Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Sunday, 15 April 2012

APAM BALIK


Mula2 redah internet nak cari resepi lain tup2 wahhhh ada resepi apam balik laaa resepi dari miss oreo...thks so much putri suka laaa...masa tu kat fb ni takde org pun try buat tu yg putri try buat......tau2 wahhhhh best wooo lembut dan yg paling best sekali betul2 rasa cam beli kat warong2 yg jual apam balik lerr....dah bole bukak kedai ni hua2...cam betul jerr...sekarang ni dah banyak dah org try buat...ada siap buat business lagi tau huhu......anyway jom laa kita tengok apa bahan2 dia....
BAHAN-BAHAN ( 4-5 ORANG )

• 2 CAWAN TEPUNG GANDUM
• ½ CAWAN GULA
• 1 SUDU TEH SODA BICARBONATE
• 1 SUDU TEH BAKING POWDER
• SEDIKIT PEWARNA KUNING (setitik dua jerr)
• 1 BIJI TELUR
• 1½ CAWAN AIR
• SEDIKIT MENTEGA/PLANTA UNTUK MENGOLES
• BAHAN TABUR : KACANG TANAH YANG SUDAH DIKISAR DAN SEDIKIT GULA JUGA UNTUK DITABUR..(SIKIT JERR)


CARA-CARA

1. MESIN GULA BERSAMA TELUR HINGGA KEMBANG,

2. MASUKKAN SODA, BICARBONATE, AIR DAN PEWARNA KUNING. MESIN LAGI HINGGA SEBATI.

3. MASUKKAN TEPUNG DAN MESIN LAGI SEHINGGA SEBATI. (ADUNAN SIAP)

4. OLESKAN PLANTA DI PERMUKAAN KUALI & TUANGKAN 1 SENDUK ADUNAN TADI, KEMUDIAN NIPISKAN.

5. BIARKAN SEKETIKA & SEMENTARA MENUNGGU MASAK, TABURKAN BAHAN TABUR DI ATAS.

6. APABILA CUKUP MASAK, ANGKAT DAN DILIPAT DUA SEBELUM DIPOTONG.

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...