Assalamualaikum...sihat kerr semua?? musim sejuk hujan2 cam ni tentu ada yg tka sihat kan. Kalau sakit cepat2 tengok dr. tau....makan ubat ikot jadual...kalau tak ikot kompem kena jumpa dr.putri lak then gerenti baik pekena masakkan dari air tangan putri eh ekekeke. Apa pun hope u aollss take care laa diri tu ok...jauh lagi perjalan tau...jumpa putri pun tak lagi kan kan...huhu. Ingat senang kerrr dapat jumpa putri gunung ganang?? tak senang tau...kena daki gunung redah sungai panjat pokok...ehhh panjat pokok dah mcm monyet lak muahahahaha. Dah mula dah huhuhu. Ok ok putri nak share resepi puri ni haa....b4 that nak citer sikit pasal texture dia. Putri JUJUR yerr...putri tak mau menipu teman2 ok...sejujurnya textture putri ni agak berminyak sikit. Rasa puri ni ok bagi putri cuma kena makan panas2 sbb kalau dah sejuk minyak akan kluar dari rongga2 puri. Alaa cam muka kita laa kalau dah berpeluh jalan haa berminyak2 kan haa cam tu laa hahahaha. Kalau muka bole gak kita cuci kasi segar...puri mana bole cuci goreng balik pun tak bole. So solution dia SENANG jerr....masak TERUS MAKAN masalah pun hilang kan kan huhuhu. Bagi putri...i still prefer roti arab...texture yg lembut dan bila dah sejuk tetap sedap dimakan. Bagi yg nak resepi roti arab sila klik SINI. Untuk both puri dan roti arab kedua2nya bila masak naik dengan cantik tau. Best kalau masak tengok dia naik gelembung cam nak goreng n goreng terus. Tuk puri kalau masak kena guna minyak yg banyak nanti dia tenggelam n akan timbul pastu dia akan gelembung...tapi kita kena terus menyiram adunan tu sampai dia gelembung. Kalau tak siram nanti dia naik cam malu2 kucing gitu hehehe. So nak tengok dia naik cantik siram adunan masa dia dah timbul. Ingat tau kena masak toskan minyak n terus makan ngan kuah dhal dan sambal baru KICK!!! Apa pun pilihan ditangan anda...TAIPKAN 1 tuk vote PURI dan TAIPKAN 2 tuk vote ROTI ARAB...jari menjadi juri muaahahahaha...terlebih sudah hahaha. Tergelak2 putri masa menaip ni hahaha adooooyaiii...bukan susah pun dua2 bole makan so terpulang pada tekak anda. Oklaa jumpa kita selidiki bahan2 yg kita perlukan. Resepi asal purri bole anda dapatkan pada buku masakkkan dari dapur zarina. Buku ni dan popular kat msia dengarnya...putri beli pun kat sana gak hehe...so tak sure ada lagi kerr tak. Takpe insyaAllah akan putri share kulit buku tu pada u guy2 nanti ek. So bole laa u guys intai2 kat bookstore ada lagi kerr tak buku ni.
- 200 GM TEPUNG ATTA (GUNA TEPUNG GANDUM PUN BOLE TAPI TEXTURE AKAN BERUBAH LAA)
- 100ML AIR SUAM PANAS DICAMPUR DENGAN ½ SUDU KECIL GARAM
- 100ML AIR SUAM PANAS DICAMPUR DENGAN ½ SUDU KECIL GARAM
- ½ SUDU KECIL MINYAK SAPI
CARA2NYA
1 SATUKAN SEMUA BAHAN2 DAN ULI HINGGA LEMBUT.
2. TAK PERLU DIPERAP TUK ELAKKAN ADUNAN BERMINYAK KETERLALUAN.
3. BAHAGIKAN DOH KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN DAN CANAI DOH. JGN TERLALU TIPIS AGAK2 OK.
4 PANASKAN MINYAK YG BANYAK DAN GORENG HINGGA ADUNAN TIMBUL. JGN LUPA TERUS MENYIRAM ADUNAN SEHINGGA DIA GELEMBUNG DAN TERBALIKKAN. ANGKAT DAN TOSKAN MINYAK...SIAP TUK DIHIDANG PANAS2.
SELAMAT MENCUBA!!!!
CARA2NYA
1 SATUKAN SEMUA BAHAN2 DAN ULI HINGGA LEMBUT.
2. TAK PERLU DIPERAP TUK ELAKKAN ADUNAN BERMINYAK KETERLALUAN.
3. BAHAGIKAN DOH KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN DAN CANAI DOH. JGN TERLALU TIPIS AGAK2 OK.
4 PANASKAN MINYAK YG BANYAK DAN GORENG HINGGA ADUNAN TIMBUL. JGN LUPA TERUS MENYIRAM ADUNAN SEHINGGA DIA GELEMBUNG DAN TERBALIKKAN. ANGKAT DAN TOSKAN MINYAK...SIAP TUK DIHIDANG PANAS2.
SELAMAT MENCUBA!!!!
JGN LUPA TUK MENGHIDANGKANNYA BERSAMA KARI DHAL DAN SAMBAL TUMIS...NYUM2!!
No comments:
Post a Comment