Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Thursday, 19 April 2012

KEK SWISS ROLL PELANGI KASIH


NAMA ASAL KEK NI KEK SWISS ROLL KASIH PUTRI PANDAI2 JERR UBAH SIKIT HEHEHE..ANYWAY THKS TO Z'LYNA ATAS INSPIRASINYA..TO DAYANG JACK THKS FOR SHARING RESEPI NI....KEK NI PUTRI ADA NAMPAK GAK ITA ADA BUAT TAPI JENIS TOMPOK2...TAK KIRA LAA APA CARA SEKALI PUN YG PASTI IKOT CREATIVITY MASING2 EK. ACTUALLY PUTRI TAK BERAPA PAKAR@TAK PANDAI NAK GULUNG NI KES BELASAH CAM NI MMG PUTRI PAKAR LAA HEHEHE SO TAK SECANTIK YG PAKAR2 KITA BUAT KAN...APA PUN PUTRI TETAP NAK MENCUBA WALAUPUN TAK CANTIK TAU...SEMANGAT KENTAL NI HAAA. OK KAWAN2 JOM LAA TRY BUAT KEK NI...LEMBUT SANGAT2. YG BEST PUTRI SUKA GUNA NUTELLA TUK SAPU KEK...TAK TAU LAA KOMBINASI TERBAIK KOT BUAT PUTRI. YUK JENGUK2 RESEPI...


BAHAN-BAHAN :

70 G TEPUNG GANDUM (DIAYAK)
1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG
3 BIJI TELUR A
60 G GULA KASTOR
60 ML MINYAK MASAK SAYURAN/MINYAK JAGUNG
1 SUDU KECIL ESEN VANILLA
2 SUDU KECIL OVALETTE
PEWARNA MERAH, HIJAU DAN KUNING



CARA-CARA :

PANASKAN OVEN 170-180C. SEPERTI BIASA, SEDIAKAN LOYANG SWISS ROLL. ALASKAN DENGAN BAKING PAPER. SAPUKAN DENGAN SEDIKIT MENTEGA.

SATUKAN KESEMUA BAHAN DI ATAS (KECUALI MINYAK DAN PEWARNA) DI DALAM MANGKUK ADUNAN, KEMUDIAN PUTAR HINGGA GEBU.

SETELAH ITU, TUANGKAN MINYAK MASAK/MINYAK JAGUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT DAN KACAU SEBATI DENGAN SENDUK KAYU ATAU RUBBER SPATULA.

AMBIL 4 SUDU BESAR UNTUK SETIAP ADUNAN YANG DIWARNAKAN MERAH, KUNING DAN HIJAU.

TUANGKAN ADUNAN YANG KOSONG DI DALAM LOYANG PEMBAKAR DAN RATAKAN.
KEMUDIAN, TOMPOK-TOMPOKKAN ADUNAN MERAH, HIJAU DAN KUNING DI ATASNYA
TAK PERLU DITEKAN ATAU DIRATAKAN. TETAPI KALAU HENDAK BUAT CORAK PUN BOLEH JUGA.

KEMUDIAN BAKARLAH HINGGA KEPERANGAN SELAMA LEBIH KURANG 20 MINIT. KEPANASAN SUHU BERGANTUNG PADA JENIS OVEN MASING-MASING.

SETELAH MASAK, KELUARKAN TERUS DARI OVEN DAN TERBALIKKAN KEK DAN SEJUKKAN SEBENTAR.

KEMUDIAN SAPUKAN DENGAN JEM/KRIM MENGIKUT CITARASA SENDIRI.

GULUNG KEK DENGAN KEMAS.
BOLEHLAH DIPOTONG DAN DIHIDANGKAN.

SELAMAT MENCUBA!!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...