Tajul - Sedalam-Dalam Rindu (Official Music Video)

Monday, 2 July 2012

CHOCOLATE INDULGENCE WITH STEP BY STEP PHOTOS PUTRI STYLE

Again teman2 semua...sekali lagi putri nak share resepi yg tersangat sedap ni. Kek ni pun dah setahun lebih jugak putri simpan dalam Fb putri tu. Biasa laa nk letak kat blog ni tak sempat2. So pada tengah mlm ni tetiba nak masukkan pulak...huhu Anyway nak citer sikit pasal kek ni. Kek Indulgence ni katanya biasa terjual kat Restaurant Secret Recipe. Agak Mahal sikit tapi sangat berbaloi sbb keknya terlampau SEDAP!! Tul ni tau kek ni antara yg TERBAIK dari kek2 yg sedia ada. Jgn tak tau ek...mmg patut pun mahal sbb nak membuatnya MMG TAK MUDAH!!! sapa yg pernah buat kek ni mmg tau laa cam mana punya payah nak menyiapkannya. Nak2 filling mousse putih tu kena buat sehari sebelom buat kek ni. kek ni mmg tak tahan lama diluar...dia kena makan ketika sejuk. Rasa kek ni masyaAllah punya laa enak sampai tak reti nak citer tau hehehe. Tapi tu laa tak tahan dibiar luar cam tu. Kena masuk peti sejuk. Apa kata u guys yg tak pernah buat tu...cer try buat...mmg berbaloi tau makan sefamily. Kek yg meriah dengan pelbagai rasa coklatnya. Termasuk kek span coklatnya sekali sangat sedap. Oklah jom kita selak dia punya bahan ek hehehe.

INFO PENTING YERR...MULA2 SEKALI KITA BUAT FILLING MOUSSE COKLAT PUTIH SEHARI SEBELUM KITA BUAT KEKNYA....SBB COKLAT PUTIH KENA SIMPAN LAM PETI SEJUK SEKURANG2NYA SEHARI LAH LEBIH BAIK....PLS TAKE NOTE YERR....

CHOCLATE INDULGENCE
CHOCOLATE CHIFFON

BAHAN A
30GM SERBUK KOKO (LARUTKAN DGN 120ML AIR SUAM)
4 BIJI KUNING TELUR (TELUR DIASING PUTIH DAN KUNING)
100GM GULA KASTOR
130GM TEPUNG NAIK SENDIRI
½ TSP BAKING POWDER½ TSP SODA BICARBONATE
60ML MENTEGA (DICAIRKAN)/MINYAK JAGUNG
1 TSP ESEN VANILA

BAHAN B
4 BIJI PUTIH TELUR
60GM GULA KASTOR
1/4 TSP CREAM OF TARTAR


CARA-CARA

1. PANASKAN OVEN PADA SUHU 180C. SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL HINGGA KEMBANG MENGGUNAKAN HIGH SPEED.


2. DI DALAM MANGKUK LAIN PUKUL BAHAN B (PUTIH TELUR) HINGGA KENTAL GUNA HIGH SPEED.

3. SATUKAN BAHAN A KE DALAM BAHAN B SECARA KAUP BALIK. TUANG KE DALAM LOYANG 9" DAN BAKAR SELAMA 40 MINIT ATAU HINGGA MASAK.

4. ANGKAT DARI LOYANG DAN TELENGKUPKAN KEK DI ATAS REDAI BIARKAN BETUL-BETUL SEJUK BARU DI POTONG KEPADA 4 LAPISAN.


FILLING : MOUSSE COKLAT HITAM :
- 200GM CHOCOLATE MASAKAN HITAM
- 2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
- 2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
- 60GM GULA KASTOR
- ½ SUDU BESAR
 MENTEGA
- 250ML WHIPPING CREAM (NON DAIRY) - DI PUKUL HINGGA PEKAT BERTANDUK
- 1½
 SUDU BESAR GELATIN
- 50ML AIR
***SIMPAN SEDIKIT ADUNAN UNTUK DI SAPU TIPIS KEPADA KEK***

FILLING : MOUSSE COKLAT PUTIH :
- 200GM COKLAT MASAKAN PUTIH
- 100ML SUSU SEGAR
- 2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
- 2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
- 60GM GULA KASTOR
- 250ML WHIPPING CREAM (NON DAIRY) - DI PUKUL HINGGA PEKAT BERTANDUK
- 2 
SUDU BESAR GELATIN
- 50ML AIR

*** PERHATIAN YERR PUTRI TUKAR WHIPPING TAWAR PADA YG MANIS IA ITU NON DAIRY WHIPPING CREAM SBB PUTRI RASA YG TAWAR TU SELALUNYA TAK NAIK2 BILA DIPUTAR. SO PLS YERR JGN LUPA GUNA WHIPPING YG MANIS (NON DAIRY) ***

TOPPING COKLAT GANACHE
- 150ML  WHIPPING CREAM
- 350GM COKLAT MASAKAN HITAM
- 1 
SUDU BESAR MENTEGA
(MASAK SECARA DOUBLE BOILER, PANASKAN WHIPPING CREAM *** HINGGA BERBUIH DI TEPI PERIUK, MASUKKAN COKLAT DAN MENTEGA, KACAU HINGGA CAIR DAN TUANG KE ATAS KEK)

*** HIASAN : UNTUK PIPING COKLAT GANACHE DI ATAS KEK, SEJUKKAN DAHULU COKLAT DI DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM. KELUARKAN DARI PETI SEJUK DAN KACAU DENGAN HAND WHISK HINGGA RATA, MASUKKAN KE DALAM PIPING BAG DENGAN NOZZLE PILIHAN DAN PIPE DI ATAS KEK ATAU DI TEPINYA. SETELAH SIAP MASUKKAN KEMBALI KEK YANG DI HIAS DENGAN COKLAT KE DALAM PETI SEJUK.

