Tajul - Sedalam-Dalam Rindu (Official Music Video)

Sunday, 30 September 2012

BAKED POTATO

Tadi siang kan main lagi hujan lebat selebat2nya tapi kejap jerr. Ingatkan sampai tengah malam nanti. Kan best kalau malam ni hujan cam tadi ek. Nyenyak laa tido hamba. Ni nampaknya cam tak berangin laa pulak. On air-con lagi laa jawapnya...huhu. Kulit kalau dah tebal cam ni...ni laa gayanya nak sejuk jerr. Kalau tak gatal2 lak tido...ishhh ngengader ek. Alaa zaman dah serba modern cam ni segalanya2 serba lengkap. Mmg budak2 zaman sekarang banyak senangnya dari kita kan. Mereka tak perlu nak risau kan apa2. Cuaca panas jerr on air-con...tekak haus minum ais....naik bas pun mana ada yg tak ber air-con semua dah berubah dah. So kita pun sedikit sebanyak ikot gak zaman yg serba laju kedepan ni. Takot nanti back dated lak kan. Semua2 kena gak up to date...yerr laa takot ketinggalan..terpingga2 lak...huhu. Citer pasal tadi siang...ptg tadi kan ujan....mmg lapo laa dan kebetulan mmg bercadang nak buat BAKED POTATO ni. Lama dah putri mencari2 resepi intinya tapi tak jumpa2 lak. So apalagi putri pun cipta laa sendiri.Ni kira resepi putri style ok. Alaa jgn risau...apa2 pun putri dah test dan dah rasa dulu...mmg terbaik wok!!!! apa kata u guys try it. Agak2 nak ubah sana sini pun bole ikot citarasa kita sendiri. Kalau nak ikot seluruhnya cara putri lagi baik ekekekek terlebih sudah. Ayuh laa kita buka PETI MISTERI putri yerr hahahaha...over2...ok jom jom.


BAHAN2NYA

6 BIJI KENTANG SIZE BESAR
1 PACKET MOZZARELLA CHEESE
300 GM DAGING CINCANG
SEDIKIT CENDAWAN BUTANG DLM TIN-DIHIRIS DADU
1 BIJI RED PEPPER (GUNA GREEN PEEPER PUN BOLE ATAU APA2 YG KITA ADA)
2 BIJI TOMATO-DIHIRIS2(IKOT SUKA HATI)
1 SUDU BESAR REMPAH KARI DIBANCUH DENGAN SEDIKIT AIR
1 SUDU KECIL SERBUK LADA PUTIH
SEDIKIT GARAM@SECUKUP RASA
1½ SUDU BESAR CILI PASTE

*** CILI PASTE TU PUTRI GUNA RESEPI YG MEMBUAT EPOK2 KENTANG. SBB TU PUTRI CAKAP BANYAK KEGUNAANNYA. KITA BUAT LEBIH2 PUN TAKPE BOLE TUMIS BUAT APA2. SO DARI CILI PASTE NI LAA PUTRI GUNA BUAT TUMIS DAGING CINCANG***

BAGI YG NAK TAU ISI KADUNG CILI PASTE. TERDAPAT CILI KERING, BAWANG BESAR, BAWANG PUTIH DAN SEDIKIT IKAN BILIS. SUKATANNYA BOLE RUJUK KERR RESEPI INTI KENTANG DAN DAGING.





CARA2NYA

1. CUCI KENTANG BERSIH2 DAN REBUS KENTANG DENGAN KULIT2NYA SEKALI SEHINGGA EMPUK.TABUR SEDIKIT GARAM. BILA DAH EMPUK ANGKAT DAN TOSKAN AIRNYA.

2. PANASKAN MINYAK TUMIS CILI PASTE HINGGA GARENG DAN NAIK BAU. MASUKKAN PULA REMPAH KARI DAN KACAU HINGGA GARENG.

3. MASUKKAN 3 SUDU BESAR AIR KEDALAMNYA DAN MASUKKAN JUGA DAGING CINCANG SERTA GARAM@SECUKUP RASA. MASAK SEHINGGA AIRNYA KERING. ANGKAT DAN KETEPIKAN.

4. KENTANG YG TELAH SEJUK TADI DIBELAH DUA DAN KOREK@SCOOP DALAMNYA. JGN SAMPAI TERPATAH LAK. AGAK2 OK. KITA NAK SCOOP DALAM DIA JERR TU PUN TAK SAMPAI BAWAH. TENGAH2 JERR.

