Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Monday, 23 April 2012

CHOCOLATE MOUSSE CUPCAKES


Sempena besday seorg teman putri yg sedari kecil lagi kita dah berkawan...so putri buat lerr kek ni tuk dia...huhu...CHOCOLATE MOUSSE CUPCAKES...kali ni keknya putri buat cara putri kasi spongy sikit...guna tepung naik sendiri..hasilnyaa FUYYOOO sapa2 pun pasti akan tergoda dengan kelembutannya....nanti putri share pic2 yg lain ek. Coklat Mousse ni mmg antara yg terbaik tau...sentiasa menjadi tka pernah sekali pun mengecewakan. Resepi asal amik dari kek coklat mousse ni cuma di cupcakekan jerr hehehe...dan kek nya putri ubah cara lain sedikit...yg pasti buat gini senang nak makan tak yah potong2. Antara kek kegemaran ku....anda bagaimana..wahh gitu hahaha


KEK COKLAT SPAN (MENGHASILKAN 14-16 CUPCAKES)

BAHAN2 ‘A’

2 BIJI KUNING TELUR GRED A
1 SUDU BESAR GULA KASTOR


BAHAN2 ‘B’

2 BIJI PUTIH TELUR GRED A

50GM GULA KASTOR
50GM TEPUNG NAIK SENDIRI-DIAYAK
1 SUDU BESAR SERBUK KOKO-DIAYAK BERSAMA TEPUNG
3 SUDU BESAR MINYAK SAYUR

CARA2NYA

1. PUKUL BAHAN A HINGGA RINGAN DAN GEBU.

2. PUTAR PUTIH TELUR HINGGA KEMBANG DAN BERTANDUK.MASUKKAN GULA KASTOR DAN PUTAR LAGI HINGGA KENTAL DAN ADUNAN KELIHATAN BERKILAT SEDIKIT

3. MASUKKAN BAHAN A KEDALAM ADUNAN B DAN KACAU KAUP BALIK HINGGA SEBATI.

4. MASUKKAN TEPUNG BERSAMA KOKO KEDALAM ADUNAN TADI. KACAU KAUP BALIK HINGGA SEMPURNA.

5. KEMUDIAN TUANGKAN MINYAK SAYUR DAN KACAU KAUP BALIK LAGI HINGGA ADUNAN SEBATI.

6. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG DAN PIPE KAN ¼ ADUNAN KEDALAM ACUAN CUPCAKES.

7. BAKAR PADA SUHU 170C-180C SELAMA 8-10 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.

8. SEJUKKAN ADUNAN TERLEBIH DAHULU SEBELOM MELETAK MOUSSE.



CHOCOLATE MOUSSE

BAHAN2NYA

70GM COKLAT MASAKKAN
1 SUDU KECIL GELATIN
50ML AIR
1 BIJI PUTIH TELUR
100ML WHIPPING CREAM
20GM GULA KASTOR 


CARA2NYA

1. MASUKKAN GELATIN KE DALAM BEKAS YANG MENGANDUNGI 50ML AIR. BIARKAN GELATIN LARUT SENDIRI. AWAS!!.. JANGAN MASUKKAN GELATIN DULU KEMUDIAN AIR.. INI AKAN MENYEBABKAN GELATIN BERKETUL2 DAN X LARUT SEPENUHNYA.

2. CAIRKAN COKLAT MASAKKAN SECARA DOUBLE BOILER.

3. BILA COKLAT DAH CAIR, PADAMKAN API DAN ANGKAT KETEPIKAN. MASUKKAN CAMPURAN GELATIN TADI KE DALAM COKLAT CAIR. KACAU SEHINGGA GELATIN SEBATI DENGAN COKLAT TADI. BIARKAN SEHINGGA SEJUKKAN.

4. PUKUL PUTIH TELUR SEHINGGA KEMBANG BERTANDUK. MASUKKAN GULA DAN PUKUL LAGI HINGGA KEMBANG DAN SEDIKIT BERKILAT.

5. DALAM MANGKUK LAIN PULA, PUKUL WHIPPING CREAM SEHINGGA KEMBANG DAN BERTANDUK JUGA.

6. MASUKKAN ADUNAN WHIPPING CREAM DAN COKLAT CAIR KEDALAM ADUNAN TELUR. KACAU PERLAHAN-LAHAN SEHINGGA SEBATI.

7. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG DAN PIPEKAN KEATAS KEK COKLAT SPAN YG TELAH SEJUK TADI. SIMPAN DALAM PETI SEJUK SEHINGGA MOUSSE KERAS DAN BOLEHLAH DIHIDANGKAN.


SELAMAT MENCUBA!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...