBATI.

3. MASUKKAN PULA SEMUA BAHAN2 LAIN DAN ULI HINGGA MENJADI DOH LEMBUT. BOLE TAMBAH SEDIKIT TEPUNG SAHAJA SEKIRANYA LEMBIK.

4. MASUKKAN ADUNAN DALAM PLASTIK DAN SIMPAN DALAM PETI SEJUK SELAMA SETENGAH JAM ATAU SEHINGGA ADUNAN MAMPAT DAN SENANG NAK BULAT2KANNYA.

5. BULAT2 KAN ADUNAN DAN TEKAN BAHAGIAN ATAS ADUNAN DENGAN SUDU GARFU. SUSUN ATAS LOYANG.

6. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 190C SELAMA 12-15 MINIT BERGANTUNG PADA OVEN MASING2. BILA DAH MASAK TU SEJUKKAN DAN ATAS COOKIES BOLE LAA PIPEKAN COKLAT MASAK JIKA MAU.

SELAMAT MENCUBA!!!

SEMBER : MELISSA COOKIES
OLAHAN : PUTERI MANJA






FOR THIS RECIPE

2 comments:

  1. hai..salam kenal dr SRC..

    cantik blog ni dan macam2 ada..
    singgah sini ya..www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.
    tq putri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiii salam kenal dari putri...thks yerr dah sudi tinggalkan komen...thks juga atas complimentnya terhadap blog saya...masih banyak kekurangan tapi ni jerr yg termampu buat masa ni hehe...pasti saya akan singgah blog awak...^__^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...