5. ISI KENTANG DIGAUL BERSAMA DENGAN DAGING CINCANG YG TELAH DIMASAK TADI. MASUKKAN JUGA CENDAWAN, RED PEPPER, DAN SERBUK LADA PUTIH. GAUL DAN LENYEK2 KAN KENTANG SEHINGGA RATA. TAMBAHKAN SEDIKIT GARAM JIKA PERLU. JGN BANYAK OK.

6. SCOOP DAN MASUKKAN SEMULA ISI KENTANG YG TELAH DIGAUL TADI KEDALAM BIJI KENTANG. TEKAN2 SEDIKIT. ISI PENUH2 OK. CONTOH GAMBAR2NYA ADA KAT BAWAH NI. BOLE VIEW EK.

7. SUSUN TOMATO DIATASNYA DAN TABUR MOZZARELLA CHEESE. GUNAKAN ALUMINIUM FOIL MENUTUPI BAHAGIAN BAWAH KENTANG SAHAJA SEPERTI DALAM GAMBAR.

8. BAKAR PADA SUHU 180C SEHINGGA CHEESE LARUT DAN BERTUKAR WARNA KEEMASAN. SEDIA TUK DIHIDANG KETIKA MASIH PANAS.

SELAMAT MENCUBA!!!

















FOR THIS RECIPE

Friday, 28 September 2012

PUFF KARI KENTANG BERDAGING

Curry Puff anyone?? tak nak kerr...kalau tak nak mmg rugi laa kan kan. Mak bedal laa sorg2 jawabnya hehehe. Alaa mmg dah kena bedal pun jgn marah haaa. Anyway bila tengah lapar cam ni...buat yg segera2 jerr biar cepat masak dan terus makan. Kalau nak buat pastry sendiri...hmmm bila nak game ek beli yg segera jerr la. Yg penting INTI dalam tu kita buat sendiri tau! Kalau beli COMFIRM tak sedap. Sbbnya tak fresh cam kita buat...tu jam masak tu jam jugak makan. Kalau simpan pun tuk beberapa hari jer. Apapun kalau buat puff ni kena gak rajin buat intinya ok hehehe. Resepi inti akan putri masukkan kat sini juga...bagi yg nak mencuba sila laa yerr...takkan tengok jerr kan kan. Tak lapo kerr...hahaha. Oklah selamat menjamu apa jua juadah tuk ptg ni.


BAHAN2NYA

SECUKUP PUFF PASTRY (BRAND KAWAN ATAU APA2 BRAND)


BAHAN2 INTI KENTANG BERDAGING

BAHAN2NYA

7 BIJI KENTANG (BERSAIZ SEDERHANA) DIPOTONG DADU
300 GM DAGING DIPOTONG KECIL2(KALAU DAGING CINCANG PUN BOLE)
SEDIKIT DAUN SOP - DIHIRIS2
GARAM@SECUKUPNYA
2 SUDU BESAR SERBUK KARI DAGING(DIBANCUH DENGAN SEDIKIT AIR)


BAHAN2 KISAR

10 BATANG CILI KERING - DIKISAR
2 BIJI BAWANG BESAR - DIKISAR
2 BIJI BAWANG PUTIH - DIKISAR
SEDIKIT IKAN BILIS - DIKISAR


***AMBIL 2 SUDU BESAR BAHAN2 YG TELAH DIKISAR TADI...SELEBIHNYA SIMPAN OK...BUAT LERR NASI GORENG KERR APA2..BANYAK KEGUNAANNYA.***


