Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Monday, 29 October 2012

OPERA CAKE IN THE JAR

Assalamualaikum teman2 ku sayang....MAAFkan putri yerr sbb sepatutnya resepi dah kluar smlm tapi letih sangat2...baru buat suku dah tersangguk2 kat depan pc ni....mmg tak dapat nak teruskan share smlm. Then pagi ni lak putri keje..ni baru belik tau...terus masuk blog sbb tak sabar nak share benda baru ni....hehe. Nak kata resepi baru tak laa kan sbb pernah buat huhu...so kena laa kata benda...sbb mmg benda pun barang ni. Haa nak tau barang apa...apa lagi kalau bukan CAKE IN THE JAR!!! wahhhh putri berjaya membuatnya...ikot cara putri lerr huhu. Ni pun atas kajian membaca juga tau...baca dan baca....sampai kuyu mata den tau ekeke. Cake dalam botol ni kan kalau kat spore ni belom terkenal lagi...masih baru. Perhaps after this akan ada yg membuatnya juga nanti. Sesuai tuk door gift atau untuk hantaran. So far ada juga yg dah pernah buat RVC in the jar dan Rainbow cake in the jar...kalau mat saleh tu jgn cakap...mereka semuanya dah dibuat dulu sebelom kita. Mereka ni lebih berani dari kita...kalau org2 kita kan nak buat benda baru terutama guna botol kaca jerr 1st soalan mesti tanya ni..."EMM BOTOL TU BOLE MASUK OVEN BAKAR KERR!!???"...haa tul tak..then tak meletop kerr alamakkk!!! mak pun ngeri laa bila ditanya cam tu hehehe. Actually mula2 mmg takot sangat tau nak mencubanya...tapi lepas tanya org yg jual botol ni dia kata yes mmg banyak org order botol ni tuk buat baking. Dia kata bole masuk oven. Haa korg jgn tak tau ek...kena ada cara masak guna botol kaca ni...jgn main masuk cam tu jerr kang tka pasal2 lain jadinya nanti huhu. Apa pun putri dah try dan selamat tuk digunakan. Dah menjadi kek dan dah makan pun kek tu heehehe. My next project akan terus cuma buat kek menggunakan botol ni. Ada laa beli banyak sikit buat simpan bila perlu...sbb kan ada org tu NAK TUNANG...yerr kerr hahaha. Well jiran putri pun ada nak buat majlis dalam masa terdekat ni so kita tengok laa apa yg putri nak try lak ek..nantikan ek. 

Ok bercakap pasal botol ni...putri nak share dengan u aollss kat mana putri beli benda ni...1st of all nak ucap terimakasih pada Suriani teman fb putri. Thks dearr dah kasi link kerr alamat yg disebutkan. Lepas dapat tau alamat dia kat mana...dengan pantas call hubby suh tlg carikan tempat ni...hehehe. Mati2 mau pegi juga2 hahaha. Hubby kata...kat mana ni tempat ni..ada apa ek..what so special sampai nak kena pegi sana....alaaahaiii banyak pulaak SPELLINGNYA!!!! hua3. Well putri pun cakap laa MANJA2...pls pls pls hahahaha....BERJAYA menyakinkan nya dan kami pun meredah JB pada hari biasa waktu kami sama2 tak keje. Dengan berpandukan GPS kami mencari alamat yg tertera...kalau cari kat internet...PEKAK BADAK tul!!! wahahahaha langsung takde...kerr mmg internet ni tak reti nak baca bahasa melayu kot. Anyway GPS jerr yg dapat baca tapi kan pun sama jugak...BUDUS betuiii gps ni bawak kita round2 satu Jb muahahahaha tapi mak suka suka makan angin sampai kembung LOL hahahaha. Cekik darah betul laaa bila kita dapat tau jalan balik lalu kat kawasan yg ditunjukkan pada kami oleh pekeje kilang botol tu...laaaaaaaaa dekat rupanya hua3!!! mmg nak kena GPS ni nak kena BANTING!!! hehehe. Ni satu nak bagitau ek...jalan masuk kerr kawasan pembekal botol ni jalan dia agak FUHHH NGERI nak lalu. Dah laa sempit...ada banyak kenderaan yg park merata2 sampai ada juga beberapa kereta yg REMUK hingga tak kenal mana depan mana belakang...huhuhu. Ishhh putri ngeri laa drive masuk kawasan dalam tu very the sempit...cam bernafas nyawa2 ikan gitu tau hahaha. Seriously u guyss kena hati2 laa bila masuk situ k. Kalau tak silap Jb ada satu pembekal dan KL juga punya satu lagi pembekal...anyway alamat dia u guys just klik sini k. Kat sini juga putri ada share gambar kedai tu dan beberapa step by step cara nak buat cake in the jar ni. So tunggu apa lagi....JOM laaa ikot putri...jalan tu cepat sikit ek jgn nak terkedek2 cam itik laa hahaha. Ok jom2.