*** UNTUK MENDAPATKAN COKLAT GANACHE YANG LEBIH KERAS TAMBAHKAN SUKATAN COKLAT MASAKAN LAGI BANYAK LAGI PEKAT TEKSTURNYA DAN SESUAI UNTUK MEMBUAT BUNGA ATAU BORDER.***

CARA-CARA :

MOUSSE COKLAT HITAM


1. RENDAM GELATIN DGN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN


2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI MENTEGA DAN GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.

3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR, GAUL HINGGA RATA.


MOUSSE COKLAT PUTIH


1. RENDAM GELATIN DAN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN.

2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN PUTIH SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.

3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN SUSU SEGAR DAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR. GAUL HINGGA RATA.

4. MASUKKAN MOUSSE KE DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM SEHINGGA BEKU. KEMUDIAN KELUARKAN DAN PUKUL DENGAN WHISK MENGGUNAKAN HIGH SPEED HINGGA PEKAT DAN BERTANDUK. SEELOKNYA MOUSSE COKLAT PUTIH DI BUAT SEHARI LEBIH AWAL. *** DAN DI SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK BUKAN FREEZER. APABILA HENDAK DI GUNAKAN, WHISK SEMULA HINGGA KEMBANG BARU DI SAPU KE ATAS KEK.

CARA-CARA MELAPISKAN KEK DAN COKLAT MOUSSE.


1. POTONG CHIFFON KEK KEPADA 4 LAPISAN.

2. LAPISAN PERTAMA : LETAK KEK KE DALAM LOYANG 9" (LOOSE BASE TIN). TUANG MOUSSE COKLAT PUTIH DI ATASNYA DAN RATAKAN.

3. LAPISAN KEDUA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN PERTAMA, TUANG MOUSSE COKLAT HITAM DI ATASNYA DAN RATAKAN.

4. LAPISAN KETIGA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KEDUA, TUANG BAKI MOUSSE COKLAT PUTIH DAN RATAKAN.

5. UNTUK LAPISAN TERAKHIR, LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KETIGA DAN SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK SEMALAMAN.

6. KELUARKAN KEK DARI ACUAN, SAPU TIPIS DENGAN MOUSSE COKLAT HITAM KESELURUH KEK DAN SIMPAN SEKEJAP DI DALAM PETI SEJUK HINGGA BEKU.

7. LETAK CAKE DI ATAS WIRE RACK DAN TUANG TOPPING COKLAT GANACHE, BIAR COKLAT MENGERAS BARU DI HIAS.

8. POTONG MENGGUNAKAN PISAU YANG DIRENDAM DI DALAM AIR PANAS, LAP DAN POTONG KEK.

SELAMAT MENCUBA!!!!


OK DEARR....MULA2 SEKALI KITA SEDIAKAN FILLING CHOCOLATE MOUSSE PUTIH DULU PASTU KITA SIMPAN SEMALAMAN....IKOT RESEPI DIA NAK 50ML PUTRI TAMBAH SIKIT LAGI LAM 60 ML AIR. PUTRI GUNA AIR MASAK. RENDAMKAN 2 SUDU BESAR GELATIN KEDALAM AIR. BIAR DIA KEMBANG SEBENTAR....


CAM NI RUPANYA BILA DAH KEMBANG CAM TU...DIA CAM LARUT SENDIRI KAT DALAM TU TAK YAH KACAU K. THEN MASUKKAN ADUNAN NI DALAM MANGKUK DAN MASAK SECARA DOUBLE BOILER KAT ATAS DAPUR...JGN DIRECT KAT ATAS DAPUR K...KENA BUAT CAM MASAK COKLAT GAK...PAKAI 2 PERIUK....THEN KACAU GELATIN SAMPAI SEMUA LARUT...


CAM NI RUPANYA BILA DAH LARUT...CAIR GITU....ANGKAT DAN BIAR KAN SEBENTAR..


CAIRKAN COKLAT PUTIH SECARA DOUBLE BOILER...BILA DAH CAIR MASUKKAN KUNING TELUR KACAU RATA. THEN MASUKKAN PULA GELATIN DAN KACAU HINGGA RATA. DAH RATA ANGKAT KETEPIKAN...


CAM NI RUPA NYA BILA DAH DISATUKAN ...ANGKAT DAN KETEPIKAN...INGAT JGN SAMPAI SEJUK LAK...KENA CEPAT2 SIKIT SEDIAKAN LAIN2 BAHAN..


DI DALAM MANGKUK BERASINGAN PUTIH TELUR DAN GULA DI PUKUL HINGGA KEMBANG DAN BERTANDUK..


SEPERTI DIATAS...KEMBANG DAN BERTANDUK....MASUKKAN ADUNAN INI KEDALAM COKLAT PUTIH TADI...KAUP BALIK HINGGA RATA...


BEGINI LAH RUPANYA BILA DAH SATUKAN TELUR TADI KEDALAM MANGKUK COKLAT...

WHIPPING CREAM 250ML DI PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI HINGGA PEKAT DAN BERTANGUK JUGA...


BEGINI LAH RUPA WHIPPING CREAM YG DAH DIPUKUL KEMBANG DAN BERTANDUK...


SUSU SEGAR DAH WHIPPING CREAM DIMASUKKAN KEDALAM ADUNAN COKLAT TADI DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA RATA...


PERHATIKAN...TADINYA WARNA KUNING SEKARANG DAH JADI PUTIH APABILA SEMUA DISATUKAN. MASUKKAN ADUNAN INI KEDALAM PETI SEJUK...JGN LETAK KAT FREEZER JUST KAT TEMPAT SEJUK JERR DAH OK....BIARKAN ADUNAN SEMALAMAN....

BILA NAK GUNAKAN NANTI JGN LUPA PUKUL ADUNAN INI HINGGA KEMBANG DENGAN KELAJUAN TINGGI.



