Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Friday, 30 September 2016

KUIH LAPIS CEMPEDAK

Salam sejahtera dan selamat ptg teman2 semua. Masa menulis nie cuaca kat luar tu dah mula nak hujan. Guruh dah kedengaran tapi tak hujan lagi. Anyway nak share citer sikit. Biasa laa luahan hati ptg2 camnie kannn hahaha. Seperti yg kita tahu usia kita semakin hari semakin bertambah dan tenaga yg kita miliki juga tidak makin bertambah malah asyik penat memanjang jerr. Apa seyy kalau dulu penat tu biasa2 jerr kejap rehat dah bertenaga mcm naga kann wahahahaha....tapi sekarang sejak usia makin up2 gitu makin penat dan luar biasa rehatnya LOLs hahaha. Rehat pun tak bole sekejap tau kurang2 tiga empat jam lelap pun nak kata ok pun susah hahaha. Pokoknya lepas rehat yg panjang bukan makin bertambah tenaga yg mcm naga tu tapi bertambah tenat lagi hado muahahaha. Susah nak citer tau tunggu laa nanti bila korg join club mak nie baru kita story mory lagi ek hahahaha for now tu imbas2an dia buat korg laa. Jgn nak kata korg tu kuat n very the not penat ek...jgn bedek hokey sbb mesin pun bole kena humban so pikir2 kan laa....hahaha pikir apa pulak ek kah3 gasak merapu jerr tau mak nie. 

Ok dah2 mak nak khabar nie smlm mak pandai2 try buat kuih lapis perisa cempedak nie....ishhh dia punya bau mak datokkk wanginyaa kalah perfume Laf Lolen (Ralph Lauren) I tau wahahaha ayat skemah kannn hehehe but seriously sesuatu perisa yg baru. Kemanisan kuih nie pun bergantung kepada buah cempedak tu sendiri. Kalau masak betul n manis mmg terbaik wa cakap lu. Lu baru pegang tu kuih ar org lain sudah gigit lu punya tangan wooo hahaha sbb hor dia punya bau mcm panggil2 serupa itu panggilan maut lolss hahahaha. Bagi yg sukakan buah cempedak nie bole laa mencuba resepi terbaru nie yerr...ok jom kita selak langsir tengok bahan2nya...




BAHAN2NYA (GUNA LOYANG  8" INCI)
  • 400 GM TEPUNG UBI DIAYAK
  • 100 GM TEPUNG BERAS DIAYAK
  • 500 ML PATI SANTAN PEKAT
  • 500 ML SANTAN CAIR
  • 400 GM GULA PASIR (BOLE KURANG DAN LEBIHKAN MENGIKUT CITARASA)

CEMPEDAK PASTE (BLEND HALUS)
  • 300 GM ISI CEMPEDAK
  • 3 SUDU BESAR GULA
  • 200 ML AIR MASAK
** BLEND BAHAN2 PASTE HINGGA LUMAT DAN KETEPIKAN ** PLS TAKE NOTE KALAU CEMPEDAKNYA TERLALU MASAK DAN MANIS TAK PERLU LETAK GULA YERR. **





CARA2NYA

1. MASAK SANTAN PEKAT, SANTAN CAIR DAN GULA HINGGA MENDIDIH SEDIKIT SERTA GULANYA LARUT. MATIKAN API DAN MASUKKAN CEMPEDAK PASTE KEDALAMNYA DAN KACAU RATA SERTA DIBIARKAN SEJUK SEPENUHNYA.

2. SETELAH ADUNAN SEJUK MASUKKAN TEPUNG UBI DAN TEPUNG BERAS. KACAU RATA DAN BLEND ADUNAN NIE HINGGA LUMAT.

3. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN SAMA BANYAK DAN WARNAKAN.

4. GRIS LOYANG 8" INCI DENGAN MINYAK MASAK DAN PANASKAN LOYANG.

5. MASUKKAN 200ML WARNA YG PERTAMA KEDALAM LOYANG DAN MASAK SELAMA 4 - 6 MINIT. KETEBELAN ADUNAN BERGANTUNG KEPADA MASING2 BANYAK MANA NAK MASUKKAN. KIRA PLUS MINUS LAA YERR.

6. MASAK HINGGA HABIS. LAPISAN YG TERAKHIR DIMASAK SELAMA 20-30 MINIT SEBELUM DIANGKAT DAN DISEJUKKAN.

SELAMAT MENCUBA!!!
OLAHAN : PUTERI MANJA










FOR THIS RECIPE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...