Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Tuesday, 10 April 2012

CINNAMON ROLL

HARI SEBELOM HARI NI PUTRI TAK BERAPA SIHAT TAU....TAPI DALAM KEADAAN MALAS2 RAJIN SIKIT GITU...HAHAHA AYAT APA JERR TU...ANYWAY MASA TU LERR PUTRI SURF SANA SURF SINI...MASA NI LAGI SEBULAN DAH NAK POSA TAU...SO KIRA NI YG LAST KOPEK PUTRI NAK SHARE BUAT TEMAN2 SEMUA SEBELOM TIRAI RASA RASA SELERA DIHENTIKAN BUAT SEMENTARA WAHHH GITUUU CAM TIRAI AKADEMI LAK HUHUHUHU...THEN JALAN PUNYA JALAN PUNYA JALANNN WALAAAAA TERPAKU TERPANAH TERJULING JAP KAT RESEPI YG SATU NI...WAHHH SUKA SUKA SUKA...THKS YANI SELALU JERR U BUAT I TERGODASS CAM NI HEHEHE.TERUS PRINT..PI KEDAI CARI CREAM CHEESE TU...MMG TAK MAKAN CHEESE TAPI YG NI DIA BUAT TUK SAPU KAT ATAS CINNAMON TU...ADOIIII MAK KAUUUUU MAKKK TAK TAHAANNNNN SEDAPNYAAA MAK SAMPAI GIGIT2 JARI MAKAN TAU WAHAHAHAH REALLY GUYS THE ALMOST PERFECT SUPER DUPER LAZAT MENGILERRR HUHUHU....OK OK TAK MAU CITER BANYAK EK KITA PAKU RESEPI PAGE NI TUK KITA CUBA NANTI EK...JGN TAK BUAT...RUGI UU!! HEHEHE...



CINNAMON ROLL

BAHAN-BAHAN ( 10 BIJI ) PUTRI DAPAT BANYAKKK HUHUHU

• = BAHAN UTK ROTI =

• 300G TEPUNG ROTI
• 50G BUTTER
• 1 BIJI TELUR
• 50G GULA HALUS
• 100ML FRESH MILK/AIR (SUHU BADAN)
• 1 ½ SUDU KECIL DRY YEAST
• 1 SUDU KECIL GARAM
• -----------------------------------------------------
• = FILLING =
• 2-3 SUDU KECIL CINNAMON POWDER (IKUT SUKA )
• 60G GULA PERANG
• 20G BUTTER-SUHU BILIK
• -----------------------------------------------------
• = ICING =
• 50G CREAM CHEESE - SUHU BILIK
• 20G BUTTER - SUHU BILIK
• 100G GULA AISING
• SECUBIT GARAM
• BEBERAPA TITIK VANILA ESEN 


CARA-CARA ROTI

1. CARA BUAT ROTI: GAULKAN BUTTER DENGAN TEPUNG SEHINGGA JADI MACAM SERBUK ROTI

2. KEMUDIAN MASUKKAN GULA DAN DRY YEAST. KACAU DENGAN SUDU SEHINGGA BERGAUL RATA.

3. MASUKKAN PULA GARAM, TELUR DAN SUSU. ULI SEHINGGA TAK MELEKAT DITANGAN ATAU SEHINGGA LICIN.

4. WRAP DENGAN PLASTIK/ KAIN LEMBAB. BIARKAN NAIK SEHINGGA 1.5 KALI GANDA. BILA DAH NAIK, BUATKAN BENTUK BULAT SEKALI LAGI DAN REHATKAN SELAMA 10 MINIT

5. BAHAGIKAN DOH KEPADA 2 BAHAGIAN. AMBIK 1 BAHAGIAN DAN CANAIKAN LEBIH KURANG 20X25CM. LETAKKAN BAHAN-BAHAN FILLING.

6. KEMUDIAN GULUNG. BAHAGIKAN PULA KEPADA 4 BAHAGIAN KECIL( LEBIH KURANG 4 CM PANJANG). ULANG UNTUK DOH YANG SEBAHAGIAN LAGI.

7. LAPIKKAN ROTI DENGAN MUFFIN CUP. BIAR NAIK 1.5 KALI GANDA LAGI. BAKAR DENGAN SUHU 180C SELAMA 15 MINIT.


CARA CARA FILLING

SATUKAN BUTTER DAN GULA....GAUL RATA.....MASUKKAN CINNAMON POWDER DAN GAUL LAGI SENHINGA SEMUA BAHAN SEBATI.

CARA CARA ICING

MASUKKAN SEMUA BAHAN-BAHAN UNTUK AISING KE DALAM MANGKUK. PUKUL SEHINGGA JADI BENTUK KRIM.

BILA ROTI DAN MASAK( KETIKA MASIH PANAS), LETAKLAH AISING SEDIKIT KE ATAS SETIAP ROTI. JANGAN LETAK TERLAMPAU BANYAK AISING. AISING YG BANYAK BOLEH MENGHILANGKAN KESEDAPAN RASA ROTI.


SELAMAT MENCUBA!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...