Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Sunday, 14 April 2013

ROTI GERMAN@ROTI KELAPA ALMOND

Laaa putri tak sedar ada beberapa resepi yg telah lama putri cuba tapi tak masuk dalam blog putri. Bila ada org komen kat pic tu baru sedar yg resepi ni tercicir laa pulak huhuhu. Gambar ni kalau sekali imbas mmg kompem org ingat kek tepi kenyataannya ni adalah ROTI yg gebu gebasnya ala2 kek gitu. Ishhh mengelirukan mata org tau ini roti hehe. Agaknya sbb putri potong cam ni kot org ingat potongan kek...yerr kerr??? hahahaha agaknyaa laa tu. Apa pun jgn tertipu ngan tipah ek jahat tau tipah muahahaha. Korg try laa buat...lembut dia sedap dia kan mainnnnn lagi hahhaha. Oklaa kita kerr resepi terus laa ek jom jom...
BAHAN-BAHAN ( 1 BIJI)

BAHAN ‘A
• 250G TEPUNG ROTI (HIGH PROTEIN)
• 1 BIJI TELUR GRED A (GRED B PUN OK GAK)
• 20G GULA KASTOR
• ¼ GARAM
• 100ML SUSU SEGAR
• 50G BUTTER
• 1 SUDU BESAR DRY YEAST

TOPPING
• 20G BUTTER(SUHU BILIK)
• 40G GULA HALUS
• 40G ALMOND SLICES
• 20G KELAPA KERING
• 30G BUTTER CAIR




CARA-CARA

1. MASUKKAN SEMUA BAHAN2 ‘A KE DALAM BREADMAKER. KALAU TAKDE BM TAKPE ULI TANGAN EK…ULI LAMA SIKIT TAU. PASTU KENA PERAP SELAMA 1 JAM SETENGAH.

2. BILA DAH SIAP KELUARKAN, BUANG ANGIN DAN BENTUKKAN BULAT. REHATKAN 10 MINIT.

3. CANAIKAN BIAR JADI SEGI EMPAT. SAIZNYA KECIL SIKET DARI DULANG OVEN. BIARKAN NAIK 2 KALI GANDA.

4. LEPAS TU CUCUK-CUCUKKAN DENGAN GARFU DAN SAPUKAN BUTTER(PD SUHU BILIK).

5. TABURKAN ALMOND, GULA DAN JUGA KELAPA KERING.

6. AKHIR SEKALI LETAKLAH BUTTER CAIR KE ATAS ROTI. SIAP UNTUK DIBAKAR. BAKAR PADA SUHU 170C SELAMA 20 – 25 MINIT. BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING.

7. BILA DAH SIAP BOLEHLAH POTONG KECIL-KECIL ATAU IKUT SELERA MASING2.


SELAMAT MENCUBA!!!!


SUMBER : FENDI MYR
OLAHAN : PUTERI MANJA




FOR THIS RECIPE


2 comments:

  1. Salam...wah menarik tu roti pun mmmg npk gebus dan lembut...nak pulaka da letak kelapa sdp tu harum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali...tu laa mmg harum bau dia ada almond lagi menambahkan kesedapan pada roti ni...try laa yangg..^_^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...