Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Tuesday, 2 October 2012

MINI SOSEJ BUN

Assalamualaikum salam sejahtera buat semua teman2. Hari ni terasa nak makan bun sosej laa pulak. Mmg kalau mood tengah rajin cam ni laa gayanya...makan makan makan huhuhu. Entah angin apa yg meniup putri sampai buat donut guna donut maker tu lagi jugak tau. Ishhh ishhh ishhh makan lagi. Mesti laa makan ek takkan mau renung2 dan kasi tu tong sampah makan lak kan. So dah buat tu masuk mulut lerr jawapnya. Alaaa roti jerr apa laa sangat mak nak diet2...tak kuasa mak tau muahahaha. Selalunya kalau putri buat roti cam ni kena buat 2 adunan. Satu mmg tak cukup....apa taknya..buat sarapan lain...bekal lain...balik keje makan lagi lain...tengok tv makan lagi pun lain jugak kan kan kan hahahaha. Kalau dah ada makanan cam ni mmg mulut tu tak bole diam nak mengunyah jerr tau. Biasa laa kita makan tuk hidup bukan hidup tuk makan yerr tak. Kat rumah putri kalau sosej ni mmg tak bole takde...stock sosej mesti nak ada. Tuk emergency2 cam ni laa katakan. Lagi pun sosej bole buat masakkan juga kan. Kalau nak cepat rebus jerr buat tambahan makanan tuk anak2 makan ngan nasi. Bila dah makan ni tka makan tengahari pun takpe kenyang tau hehehe. Resepi ni putri pernah masukkan dalam ruangan ni...tapi lama dah. Takpe kali ni mini kan lain sikit so share lagi laa resepinya yg putri dapat dari Yani. Thks Yani dah sudi share resepi ni pada kita. Oklah jom semua kita main masak2 hehehe.


MENGHASILKAN 10 BIJI BUN

BAHAN2 A 


• 120ML SUSU SEGAR
• 1 BIJI TELUR GRED A ATAU B
• 300G TEPUNG ROTI
• 1 SUDU KECIL GARAM
• 3 SUDU BESAR GULA
• 60 GM BUTTER/MARGERIN
• 1½
 SUDU KECIL DRY YEAST 

BAHAN2 B

• 5 BATANG SOSEJ DIPOTONG 2
• KUNING TELUR + SEDIKIT SUSU SEGAR UNTUK SAPUAN PADA ATAS ROTI


CARA2NYA

1. MASUKKAN SEMUA BAHAN A (MENGIKOT TURUTAN DARI ATAS KEBAWAH) KE DALAM BREADMAKER. ON KAN TUNGGU SIAP.

2. BILA DAH SIAP. KELUARKAN DARI BREADMAKER. TUMBUK-TUMBUK UNTUK KELUARKAN ANGIN.

3. BAHAGIKAN KEPADA 10 BAHAGIAN. REHATKAN 10 MINIT

4. AMBIK SEBIJI ROTI. BUAT BENTUK BULAT DAN MASUKKAN SOSEJ DITENGAH2NYA LALU TUTUP DIBAHAGIAN ATASNYA. BUAT SAMPAI HABIS.

5. REHATKAN ROTI SELAMA 30 MINIT ATAU SEHINGGA ROTI NAIK. KEMUDIAN SAPUKAN ROTI DENGAN TELUR + SUSU SEGAR DIATASNYA.


6. BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA 8-10 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. KELUARKAN ROTI DARI OVEN DAN SEDIA DIHIDANGKAN. BILA NAK MAKAN BOLEHLAH LETAK SOS DAN MAYONIS MENGIKOT CITARASA ANDA.


NOTE ***KALAU TAKDE BREADMAKER…GUNAKAN TANGAN PUN BOLE TAPI KENA ULI LERRR LAMA SIKIT HEHEHE… PUTRI PUN TAKDE GAK DULU SO PAKAI ULI JERR NGAN TANGAN HASILNYA LEBIH KURANG GAK..TAPI KALAU PAKAI BREADMAKER LAGI SENANG TAK PENAT TANGAN.***


SELAMAT MENCUBA!!!







FOR THIS RECIPE

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...