Tajul - Sedalam-Dalam Rindu (Official Music Video)

Wednesday, 27 November 2013

BANGKIT NYONYA

Hari tu pegi jemputan kat melaka tak sempat nak singgah mana2 sempat singgah kat Mydin jerr ngeee. My gerl suka sangat kuih bangkit tu yg beli tu tapi dapatnya 2 bungkus jerr sbb kelam kabut punya hal. Tu laa kan timing lari tu pasal laa tak dapat nak jalan2 sangat. Anyway smlm terpanggil nak buat kuih ni. Bongkar punya bongkar putri terjumpa laa buku lama delicious nyonya ni...tu yg resepi kuih bangkit ada kat dalam tu. Belek sana belek sini wow ada banyak resepi mengancam sanubari ku laa hehehe. Berpinar2 mata duk tengok semua masakkan nyonya ni. Eh bila cakap perkataan nyonya ni dah mcm cakap ngan apek nyonya lak muahahaha. Ni nyonya more on katagori baba tau. Berciter pasal kuih bangkit ni...texturenya begitu halus dan rangup serta cair dimulut. Ada yg kata lum masuk mulut lagi tengok jerr dah cair camna tu hehehe. Mmg bangkit ni kegemaran ramai sejak dari dulu lagi. Tak perlu laa tunggu raya nak menikmatinya kan. Bila2 masa pun bole makan. Napa nama dia bangkit?? sbb dia memBANGKIT kan semangat org tuk makan kot tu pasal nama dia bangkit...eh eleehhh asal bole jerr putri tau wahahaha. Kuih bangkit ni banyak tul terjual dipasaran terutamanya di m'sia. Kat sini pun ada jual gak tapi bukan buatan tangan kebanyakkan dari factory kot. Kalau nak muai dan puas makan apa kata kita buat sendiri....haaa puas hati beb makan sampai mintak ampun hehehe. Oklaa apa kata kita intai2 apa barang yg perlu kita gunakan tuk buat kuih ni...jom jom..


BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 150-60 KEPING)

A
- 350 GM TEPUNG UBI (TAPIOCA FLOUR)
- 350 GM TEPUNG SAGU (SAGO FLOUR)
- BEBERAPA HELAI DAUN PANDAN

B
- 3 BIJI KUNING TELUR GRED A
- 260 ML SANTAN PEKAT (PUTRI GUNA SANTAN KOTAK KARA)
- 250 GM GULA ISING DIAYAK

*** SEKIRANYA TAKDE ATAU PAYAH JUMPA TEPUNG SAGU BOLE JERR GANTIKAN TEPUNG UBI SELURUHNYA. SEBELUM MENGGORENG ATAU MEMBAKAR TEPUNG DIAYAK TERDAHULU BARU DIBAKAR. KEMUDIAN DISEJUKKAN DAN DIAYAK LAGI. KATANYA LEBIH LAMA KITA BAKAR TEPUNG NI LEBIH BAIK. ***





CARA2NYA

1. BAHAN A DIAYAK DAN DIBAKAR PADA SUHU 150C SELAMA 1 JAM. SETELAH MASAK SEJUKKAN DULU SEBELUM DIAYAK LAGI. KETEPIKAN.

2. SATUKAN BAHAN B DAN PUKUL DENGAN KELAJUAN SEDERHANA SEHINGGA ADUNAN SEBATI.

3. MASUKKAN BAHAN A (TEPUNG2 YG TELAH SEJUK TADI) SEDIKIT DEMI SEDIKIT DAN KACAU GUNAKAN SPATULA DULU KEMUDIAN NANTI GUNAKAN TANGAN UNTUK MENGULI. JGN HABISKAN TEPUNG SEKIRANYA ADUNAN BOLE MEMBENTUK MENJADI DOH.

4. BAHAGI 2 ADUNAN. SATU ADUNAN SIMPAN DALAM PLASTIK SATU LAGI BOLE LAH MENCANAI DIATAS LAPISAN PLASTIK JUGA. ADUNAN TAK BOLE TERLALU TERDEDAH PADA UDARA SBB IANYA MUDAH KERING DAN MENGERAS.

