Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Friday, 20 April 2012

CHIFFON PANDAN CUPCAKES

 
KEK CHIFFON PANDAN NI SAMA RESEPINYA NGAN KEK YG KITA BUAT DALAM BEKAS BESAR TU. CUMA YG NI PUTRI LETAK KAT DALAM PAPERCUP MMG SENANG NAK MAKAN. KALAU BUAT CAM NI MMG BUDAK2 SUKA NAK TRY...SBBNYA SIZE YG KECIL KOT HEHE. ALAA YG SUKA NAK TRY SEBENARNYA MAK BUDAK BUKAN BUDAK2 TU HAHAHA,...ALASAN JERR TU...HUHU...ANYWAY JGN LUPA ISI ADUNAN TU PENUH SIKIT BIAR BILA JADI DIA GEBUS JERR TAU....PADA YG EMPUNYA RESEPI NI THK U SO MUCH DAH SHARE RESPEI NI...KU HARGAI SANGAT2.


BAHAN "A"

5 KUNING TELUR GRED A
50 GRAM GULA HALUS
50 ML MINYAK JAGUNG
50 ML SANTAN (ATAU SUSU CAIR)
110 GRAM TEPUNG GANDUM*
½ CAMCA TEH BAKING POWDER*(*DISATUKAN DAN DIAYAK)
1 CAMCA TEH PANDAN PASTE
SECUBIT GARAM

BAHAN "B"

5 PUTIH TELUR
80 GRAM GULA HALUS
¼ CAMCA TEH CREAM OF TARTAR (ATAU JUS LEMON)


CARA2NYA

1.SATUKAN SEMUA BAHAN2 "A" DAN KACAU RATA DENGAN WHISK.

2.BAHAN2 ‘B’… PUTAR PUTIH TELUR HINGGA BERBUIH, MASUKKAN CREAM OF TARTAR DAN GULA SEDIKIT DEMI SEDIKIT DAN PUTAR PADA KELAJUAN TINGGI HINGGA PUTIH TELUR KENTAL.

3 SATUKAN ADUNAN ‘A’ KEDALAM ADUNAN ‘B’ DAN KACAU MENGGUNAKAN SENDUK DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SEHINGGA RATA.

4. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG.

5 SUSUN KERTAS PAPERCUP KEDALAM ACUAN DAN PIPEKAN ADUNAN TADI KEDALAMNYA SEBANYAK ¾ PENUH.

6. BAKAR ADUNAN SELAMA 8-10 MINIT DENGAN SUHU 180C ATAU SEHINGGA MASAK BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2

SELAMAT MENCUBA!!!



2 comments:

  1. Puteri, berapa lama cup cake boleh bertahan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kek tak boe tahan lama dearr...lebih kurang 3-4 hari cam tu....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...