Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Sunday, 28 October 2012

COFFEE BUTTERCREAM

Sebelom putri share cake in the jar tu..putri masukkan frosting ni dulu ek. Biasanya nak buat filling butter cream kerr atau frosting mmg tak banyak bahan dia..cuma mmg kena ada sukatan...sbb tu penting kan kita share2 resepi hehehe. Ok kali ni putri nak share resepi coffee butter cream..resepi ni amik dari mocha buttercream. Disbbkan susah sangat nak jumpa mocha putri pakai laa coffee sahajerr...oh yahhh yg gambar kat atas tu ada coklat dan coffee kan..guna kan salah satu ek...jgn dua2...kang rasa pelik kang heheh kalau nak juga bole jerr jalan terus ek ekekeke. Ok laa jom kita tengok apa yg perlu ada...^_^



BAHAN2NYA

100 GM PUTIH TELUR - ANGGARAN 3 BIJI 
200 GM GULA KASTER 
300 GM BUTTER
1 SUDU BESAR COFFEE OIL - KALAU TAKDE BOLE GUNA COFFEE ESEN ATAU COFFEE PASTE

*** BAGI YG NAK LETAK COKLAT JUST LETAK COKLAT PASTE 1 SUDU BESAR JUGA… JGN GUNA DUA2 TAU GUNA SALAH SATU JERR…GAMBO TU CONTOH JERR EK HEHE...ANYWAY NI RESEPI DARI MOCHA BUTTERCREAM PUTRI UBAH LETAK COFFEE ATAU COKLAT SBB SUSAH NAK JUMPA MOCHA PASTE ***



CARA2NYA

1. SATUKAN PUTIH TELUR DAN GULA DALAM SATU BEKAS BESAR. DENGAN KAEDAH DOUBLE BOILER PANASKAN TELUR DAN GULA SEHINGGA GULA LARUT. API KECIL LAA K…JGN SAMPAI TELUR TERMASAK LAK. BILA GULA DAH LARUT MATIKAN API, ANGKAT DAN TERUS PUKUL ADUNAN PUTIH TELUR DENGAN KELAJUAN MAXIMA SEHINGGA ADUNAN JADI BERKILAT DAN PEKAT. KETEPIKAN.

2. PUKUL BUTTER SAMPAI LEMBUT, TAMBAHKAN COFFEE OIL/COFFEE EMULCO. PUTAR HINGGA IA BERGAUL RATA. KALAU NAK GUNA COKLAT TAK YAH MASUK COFFEE K. GUNA SALAH SATU. TAPI KAN COFFEE DAP TAU SBB BAU DIA SEMERBAK HEHE.

3. KEMUDIAN MASUKKAN ADUNAN TELUR KE DALAM ADUNAN COFFEE TADI DAN KACAU KAUP BALIK SEHINGGA RATA. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG. SIAP TUK DIGUNAKAN.



SELAMAT MENCUBA!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...