BAHAN2 KEK

BAHAN A

200 GM SERBUK ALMOND
100 GM GULA KASTOR
6 BIJI TELUR
60 GM TEPUNG GANDUM – DIAYAK
50 GM BUTTER - DI CAIRKAN


BAHAN B

115 GM PUTIH TELUR - ANGGARAN DALAM 3 BIJI 
50 GM GULA KASTOR


CARA2NYA

1. DARI BAHAN A, SATUKAN SERBUK BADAM,CASTER SUGAR DAN 3 BIJI TELUR DAHULU. LAGI 3 KETEPIKAN DULU.

2. PUKUL DENGAN KELAJUAN MAXIMA SELAMA 7-8 MINIT. KACAU SEKALI SEKALA DENGAN SPATULA SUPAYA BAHAGIAN DASAR DAN TEPI BERGAUL SEMPURNA.

3. TAMBAHKAN TELUR YANG LAGI 3 BIJI TADI. MASUKKAN 1 PERSATU SAMBIL TERUS MEMUKUL SELAMA 7-8 MINIT LAGI.

4. AMBIL 4 SUDU BESAR ADUNAN DARI BAHAN A TADI DAN CAMPURKAN DALAM BUTTER YANG TELAH DI CAIRKAN. KACAU2 SEDIKIT DAN KETEPIKAN.

5. TAMBAHKAN PULA TEPUNG YANG TELAH DIAYAK KE DALAM BAKI ADUNAN A TADI. KACAU ADUNAN DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SEHINGGA ADUNAN BERGAUL SEMPURNA DAN KETEPIKAN.

6. BAHAN B PULA. DALAM BEKAS LAIN, PUTAR PUTIH TELUR HINGGA BERBUIH. TAMBAHKAN GULA CASTOR DAN TERUS PUTAR DENGAN KELAJUAN MAXIMA SEHINGGA ADUNAN KAKU DAN BERKILAT.

7. AMBIL ¼ DARI ADUNAN PUTIH TELUR DAN CAMPURKAN KE DALAM ADUNAN A. KACAU MENGGUNAKAN SPATULA DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SEHINGGA ADUNAN RATA. MASUKKAN BAKI ADUNAN PUTIH TELUR DAN KACAU KAUP BALIK SEHINGGA ADUNAN SEKATA.

8. AKHIR SEKALI MASUKKAN PULA BUTTER KE DALAM ADUNAN TADI. KACAU KAUP BALIK SEHINGGA ADUNAN RATA. JGN TERLEBIH KACAU EK AGAK2 LAA TAKOT ADUNAN MENDAK NANTI.  

9. MASUKKAN ADUNAN DALAM PIPING BAG DAN PIPEKAN DALAM BOTOL SAMA BANYAK. KALAU PERLU TIMBANG BIAR SAMA RATA. 

10. SUSUN BOTOL DALAM LOYANG DAN TUANG AIR PANAS DIDALAMNYA DAN MASAK PADA SUHU 150C-160C SELAMA 15 MINIT BERGANTUNG PADA OVEN MASING2. TUK LEBIH JELAS LAGI LIHAT GAMBAR2 YERR.


SELAMAT MENCUBA!!!

YG DALAM GAMBAR NI CARA PUTRI...CAM NI PUTRI SUSUN....