CARA2NYA MEMASAK INTI


1. TUMIS BAHAN KISAR(DUA SUDU MAKAN JERR OK) SEHINGGA GARING DAN NAIK BAUNYA.

2 MASUKKAN REMPAH KARI DAN GAUL RATA. KEMUDIAN MASUKKAN AIR DAN KENTANG TADI. MASAKLAH SEHINGGA KENTANG EMPUK.

3. BILA KENTANG SETENGAH MASAK, MASUKKAN PULA DAGING. MASAK SEHINGGA KEDUA2NYA EMPUK.

4. AKHIR SEKALI BUBUH GARAM SECUKUPNYA DAN DAUN SOP. SIAP TUK DIGUNAKAN SEBAGAI INTI EPOK2 DAN PUFF KARI.



CARA2 MENGGUNAKAN PUFF PASTRY


1. PASTRY NI KENA NYAH BEKU DULU K...TAPI SEBELOM TU KENA ASINGKAN SELAPIS2 LETAK KAT DALAM TRAY.

2. BILA PASTRY DAH LEMBUT SIKIT BOLE LAA LETAK INTI DIATASNYA. LETAK BAHAGIAN TENGAH2 SAHAJA. THEN LAPISKAN DENGAN 1 LAGI PASTRY DIATASNYA. GUNAKAN GARFU TUK LEKATKAN DIBAHAGIAN TEPI2 PASTRY. TEKAN2 SEKELILING.

3. BAKAR PADA SUHU 180C SELAMA 10-15 MINIT ATAU SEHINGGA PASTRY NAIK DAN BERTUKAR WARNA KEEMASAN. ANGKAT DAN SEDIA TUK DIHIDANG.



SELAMAT MENCUBA!!!


FOR THIS RECIPE

Thursday, 27 September 2012

KETAM CILI BEREMPAH

Selamat semua. Dah makan tengahari kerr belom ni? Mesti laa dah kan...dah jam 3pm pun...kira dah masuk waktu minum ptg pulak ek. Bagi yg nak merasa masakkan ketam ni tuk makan malam...apa kata sekarang gak pi salin resepi dan cuba buat cara cam ni...fuhhh kalau pedas berpeluh2 satu badan tau. Putri kan dah 2 hari berturut2 masak ketam ni sbb lama tak makan. Kebetulan org kampong ada bagi so apalagi putri masak lerr. Then tak cukup sbb kecil2 laa so putri pun pegi laa beli lagi huhuhu teruknya sampai berturut2 memasaknya. Suka buat pekat2 cam ni dan bila makan dengan nasi panas2 perggghhhh mak tak reti nak story laa nyah...muahahahah. Pokoknya punggung terangkat2 beb!!! betul wa cakap lu...lu tak percaya lu punya pasal ek ada aku kisah wahahahahaha. Gurau jerr tu hehehe. Oklah tak mau banyak songeh jom kita salin bahan2 yg diperlukan k. Tak banyak bahan pun senang jerr nak buat...haa apa lagi tulis laaa huhu. Oh yah teman fb putri, kak SRI ANDA SALLEH sedang sakit...teman2 semua kita doakan buat beliau yerr...moga cepat sembuh...insyaAllah. Oklaaa jom jom kita gelek2 masuk dapur putri ek...huhu.


BAHAN2NYA

1KG KETAM ATAU 5 EKOR KETAM YG BESAR2
2 SUDU BESAR REMPAH KARI -DIBANCUH DENGAN SEDIKIT AIR
2 SUDU BESAR CILI SOS (PUTRI GUNA SOS LINGHAM SEDAPPP…LAIN2 SOS PUN BOLE JERR))
SEDIKIT GARAM@SECUKUP RASA
2 BIJI TELUR
150 ML AIR


BAHAN2 KISAR 


15 TANGKAI CILI KERING (KALAU NAK TAMBAH LAGI PUN BOLE)
4-5 BATANG CILI PADI (PUN BOLE TAMBAH KALAU NAK)
2 BIJI BAWANG BESAR
2 BIJI BAWANG KECIL
½ INCI HALIA

SEMUA BAHAN2 KISAR DISATUKAN DAN BLEND BERSAMA.

CARA2 


1. PASTIKAN KETAM DIREBUS SEBENTAR…AGAK2 DALAM 5 -7 MINIT GITU ATAU SEHINGGA KETAM BERTUKAR WARNA KE OREN2 NAN GITU HUHU. MATIKAN API DAN ANGKAT KETAM MASUKKAN DALAM TAPIS. AIRNYA NAK GUNAKAN PUN BOLE…TERPULANG YERR.

2. TUMIS BAHAN2 KISAR SEHINGGA GARING DAN NAIK BAU. MASUKKAN REMPAH DAH KACAU RATA SEHINGGA GARENG. JGN TERHANGUS LAK.

3. PECAHKAN TELUR DAN KACAU2 SEDIKIT. BILA TELUR HAMPIR MASAK, MASUKKAN AIR DAN GARAM@SECUKUP RASA. MASUKKAN PULA CILI SOS DAN KETAM KEDALAMNYA DAN GAUL RATA. MEMANDANGKAN KETAM TELAH DIREBUS TERDAHULU JADI TAK PERLU LAMA2 MEMBALIK2 KANNYA. AGAK2 DAH RATA MATIKAN API. SIAP TUK DIHIDANG…NYUM2!!!