5. CANAI DOH SETEBAL SUKU INCI DAN TERAP MENGGUNAKAN ACUAN PILIHAN. PUTRI SEPIT BAHAGIAN ATASNYA. SO TERPULANG PADA U GUYS NAK SEPIT ATAU PUN BIARKAN GITU JERR. KALAU NAK LETAK BIJAN PUN BOLE.

6. BAKAR PADA SUHU 160C-170C SELAMA 15-20 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. KALAU NAK GARENG DAN RANGUP BAKAR SELAMA 22 MINIT.


SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : BUKU DELICIOUS NYONYA
OLAHAN : PUTERI MANJA

TEPUNG YG TELAH DIBAKAR SELAMA 1 JAM

DAH SEJUK DAN DIAYAK LAGI.

PUKUL BAHAN2 B DAN MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT. TAK PERLU HABISKAN SEKIRANYA ADUNAN BOLE JADI DOH LICIN.



DOH TAK BOLE TERDEDAH PADA UDARA NANTI IANYA AKAN KERING DAN MENGERAS SO SBB TU KENA SIMPAN DALAM PLASTIK.


















FOR THIS RECIPE

Monday, 25 November 2013

SRI PANDAN CHIFFON CAKE

Selamat mlm pada teman2 ku tercayang yg setia menantikan kehadiran resepi2 dari putri ni. Sori laa lambat sikit masukkan N3 ni. Tau jerr laa hujung minggu cam ni mmg nak mengadap lappy ni susah tul. Bila dah mlm cam ni haa baru laa bole masukkan...aman sikit dunia hehehe. Sebelum apa2 putri nak mengucapkan setinggi2 terimakasih buat teman2 putri yg telah mendoakan kesembuhan buat ayah putri. Terimakasih yerr atas doa2 kalian semua. Moga Allah sahajerr yg dapat membalas segala kebaikkan anda. Alhamdulillah ayah putri dah pulih sedikit. Walaupun belum lagi 100% pulih sepenuhnya tapi ayah dah bole bangun dan selera makan makin bertambah. Mmg sangat2 mujarap laa saranan2 dari teman2 fb putri....kalau u aollss semua tak bagi pendapat dan nasihat mmg tak tau laa putri apa nak buat dengan sakit ayah tu. Sakit demam denggi mmg takde ubatnya. Atas saranan teman2 fb banyak yg menasihatkan agar putri cuba buat SUP KETAM dan minum AIR 100 PLUS. Lepas dapat tau mlm tu juga bilang mak putri dan esoknya mak buatkan sup ketam tuk ayah. Biasa laa sang ayah nak isteri dia laa masak tuk dia kalau putri masak kang dia tak mau makan lak hehehehe. So mak buat tumis air tuk lauk ketam tu, Kalau rebus cam tu mmg loya sikit laa so kena tumis2 sikit biar nak minum pun ada selera. Sbbnya pesakit2 demam denggi ni semua tekak mereka loya sampai tka bole nak makan apa2. Anyway lat sehari jerr minum sup ketam platelet terus naik. Masuk 3 hari minum sup dan minum air 100 plus terus naik lagi. Sampai laa hari ni dekat 1 minggu minum sup dan 100 plus tu yg buat ayah putri makin pulih....syukur alhamdulillah. Lega sikit...berkat doa kluarga dan kawan2 semua ayah pulih kembali...amin2. Then baru2 ni anak putri yg bongsu tu dapat result PSLE dia. Alhamdulillah lulus walaupun markah tak begitu memberangsangkan ira namun tetap bersyukur sbb lulus dalam semua mata pelajaran. Apa pun buat semua murid2 yg dah sedaya upaya buat yg terbaik...tahniah buat semua....all the best to them dan semoga dapat masuk sekolah yg diingini insyaAllah. Oppss terpanjang pulak story mak ni laa hehehe sori ek...

