Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Tuesday, 17 April 2012

MIXED FRUITS BREAD


TO LILYVALY..THKS BANGET DAH SHARE RESEPI NI KAT SEMUA...MMG TERBAIK LAA. YG PASTINYA IRAH TAK SUKA MAKAN SBB ADA FRUITS TU HAHAHA SO DIA TENGOK JER KITA2 YG LAIN NI MAKAN...HUHU. TAKPE LAA DIA TU TAK ABIS2 NAK MAKAN COKLAT JERR. DIA SUKA ROTI PLAIN SAPU COKLAT HAA YG TU 4 KEPING PUN LOM TAU CUKUP DUAT DIA HEHEHE....KING KONG WOOO LOL OK LAA JOM REDAH APA BAHAN2NYA

BAHAN-BAHAN ( 1 LOAF )

• 140ML SUSU SEGAR
• 1 BIJI TELUR
• 300 GM HIGH PROTEIN FLOUR @ TEPUNG ROTI
• 40 GM GULA
• ½ SUDU TEH GARAM
• 30 GM BUTTER/MARGERIN (PUTERI GUNA MARGERIN)
• 1 ½ SUDU TEH YEAST SEGERA
• ½ CAWAN DRIED MIXED FRUITS


CARA-CARA

1. BREADMAKER- MASUKKAN BAHAN DIATAS MENGIKUT TURUTAN ATAU SEBAGAIMANA YG DISARANKAN OLEH BREADMAKER ANDA. DAN "ON" TUNGGU SIAP….

2. SEKIRANYA ANDA TIDAK MEMPUNYAI BREADMAKER, ANDA BOLEH MENGULI DENGAN TANGAN 2 KERAT ANDA.

3. GAULKAN TEPUNG, GULA & GARAM.

4. GAULKAN PULA YEAST, MASUKKAN SUSU SEGAR & TELUR. ULI SEHINGGA SEBATI.

5. MASUKKAN PULA BUTTER/MARGERIN DAN ULI LAGI SEHINGGA DOUGH MENJADI LEMBUT & ELASTIK, LEBIH KURANG 15-20 MINIT ( BERGANTUNG KEPADA TENAGA PENGULINYA).

6. MASUKKAN DOUGH KE DALAM MANGKUK BESAR & TUTUP DENGAN PLASTIK/CLING FLIM SELAMA 1 JAM ATAU SEHINGGA DOUGH NAIK 2X GANDA( BERGANTUNG KEPADA CUACA).(PUTRI TUTUP NGAN TUALA BASAH JERR)

7. TUMBUK/KELUARKAN ANGIN DARI DOUGH TADI. REHATKAN SELAMA 10 MINIT.

8. MASUKKAN MIX FRUITS TEKAN2 DAN TUTUP MIX FRUITS. ULI SEDIKIT DAN BOLEHLAH DI LETAKKAN KE DALAM LOAF TIN ATAU DI BENTUK SEPERTI BUN JIKA TIADA LOAF TIN. REHATKAN LAGI SELAMA 1 JAM.

9. PANASKAN OVEN DAN BAKAR ROTI SELAMA 15-20 MIN PADA SUHU 200C….ATAU SEHINGGA KECOKLATAN BERGANTUNG PADA OVEN MASING2.


SELAMAT MENCUBA!!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...