SELAMAT MENCUBA!!!





FOR THIS RECIPE

Wednesday, 26 September 2012

OPERA CAKE

Assalamualaikum teman2 ku yg disayangi. Dah tak sabo2 nampaknya nak mencuba kek tersedap ni ek hehehe. Ni ikot tekak putri mmg dap maut laa tapi tak maut pun huhuhu. Kek ni lama dah putri aim wooo...tak kena2 pada masanya. Bila tengok resepi baca...aduhhh cam susah jerr...alaaa tangguh lagi. Then putri jln2 kat CWP dan ternampak kek ni ada terjual kat Coffee Bean laaa. Masa tu pun kebetulan putri belek2 menu kat album masa tunggu order. Wahhh teruja....tapi masih tak cuba lagi. Kebetulan pulak besday anak putri so putri amik kesempatan ni tuk mencuba laa. So port mana yg putri pilih tuk bahan rujukkan....tak lain tak bukan blog ita laa mana lagi kan hehehe. Ita dearr thks for sharing the recipe. Putri mohon letak kat blog putri tau. Mula plan nak letak step by step pictures tapi kan teruja sangat2 terus buat tak ingat nak amik pic pun hehehe....sori guys. Apapun not to wori ok senang jerr nak menyiapkan kek ni. Story mory line dia jerr panjang menjela2 cam kek indulgence dulu tu...padahal senang yah ampunnn mak suka suka sangat...wahahahah over lak. Ni kan kononnya ibarat citer yg berbelit2 tapi sebenarnya pasal kek jerr story dia tu. Tak tau laa sbb nak kasi semua org paham tu yg story kena detail sikit kot tu yg panjang. Yg pasti bila part satukan semua bahan2...baru laa putri paham...cam tu kisahnya...wat a story seyyy letih baca muahahahahha. Oklaaa tak mau banyak story kang ada yg kata sama jerr cam kek panjang2 lakk cakap huhuhu. Ayuh guys....bersedia untuk perangg...jom kerr dapur putri.





BAHAN2 KEK

BAHAN A

200 GM SERBUK ALMOND
100 GM GULA KASTOR
6 BIJI TELUR
60 GM TEPUNG GANDUM – DIAYAK
50 GM BUTTER - DI CAIRKAN


BAHAN B 


115 GM PUTIH TELUR - ANGGARAN DALAM 3 BIJI
50 GM GULA KASTOR


***SEDIAKAN 2 LOYANG KEK 4 SEGI BERUKURAN 20 X 20CM. PUTRI GUNA LOYANG 7”. SAPU LOYANG DENGAN SEDIKIT BUTTER DAN ALAS DENGAN BAKING PAPER. KETEPIKAN.



CARA2NYA

1. DARI BAHAN A, SATUKAN SERBUK BADAM,CASTER SUGAR DAN 3 BIJI TELUR DAHULU. LAGI 3 KETEPIKAN DULU. 


2. PUKUL DENGAN KELAJUAN MAXIMA SELAMA 7-8 MINIT. KACAU SEKALI SEKALA DENGAN SPATULA SUPAYA BAHAGIAN DASAR DAN TEPI BERGAUL SEMPURNA.

3. TAMBAHKAN TELUR YANG LAGI 3 BIJI TADI. MASUKKAN 1 PERSATU SAMBIL TERUS MEMUKUL SELAMA 7-8 MINIT LAGI.

4. AMBIL 4 SUDU BESAR ADUNAN DARI BAHAN A TADI DAN CAMPURKAN DALAM BUTTER YANG TELAH DI CAIRKAN. KACAU2 SEDIKIT DAN KETEPIKAN.

5. TAMBAHKAN PULA TEPUNG YANG TELAH DIAYAK KE DALAM BAKI ADUNAN A TADI. KACAU ADUNAN DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SEHINGGA ADUNAN BERGAUL SEMPURNA DAN KETEPIKAN.