SEKARANG KITA BUAT FILLING COKLAT HITAM...SAMA CAM COKLAT PUTIH PAKAI GELATIN TAPI TAK PERLU SIMPAN LAM PETI SEJUK TERLALU LAMA...KEJAP JERR SO SBB TU KENA BUAT YG PUTIH TU SEMALAMAN...

SAMA JUGA...60 ML AIR DAN HANYA 1 1/2 SUDU GELATIN....DIRENDAM KEDALAM AIR HINGGA GELATIN LARUT SENDIRI. TAK PERLU KACAU...BIARKAN SEBENTAR..



BEGINI LAH RUPANYA BILA DAH LARUT...SAMA JUGA CAM TADI GELATIN DIMASAK SECARA DOUBLE BOILER....MASUKKAN ADUNAN NI DALAM MANGKUK DAN MASAK SECARA DOUBLE BOILER KAT ATAS DAPUR...JGN DIRECT KAT ATAS DAPUR K...KENA BUAT CAM MASAK COKLAT GAK...PAKAI 2 PERIUK....THEN KACAU GELATIN SAMPAI SEMUA LARUT..


BEGINI LAH RUPANYA BILA DAH LARUT DIA CAM CAIR GITU....ANGKAT DAN KETEPIKAN...


CAIRKAN COKAT HITAM SECARA DOUBLE BOILER. SETELAH COKLAT CAIR...MASUKKAN KUNING TELUR DAN KACAU HINGGA RATA DIIKUTI DENGAN GELATIN CAIR DAN KACAU HINGGA SEMUANYA SEBATI....


BEGINI LAH RUPANYA BILA DAH BERSATU....ANGKAT DAN KETEPIKAN....SAMA JUGA...CEPAT2 SEDIAKAN BAHAN2 LAIN...JGN SAMPAI ADUNAN INI SEJUK.


DIDALAM MANGKUK BERASINGAN PUKUL PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG DAN BERTANDUK...


BEGINI LAH RUPANYA BILA DAH KEMBANG DAN BERTANDUK...

MASUKKAN ADUNAN PUTIH TELUR TADI KEDALAM MANGKUK COKLAT DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA RATA....



WHIPPING CREAM NON DAIRY DIPUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI HINGGA KEMBANG DAN BERTANDUK....


BEGINI LAH RUPANYA BILA DAH PUKUL KEMBANG BERTANDUK....


MASUKKAN WHIPPING CREAM KEDALAM MANGKUK COKLAT TADI....GAUL KAUP BALIK SEHINGGA RATA SEMUANYA...


BEGINI LAH RUPANYA BILA DAH DISATUKAN SEMUA ADUNAN....MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PETI SEJUK SEBENTAR

SIMPAN SEDIKIT ADUNAN INI UNTUK DISAPUKAN TIPIS KEPADA KESELURUHAN KEK....

....JOM KITA BUAT KEK CHIFFON PULAK....



30 GRM KOKO DILARUTKAN KEDALAM 120ML AIR SUAM....KACAU RATA


BEGINI RUPANYA BILA DAH DIKACAU.....KETEPIKAN...


SATUKAN BAHAN2 "A" DIATAS INI KEDALAM MANGKUK...


SATUKAN SEMUANYA DAN PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI HINGGA KEMBANG DAN PEKAT...


BEGINI RUPANYA BILA DAH DIPUKUL....KETEPIKAN...


DIDALAM MANGKUK BERASINGAN PUKUL PULA BAHAN2 "B" HINGGA KEMBANG DAN BERTANDUK...


NI LAH RUPANYA ADUNAN 'B' TADI....KEMBANG DAN BERTANDUK BILA TERBALIKKAN DIA TAK JATUH TU MAKNANYA DAH KEMBANG...

SATUKAN BAHAN2 'A' TADI KEDALAM MANGKUK 'B'....KACAU SECARA KAUP BALIK JUGA....PASTIKAN SEMUANYA DIGAUL RATA...


NI LAH RUPANYA BILA DAH DISATUKAN....MASIH TETAP CAM PEKAT...

PANASKAN OVEN PADA SUHU 180C....MASUKKAN ADUNAN KEDALAM LOYANG DAN BAKAR SELAMA 40 ATAU SEHINGGA MASAK....PUTRI PAKAI 2 LOYANG SBB TAK RETI NAK POTONG 4 ...HUHUHU SO PUTRI BAKAR SELAMA 30 MINIT SAHAJA BERGANTUNG PADA OVEN MASING2....



ADUNAN YG TELAH SIAP DIMASAK....DI KELUARKAN DAN DISEJUK DIATAS REDAI....


SETELAH SEJUK BOLE LAH DIPOTONG KEPADA 2 BAHAGIAN SETIAP SATU LOYANG....KALAU SATU LOYANG POTONG 4 LERR...^_^

MENGGUNAKAN LOYANG LOOSE BASE TIN ATAU RING.....MASUKKAN 1 LAPISAN KEK KEDALAN LOYANG....


PERINGATAN YERR....ADUNAN COKLAT PUTIH DIKELUARKAN DAN DIPUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI HINGGA KEMBANG BARU DITUANGKAN SEDIKIT DIATAS LAPISAN KEK TADI....DAN SETERUSNYA...OK PUTRI ATURKAN KAT SINI YERR....

PERTAMA....LAPISAN KEK....
KEMUDIAN TUANGKAN COKLAT MOUSSE PUTIH...
THEN LAPISAN KEK LAGI...

THEN TUANGKAN COKLAT MOUSSE HITAM...
THEN KEK LAGI....
THEN COKLAT MOUSSE PUTIH LAGI....
THEN KEK TERAKHIR....
JGN SAPU LUAR DIA DULU...SIMPAN DALAM PETI SEJUK SEMALAMAN...


SEPERTI DI DALAM GAMBAR INI LAPISAN KEK TERATAS SEKALI....MASUKKAN ADUNAN KEK INI KEDALAM PETI SEJUK...NOT FREEZER OK....JUST CHILL ROOM JERR....SIMPAN DALAM PETI SEJUK SEMALAMAN....


