Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Saturday, 13 April 2013

MEE HAILAM

Assalamualaikum dan selamat pagi Isnin buat semua. Aduhaiii cepat betul masa berlalu dari hari jumaat lagi putri bz sikit mmg tka sempat nak masukkan resepi mee hailam ni. Mintak maaf sangat sbb hari baru sempat nak sharekan resepi. Hujung2 minggu biasa laaa dengan anak2 nak melayan dorg mmg bz tak abis. Anyway kalau guys cari kat internet apa jua masakkan atau juadah mmg melambak2. Tinggal nak pilih jerr...mana satu yg kita berkenan. Seperti makanan diatas ni ada jugak berbagai2 resepi dan macam2 bahan mereka gunakan. Putri terpaku dengan resepi simple maut yg terdapat kat blog Chef Kak Hanieliza kita yg dikenali ramai dengan masakkan2 beliau. Thks chef dah sudi share resepinya. Bahan2 yg dia gunakan cukup mudah dan my family sangat sukakan mee ni. Terutama sekali my dotter yg kecik tu...ntah berapa mangkuk dia makan. Balik2 dia tanya ada lagi tak mcm tak puas2 pulak dia makan. Kalau tengok dia makan kita yg dah makan ni pun jadi lapar balik hehehe. Mmg seperti tak kenyang2 perut dia laa...pundi makanan dia basau kot muahahaha. Anyway even my bujang sorg tu pun sempat gak bersuara tanya samada beli kerr buat. Wahhh dah bole buka warong camni kan huhu. Sesungguhnya my boy cakap mee ni lebih sedap dari mee sop katanyaa walaupun hahahaha. Apa pun mmg kenyataannya sedap. Pertama kali makan mee hailam jenis cam ni. Tak sure laa biasanya makan mee goreng hailam kot. Rata2 bila order kat sini tak pernah lagi rasa yg serperti putri buat ni. Alaaa pokoknya yah buuu enak ditanggung halal lagi hehehehe. Kalau sendiri buat PUASHATI makk kayoo kayooo dengan rencah2nya yg banyakk. Kalau beli mmg terkulat2 laa makan...siap baget lagi seafood yg dorg letak tu kita makan sikit2 sbb kalau ikot seafood yg dorg letak...makk aiii seketul dua jerr kan kan...pelokek muahahaha. Oh well baik kita buat sendiri laa ek. Ok laa apa kata kita pasang spy mak jemah pi tengok itu resepi ek.
BAHAN2NYA (HIDANGAN TUK 6-8 ORG)

- 1 KG MEE KUNING
- 2 IKAT SAWI DIPOTONG2
- 1 BATANG CARROT DIHIRIS
- 300 GM UDANG BUANG KULIT
- 500 GM DAGING DIPOTONG NIPIS DAN DIREBUS (AIRNYA JGN BUANG)
- 300 GM ISI AYAM DIPOTONG DADU
- 2 KEPING FISHCAKE DIHIRIS2
- 1 SUDU BESAR SERBUK LADA HITAM
- 5 SUDU BESAR KICAP PEKAT
- 6 SUDU BESAR SOS TOMATO
- 700 ML AIR REBUSAN DAGING
- 1 CUBE KNORR IKAN BILIS (PUTRI TAMBAH)
- SEDIKIT GARAM JIKA PERLU


BAHAN TUMIS

- 8 ULAS BAWANG PUTIH DITUMBUK
- 2 ULAS BAWANG KECIL DITUMBUK (YG NI PUTRI TAMBAH)
- 2 BATANG CILI MERAH DIHIRIS
- 6 SUDU BESAR MINYAK MASAK


BAHAN2 TABUR

- DAUN BAWANG DIHIRIS2
- SEDIKIT BAWANG GORENG
- TOMATO BIJI
*** CHEF LIZA GUNA LADA HITAM PUTRI GUNA SERBUK SO U GUYS BOLE JERR PILIH MANA NAK. NAK LETAK  LEBIH PUN BOLE. BAHAN2 RENCAH MENGIKOT PILHAN MASING2 BOLE JERR LETAK APA JUA SEAFOOD YG ANDA MAHUKAN. KUAH DIA KALAU NAK PEKAT LETAK SIKIT AIR OK. MANA2 BAHAN2 YG KALAU RASA KURANG BOLE TAMBAH SEPERTI SOS TOMATO, AIR ATAU KICAP. ***


CARA2NYA

1. PANASKAN MINYAK DAN TUMIS BAWANG PUTIH DAN BAWANG KECIL HINGGA GARENG.

2. MASUKK AIR DAN MASUKKAN BAHAN2 SEAFOOD KECUALI FISHCAKE. MASUKKAN JUGA CARROT, SOS TOMATO, KICAP PEKAT, CILI MERAH, SERBUK LADA HITAM DAN CUBE KNORR.

3. MASUKKAN GARAM JIKA PERLU. SETELAH MENDIDIH DAN SEMUA BAHAN EMPUK/MASAK, MASUKKAN SAWI DAN FISHCAKE. GAUL RATA DAN SIAP TUK DIHIDANG.


*** MEE KUNING DIJIRUS AIR PANAS. KITA TAK MAHU MEE KEMBANG DALAM KUAH SO ALWAYS ASINGKANNYA. BILA NAK MAKAN BARU SIRAM KUAH DIATASNYA DAN LETAK BAHAN2 TABUR. ***

SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : CHEF HANIELIZA
OLAHAN : PUTERI MANJA




FOR THIS RECIPE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...