Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Monday, 9 April 2012

LAPIS ROTI DAGING

HAA KALAU NAK TAU ROTI DAGING NI ALAA2 LASAGNA TU LERR YG KITA MAKAN KAT RESTAURANT2 TU...TAPI NI SEPENUHNYA GUNA ROTI JERR BEST WOOO SEKALI NGAPPP FUHHH SEDAPPPPP KEJAM2 MAAT MAKAN TAU EKEKEKE...TERLEBIH SUDAH KITA NI TAU TAKPE LAA JOM KITA LOMPAT TENGOK RESEPI HAHAHA LOMPAT LAK HUA3...HUHUHU TU UMI THKS FOR SHARING THE RESEPI...PUTRI SUKA SUKA SUKA...


ROTI DAGING

BAHAN-BAHAN ( 6-8 ORANG )

• 3 BIJI KENTANG DI POTONG DADU
• 500GM DAGING CINCANG
• 1 BIJI BAWANG BESAR
• 3 ULAS BAWANG PUTIH
• 1 SUDU BESAR SERBUK KARI
• 3 SUDU MAKAN MINYAK UNTUK MENUMIS
• 12-14 KEPING ROTI
• 500ML SUSU SEGAR
• 3 BIJI TELOR
• SECUBIT GARAM
• PARUTAN CHEESE (BANYAK IKUT SUKA)
• SEDIKIT MARGERIN UNTUK MELENSER




CARA-CARA

1. BLEND BAWANG+BAWANG PUTIH KEMUDIAN PANASKAN MINYAK DAN TUMIS BAWANG SERTA MASUKKAN SERBUK KARI DAN JUGA DAGING CINCANG+KENTANG+GARAM

2. SATUKAN SUSU+TELOR+SECUBIT GARAM

3. PUKUL SUSU+TELOR+GARAM HINGGA SEBATI

4. CELUPKAN KESEMUA ROTI DALAM ADUNAN TADI

5. RAMAS-RAMASKAN KESEMUA ROTI TADI

6. LENSERKAN BEKAS TAHAN PANAS DENGAN SEDIKIT MARGERIN DAN LETAKKAN 1/3 BAHAGIAN ROTI YANG TELAH DI RAMAS

7. KEMUDIAN LETAKKAN SEPARUH DARIPADA DAGING+KENTANG YANG TELAH DI MASAK TADI ATAS LAPISAN ROTI

8. ULANGI PROSES DI DGN MELETAKKAN SATU LAGI BAHAGIAN ROTI DAN SELEBIH BAHAN DAGING+KENTANG DAN DILAPISAN AKHIR DENGAN 1/3 LEBIHAN ROTI

9. TABURKAN PARUTAN CHEESE (BANYAK IKUT SUKA)

10. BAKAR DENGAN API SEDERHANA SELAMA 30-45MINS ATAU SAMPAI LIDI TAK LEKAT

11. BOLEH DIHIDANGKAN SEMASA PANAS DAN POTONG IKUT SUKA

12. JIKA INGINKAN LEBIH PEDAS BOLEH HIDANGKAN BERSAMA SOS

SELAMAT MENCUBA!!!! 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...