SETELAH SEMALAMAN...KELUARKAN KEK DARI ACUAN....DAN BAKI COKLAT MOUSSE HITAM DI SAPU MENGELILINGI KEK HINGGA MENUTUPI SEMUANYA....MASUKKAN KEMBALI KEDALAM PETI SEJUK SELAMA 1 JAM ATAU LEBIH.


SEMENTARA KEK DALAM PETI SEJUK KITA BUAT CHOCOLATE GANACHE...

BAHAN2 MEMERLUKAN BUTTER TAPI PUTRI LUPA NAK LETAK HUHUHU...REDAH JERR....

PUTRI GUNA 2 BAHAN JERR....COKLAT HITAM DAN WHIPPING CREAM....KALAU ADA BUTTER DIA LEBIH CANTIK KILAT CAM TU...SO LETAK BUTTER OK PUAN2...^_^

DIDIHKAN WHIPPING CREAM SEBENTAR DIATAS API...AGAK2 NAK BERBUIH SIKIT ANGKAT DAN TUANG KAN KEDALAM MANGKUK COKLAT....KACAU MENGUNAKAN WHISK ATAU SENDUK....



KACAU SAMPAI COKLAT TADI CAIR DAN SEBATI DENGAN WHIPPING CREAM....MASUKKAN BUTTER SEKALI KEDALAM ADUNAN.

BOLE JUGA GUNA KAEDAH DOUBLE BOILER...DIDIHKAN WHIPPING CREAM DAN MASUKKAN COKLAT DAN BUTTER KACAU HINGGA RATA DAN ANGKAT...



TUANGKAN ADUNAN COKLAT TADI KEATAS KEK YG KITA SIMPAN TADI....ACTUALLY PUTRI TAK TUANG SBB ADUNAN TERLALU PEKAT DAN SEDIKIT...SO KENA SAPU LERR HUHUHU..KALAU TUANG LAGI BAIK SBB DIA AKAN KELIHATAN LICIN...SO BUAT LEBIH PUN TAKPE OK....^_^


NI LAH DIA HASILNYAA.....MEMANDANGKAN KEK INI PENUH DENGAN COKLAT MAKA TAK PERLU LERR DECO2...HUHUHU....SO KITA BUAT DIA CAM ALA SECRET RECIPE....^_^MAKAN KETIKA SEJUK....COKLAT PUTIH TIDAK TAHAN LAMA DIBIAR DILUAR...NANTI DIA CAIR....SO BUAT POTONG N NGAP OK..^_*









117 comments:

  1. Suka sangat2 tq yek k.pu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kasih dearr thks juga yerr sbb dah suka ^_^

      Delete
    2. sangat suke resipi ni..banyak gambar,tunjuk satu persatu..memang best..

      Delete
    3. thks dearr mmg detail sikit biar mudah tuk kita nak mencubanya...album ni buat rujukkan saya juga...

      Delete
  2. Assalam kak
    tqvm dgn resepi kek yg sedap dan step by step yg cukup lengkap. InsyaAllah nnti nk cuba buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam my dearr...thks juga dah sudi singgah disini...insyaAllah moga berhasil membuatnya...^_^

      Delete
  3. thanks a lot mmg ngah cri full step cmni akhirnya brjaya jmp...nk kne cuba ni...sgt terliur if bli d scret recipe rm7 gk le hu3...hrus cuba sndri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem my dearr...u can try it..sangat sedap tau...tak susah pun cuba story long sikit hehehe...yg pasti kita dapat hasilkan sebiji kek...berbaloi2...^_^

      Delete
  4. Salam puan..sy dah try buat kek ne..mmg sedap..cume sy nak tnye,blh ke buat kek ne untuk stengah kilo??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Azmil...terimakasih dah mencuba resepi dari album putri yerr...kalau nak buat stngah kilo agak susah sikit perhap bole buat setengah adunan bagi setiap adunan...atau mungkin u bole buat jgn tinggi cam ni satu layer setiap satu...putri tak pernah buat stngah kilo so tu yg tak berapa sure but u always try ok...

      Delete
  5. salam Putri,

    saya penah try buat kek ni...dr segi rasa tu menjadi jugak cuma agak confuse skit psl mousse putih tu. after dh siman semalaman, kita kena biarkan sekejap ke kt luar before whisk semula? Putri guna mixer or just hand whisk tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asue dearrr....abt coklat mousse putih tu...after dah simpan bila part kita nak gunakan kita baru kluarkan dan pukul ianya dengan mixer jgn biarkan ianya diluar sbb ia mudah cair...take note yerr...bila nak gunakan baru kluarkan tau...

      Delete
    2. after kuar fridge, sy try whisk terus tp mixer cam x nk jalan & mousse pun x brp kembang

      Delete
    3. Dearrr kena guna mixer yg berkuasa tinggi sikit sbb bila dah masuk fridge mmg dia agak pekat...pastikan mousse kemabang sentiasa....ia tak cair tau...

      Delete
  6. tq sis..step by step..jelas sgt..akan di buat nanti..hihihihi..

    ReplyDelete
  7. Wahai Tuan Puteri Yang Manja, terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ini. Semoga hamba sempat mencubanya agar dapat membasah tekak putera kesayangan hamba. Semoga tuan puteri sentiasa di dalam peliharaan Allah subhanahu wa ta'ala, amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kasih wahai teman....insyaAllah pasti kamu sempat membuatnya buat sang putra...thks juga atas doa mu buat putri...^__^

      Delete
  8. salam,,saya dh try wt kek ni,,sdp Sgt,tp coklat putih tu jd cair lps sya putar sblum nk ltk ATS kek tu,,npa yer,pdahal sya dh smpn smlman,,lg 1 nk tnya kna smpn kt tmpt ltk ais ke SaA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali...haa part coklat putih tu kena hati sikit pastikan masa sebelom kita masuk dalam peti sejuk biasa keadaan coklat tu kental dan selepas kita simpan dia akan lebih firm dan bila kita keluar dan kena pukul semula dia tak jatuh atau cair...so hati2 yerr biula buat coklat putih...