6. BAHAN B PULA. DALAM BEKAS LAIN, PUTAR PUTIH TELUR HINGGA BERBUIH. TAMBAHKAN GULA CASTOR DAN TERUS PUTAR DENGAN KELAJUAN MAXIMA SEHINGGA ADUNAN KAKU DAN BERKILAT.

7. AMBIL ¼ DARI ADUNAN PUTIH TELUR DAN CAMPURKAN KE DALAM ADUNAN A. KACAU MENGGUNAKAN SPATULA DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SEHINGGA ADUNAN RATA. MASUKKAN BAKI ADUNAN PUTIH TELUR DAN KACAU KAUP BALIK SEHINGGA ADUNAN SEKATA.

8. AKHIR SEKALI MASUKKAN PULA BUTTER KE DALAM ADUNAN TADI. KACAU KAUP BALIK SEHINGGA ADUNAN RATA. JGN TERLEBIH KACAU EK AGAK2 LAA TAKOT ADUNAN MENDAK NANTI.

9. PANASKAN OVEN PADA SUHU 200C. BILA NAK MASUKKAN KEK TURUNKAN SUHU PADA 175C.

10. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN YANG SAMA BANYAK. TUANG ADUNAN DALAM 2 LOYANG YANG TELAH DI SEDIAKAN DAN BAKAR KEK DENGAN SUHU 175C SELAMA 20 MINIT ATAU SEHINGGA KEK MASAK BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.


SEKARANG KITA SEDIAKAN  MOCHA BUTTERCREAM


MOCHA BUTTERCREAM

100 GM PUTIH TELUR - ANGGARAN 3 BIJI
200 GM GULA KASTER
300 GM UNSALTED BUTTER - POTONG KIUB
½ SUDU BESAR MOCHA PASTE(SUSAH NAK JUMPA SO PUTRI PAKAI LERR APA YG ADA)
1 SUDU TEH COFFEE OIL - KALAU TAKDE BOLE GUNA COFFEE ESEN ATAU COFFEE PASTE


CARA2NYA

1. SATUKAN PUTIH TELUR DAN GULA DALAM SATU BEKAS BESAR.
DENGAN KAEDAH DOUBLE BOILER PANASKAN TELUR DAN GULA SEHINGGA GULA LARUT. API KECIL LAA K…JGN SAMPAI TELUR TERMASAK LAK. BILA GULA DAH LARUT MATIKAN API, ANGKAT DAN TERUS PUKUL ADUNAN PUTIH TELUR DENGAN KELAJUAN MAXIMA SEHINGGA ADUNAN JADI BERKILAT DAN KENTAL. KETEPIKAN.

2. PUKUL BUTTER SAMPAI LEMBUT, TAMBAHKAN MOCHA PASTE DAN COFFEE OIL. PUTAR HINGGA IA BERGAUL RATA.

3. KEMUDIAN MASUKKAN ADUNAN TELUR KE DALAM ADUNAN MOCHA DAN KACAU KAUP BALIK SEHINGGA RATA. MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG. KETEPIKAN.



***KITA SEDIAKAN PULA CHOCOLATE GANACHE***


CHOCOLATE GANACHE

200 GM COKLAT GELAP KOMPAUN - DI DIDADU
200 GM COKLAT SUSU KOMPAUN - DI DADU
75 GM BUTTER
250 ML FRESH CREAM(PUTRI GUNA WHIPPING CREAM)


CARA2NYA

PANASKAN WHIPPING CREAM SAMPAI HAMPIR MENDIDIH, MATIKAN API DAN KETEPIKAN. MASUKKAN COKLAT DAN BUTTER…KACAU SEHINGGA COKLAT LARUT. KETEPIKAN.




*** KITA SEDIAKAN COFFEE SYRUP***

BANCUHKAN 100 ML AIR PANAS KEDALAM KOPI SEGERA. PUTRI GUNA 3 IN 1 WHITE COFFEE WITH HAZELNUT FLAVOUR. U AOLSS BOLE GUNA APA2 KOPI SEGERA YG ADA LAA OK.



SEKARANG KITA MULAKAN PROCESS MELAPIS KEK.


KEK YG TELAH SEJUK TADI DIPOTONG KEPADA 2 BAHAGIAN SETIAP SATU LOYANG. MENJADIKAN SEMUANYA KEPADA 4 KEPING.


