Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Sunday, 8 April 2012

BISKUT SUSU

BISKUT NI AGAK CEREWET JUGA...BAGI YG PERNAH BUAT TENTUNYA SENANG TAPI BAGI YG TAK PERNAH BUAT AGAK SUKAR...BAHAN YG DIPERLUKAN SANGAT SIMPLE TAK BANYAK YG KITA PERLU KAN CUMA NAK MEMBUATNYA TU ADA ORG BUAT TAK MENJADI TAK SURE MANA SILAPNYA..TAPI BUAT PERTAMA KALINYA ALHADULILLAH PUTRI BUAT MENJADI....KUKIS NI RASA DIA LEMAK2 MANIS2 BUAH GITU...SESUAI TUK YG TAK SUKA MANIS...APA PUN JOM LAA KITA TENGOK APA BAHAN2 YG SIPERLUKAN...

BAHAN-BAHAN ( SATU ADUNAN BOLEH DAPAT HAMPIR 100 BIJI )

• 200 GRM TEPUNG JAGUNG
• 60 GRM PLAIN FLOUR SUPER FINE(TEPUNG GANDUM PUN BOLE GAK…TAPI AYAK DULU K)
• 1 TIN KECIL SUSU PEKAT MANIS (PUTRI GUNA 200ML JERR)
• 1 SUDU KECIL BAKING POWDER
• BUTTER /MARJERIN UNTUK ULI TEPUNG(PUTRI GUNA 2 SUDU BESAR)
• PERWARNA -IKUT SUKA


CARA-CARA

1. GAULKAN TEPUNG DAN SUSU MENGGUNAKAN BELAKANG SUDU. JGN TERLEBIH GAUL…AGAK2 SUSU DAN TEPUNG DAH BERSATU OK LAH TU.

2. BILA TEPUNG DAN SUSU DAH SEBATI TAMBAH MARJERIN UNTUK MENJADI DOH .

3. BAHAGIAN DOH KEPADA DUA BAHAGIAN - SATU LETAK WARNA MERAH OR WARNA YANG DISUKAI DAN SATU LAGI BIAR PLAIN ATAU LETAK WARNA LAIN PUN BOLE. LETAK ADUNAN DIATAS PLASTIK DAN MASUKKAN SEBENTAR KEDALAM PETI SEJUK…BUKAN TEMPAT KERAS TU TAU…TEMPAT SEJUK BIASA JERR SELAMA 10-15 MINIT. KLUARKAN DAN LETAK SEDIKIT LAGI MARGERIN PADA ADUNAN DAN ULI SIKIT.

4. CUBIT SEDIKIT WARNA PLAIN DAN WARNA KEGEMARAN DAN CANTUMKAN. PASTIKAN TANGAN ANDA DISAPU MAGERIN TUK PASTIKAN ADUNAN TIDAK MELEKAT.

5. LETAKKAN KERTAS MINYAK PADA DULANG BAGI MEMUDAHKAN KUIH TERTANGGAL.

6. BAKAR DALAM OVEN PADA SUHU 170C-180C SELAMA 10-12 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. DAH MASAK SEJUKKAN DULU BARU ALIHKAN DARI DULANG PEMBAKAR

7. PERHATIAN: BISKUT NIE AMAT LEMBUT DAN CAIR DIDALAM MULUT, JADI BERHATI2 BILA MENGANGKAT BISKUT DARI DULANG PEMBAKAR...PASTIKAN SEJUK BETOL BARU ALIHKAN..

SELAMAT MENCUBA




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...