      Delete
  9. salam..nk tanya,coklat hitam ni means coklat masakan yg biasa or dark chocolate?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali..coklat masak yg biasa tu punyaa...nak guna dark coklat pun bole....

      Delete
  10. wah.... tq sis...t bo cuba bila da bajet lebih...tgk bahan mcm bleh tahan harga... semoga dilimpahi rezeki amin...

    -frm cik puan nbbm

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem sis...selamat mecuba...thks yerr atas doa2 mu amin2...^__^

      Delete
  11. sy nak mebcuba buat kek ni, tp nk tny untuk kek dia kalau xde cream of tartar tu mcmana ye kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek span kena letak kalau bole tapi kalau takde pun takpe...

      Delete
  12. Terima kasih sangat2 kak! -sy yg dibertny td -siti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kasih siti...selamat mencuba...^_^

      Delete
    2. salam sis...nak tanyer kalu whip cream sy gune yg ade rs boleh x?

      Delete
    3. salam dearr...yes bole sangat2 malah semua whipping crm putri gunakan yg ada rasa manisnya...

      Delete
    4. salam puteri manja,
      Saya nak tanya. bila puteri cakap mousse tu kene masuk peti ais, puteri manja refer kepada chiller atau freezer?

      Delete
    5. Salam dearr...kalau tka silap putri ada sebut masuk peti sejuk..bukan peti ais tau dearr...so maknanya not freezer tau...chill temperature will do...

      Delete
  13. salam kak..kak guna koko tu jenama apa ? pernah guna koko jenama van houten?best x koko tu?tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dearr...biasa kak putri guna koko jenama hershey...ven houten ok juga kot..tapi ofcoz hershey the best hehe...

      Delete
  14. Assalamualaikum.. msa sya buat white choclte mousse tu... sblum smpn dlm fridge.. dy mcm cair je.. xper ke???
    p/s: tgh mncuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam dearr...aduhaiii tak sepatutnya cair tau.. putri dah tukar whipping cream tawar pada yg manis...sbb rata2 banyak yg bagitau putar2 pun tak naik...aduhaiii...dearr take note yerr gunakan whipping kren non dairy..kalau kurang pasti bole tanya pekedai tu...biasanya non dairy tu manis..takpe sbb putri sendiri gunakan yg manis. Kat sini kalau yg tawar mmg pukul2 pun tka naik...tapi resepi yg dulu putri letak tu resepi asal dari yg empunya...ni putri dah letak tukar whipping krem tu...harap maklum yerr..

      Delete
  15. Patut la cair jer mousse tu...ltak ats kek trus mleleh leleh...aisssshhhhh( -_-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhaiiii dearr..ingat yerr guna non dairy whipping....kalau cair mmg tak menjadi tau...sebelom letak kat kek..u masih bole tau kan mousse tu cair atau tidak...kenapa u teruskan yangg aduhaiii

      Delete
  16. salam nk tanya..untuk mousse coklat putih tu...whipping cream diputar bersama susu segar ke?
    sy hanya putar whipping cream shj lps tu terus masukkan dalam adunan coklat putih tu.. then bila msukkan susu segar dia jadi cair pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali....W/C diputar hingga bertanduk setelah tu susu segar tadi dan W/C dimasukkan kedalam coklat putih dan gaul rata perlahan2...maknanya susu segar tu just put aside dulu nanti bersama2 dengan W/C masuk dalam coklat...

      Delete
    2. Masa masukkan susu segar tu kena sedikit demi sedikit jgn terus masuk semua...adunan akan kelihatan berkrim sikit tu yg kena masuk esbok semalaman...

      Delete
  17. Salam.. Terima kasih kerana sudi mengongsi resipi kepada kita semua. Semoga Allah membalas kebaikan kamu. Insya Allah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali....sama2 kasih dan terimakasih juga sbb sudi singgah disini...^__^

      Delete
  18. adakah kek akan retak kalau potong (satu loyang sahaja)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kek takkan retak sbb kek ni lembut cuma kena berhati2 takot patah semasa mengalih/mengasingkan kek yg telah dipotong ni...kalau takut bole jerr bakar berasingan loyang...

      Delete
  19. salam nak tnya coklat hitam tu cana pulak erk, kena buat sehari awal cam coklat putih juga ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali....coklat hitam tu kira coklat biasa awak tak pun dark coklat pun bole. Yg tu tak perlu buat sehari sebelom bole buat time tu juga...yg putih tu sbb kita nak keraskan dia dalam peti sejuk (not freezer tau)sbb tu kena buat sehari sebelom kita buat yg lain2...

      Delete
  20. Salam kak nk tny, kalo x letak gelatin dlm mousse xp ke? al kisahny tmpt sy xa jual gelatin..jenuh cri st pekan..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali....dearr tanpa gelatin mm tak menjadi mousse tu nanti.....cuba tanya kawan2 u ada tak org dalam FB jual online kerr maybe dorg bole tlg...mmg kawasan pekan tak banyak jual bahan ni kot...supermarket dah try kerr dearr?? kadang ada jual tau brand nona katanya

      Delete
  21. Supermarket xd jual gelatin.. em kalo saye gantikn dgn serbuk jeli, same x hasilnye huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Definitely tak sama dan tak menjadi dearr kalau pakai serbuk jeli tu. No mattter what kalau u nak try buat resepi ni u kena dapatkan gelatin....

      Delete
  22. slam putri nk.tnye klu.kita buat krim coklat putih n.coklat hitam simpan dlm peti 2-3hari sblm sapu pada kek blh.ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali dearr...

