Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Tuesday, 3 April 2012

KEK KUKUS LAPIS HAWFLAKES


KEK KUKUS LAPIS HAWFLAKES...resepi dari kak sri...thk u kak...menjadi gak gubahan ku hehehe...texturenya yg sangat lembut so very the spongy tau...tak try mmg tak merasa laa u aollss huhuhu...dok tengok kenyang mata pun ok gak kan kan...apa pun jom kita redah resepinya...
BAHAN NYA

220G TEPUNG GANDUM
225G GULA CASTER
5 BIJI TELOR
150ML SUSU CAIR
100ML MINYAK
1 SUDU TEH BAKING POWDER
1 SUDU BESAR OVALETTE
1 SUDU TEH ESEN VANILA
1/2 SUDU TEH GARAM HALUS
HAWFLAKES SECUKUPNYA [KALAU XDER, BOLEH GANTI DGN PRUNE]
PEWARNA IKUT SUKA


CARA-CARANYA:

1. PUKUL TELOR BERSAMA ESEN VANILA, GARAM, OVALETTE DAN GULA SEHINGGA KEMBANG;

2.MASUKKAN SUSU CAIR DAN TEPUNG YANG TELAH DI AYAK BERSAMA BAKING POWDER KE DALAM BANCUHAN TELOR TADI, PUKUL HINGGA BANCUHAN SEBATI DAN GEBU;

3.AKHIR SEKALI MASUKKAN MINYAK DAN KACAU BANCUHAN DENGAN SPATULA HINGGA SEBATI;

4.BAHAGIKAN BANCUHAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN UNTUK DI WARNAKAN MENGIKUT WARNA KESUKAAN ANDA[KALO BOLEH BIAR SAMA BYK];

5. SAPUKAN SEDIKIT MINYAK PADA LOYANG YG TELAH DI ALAS DGN KERTAS MINYAK;

6. TUANGKAN BANCUHAN BAGI WARNA YANG PERTAMA, RATAKAN DAN SUSUN HAWFLAKES @ PRUNE DI ATAS PERMUKAANNYA, KEMUDIAN KUKUS LEBIH KURANG 5-6 MINIT;KALAU LAPISAN TU TEBAL KENA LERR KUKUS LAMA SIKIT OK.

7. KEMUDIAN TUANG BANCUHAN BAGI WARNA YANG BERIKUTNYA DAN SUSUN HAWFLAKES @ PRUNE, SEHINGGALAH SETERUSNYA...

8. UNTUK LAPISAN YANG TERAKHIR, KUKUS KEK SELAMA 20-25 MINIT BAGI KEK MASAK KESELURUHANNYA.

SELAMAT MENCUBA!!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...