1. AMBIL SEKEPING KEK DAN SAPU COFFEE SYRUP DIATAS KEK(TAK PERLU SAMPAI BASAH KEKNYA) KEMUDIAN PAIPKAN MOCHA BUTTERCREAM DIATASNYA.

2. LETAK SEKEPING KEK DIATAS BUTTERCREAM TADI DAN SAPU COFFEE SYRUP LAGI DAN TUANGKAN PULA ½ COKLAT GANACHE DIATASNYA. RATAKAN DENGAN SEMPURNA.

3. LETAKAN SEKEPING LAGI KEK DIATAS COKLAT GANACHE DAN SAPU COFFEE SYRUP LAGI DIATAS KEK DAN PAIPKAN MOCHA BUTTERCREAM DIATASNYA.

4. LETAKKAN KEK TERAKHIR DAN SAPUKAN COFFE SYRUP DIATASNYA. MASUKKAN KEK KEDLM PETI SEJUK NOT FREEZER TAU...BIARKAN KERAS SEDIKIT SELAMA 45 MINIT.

5. AKHIR SEKALI PANASKAN LEBIHAN COKLAT GANACHE TADI DAN SIRAM KE ATAS KEK. MASUKKAN SEMULA KEDALAM ESBOK TUK BEBERAPA JAM DAN SEDIA TUK DIHIDANG.


*** PUTRI ATURKAN SINGKAT MENGIKOT APA YG TERTULIS DIATAS YERR***


1. KEK
2. SAPU COFFEE SYRUP
3. MOCHA BUTTER CREAM
4. KEK
5. SAPU COFFEE SYRUP
6. COKLAT GANACHE
7. KEK
8. SAPU COFFEE SYRUP
9. MOCHA BUTTER CREAM
10. KEK
11. SAPU COFFEE SYRUP
12. COKLAT GANACHE


SELAMAT MENCUBA!!!!


FOR THIS RECIPE

Monday, 17 September 2012

PUDING AISKRIM

Selamat tengah malam teman2 semua...maaf laa terlewat sikit nak masukkan resepi puding sedap ni. Resepi puding ni putri lama dah dapat dari teman fb putri si zara sayang teman putri@sahabat@sedara...wah gitu hehehe. Lalinkk again ek thks tau dah sudi nak share ngan kita. Resepi asal dari puan Fara. Thks dah sudi nak share resepi ni. Mmg sedap. Tidak terlalu manis just nice la. Perhaps resepi yg bakal putri share ni nanti agak beza sikit jerr sbb putri tokok tambah ikot cara putri gitu. Apa pun putri hanya buat setengah adunan dari adunan asal. Tu pun banyak gak dapat tau. Kalau letak dalam acuan putri ayu yg putri gunakan dapat genap2 24 keping tau. Tak payah potong2 dah terus ngap hehehe. Senang jerr nak buat tau. Bahan pun mudah jerr. Sebelom tu putri nak citer sikit. Mengikot resepi dia menggunakan 2 jenis aiskrim coklat dan strawberry. Memandangkan stok aiskrim coklat takde tu yg putri guna strawberry jerr. Kalau u guys nak buat dua jenis just doublekan adunan bahagi 2 dan satu letak strawberry aiskrim satu lagi letak aiskrim coklat. Keraskan kejap yg satu tu dalam peti sejuk pastu kluarkan dan tuangkan satu lagi diatasnya. Kalau nak senang haa buat jerr sejenis cam putri buat abis citer hahaha. Oklah jom kita redah apa bahan2nya.





BAHAN2NYA

~ 1 SUDU BESAR SERBUK AGAR-AGAR YG PUTIH (PUTRI GUNAKAN 1 PACKET OF 12GM SERBUK AGAR)
~ 500ML AIR
~ ½ CAWAN GULA (DLM 100ML)
½ TIN SUSU CAIR (DLM 200ML SUSU CAIR)
~ 1 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
~ 2 CAWAN AISKRIM STRAWBERY (DLM 400ML)
~ 6 KEPING BISKUT OREO TANPA KRIMNYA (DITUMBUK TIDAK TERLALU HALUS..AGAK2 OK) 