1. BAHAN2 A PUKUL SAMPAI KEMBANG PEKAT.

2. AMBIL 4 SUDU BESAR ADUNAN A DAN MASUKKAN DALAM BUTTER YG TELAH DICAIRKAN.

3. KACAU RATA.

4. PUTAR ADUNAN B DAN KETEPIKAN.

5. MASUKKAN TEPUNG PADA ADUNAN A. KACAU KAUP BALIK

6. MASUKKAN PULA SUKU ADUNAN B KEDALAM ADUNAN A DAN KACAU KAUP BALIK.

7. MASUKKAN BAKI ADUNAN B DAN KACAU KAUP BALIK SAMPAI RATA.

8. AKHIR SEKALI MASUKKAN BUTTER. KACAU RATA.




CARA2 MEMASAK DALAM BOTOL...


1. ADUNAN YG TELAH DIKACAU RATA.

2. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG.

3. SEDIAKAN BOTOL YG TELAH DIBERSIHKAN.

4. PIPEKAN ADUNAN KEDALAM BOTOL SAMA BANYAK OK. KALAU PERLU TIMBANG.

5. OK KITA AKAN MASAK SECARA BAIN MARIE/WATER BATH...
SUSUN JAR DALAM LOYANG SEPERTI DALAM GAMBAR. TUANGKAN AIR PANAS MENDIDIH KEDALAM LOYANG ANGGARAN DALAM SETENGAH LOYANG PENUH. JGN PENUH2 LAK. MASAK PADA SUHU 150C-160C SELAMA 15 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.

6. KEK YG TELAH MASAK. BOLE TEST DENGAN LIDI TUK PASTIKAN KEK BETUL2 MASAK.



CARA2 MENGHIAS KEK...


1. KEK YG TELAH MASAK DI KLUARKAN SEPARUH.

2. PIPEKAN COKLAT GANACHE DITEPI2 BOTOL SEPERTI DALAM GAMBAR. TAK PERLU SAMPAI TENGAH.

3. MASUKKAN SEMULA KEK YG DIKLUARKAN TADI...PECAH2KAN DIA BIAR RATA. THEN NANTI BOLE TEKAN2 SIKIT KASI MAMPAT. THEN TUANG LAGI COKLAT DITEPINYA....SORI EKK LUPA NAK AMIK GAMBAR LAA HUHU.

4. LASTLY TUANGKAN COFFEE BUTTERCREAM ATAU COKLAT BUTTERCREAM DIATASNYA. SIAP SUDAH! TUK RESEPI COFFEE BUTTERCREAM KLIK SINI DAN UNTUK COKLAT GANACHE KLIK SINI


SELAMAT MENCUBA!!!

 





GUNA RIBBON LAIN LAK HEHEH TEST MARKET GITU HUHU ^_^...



NI LAA GAMBAR DEPAN KEDAI TU...MMG KALAU TAK BETUL2 TENGOK TAK NAMPAK PUN TAU...SAMA JERR SEPANJANG2 JALAN TU...ISHH3.



13 comments:

  1. terima kasih sb kongsi resepi dan care2 buat cak in jar ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kasih...selamat mencuba...^_^

      Delete
  2. Komen sikit untuk penambahbaikan, mengapa tidak dilapisi butter cream di atas coklat ganache supaya nampak berlapis2. nak lagi sedap keknya, siramkan dengan air instant kopi pahit yang pekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...oh ttg tu saya tau ni semua terpulang pada masing2...nak letak apa pun bole saya hanya kasi contoh simple apa yg saya buat tuk makan sendiri...u can always add anything u like tu menyedapkan kek....thks atas komennya

      Delete
  3. Kdai pembekal botil kaca tu kat mn ye sis..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear kat atas sekali ada link kerr alamt kedai tu...klik huruf SINI kat link yg memberi alamat tu dearr...

      Delete
  4. Step no 8 yg sis gaulkan adunan dgn butter yg x dicairkan je? Brape gram butter tu sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. MY DEARRR u kena BACA RESEPi betul2 dearr....pls refer to cara2nya no.4...btutter telah dicairkan dan dicampurkan dengan bahan lain...cuba tengok n baca betul2 cara 1 sampai 4...sbb tu butter jadi gitu tau...

      Delete
    2. Then dalam gambar tu tengok betul2 step no.2....tu butter cair....step no.lapan butter yg telah dicampur bahan2 dari step 2...make sure u baca betul2 tau sebelum buat ni....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...