Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Tuesday, 10 April 2012

PAU KACANG


PAU KACANG RESEPI DARI CMG LEMBUTTTT SANGAT. DULU PERNAH GAK TRY BUAT TAPI TAK SELEMBUT YG CMG PUNYA. TEXTURE DIA WA CAKAP LU LEMBUT SAMPAI TAK YAH KUNYAHH HEHEHE TELAN JERR BEB PALING TERSANGKUK MINUM JERR AIR EKEKEKE...BETUL NI KAWAN2...LEMBUT TERAMAT SANGAT. JOM KITA TRY EK...^_^...DIA ADA LETAK CUKA TAPI PUTRI TAK LETAK HUHUHU...MASIH TETAP MENJADI...THKS CMG DAH SHARE RESEPI TERBAIK NI KAT KITA SEMUA....RESEPI NI GUNA TEPUNG HONGKONG GAK..TU SATU KELAINAN YG PATUT DICUBA TAU...APA PUN JOM BELEK RESEPI....

PAU KACANG

BAHAN2NYA

• 240 G TEPUNG "HONG KONG", GUNA TEPUNG PAU PUN OK
• 1 CAMCA TEH "DOUBLE ACTING" BAKING POWDER + 1/2 CAMCA TEH GARAM
• 1 CAMCA TEH YIS
• 25 G LEMAK SAYUR (SHORTENING)

BAHAN YG DISATUKAN DAN KACAU HINGGA GULA LARUT:

• 100 ML AIR SUAM
• 30 G GULA HALUS


CARA-CARA

1. DALAM SATU BEKAS, MASUKKAN TEPUNG HONG KONG, DOUBLE ACTING BAKING POWDER + GARAM, YIS DAN LEMAK SAYUR. GAUL RAMAS HINGGA ADUNAN BERUPA SERBUK ROTI. MASUKKAN AIR YG BERCAMPUR DGN GULA. ADUN HINGGA MENJADI DOH YG LEMBUT DAN ELASTIK (KURANG LEBIH 15 MINIT, JIKA GUNA TANGAN DAN 10 MINIT JIKA MENGGUNAKAN MESIN). PERAP DOH SELAMA 45 MINIT.

2. KELUARKAN DOH DAN TUMBUK UTK MEMBUANG ANGIN. BAHAGI KEPALA 10 BAHAGIAN, BULAT2KAN. AMBIL SEBIJI DOH DAN LEPERKAN DIATAS TAPAK TGN, SUDUKAN INTI DAN CANTUM DOH SEHINGGA MENUTUPI INTI. BULAT2KAN DOH TADI DAN LETAK DIATAS SEKEPING KERTAS (2INCI X 2 INCI) YG TLH DISAPU DGN LEMAK SAYUR. TAK YAH SAPU PUN TAKPE….^_^

3. BUAT HINGGA HABIS DAN SUSUN DALAM KUKUSAN. PERAP PAU KURANG LEBIH 20 MINIT.

4. KUKUS PAU TADI DIATAS AIR MENDIDIH SELAMA 15 MINIT. ANGKAT DAN SEJUKKAN.

5. UNTUK DOH TADI BOLEH JUGA MENGGUNAKAN BREAD MAKER, MELALUI SETTING UTK DOH. MASUKKAN KESEMUA BHN DAN TEKAN SETTING UTK DOH DAN TUNGGU HINGGA SIAP.

SELAMAT MENCUBA!!!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...