Ok tentang hal kek chiffon ni...fuhhhhlaaaammmakkkkk cam spring dahhh hahahaha. Mak tak reti nak sorok2 kata2 mak ni terhadap makanan yg sedap2 ni. Mak hembus jerr cakap apa yg bermain dalam kotak pikiran mak ni. Mmg ternyata kek chiffon ni sangat2 lembut dan enak bila makan...bak kata org tak yah kunyah duk kemam pun dah sedap muahahaha. Kalau duk kemam lama2 kang jadi sirih pulak dah kena tenyeh kiri kanan cam nyonya mansur daaa wahahahaha. Ekceli masuk ni dah 3 jenis chiffon putri try buat tu yg nama chiffon ni putri naikkan sikit pangkat dia kerr sri hahaha...apa jerr tau. Oh well hampir semua kek2 yg putri cuba mmg tip top...semuanya sedap. So u aollss semua bole laa try...pilih jerr mana nak otey. Kalau tak nak try mmg sah2 terliur laa nanti. Silap2 mimpi tiap2 malam kang hehehe. Oklaa bagi yg nak cuba...jom kita masuk kelas putri ek....jom jom..


BAHAN2NYA

A
- 6 BIJI KUNING TELUR GRED A
- 30 GM GULA KASTOR
- 80 ML SANTAN
- 80 ML MINYAK MASAK
- 100 GM TEPUNG NAIK SENDIRI DIAYAK
- 1 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG DIAYAK
- 1½ SUDU KECIL PANDAN PASTE + SEDIKIT WARNA HIJAU

B
- 6 BIJI PUTIH TELUR GRED A
- 125 GM GULA KASTOR


***GUNAKAN LOYANG YG BERLUBANG DITENGAH2 (ANGEL CAKE TIN) DAN GRISKAN LOYANG DAN LETAK BAKING PAPER AT THE BOTTOM PART SAHAJERR. KALAU NAK LETAK KAT PAPER CUPS CAM PUTRI BUAT PUN BOLE SO TERPULANG LAA NAK BUAT YG MCM MANA OK. CUMA KALAU PAKAI TIN BAKAR LAMA SIKIT LAA DAN KALAU PAKAI PAPERCUP CUPCAKES BAKAR TAK LAMA LAA DALAM 12-15 MINIT CAM TU. TUK ADUNAN PULA BIASANYA PUTRI AKAN PUKUL BAHAN B TERDAHULU DAN GUNAKAN MIXER YG SAMA PUKUL PULA BAHAN A.***



CARA2NYA

1. BAHAN B, PUKUL PUTIH TELUR SAMPAI KEMBANG BERTANDUK DAN MASUKKAN GULA DAN PUKUL LAGI SAMPAI GULA SEBATI DENGAN TELUR. KETEPIKAN.

2. GUNAKAN MIXER YG SAMA PUKUL PULAK BAHAN2 A SAMPAI KEMBANG PEKAT.

3. AMBIL SUKU DARI ADUNAN B (PUTIH TELUR) DAN MASUKKAN KE DALAM ADUNAN A DAN KACAU KAUP BALIK HINGGA RATA MENGGUNAKAN SENDUK.

4. MASUKKAN SEMUA ADUNAN A KE DALAM ADUNAN B (PUTIH TELUR) DAN KACAU KAUP BALIK HINGGA RATA. HATI2 FOLD JGN SAMPAI ADUNAN TERCAIR PULAK.

5. TUANG DALAM LOYANG YG TELAH DIGRIS TADI DAN BAKAR PADA SUHU 160C-170C SELAMA 50 MINIT. ATAU KALAU MENGGUNAKAN PAPERCUP CUPCAKES BAKAR SELAMA 12-15 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.

6. SETELAH MASAK CEPAT2 TERBALIKKAN ADUNAN DENGAN TIN2NYA DAN DIBIAR HINGGA SEJUK BARU TANGGALKAN TINNYA. SIAP TUK DIHIDANG.


SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : SIS ZITA ALI
OLAHAN : PUTERI MANJA

BAHAN B, PUKUL PUTIH TELUR DULU SAMPAI KEMBANG BERTANDUK BARU MASUKKAN GULA DAN PUKUL LAGI. KETEPIKAN.

GUNAKAN MIXER YG SAMA DAN PUKUL BAHAN2 A SAMPAI KEMBANG PEKAT.