**BANCUH SUSU CAIR DENGAN TEPUNG JAGUNG TERLEBIH DAHULU DAN KETEPIKAN***



CARA2NYA

1. MASAKKAN SERBUK AGAR-AGAR DAN AIR SEHINGGA MENDIDIH.


2. MASUKKAN GULA DAN BIARKAN MENDIDIH SEHINGGA GULA LARUT.

3. MASUKKAN SUSU CAIR YG TELAH DIBANCUH DENGAN TEPUNG JAGUNG TADI DAN DIBIARKAN MENDIDIH.

4. MATIKAN API DAN TAPISKAN DALAM MANGKUK.

5. MASUKKAN AISKRIM STRAWBERRY DAN KACAU RATA SEHINGGA AISKRIM CAIR.

6. MASUKKAN PULA BISKUT OREO YG TELAH DITUMBUK KEDALAMNYA DAN KACAU RATA.

7. KEMUDIAM MASUKKAN ADUNAN KEDALAM ACUAN PILIHAN DAN SEJUKKAN DALAM ESBOK SELAMA 2-3 JAM SEBELUM DIHIDANG.


SELAMAT MENCUBA!!!





FOR THIS RECIPE

Sunday, 16 September 2012

CHOCOLATE FROSTING

BAHAN2 YG DIGUNAKAN TAK BANYAK PUN. BILA DAH SIAP ADUNAN NI CER RASA SIKIT....SEDAPNYAA TAK TERKATA HUA3. PAS KITA DAH BEDAK DIA ATAS KEK ATAU MILLE CREPE MASUK PETI SEJUK LANGSUNG MAKAN FUUHHHHH TAK HINGATTT KITA KAT BUMI BEB....BERTERBANGAN GITU MUAHAHAHA. THKS TO LINDA FOR THE RESEPI....JOM TRY BUAT!!


CHOCOLATE FROSTING

BAHAN2NYA

250 GM BUTTER@1 BUKU BUTTER PADA SUHU BILIK
1 ½ CAWAN CHOCOLATE CHIPS
1 SUDU KECIL ESEN VANILLA
2 CAWAN GULA ICING@GULA TEPUNG


CARA2NYA


1. CAIRKAN COKLAT CHIPS SECARA DOUBLE-BOILED. SEJUKKAN PD SUHU BILIK.

2. PUKUL BUTTER HINGGA KEMBANG DAN MASUKKAN COKLAT TADI. PUKUL LAGI.

3. MASUKKAN ESEN DAN GULA ICING. PUKUL LAGI HINGGA KEMBANG.

4. BOLE DIGUNAKAN TUK APA2 JENIS KEK. KIRANYA BERTINDAK SEBAGAI KREM CAM TU


SELAMAT MENCUBA!!!

FOR THIS RECIPE

Saturday, 15 September 2012

MILLE CREPE

Salam kengkawan. Tentu semua tak sabar lagi nak tengok cam mana cara2 nak buat mille crepe ni kan. Alaaa tak susah pun nampak cam berlapis2 susah gitu kan tapi sebenarnya senang yg ampun huhu. Samma cam kita goreng lempeng cuma yg ni kena tipiskan. Mengikot resepi mizah33 dia menggunakan 1 sudu besar semasa menggoreng. Alahaiiiiii bila nak game seyyy muahahahaha. Biasa putri kan kes express gitu so putri guna senduk kecil yg isiannya anggaran dalam 3-4sudu besar sekali tuang then kita 'GELEK2" kan adunan ni supaya dia mengalir keseluruh pan kecil dan menjadi tipis. Goreng macam kira buat ketayap@kuih dadar cam tu laa. Goreng sampai abis. Jgn lupa setiap kali nak masukkan adunan ni kena laa oleskan sebaik2nya butter pada non stick pan kita tu ok. Tp mizah33 thks for sharing the resepi...putri mohon share kat blog putri yerr. Pada yg minat sangat dengan sesuatu yg unik cam ni...bole laa cuba. Rasa dia aduhhh duhhh tka reti nak story...lain tekak lain rasa kan. Nak2 sesuatu yg baru cam ni. Very unik yet mabeles. Tak caya sudah...ada mak kisah ekekekeke. Bagi yg tak TAHAN godaan cam putri ni yuk cuba yuk. Esok juga try buat n makan laa puas ek hehehe. Bagi putri tinggi juga lapisan2 ni...so u guys perhaps bole try buat setengah adunan dulu...filling dia tuk sapu atas mille crepe ni bole guna ganache atau apa2 jerr perisa yg u guys nak letak. Nutella pun bole. Yg putri guna adalah Chocolate Frosting by Roslinda Zaki. thks dearr for sharing the resepi. Ok lah jom kita terjah resepinya...ayuhhhh!!