      Cuma krem putih sahajerr dikehendaki masuk dalam fridge...mana kala yg coklat tu kita buat tu jam juga. Sebaiknya tidak simpan melebihi dari sehari. Kalau 2 hari ok lagi kot tuk coklat putih...tapi coklat hitam tu kena buat tu jam juga. Seperti mana kita tau kandungan pada coklat2 tu semua ada telur dan susu...so kalau simpan terlalu lama ia bole merosakkan krem tu. Sbb bila kita dah buat kek tu kita kena simpan lagi sehari dan lepas tu baru makan n pastinya kek cam ni tak bole simpan lama2...harap jawapan saya dapat membantu anda ^__^

      Delete
  23. assalam ..thank you sis utk resepi nie .. izinkan sy cuba yer resepi nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam sis...sama2 kasih...bole jerr silakan....selamat mencuba...^__^

      Delete
  24. Sangat bagus blog awak ni... saya dah cuba. Perfect!!! Sama macam secret recipe. Terima kasih atas resepi ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih dear atas kesudian u komen positif kat sini...dah menjadi yerr...alhamdulillah sama2 kasih...tahniah yerr...^__^

      Delete
  25. Sy dah guna non diary wc tapi tetap xbtanduk.n nampak mcm.cair je...apa nk buat...buang n buat yg lain or tambah sikit wc nye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti kenapa wc awak tak bertanduk....awak dah rasa kerr wc tu manis kan?? kalau manis mmg betul...satu lagi nak tanya ni awak beli kat kedai bahan2 kek kerr?? awak ada tanya org dalam kedai tu kerr yg awak nak sedia ada gula dalam wc tu...then awak juga bole tanya dia...wc ni tinggal pukul dan bole terus gunakan kerr...insyaAlllah pasti menjadi....saya benar2 kurang pasti wc apa yg awak guna...satu lagi yerr wc tu hendaklaa dalam keadaan sejuk...kalau bole bekulkan selama 30 minit dan cuma pukul lagi...ni sajerr yg termampu saya beri nasihat...ingat yerr sekiranya tka menjadi juga...saya pasti sangat tu bukan non dairy wc...non dairy biasanya manis...

      Delete
    2. oh yerr jgn buang wc kalau masih lagi tka bertanduk awak bole buat ganache tuk kek lain...so buatkan ganache dan simpan dalam peti sejuk...

      Delete
  26. assalam .. akak terima kasih .. izin kan sy amek dan praktikkan resepi nie yer :) .. tq skali lg ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam my dearr...sama2 kasih silakan amik akak izinkan my dearr...selamat mencuba....^_^

      Delete
  27. Salam cik putri.mekasih banyak2.sgt2 membantu sy untuk cuba membuat kek kegemaran seisi keluarga.mohon copy ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dearr....sama2 kasih...alhamdulillah sedikit sebanyak dapat membantu kawan2 yg minat nak buat sendiri kek ni...bole jerr yang silakan...

      Delete
  28. Salam k.putri nk tnya buat ganance tu guna whiping cream non dairy or yg uth punya yg tawar tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam my dearr...ok kalau tuk ganache tu bole jerr guna yg tawar dairy punya tu...kak putri guna semua yg non diary hehe...^__^

      Delete
  29. Salam,aii sis sy br je cuba wat kek yg sedap ni..utk besday ank sy..alhamdulillah menjadi n yg pastinya semua suka..sgt2 teruja sbb ni kek pertama sy buat..mousse coklat putih n hitam Mmg sedap sambil buat sambil rasa..huhu..pasni xyah p secret recepi lg..bole buat sendiri..trm ksh sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam my dearr...wahh tahniah yerr dah menjadi...yup lepas ni mmg tak payah beli dah bole buat sendiri kan...lama kak putri tka buat tau....ingat nak buat lagi laa esok2 hehehe

      Delete
  30. salam sis....da lame cari resepi ni...ingat next week nk try la...tp kan bace comment2 yg ade rata2 cam rumit jer nk wat mousse putih...kalau xguna susu segar jd x mousse putih tu...takut cair..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali dearr....tak laa rumi juga dearr mmg caranya cam tu...anyway kalau tak letak kurang putih kot warnanya...menjadi atau pun tak tak sure laa dearr...hehe anyway perhaps boel kurangkan kot...putri lama tak buat kek ni...nanti ada masa sesuai nak buat lagi laa hehehe

      Delete
    2. hehehe...nk try la..minta2 jd la..huhu...erm...yg gelatin tu rendam dgn air biase or air panas??

      Delete
    3. rendam ngan air biasa jerr biar dia larut sendiri yerr...

      Delete
  31. Assalam Puteri Manja ... nak tanya, kalau tepung naik sendiri tu kita tukar pakai tepung biasa boleh tak ?? - Sharil

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Sharil...

      Bole jerr pakai tepung biasa kalau takde tepung kek dan tambah sedikit lagi baking tu yerr...^__^

      Delete
  32. Salam Puteri....terima kasih sebab sudi kongsi resepi...Puteri, saya dah cuba buat kek ni minggu lepas masa birthday hubby....sedap dan mencabar...memang disukai oleh anak-anak dan suami...cuma ada sedikit masalah...kenapa mouse hitam dan putih cepat cair....mungkin kah sebab whipping cerame tu saya pukul tidak bertanduk..utk makluman puteri...saya pukul whipping creame tu dah la tapi still cair gak....huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali my dearr...apa pun tahniah putri ucapkan pada u...ttg soalan yg di ajukan...camni sis...ingat yerr seperti yg putri tulis dalam resepi...gunakan whipping cream non dairy...sekiranya anda menggunakan dairy whipping alamat sampai tahun depan pun tak naik sis hehehe. Sbb tu kena pastikan whipping cream yg kita beli tu adalah yg betul. Kalau tak sure kena tanya org kedai tau...sbb whipping cream ni yg mainkan peranan penting sis...seperti yg sis bagitau...tetap cair maknanya salah beli whipping tu...biasanya whipping cream non dairy akan cepat kembang bertanduk bila kita pukul...betul2 cam putih telur naik kembang..pukul pun dalam 3-4 minit dah naik sis. So pls take note yerr

      Delete
    2. apa pun sama2 kasih sis ^__^

      Delete
  33. Waaahhh...sedapnye.
    Resepi dilengkapi cara2 pembuatan dan gambar.
    Memang terbaik.
    Semoga Allah murahkan rezeki sis.Aamiin... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin2...alhamdulillah ramai yg dah mencubanya dan banyak yg menjadi...syukur blog ni dapat membantu teman2 lain dan juga diri ni tuk mencuba sesuatu yg kita tak pernah buat...harap2 semua yg dtg berpuas hati laa hendaknya...selamat mecuba dearr..^__^

      Delete
  34. Salam...if xguna gelatin boleh x? atau ada bahan lain yang boleh gantikan gelatin? thank you..

