Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Thursday, 19 April 2012

KEK LAPIS SWISS PELANGI KASIH


RESEPI NI SAMA NGAN KEK SWISS ROLL....CUMA PUTRI TIPISKAN ADUNANNYA DAN BAKAR SELAMA 18 MINIT PADA SUHU 180C....SEJUKKAN DAN SAPUKAN NUTELLA DI ATASNYA THEN TAMPAL SATU LAGI ADUNAN DIATAS KEK TADI. HASILNYA MMG LEMBUT GARENGG TAU. CER U AOLSS TRY BUAT MESTI U AOLSS KATA BETUI3...HEHEHE. ACTUALLY SENANG BUAT YG CAM NI DARI YG GULUNG...TUK YG TAK RETI NAK GULUNG KITA BUAT GINI DAHHH SENANG CITER HEHEHE. KALAU NAK GULUNG BOLE IKOT JERR CARA2 SWISS ROLL. KALAU NAK BUAT YG CAM PUTRI BUAT PUN BOLE CUMA NIPISKAN JERR KEK...TU JERR. TAK YAH GULUNG2....DAPAT MUAI GAK TAU. NAK MAKAN PUN SONANG HEHEHE YG TAK BESTNYA CEPAT SANGAT LICIN PINGAN TU HUHU...



 BAHAN-BAHAN :
70 G TEPUNG GANDUM (DIAYAK)
1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG
3 BIJI TELUR A
60 G GULA KASTOR
60 ML MINYAK MASAK SAYURAN/MINYAK JAGUNG
1 SUDU KECIL ESEN VANILLA
2 SUDU KECIL OVALETTE
PEWARNA MERAH, HIJAU DAN KUNING




CARA-CARA :

PANASKAN OVEN 170-180C. SEPERTI BIASA, SEDIAKAN LOYANG SWISS ROLL. ALASKAN DENGAN BAKING PAPER. SAPUKAN DENGAN SEDIKIT MENTEGA.

SATUKAN KESEMUA BAHAN DI ATAS (KECUALI MINYAK DAN PEWARNA) DI DALAM MANGKUK ADUNAN, KEMUDIAN PUTAR HINGGA GEBU.

SETELAH ITU, TUANGKAN MINYAK MASAK/MINYAK JAGUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT DAN KACAU SEBATI DENGAN SENDUK KAYU ATAU RUBBER SPATULA.

AMBIL 4 SUDU BESAR UNTUK SETIAP ADUNAN YANG DIWARNAKAN MERAH, KUNING DAN HIJAU.

TUANGKAN ADUNAN YANG KOSONG DI DALAM LOYANG PEMBAKAR DAN RATAKAN.
KEMUDIAN, TOMPOK-TOMPOKKAN ADUNAN MERAH, HIJAU DAN KUNING DI ATASNYA
TAK PERLU DITEKAN ATAU DIRATAKAN. TETAPI KALAU NAK BUAT CORAK PUN BOLEH JUGA. IKOT CREATIVITY MASING2.

KEMUDIAN BAKARLAH HINGGA KEPERANGAN SELAMA LEBIH KURANG 18-20 MINIT. KEPANASAN SUHU BERGANTUNG PADA JENIS OVEN MASING-MASING.

SETELAH MASAK, KELUARKAN TERUS DARI OVEN DAN TERBALIKKAN KEK DAN SEJUKKAN SEBENTAR.

KEMUDIAN SAPUKAN DENGAN JEM/KRIM ATAU NUTELLA DAN TAMPALKAN SATU LAGI KEK DIATASNYA. SIAP TUK NGAP..^_^

SELAMAT MENCUBA!!!





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...