Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Sunday, 8 April 2012

CORNFLAKES SWIRL

SALAM SEMUA TEMAN2...KALI NI PUTRI NAK SHARE RESEPI BISKUT CORNFLAKES SWIRL...RESEPI NI PUTRI DAPAT KAT BELAKANG KOTAK CORNFLAKE TU..LAMA DAH RESEPI NI PUTRI SIMPAN BARU HARI NI NAK MENCUBANYA...SO TERHASILLAH BISKUT SWIRL NI....DAH SEJUK BIKUT NI GARENG TULL KELETUS2 BUNYI MASA MAKAN HEHE...MEH KITA TENGOK APA BAHAN2NYA...



CORNFLAKES SWIRL(90 KEPING)

BAHAN2NYA

‘A’
170 G TEPUNG GANDUM (DIAYAK)
45 G TEPUNG JAGUNG (DIAYAK)
1½ CAWAN CORNFLAKES (DIKISAR HALUS)

‘B’
150 G GULA CASTOR
150 G BUTTER
½ SUDU KECIL OVALLETE
1 BIJI KUNING TELUR
1½ SUDU KECIL COFFEE OIL (MINYAK KOPI)

‘C’
(DILARUT BERSAMA)
1 SUDU BESAR NESCAFE (PUTRI PAKAI APA YG ADA…2 IN 1 KERR 3 IN 1 KERR BELASAH JERR HUHU) DILARUTKAN DENGAN 1 SUDU BESAR AIR PANAS.


KEPINGAN BADAM UNTUK HIASAN. 






CARA2NYA

1. SATUKAN BAHAN2 ‘A’.

2. PUKUL BAHAN2 ‘B’ HINGGA KEMBANG DAN PEKAT. MASUKKAN BAHAN ‘C’ DAN PUKUL LAGI.

3. MASUKKAN BAHAN2 ‘A’ KEDALAM ADUNAN YG TELAH DIPUKUL TADI…KACAU KAUP BALIK MENGGUNAKAN SPATULAR ATAU SENDUK HINGGA MENJADI DOH LEMBUT.

4. LETAKKAN DOH KEDALAM PIPING BAG DAN PAIPKAN ADUNAN DIATAS DULANG PEMBAKAR YG TELAH DIGRISKAN. HIASKAN DENGAN BADAM DI ATASNYA.

5. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 180C SELAMA 15-20 MINIT ATAU HINGGA MASAK BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.

SELAMAT MENCUBA!!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...