Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Friday, 6 April 2012

OREO CHOCOLATE MOUSSE

HAA NI DIA YG KITA NANTI2 KAN HEHEHE...OREO CHOCOLATE MOUSSE....HUHUHU....JGN TAK CUBA..NYESAL TAK SUDAH EK HEHEHE...APA PUN KEK NI KENA TAK BOLE TAHAN LAMA DILUAR SBBNYA DIA MOUSSE AKAK CAIR NANTI..TAK LAH CAIR CAM TERUK CAM AISKREM TU TAPI TAK BEST ARR NANTI KAN HEHEHE THE BEST MAKAN MASA KITA DAH POOTNG DIA....TERUS NGAP..MMG TERBAIK U AOLSSS.... TAK TERKATA PUTRI TAU..PUTRI SUKA BISKUTNYA RANGUPPP GILERR.....ANYWAY JOM REDAH RESEPI MUDAH NI...^_^



OREO CHOCOLATE MOUSSE 

BAHAN2NYA (GUNA LOYANG 8’’ ATAU 9”)

• 300GM OREO TANPA KRIM
• 85GM BUTTER (DICAIRKAN)



CARA2NYA

1. OREO DITUMBUK2 HINGGA HANCUR….TAK BERAPA HANCUR PUN TAKPE. ASINGKAN 2-3 SUDU BESAR OREO TUMBUK TADI TUK TABURKAN KEDALAM ADUNAN COKLAT NANTI.

2. MASUKKAN BUTTER CAIR TADI KEDALAM OREO DAN GAUL HINGGA RATA.

3. MASUKKAN OREO KEDALAM LOYANG DAH BAKAR PADA SUHU 160C SELAMA 20 MINIT. DAH MASAK SEJUKKAN OREO. SEMENTARA TU KITA SEDIAKAN MOUSSENYA.

WHITE CHOCOLATE MOUSSE

• 150GM COKLAT MASAKAN
• 1 SUDU BESAR GELATIN
• 100ML AIR
• 2 BIJI TELUR PUTIH
• 200ML WHIPPING CREAM
• 40GM GULA HALUS

CARA2NYA

1. PENYEDIAAN MOUSSE. MASUKKAN GELATIN KE DALAM BEKAS YANG MENGANDUNGI 100ML AIR. BIARKAN DALAM 5 MINIT. AWAS!!!! JANGAN MASUKKAN GELATIN DULU KEMUDIAN AIR.. INI AKAN MENYEBABKAN GELATIN BERKETUL2 DAN TAK LARUT SEPENUHNYA.

2. CAIRKAN COKLAT MASAKKAN DENGAN KAEDAH 'DOUBLE BOILER'. PUTIH COKLAT AGAK SUKAR TUK CAIR….SO AGAK2 PERIUK COKLAT DAH PANAS ANGKAT DAN KACAU2 IA SAMPAI CAIR.

3. BILA COKLAT DAH CAIR, MASUKKAN CAMPURAN GELATIN TADI KE DALAM COKLAT CAIR. KACAU SEHINGGA GELATIN SEBATI DENGAN COKLAT TADI. LETAK SEMULA DIATAS PERIUK AIR TADI DAH KACAU2 TUK PASTIKAN COKLAT BENAR2 CAIR BARU DIANGKAT DAN DISEJUKKAN SEBENTAR.

4. PUKUL PUTIH TELUR SEHINGGA KEMBANG ATAU SEHINGGA BERTANDUK.( KALAU DITERBALIKKAN BOWL, TELUR TAK JATUH). SAMBIL PUKUL TELUR TU, MASUKKAN GULA SIKIT DEMI SEDIKIT.

5. DALAM MANGKUK LAIN PULA, PUKUL WHIPPING CREAM SEHINGGA JADI BENTUK KRIM DAN BERTANDUK JUGA.

6. MASUKKAN COKLAT CAIR DAN WHIPPING KRIM KE DALAM TELUR KACAU PERLAHAN2 SEHINGGA SEBATI. AWAS JGN TERCAIR LAK ADUNAN NI….PASTIKAN DIA TETAP GEBU BERTANDUK.SETELAH DIKACAU RATA TUANGKAN ADUNAN INI KE DALAM LOYANG OREO. SIMPAN DALAM ESBOK SEMALAMAN SEBELUM DIHIDANG.

SELAMAT MENCUBA!!!! 





FOR THIS RECIPE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...