Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Tuesday, 17 April 2012

BUN SARDINE GORENG


ROTI SARDIN RESEPINYA DAH LAMA PUTRI SIMPAN..MASALAHNYA TERLUPA MASA TU NAK SAVE YG EMPUNYA RESEPI NI...APA PUN PADA YG SHARE RESEPI NI TERIMAKASIH BANYAK PUTRI HARGAI...MAAF PUTRI BETUL2 TERLUPA. KALAU PUTRI TAU SAPA ORGNYA PASTI AKAN DISEBUT...SILA TAMPIL SEKIRANYA NI RESEPI ANDA...SEKALI LAGI TERIMAKASIH KERANA BERKONGSI RESEPI YG SEDAP NI...PADA TEMAN2...ROTI NI LEMBUT...RANGGUP DILUAR....YG BEST PEDAS2 DIDALAM..ADUHHH LAPO LAK MLM2 BUTA CAM NI TAU HUHUHU...

BUN SARDINE GORENG BAHAN-BAHAN ( 8 BIJI )

• @@ DOH ROTI @@
• 140ML AIR/ SUSU SEGAR (SUAM ATAU SUHU BILIK)
• 200G TEPUNG ROTI
• 8G BUTTER
• 20G GULA
• 1 SUDU KECIL GARAM
• 1 SUDU KECIL DRY YEAST
• ==============================
• @@ INTI SARDIN @@
• 1 TIN KECIL SARDIN
• 1/2 BIJI BAWANG BESAR- POTONG DADU
• 1/2 SUDU KECIL SERBUK LADA PUTIH
• 1 SUDU KECIL JUS LIMAU NIPIS/ KASTURI
• UBI KENTANG- POTONG DADU DAN REBUS 2/3 MASAK (OPTIONAL)
• SEDIKIT MINYAK UNTUK MENUMIS
• GARAM, GULA SECUKUPNYA
• ==============================
• BREADCRUMBS
• TELUR
• MINYAK UTK MENGGORENG 



CARA-CARA

1. MASUKKAN TEPUNG, GULA DAN DRY YEAST KE DALAM MANGKUK. KACAU BIAR RATA. KEMUDIAN MASUKKAN PULA AIR/ SUSU DAN JUGA GARAM. ULI SEHINGGA LICIN DAN TAK MELEKAT DITANGAN.

2. BUAT BENTUK BULAT. TUTUPKAN MANGKUK DENGAN TUALA LEMBAB. BIARKAN NAIK SEHINGGA 2 KALI GANDA

3. TUMBUK-TUMBUK DOH ROTI UNTUK KELUARKAN ANGIN. KEMUDIAN BAHAGIKAN KEPADA 8 BAHAGIAN

4. REHATKAN ROTI SELAMA 10-15 MINIT.

5. AMBIK SEBIJI DOH, CANAIKAN. LETAKKAN INTI DITENGAH-
TENGAH. KEMUDIAN TUTUP RAPAT-RAPAT. TEKAN DENGAN TAPAK TANGAN BIARKAN ROTI JADI BENTUK LEPER. BUATLAH SAMPAI HABIS.

6. BIARKAN ROTI NAIK 2 KALI GANDA.

7. PECAHKAN TELUR DI DALAM MANGKUK. PUKUL TELUR DENGAN GARFU BIAR TELUR KUNING DAN PUTIH BERCAMPUR.

8. PANASKAN MINYAK. CELUP ROTI DALAM TELUR. KEMUDIAN SALUT PULA DENGAN BREADCRUMBS(SERBUK ROTI). GORENG DENGAN API SEDERHANA SEHINGGA PERANG. 


UNTUK INTI....TUMIS SEPERTI BIASA...

SELAMAT MENCUBA!!!




2 comments:

  1. Fillingnya tu menggoda betul... Bagi sebiji boleh...

    ReplyDelete
  2. Ogy.....heheh nak berbiji2 pun bole tapi kena buat sendiri ek hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...