[MV] BOYFRIEND(보이프렌드) _ WITCH

Monday, 30 April 2012

KUIH LAPIS MUDAH


Ni laa dia kuih lapis mudah sangat2. Resepi mudah dari ibu mertua ku hehe. Mak thks ek dah share kat menantu mak ni...huhu. Kuih ni sedap dimakan bila2 masa jerr tak laa tuk minum ptg kerr atau malam. Putri lak letak kat bekas ni kasih menarik sikit kan biar org2 lam umah ni makan pun siap belek2 hehehe. Kuih ni juga sekarang banyak permintaan tuk majlis2 kan. Puteri perasan laa makin banyak yg terhidang kat majlis2 kawin sebagai penyeri pencuci mulut. Kalau takde tak sah tau hehe. Apa pun terpulang pada yg memilih setiap hidangan. So guyss apa lagi try laa buat..bahan semua ada kat dapur tu...jom2


BAHAN2NYA

-1½ CAWAN TEPUNG BERAS (300 ML)(DIKACAU DENGAN 1½ CAWAN SANTAN CAIR) KETEPIKAN.
-2 CAWAN GULA PASIR
-3½ CAWAN SANTAN PEKAT (700 ML)



CARA2NYA

1. KACAU SANTAN DAN GULA PASIR DIATAS API YG SEDERHANA….SEHINGGA GULA LARUT. BIARKAN MENDIDIH SEDIKIT DAN MATIKAN API. DISEJUKKAN.

2. APABILA SANTAN SUDAH SEJUK, GAULKAN DENGAN TEPUNG BERAS TADI SEHINGGA RATA.

3. KEMUDIAN TAPIS ADUNAN INI.

4. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN. (PUTRI BAGI DUA JERR) LETAKKAN WARNA KEGEMARAN MENGIKUT CITARASA MASING2.

5. LOYANG DISAPU DENGAN SEDIKIT MINYAK SUPAYA SENANG NAK KLUARKANNYA DARI LOYANG NANTI.

6. PANASKAN KUKUS DAN KUKUS LAH SELAPIS2 SEHINGGA HABIS.

7. SETIAP LAPISAN DIKUKUS BEBERAPA MINIT MENGIKOT SUKATAN DAN LOYANG YG DIGUNAKAN….SO KENA AGAK2 TAKDE TIMING YG TEPAT TUK PUTRI BAGI…JUST FOR UR INFO….PUTRI PAKAI SUKATAN SENDUK….SETIAP 1 LAPISAN…3 SENDUK (100ML-120ML)…DIKUKUS SELAMA 5-7 MINIT. PUTRI GUNA LOYANG 6"INCI.

8. LAPISAN TERAKIHIR DIKUKUS SELAMA 30-40 MINIT SEBELUM DIANGKAT DAN DISEJUKKAN. SEDIA TUK DIHIDANGKAN….PASTIKAN PISAU DISAPU DENGAN MINYAK SEBELUM MEMOTONGNYA…^_*


SELAMAT MENCUBA!!!!


2 comments:

  1. amboi... cantiknya kueh lapis tu.... teringin plak... lama tak melapis ni... rajin pulak tu, melapis satu2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. My dearr kalau dah buat tu jgn lupa ek kat kita hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...