Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Sunday, 8 April 2012

BISKUT KELAPA

MY DEAR FRENNN U AOLSSS MUST TRY RESEPI YG NI REKOMEN SANGAT2 TAU!!!! TERBAIK...NO.1 DALAM LIST BISKUT RAYA PUTRI NANTI HEHEHE....RESEPI NI DARI CMG...THKS CMG FOR SHRING RESEPI NI...MMG TERBAIK LAA. NI NAK STORY MORY SIKIT...MASA TU STOCK KELAPA KERING MMG ADA KAT UMAH TU YG TERUS BUAT RESEPI NI....YG BESTNYA BISKUT NI RASA DIA YG BEGITU ENAK...SUKA MAKAN KELAPA TAU....ANYWAY KELAPANYA PUTRI BAKAR SEBENTAR KASI GARENG SIKIT...JGN LAMA2 KANG TERHANGUS LAK DAAA KENA BELI STOCK BARU...SAPA SUSAH..SENDIRI JUGAK KAN HEHE...OK KITA TENGOK APA BAHAN2 YG DIPERLUKAN...

BISKUT KELAPA

BAHAN-BAHAN ( 120-130 KEPING )
• 225 G TEPUNG JAGUNG "BROWN & POLSON" (CAP KUPU2)*
• 150 G TEPUNG GANDUM*
• 1/2 CAMCA TEH BAKING POWDER*(*DISATUKAN DAN DIAYAK)
• 125 G GULA AISING
• 75 G KELAPA KERING, DIKISAR HALUS(DIBAKAR SEBENTAR SEBELOM DIKISAR...BAKAR LAM 5-7 MINIT)
• 25 G SERBUK BADAM
• 1 BIJI TELUR GRED A (BERAT KURANG LEBIH 60 G SEBIJI)
• 1/2 CAMCA TEH ESEN VANILLA
• 155 G MENTEGA
• UNTUK HIASAN:-
• CERI MERAH, DIDADU KECIL
• KELAPA KERING
• KUNING TELUR, UNTUK SAPUAN


CARA-CARA

1. SATUKAN KELAPA KERING YANG DIKISAR DAN SERBUK BADAM BERSAMA2 TEPUNG TADI. KETEPIKAN.

2. PUKUL TELUR, GULA AISING DAN ESEN VANILLA HINGGA BERKRIM. MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT HINGGA HABIS SAMBIL DIGAUL PERLAHAN. PADA PERINGKAT INI ADUNAN AKAN BERUPA SEAKAN2 SERBUK ROTI.

3. MASUKKAN MENTEGA SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL TERUS MENGGAUL HINGGA ADUNAN TADI MENJADI DOH YANG LEMBUT. BULAT2KAN DOH DAN TUTUP DENGAN TUALA LEMBAP.

4. CANAI DOH SETEBAL 1/2 CM, TERAP DENGAN ACUAN KEGEMARAN DAN SUSUH DALAM DULANG PEMBAKAR. SAPU KUNING TELUR, LETAK SATU POTONGAN KECIL CERI DAN TABUR DENGAN KELAPA KERING. BUAT HINGGA HABIS.

5. BAKAR DALAM OVEN PADA SUHU 150C SELAMA 12 - 14 MINIT. SEJUKKAN BISKUT ATAS JARINGAN HINGGA BETUL2 SEJUK SEBELUM DISIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA.

SELAMAT MENCUBA!!!! 









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...