    #saya budak baru belajar# :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali...seperti yg saya pernah bagitau mmg tak ganti tuk gelatin...kalau tak guna mmg tka jadi dearr...

      Delete
    2. owh..ok...akan dicube nanti...tq sis :D

      Delete
    3. selamat mencuba...ingat yerr pastikan semua adunan kembang pekat...kalau cair tu something wrong somewhere...dan krem putih tu kena buat sehari sebelum buat yg lain2...^__^

      Delete
  35. tq..saya dah cuba resepi ni...alhamdulillah...success!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Tahniah dearr dah menjadi....ada yg buat tka menjadi dia salahkan saya pulak aduhh huhu...apa pun hapi for u dearr...^__^

      Delete
  36. salam sis...saya dah cuba resipi neyh...alhamdulillah menjadi....cuma saya xletak gelatin...tapi rasa dy masih *thumbs up* ^__^ thankz for sharing this awesome resipi oke :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali sis....alhamdulillah dah menjadi kek awak...thks sbb sudi kerr blog saya ni...^__^

      Delete
  37. sy pn tgh cri resepi nk buat kek ni... sblm jmpe page awak.. sy terjumpa satu entry yg mburukkn entry awak psl kek ni.. kte ny resepi awk tipu.. sbb dia buat xjd.. siap buat step by step n tunjuk hasil yg xjd tu... then sy go through betul2 n lastly sy ketawa dekah2... ibarat budak skola gi skola nk blja... cikgu ajo bg formula bagai.. die xdgr bebetul.. masuk exam, result fail slhkn cikgu xbetul ajo... gitu la... siap claim awk gile glemer lg.. n suh org lain jgn cuba resepi awk ni..plus siap attach konon2 resepi sebenar kek.. hahahahaa... betul2 wat sy ketawa sseharian bile igt... tp good news ny... sbb kn dlm entry die siap mention nme awk.. mmbawa sy ke entry awk ni... thanks kt org tu... hahaha... anyway.. sy lom cuba lg.. nnti ada mse n bahan nk cuba... hopefully mjadi sbb byk step ni... wish me luck.. thanks 4 ur recipe... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii dearr...hahaha tu laa saya pun perasan juga ada yg memburukkan blog saya kata resepi tipu...tapi THKS to her sbb sebut nama saya maka banyak yg kemari dan bandingkan apa yg diperkatakan dia tu laa yg dusta...ramai teman2 dah komen kat sini...kalau ada yg tak menjadi saya sure sangat dia salah guna Whipping cream...ingat tau awak kalau buat coklat mousse putih w/c tak naik2 tu tandanya w/c salah tu...kena cari yg bergula punya yg dipanggil non dairy w/c....kalau ada masalah bole sajerr tanya saya no problem insyaAllah saya akan sedia membantu mana yg termampu...thks awak sudi komen positive kat ruangan ni...apa pun salam ramadhan dan selamat mencuba...

      Delete
  38. Assalam..sy nak tanya,adunan kek yg dibahagi 2 tu,sis buat 2adnn or 1 adunan shaja???

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam dearr....yes saya buat 1 adunan 2 loyang sbbnya nak buat sekali 1 loyang nak potong sekali 4 keping mmg tak terrer hehehe...so kalau buat 2 loyang senang kan bahagi dua setiap satu loyang....kat step by step ada tulis dearr...

      Delete
  39. assalamualaikum....sy dh cube resepi awk ni.... 100% menjadik! TQ share resepi.... mmg sgt puas hati wlu pun 3 hari menyiapkan baru dpt mkn kek ni... tp ada penderaan resepi & cara2 sikit la... mousse coklat tu sy simpan semalaman gak dgn mousse putih...hahaha...pastu tersalah pandang tepung naik sendiri sy pegi gune tepung superfine...seb baik menjadik lembut gebu kek nye... TQ sgt2...sy ada terbaca blog mana ntah mngatakan awk penipu resepi! FITNAH DUSTA semata2! kesian awk...apepun semoga murah rezeki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...amin2 alhamdulillah tahniah dah menjadi kek awak buat...haa tu laa tak pasal2 org tu kutuk2 kata saya ni dusta aduhhhh terkesima saya bila terbaca ruangan tu...saya cuba komen kat blog org tu...tapi tak lepas pun komen saya...dia takut laa tu nak siarkan komen saya...kalau dia benar dia tak perlu takot kan...haaiii nasib badan...apa pun saya yakin ALLAH tu Maha kaya dan Maha melihat...takpe laa biar Allah sajerr balas apa yg dia dah buat kat saya...anyway thks awak sudi singgah disini dan mencuba resepi dari blog saya ni....^__^ salam ramadhan yerr....