MULA2 SEKALI KITA BUAT COKLAT FROSTING DIA DULU THEN BARU KITA BUAT MILLE CREPE OK. KAT SINI PUTRI TAK MASUKKAN RESEPI COKLAT FROSTING. SBB FILLING BOLE IKOT CITARASA KITA SENDIRI YERR. BAGI YG NAK KAN RESEPI COKLAT FROSTING AKAN PUTRI MASUKKAN SEBENTAR LAGI UNDER ANEKA FILLING. OK SEKARANG JOM KITA TENGOK BAHAN2 DAN CARA2 MEMBUAT MILLE CREPE.






MILLE CREPE

BAHAN2NYA
· 50 GM GULA
· SECUBIT GARAM
· 6 BIJI TELUR GRED A
· 20 GM BUTTER – CAIRKAN
· 200 GM TEPUNG GANDUM-DIAYAK
· 500 ML SUSU SEGAR
· CHOCOLATE FROSTING SECUKUPNYA (BOLEH JUGA GUNA PERISA LAIN MENGIKOT CITARASA). 



CARA-CARANYA

1. CAMPUR BUTTER DENGAN GULA, GARAM DAN MASUKKAN TELUR SATU PER SATU, KACAU SEBATI MENGGUNAKAN WHISK JERR.

2. MASUKKAN TEPUNG DAN SUSU, KACAU HINGGA SEBATI.

3. TAPIS BANCUHAN TADI.

4. PANASKAN NON-STICK PAN YG KECIL. GRISKAN@OLESKAN DENGAN SEDIKIT MINYAK/BUTTER DAN MASUKKAN SATU SENDUK KECIL ADUNAN TADI. RATAKAN NIPIS-NIPIS ATAU LENGGANG2KAN KELILING PAN.

5. BIARKAN KEKUNINGAN BARU DIANGKAT. OLESKAN HANYA SEDIKIT BUTTER SETIAP KALI NAK MASUKKAN ADUNAN.

6. CARA MELAPIS DENGAN COKLAT PULA…LETAK SATU LAPIS CREPE, SAPU SIKIT CHOCOLATE FROSTING DI ATASNYA. LEPAS ITU TUTUP DENGAN SATU CREPE, SAPU CHOCOLATE LAGI. ULANG BENDA YANG SAMA SAMPAI HABIS.

7. SALUT KESELURUHAN KEK DENGAN LEBIHAN CHOCOLATE FROSTING TADI.

8. MASUKKAN DALAM PETI AIS TUK 3 4 JAM SEBELUM DIBEDAH SIASAT HEHEHE. BILA DAH SEJUK,POTONG LALU TUNGGU APA LAGI…BOLEH MAKAN DAH! 

SELAMAT MENCUBA!!!




BEGINI LAA RUPANYA BILA ADUNAN TELAH DITAPIS.



NI PULA RUPA MILLE CREPE YG TELAH DIMASAK.



GORENG SAMPAI ABIS.


MEMULAKAN OPERASI MELAPIS DENGAN COKLAT FROSTING. MULA2 LETAK SEKEPING MILLE CREPE.


SAPUKAN DIATASNYA COKLAT. SAPU RATA2 OK.



CAM NI RUPANYA BILA DAH RATAKAN.


LAPISKAN DENGAN MILLE CREPE LAGI.


SAPU DENGAN COKLAT LAGI. BUAT SAMPAI ABIS.


CAM NI RUPA DIA BILA DAH ABIS MELAPIS KESEMUA. BANYAK GAK KAN.


LAST SEKALI BELEN COKLAT TADI KIRA BEDAKKAN LUAR DIA JUGA KASI ABIS HEHEHE. PASTU MASUK PETI SEJUK. NOT FREEZER OK JUST YG TEMPAT CHILL JERR DAH OK. BIARKAN SELAMA 3-4 JAM SEBELOM DIBEDAH SIASAT HUHU.


HAA ADA NAMPAK...NI LAA RUPANYA BILA DAH KENA BEDAH...APA LAGI TUNGGU MAKAN LAA SEMASA LAGI SEJUK SEDAP TAU!!!




SELAMAT MENCUBA!!!

FOR THIS RECIPE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...