Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Tuesday, 17 April 2012

SCONE


SIMPLE YET DELICIOUS TU LAA KATA2 YG DAPAT PUTRI KATAKAN....SCONE NI PLAIN TAPI RASA SUSU ADA... RASA APALAGI EK ARR TAK TAU NAK CAKAP....TAK TERUNGKAP TAU KATA2 NI...HEHEHE YG PASTI....TAK RUGI MENCUBANYA...SATU ADUNAN BOLE DAPAT 10-15 KEPING GITU....TAK BESAR PUN BULATAN TU...BENTUK BOLE BUAT IKOT SUKA HATI EK...NAK LONJONG KER SEGI TIGA KERR...LEPER KERR...BUNCIT KERR HAHAHA LOL LOL...ASAL MAKAN DAH EK HEHEHE....THKS TO YANI FOR THE LOVELY RECIPE...ANAK PUTRI KATA CAM KUIH...NI MAKANAN OMPUTIH GITU SO KITA TRY LERR BUAT N RASA. SETAHU PUTRI SCONE NI ADA JUAL KAT RESTAURANT YG BERNAMA POPEYES DAN KAT TEXAS CHICKEN...KAT SIN I DORG PANGGIL NI BISCUIT CAM TU LAA...TAPI BENTUK RASA SIKIT LEBIH KURANG GITU LAA...APA PUN TRY BUAT BARU TAU RASANYA....YUK INTAI RESEPI...^_^
BAHAN-BAHAN ( 9~10 BIJI )

• 125G TEPUNG ROTI (DIAYAK)
• 125G TEPUNG GANDUM (DIAYAK)
• 1 SUDU BESAR BAKING POWDER (DIAYAK)
• 2 SUDU BESAR GULA ICING (DIAYAK)
• 1 BIJI TELUR GRED A
• 50G PLAIN YOGURT (PUTRI TAKDE YOGURT SO PUTRI GANTI SUSU GAK)
• 50G SUSU SEGAR
• 50G BUTTER



CARA-CARA

1. POTONG DADU/ KECIL2 BUTTER. KEMUDIAN SIMPAN DALAM PETI SEJUK

2. SATUKAN TELUR,SUSU DAN YOGURT KE DALAM MANGKUK. PUKUL SEHINGGA KEMBANG ATAU BERBUIH.

3. SATUKAN PULA SEMUA TEPUNG,BAKING POWDER DAN GULA ICING KE DALAM MANGKUK LAIN DAN RAMAS2KAN BUTTER BERSAMA2 TEPUNG TADI. ADUNAN AKAN JADI SEPERTI SERBUK ROTI.

4. MASUKKAN ADUNAN TEPUNG KEDALAM ADUNAN CECAIR SUSU TADI. KACAU DENGAN SPATULA SEHINGGA TAKDE DEBU-DEBU TEPUNG. NAK CEPAT BOLEH JUGA ULI DENGAN TANGAN. JGN TERLALU ULI….SBB ADUNAN MMG LEMBIK/LEMBUT MELEKAT2….TAKPE TABURKAN SEDIKIT TEPUNG DIATAS PERMUKAAN ADUNAN DAN RATAKAN…JGN ULI…JUST TABUR TEPUNG DAN PUSING2KAN DOH TU JERR..... SIMPAN DOH DLM PETI SEJUK
SELAMA 10 MINIT

5. PANASKAN OVEN SEHINGGA 200 DEGREE.

6. KELUARKAN DOH DARI PETI SEJUK.TABURKAN SEDIKIT TEPUNG ROTI DI ATAS PAPAN CANAI. CANAIKAN JADI BENTUK PANJANG. TABUR PULA SEDIKIT TEPUNG ROTI KE ATAS DOH. LIPAT 2. KEMUDIAN CANAI MEMANJANG LAGI. ULANG LANGKAH INI SEHINGGA 5 KALI.

7. DAH KETEBALANNYA LEBIH KURANG 1.5~2CM.
TERAPKAN DENGAN BENTUK BULAT ATAU APA SAJA YANG ANDA SUKA. BOLEH JUGA DIPOTONG MENGIKUT BENTOK YG DISUKAI.

8. SAPUKAN DENGAN SUSU SEGAR DIPERMUKAAN SCONE. BAKAR SELAMA 15 MINIT ATAU SEHINGGA KEKUNINGAN BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2…


SELAMAT MENCUBA!!!!


KALAU MAKAN PANAS2 SEDAP BEB...HAA TUNGGU APA LAGI TU...TAKKAN TENGOK JERR KOT HEHEHE...SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...