Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Sunday, 22 April 2012

PINK HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES


Salam pagi minggu buat semua teman2 sayang. Sekali lagi putri membuat kek HOKKAIDO sbb kali ni nak kasi anak bujang tu lak merasa. Putri buat color PINK lak heheh kasi warna sikit kat kek ni...takde flavour pun just warna jerr. Anyway adunan yg putri buat ni agak sikit kalau diletakkan kedalam cupcake square ni. Dapat cuma 11 ketul jerr huhuhu mmg tak cukup laa kalau 1 adunan...kena buat 2 3 adunan haa baru puas makan iya tak hehehe. Satu lagi disbbkan paper cup tu tinggi maka MEMBUAK2 adunan bagai nak malatop kat atas tu siap koyak rabak gitu hahaha tapi bila dah kena dust gula tu nanti tka laa nampak sangat pung yg pasti kat kedai luar tu buat sama gak ek...tak bole nak tipu. Sama cam kita buat pakai square paper cup ni mmg gini kot. Ari tu pakai yg bulat nampak cantik laa tak laa terkoyak rabak gitu hahahah. Rasa tetap sama gebu. Seperti yg putri kata ari tu...adunan kena hampir penuh sbb kita nak pastikan kek ni tak mengecut kedalam. Nampakkan kek putri tetap GEBU spongy tak kecut sangat n tinggi lagi tau huhu. Atas dia nak rabak kerr nak koyak kerr biar jerr nanti bila dia sejuk sikit dia akan turun sedikit tapi tidak kedalam. Tetap maintain ikot aras papercup ni. So tak kira apa jenis papercup yg kita nak pakai yg penting adunan kena isi melebihi 3/4 penuh ok. Oklah kat sini pun putri letak resepi n gambar2 banyak mana adunan tu putri letak so nanti bole laa u aollss agak2 bila dah tengok nanti kan. Jom redah kasi pecah huhu...

BAHAN A
3 BIJI KUNING TELUR GRED A
80ML MINYAK MASAK 
80ML SUSU SEGAR
¼ SUDU TEH GARAM
100GM GULA KASTOR
SEDIKIT ESEN VANILA
120GM TEPUNG NAIK SENDIRI DIAYAK BERSAMA ¼ SUDU TEH BAKING POWDER 
SEDIKIT WARNA PINK-OPTIONAL

BAHAN B
3 BIJI PUTIH TELUR GRED A
50GM GULA KASTOR
SECUBIT CREAM OF TAR TAR(KALAU TAKDE TAKPE) 








CARA2NYA

**KALAU NAK SENANG PUKUL BAHAN2 B DULU THEN GUNA MIXER YG SAMA PUKUL LAK BAHAN2 A. **

1.SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL DENGAN MIXER HINGGA SEMUANYA BERSATU DAN TIDAK BERGENTEL2…KETEPIKAN

2.PUKUL PUTIH TELUR BERSAMA CREAM OF TAR TAR HINGGA SEPARUH KENTAL DAN MASUKKAN GULA SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL TERUS MEMUKUL HINGGA ADUNAN MENJADI MERINGUE….BERTANDUK BILA TERBALIKKAN DIA TAK JATUH.

3.AMBIL SEDIKIT ADUNAN PUTIH TELUR TADI DAN GAUL KAUP BALIK KEDALAM ADUNAN A HINGGA RATA.

4.MASUKKAN SELEBIHNYA ADUNAN PUTIH TELUR KEDALAM ADUNAN A DAN GAUL KAUP BALIK LAGI HINGGA ADUNAN SEBATI.

5.MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG DAN PIPEKAN KEDALAM MANGKUK CUPCAKE LEBIH DARI ¾ PENUH.

6.BAKAR PADA SUHU 160'C SELAMA 18 MINS ATAU LEBIH BERGANTUNG PADA OVEN MASING2.
7. SETELAH MASAK KLUARKAN DARI OVEN DAN SEJUKKAN ADUNAN INI.

***PERHATIAN YERR…KADANG2 KEK NI AKAN MENGECUT…PUTRI TAK SURE TAPI TU LAA YG PERNAH PUTRI ALAMI…WALAU APA PUN YG PASTI KEK TETAP LAZAT TERAMAT SANGAT….KALAU BOLE GUNAKAN PAPER CUPCAKE YG SEDERHANA BESAR…PUTRI GUNA SIZE 1 ½ INCI LEBAR BAHAGIAN BAWAH CUPCAKE TU. NI KALAU BESOK2 BUAT DIA TETIBA BERUBAH KECUT GAK ISHH TAK TAU APA NAK KATA TAPI ARI NI BUAT DIA NAIK CANTIK JERR…KECUT TAPI TAK KEDALAM N SAMA LEVEL NGAN CUPCAKE TU….SO INGAT YERR PIPEKAN ADUNAN KENA MELEBIHI DARI ¾ PENUH…BUKAN PENUH2 LEBIH SIKIT DARI ¾ TAU…HEHEHE PANJANG LAK STORY HUHU...




BAHAN CUSTARD

1 SUDU BESAR TEPUNG CUSTARD 
1 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM 
4 SUDU BESAR GULA 
200 ML SUSU SEGAR 
1 BIJI TELUR 
1 SUDU BESAR MENTEGA/ BUTTER 


CARA2NYA

1.SATUKAN BAHAN DAN MASAK HINGGA ADUNAN PEKAT DAN BERKILAT. ( MASAK ATAS DOUBLE BOILER ). BANCUH TEPUNG DENGAN 50 ML SUSU SEGAR DAHULU BARU SATUKAN KESEMUA BAHAN. .SENTIASA MENGACAU FILLING CUSTARD INI UNTUK MENDAPATKAN FILLING CUSTARD YANG LICIN. SETELAH MASAK SEJUKKAN SEBENTAR CUSTARD FILLING INI.

2. SETELAH KEK MASAK DAN KEK TELAH SEJUK PICIT CUSTARD DI TENGAH TENGAH KEK.CUCUK NOZZLE KE DALAM DAN PICIT. (PUTRI LAK LETAK KAT ATAS DIA JERR…KEK NI TAKDE CUSTARD PUN SEDAP…BUDAK2 MANA NAK MAKAN CUSTARD KAN TU YG PICIT KAT ATAS JERR..HEHEH )


SELAMAT MENCUBA!!!




2 comments:

  1. wah... cantik dan gebusss aje keknya... kelassss..

    ReplyDelete
  2. Ogy....thks dearr gebus kan...u dah cuba lom....terbaik ni tau hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...