Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Wednesday, 11 April 2012

KUIH KASWI


Pagi to semua teman2 yg selalu lalu kat sini heheheh...kita kan berjiran so mmg pun kena lalu lalang umah jiran2 tuk merentasi sungai...LOL hahaha mana lak dtg sungai tau huhuhu terlebih sudah!!! apa pun masak apa ari ni.....putri buat KASWI....buat sarapan n buat makan ptg/mlm pun bole...3 in 1 u...hehehe 1 of fav putri tu yg putri duk cuba....ni dari CMG tau...thks to CMG for sharing the resepi...apa pun jemput semuaaa....nyumm nyummm...tak sedap 5 6 ketul dah ngaaap hahaha...^_*...so apa kata u aolls lak try buat ek...mesti kata yg sama cama putri gak...tul ni....jom kita kaji dia punya resepi ek....

BAHAN-BAHAN ( LOYANG BULAT 30CM )

BAHAN A :
• 350 G GULA MELAKA (MAT GUNA 300 G)
• 240 G GULA PASIR
• 450 ML AIR
• 2 HELAI DAUN PANDAN, DISIAT DAN SIMPUL

BAHAN B :
• 190 G TEPUNG GANDUM*
• 120 G TEPUNG UBI*
• 60 G TEPUNG BERAS*(*DISATUKAN DAN DIAYAK)
• 900 ML AIR
• 2 CAMCA BESAR AIR ABU (ALKALINE WATER)TAKDE PUN TAKPE TAPI KURANG KENYAL GITU HUHU...
• 3/4 CAMCA BESAR AIR KAPUR
• 1 CAMCA BESAR PEWARNA COKLAT

BAHAN C :
• 1 CAWAN KELAPA PARUT PUTIH
• SECUBIT GARAM@SECUKUP RASA


CARA-CARA

1. SATUKAN BAHAN2 A DAN MASAK ATAS API SEDERHANA HINGGA SEMUA LARUT. SEJUKKAN.

2. SATUKAN BAHAN2 B DALAM SATU BEKAS. KACAU RATA DENGAN WISK.

3. SATUKAN NO1 DAN NO2. KACAU RATA DAN TAPIS KE DALAM LOYANG YANG TELAH DISAPU DENGAN SEDIKIT MINYAK MASAK.

4. KUKUS 40 - 45 MINIT ATAS AIR MENDIDIH. BALUT TUTUP KUKUS DGN KITCHEN TOWEL. JIKA LEPAS 45 MINIT TERDAPAT AIR PADA PERMUKAAN KUIH. LETAKKAN PAPER TOWEL (YG BARU) DAN BIAR IA TERSERAP. ANGKAT PERLAHAN HINGGA KERING. BIARKAN SEJUK BETUL SEBELUM DIPOTONG DAN HIDANGKAN BERSAMA BAHAN C.

5. KATA2 DARI CMG: JIKA BUAT SEPARUH DARI RESIPI DIATAS, BOLEH GUNA LOYANG/TIN KEK BERUKURAN (8 X 8 X 3) INCI DAN JIKA SUKA BOLEH JUGA DIKUKUS DALAM ACUAN APAM YG COMEL2 TU, DAN JANGKA MASA MENGUKUS 10 - 12 MINIT UTK BEKAS2 COMEL. HARAP MAKLUM.


SELAMAT MENCUBA!!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...