Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Sunday, 7 October 2012

CRISPY CHOCOLATE CREPE WITH GANACHE & ALMOND

Assalamualaikum sahabat2 semua. Salam pagi Ahad buat semuanya. Banyak jemputan kerr tu hari ni? Kerr bz jalan2 ni. Putri pun bz gak ni tapi masih sempat buat masakkan tuk family tau. Ni haa seperti yg putri janjikan smlm ni laa dia crepe coklat ganache. Nak citer sikit ni...mula2 sekali nak ucap thks alot pada 2 org ni...Rahel Dan Zila yg telah menggoda serta memberi ku inspirasi dengan hidangan mereka hehe. Resepi asal ni dari Rahel...thks Rahel. Beliau letak cheese cheddar dalamnya dan makan bersama ais krem...nyum2 pastu ternampak lak Zila membuatnya dengan citarasa beliau. Zila sapu peanut butter pastu tabur badam.....haa tu yg terus tercetus idea nak buat ganache tu. Jadinya mak pun lintas langsung terus kerr dapur...haaa kau ayat amender laa mak pakai tu...lintas langsung pun kluar muahahahaha. Rembat jerr mak tau hehehe. Haa terhasil laa crepe ranggup ganache ni. Rasa dia makkk oiiii kejam2 mata kita tau...siap nangis2 lagi sbb sedap sangat muahahaha terlebih sudah. Sapa yg tak suka coklat kan. Dari budak2 hingga kerr mak dan bapak budak pun sukakannya. Coklat tu dah mcm satu kemestian dalam menghidangkan sesuatu sajian terutama sekali kek. Apa pun inti dalamnya yg anda nak sapukan bole jerr ikot citarasa kita masing2 ok. Yg nak makan pun kita gak kan...so ikot kata tekak ek...hehe. Oklahh meh kita selak pintu dapur putri ek pi cari resepi. jom2!




BAHAN2NYA

150 GM TEPUNG GANDUM - DIAYAK
2 SUDU BESAR SERBUK KOKO - DIAYAK
1 SUDU KECIL BAKING POWDER - DIAYAK
SECUBIT GARAM
1 SUDU KECIL GULA PASIR
1 BIJI TELUR GRED A
250 ML SUSU CAIR (PUTRI GUNA SUSU SEGAR)
3 SUDU BESAR WHIPPING CREAM
1 SUDU KECIL CHOCOLATE PASTE/CHOCOLATE EMULCO


BAHAN SAPU ATAS CREPE (PUTRI SAPU COKLAT GANACHE)

50 ML WHIPPING CREAM (NON DAIRY) 

100 GM COOKING CHOCOLATE 
1 SUDU BESAR MADU
200 GM ALMOND FLAKES (DIBAKAR HINGGA MASAK...TUK TABUR ATAS CREPE)

CARA2NYA 

1. MULA2 KITA MASAK GANACHE DULU. KACAU WHIPPING CREAM DIATAS API YG KECIL. BILA NAK MENDIDIH MATIKAN API DAN MASUKKAN COKLAT...ATAU SEBAIKNYA GUNA KAEDAH DOUBLE BOILING TAKOT WHIPPING KRIM HANGUS LAK KAN.


2. KACAU HINGGA COKLAT LARUT SEPENUHNYA. MASUKKAN PULA MADU DAN KACAU RATA. BILA DAH MASAK KETEPIKAN.

3. SATUKAN TEPUNG GANDUM, SERBUK KOKO, BAKING POWDER, GARAM DAN GULA PASIR…KACAU RATA.

4. DIDALAM BEKAS YG BERASINGAN SATUKAN PULA TELUR, SUSU CAIR, WHIPPING CREAM DAN COKLAT PASTE…KACAU RATA.

5. TUANGKAN BAHAN CECAIR KEDALAM TEPUNG TADI DAN PUKUL HINGGA RATA DENGAN KELAJUAN SEDERHANA. PASTIKAN SEMUA BAHAN TAK BERKETUL2.

6. MEMANDANGKAN PUTRI TAKDE ACUAN APAM BALIK SO PUTRI GUNA NON STICK PAN.

7. MASUKKAN SATU SENDUK ADUNAN KEDALAM KUALI NON STICK DAN NIPISKAN ADUNAN MENGGUNAKAN BELAKANG SENDUK. MASAK HINGGA GARENG. JGN HANGUS EK.

8. BILA DAH MASAK ANGKAT DAN KETEPIKAN. BUAT LAGI HINGGA HABIS. SEMENTARA MENUNGGU ADUNAN SATU LAGI MASAK SAMBIL TU KITA SAPU ADUNAN DENGAN COKLAT GANACHE TADI DAN TABUR BADAM FLAKES DIATASNYA. LIPAT CREPE DUA KALI SEHINGGA MEMBENTUK 3 SEGI.

9. SETELAH SEMUA MASAK DAN TELAH DISAPU GANACHE, SIMPAN ADUNAN DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER TAU). BIARKAN SEJUK SELAMA 30 MINIT ATAU SEJAM. SEDIA TUK DIHIDANG…POWERR BEB SEJUK2 MAKAN LAJUUU JERR.


SELAMAT MENCUBA!!!







FOR THIS RECIPE

4 comments:

  1. Salam Putri....
    Uwaaa...krepe coklat dah sampai kat sini er....banyak sedap wooo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam my dearest frennn....yes yes sudah mari..hehehe...thks to awak yg dah goda kita...i really luv ur crepe resepi tau hehehe

      Delete
  2. wah.. tengok pic je pn da teliur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu baru tengok tau kalau dapat merasa lagi tak terkata...cer try....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...