      Delete
  40. Salam. Alhamdulillah, kek sy menjadi. walaupun comot skt. Huhu. cuma nak tanya beberapa perkara. akak ada tips mcm mane nak potong kek tu jd cntik n smootn flat? lg 1 nak tnya ada tips ke mcm mane nak beli loose based tin or springform tin? hari tu sy alas guna plastic je tp memang x kmas n payah nak keluarkan. last thng sy nak tips mcm mane nak bg kek tahan lama kat luar, sbb sy plan nak bwa kek ni dlm keta utk tempoh 2 jam gitu, tp risau cair. and just nak share, sy hr tu guna whipping cream yg tawar but still before letak kat kek, sy pukul hingga kembang wlaupun bila dah smpn dlm peti dia keras n berketul skt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali....tahniah dah menjadi kek u dearr...ttg beberapa tips tu...pertama...cara nak potong...ada yg kata rendam pisau dalam air panas...then lapkan kering cepat2 potong....tapi bagi akak sebelom nak potong keraskan dalam peti ais sekejap then senang sikit nak potong....biasanya loose base tin atau springform terdapat kat kedai bahan2 kek dearr cuba tanya kat sana mmg banyak ada terjual dearr....tips terakhir tu mmg terus terang akak bagitau kek jenis ni tak bole tahan lama...unless u ada pembeku beg udara sejuk tuk simpan kek ni...kalau tak mmg confirm cair nanti. pasal ketulan tu nak tau juga ketulan pada white coklat kerr atau dark coklat,,,yang mana yerr??

      Delete
  41. Wah x sabar nak cuba resepi noe..moga menjadi lah saya buat tq erk

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah moga menjadi dengan jayanya...selamat mencuba...!!!

      Delete
  42. salam lau guna whipping creM yg spray tu leh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali....saya tak berapa paham soalan anda....spray w/c tu tuk nak buat mousse kerr maksudnya??

      Delete
  43. salam dear...
    first time buat kek akak x menjadi..pelik knp x jadi padahal semua step sudah akak ikut..then bila scroll semua komen baru perasan akak guna salah whipping Dairy Wipping Cream ..patutler masuk dlm freezer 2 hari pn still cair..bila sapu di kek melimpah keluar semua whipping di kek..:p...so next time akak akn guna Non-Dairy Whipping..thank yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak mas...terimakasih atas feedback akak ttg kek ni...oh yes kak...PERTAMA sekali kita nak buat adalah mousse putih tu...kita buat sehari sebelum yg lain2...then bila kita tengok esoknya dia tak keras dan cair...tu bermakna whipping cream yg kita gunakan tu adalah salah so jgn teruskan yg lain2....pastikan mousse putih menjadi baru buat yg seterusnya yerr...dari situ kita akan tau jenis2 whipping cream mana yg patut kita gunakan, Tu laa kan kadang kita tak pakar dalam banyak hal dan whipping cream pulak ada berbagai jenis jadi berhati2 bila kita nak membuat sesuatu resepi tu yerr,,,apa pun selamat mencuba kak mas...teruskan usaha jgn pernah rasa kecewa yerr...ada soalan bole jerr bertanya pada putri...insyaAllah mana yg termampu akan putri cuba menjawapnya.

      Delete
  44. guna whipping crem yg spray tu utk buat mousse boleh ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn dearr jgn guna sembarang whipping cream tau...sebaiknya tanya org kedai sbb yg kita perlukan adalah non dairy whipping cream...harap jawapan putri dapat membantu.

      Delete
  45. assalamualaikum...
    sy btl2 teringn nk buat kek ni...sy nk tnya,agak2nya brapa ye kos nk buat kek ni?huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...costnya saya tak sure tapi sangat jauh lebih murah dari awak beli kat kedai,,,,,

      Delete
  46. As salam puteri.... Selamat pagi. Dah 6x dah buat resepi ni..Mmg menjadi. Anak2 sangat2 suka. Terima kasih kepada puteri kerana bagi resepi ni step by step. Semoga Allah memperpermudahkan segala urusan puteri dunia akhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...wahhhh tahniah yerr dha menjadi pun kek yg awak buat...alhamdulillah...wow tak sangka dah 6 kali...aduhaiii putri sendiri baru 2 kali membuatnya....apa pun sama2 kasih dearr thks juga dah sudi mencuba resepi dapat blog ini...thks yerr atas doanya juga...^__^

      Delete
  47. nampak sedap.tengok resepi pun dah terbayang rasanya...insyaallah nak cuba dlm masa terdekat n akan cuba post hasilnya ...hehe..doakan menjadi....thanks utk resepi ini ya sist....smoga murah rezeki krn rajin berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat reply...amin2..thks atas doanya dearr...inshaa Allah moga berhasil yerr dearr....for ur info putri ada buat terbaru bagi kek ni dan mudahkan lagi tuk kita nak mencubanya...resepi kluaran terkini...bole tengok yerr...anyway selamat mencuba...^__^

      Delete
  48. hi puteri, nk tanya kalau kek tu kukus boleh ke sbb sy xde oven .. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sayangg....kalau part kek no problem bole jerr guna yg kukus dearr...^__^ maafkan kak putri sbb lambat jawap yerr...

      Delete
  49. Salam sis, thank you for the recepi. Sye plan nak buat sabtu ni untuk brithday husband. Sye ada soalan nak minta penerangan sis, kalo kek tu sye buat kek coklat moist biasa boleh x? Dan saya risau sye xmampu buat mousse putih tu. Bole x minta jasa baik sis share gambar non diary whipping cream yg sis maksud kn di komen2 di atas, terima kasih sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali sis...sama2 kasih dearr...ttg persoalan awak pasal kek tu...yes bole sangat2 guna kek coklat moist...pasal coklat putih tu...gambar kotak tu takde buat masa nie dan putri rasa mungkin lain tempat lain contohnya dearr...ok camnie...pegi kedai bakery dan dapatkan whipping non dairy tu mintak org kedai dan tanya dia samada whipping tu ada gula kerr tak sbb kita nak yg bergula...dan tanya yg nie pukul terus naik tak...pls do dat ok. Then sebelum buat apa2 u buat krem putih nie dulu tengok dia bole menjadi tak..inshaa Allah sis moga berhasil yerr....=) btw kalau sis masih nak saya tunjukkan bagitau yerr nanti putri gi beli kotak tu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...