CAM NI RUPA BILA DAH PUKUL BAHAN A.

THEN AMIK SUKU DARI ADUNAN B MASUKKAN PADA ADUNAN A DAN KACAU KAUP BALIK HINGGA RATA.

NAMPAK KAN RATA DAN ADUNAN MASIH TETAP KEMBANG.

MASUKKAN SEMUA ADUNAN HIJAU KEDALAM ADUNAN PUTIH TELUR DAN KACAU KAUP BALIK HINGGA RATA TAK BERBUKU2. HATI2 JGN SAMPAI TEROVER FOLD TAKUT DIA TERCAIR PULAK. 

CAMNI RUPA ADUNAN BILA DAH SEBATI SEMUANYA. MASUKKAN DALAM PIPPING BAG DAN BOLE PIPEKAN DALAM PAPER CUPS ATAU LANGSUNG TERUS MASUK DALAM LOYANG YG BERLUBANG TENGAH (ANGEL CAKE TIN)

BAKAR PADA SUHU 160C-170C SELAMA 12-15 MINIT. KALAU GUNA LOYANG BAKAR SELAMA 50 MINIT BERGANTUNG PADA OVEN MASING2.













FOR THIS RECIPE

Wednesday, 13 November 2013

TRIO MARBLE CAKE

Bila kek kita buat menjadi hati pun berbunga2 indah bagai ditaman Rasidah utama...huhuhu. Lagu dari wings pun ku terjah....haha. Apa taknya hapi dah 2 kalu buat baru laa puas hati. Kek yg pertama tu tak laa teruk mana pun masih menjadi cuma warna dia tu SUKA2 nak kawin ramai2 tanpa my approval wahahahaha...speaking laa pulak haha. Tak tau laa mana silapnya. Lain2 takde masalah kek naik pun cantik jerr cuma warna dia tu dah bercampur2 cam jom kawin2.com muahahaha....kannn. Sapa yg tak fedup kan...mak terus murung semalaman dok sugul semacam jerr padahal keknya menjadi cuma warna punya pasal dengan2 kek sekali terbabit sama huhuhu. Alkisah mak sanggul dah majok lerr tu....biasa laa kalau bole nak yg terbaik tapi sebagai manusia kita tak lari dari membuat kesilapan dan dari kesilapan tu laa kita perbetulkan dan membaiki mana yg kekurangan...gitu. Wah ceramah laa pulak mak sanggul ni hehehe. However kekecewaan semalam terubat bila kek percubaan kedua menjadi dengan jayanya....fuhhh siap potong dengan hati2nya tau. So mak tau dah mana silapnya....mmg tak sesuai pun nak buat swirl pada kek marble ni unless kalau nak buat pada permukaan kek tu ok. Kalau nak buat swirl sampai sebelah dalam bole jerr tapi kejadian dia tak berapa nak cantik. Lebih baik2 biarkan belang2 gitu jerr lebih menarik alunannya dari swirl. Apa pun terpulang laa pada diri masing2...tepuk dada tanya selera...tepuk pelan2 tau kalau tepuk kuat2 tu namanya terbegek sudah muahahaha.

Keindahan kek terletak pada pilihan warna dan creativiti individu tu sendiri. Yg pastinya kek marble ni mmg dari zaman batu lagi dah terkenal kot...hahaha asal bole jerr mak ni tau huhu. Sekarang ni macam2 resepi kek marble yg bole kita dapati di internet. Type jerr apa nak semua link yg berkaitan dengannya akan terpampang...senang kan. Ok laa dah tiba waktunya stop all the story mory hahaha...kita terus kerr bahan2 yg diperlukan. Ok jom kita jengah diluar jendela putri kay...nak masuk dalam mmg tak muat sbbnya umah atas pokok gitu laa gayanya hahaha....eh kalau umah atas pokok cam mana nak jengah ek...wahahaha takpe laa dtg sorg2 buat appointment dulu ek hua3...jom jom...


BAHAN2NYA (GUNA LOYANG 8"INCI)

A
- 300 GM BUTTER

B
- 5 BIJI TELUR GRED A
- 250 GM GULA KASTOR

- 1 SUDU BESAR OVALETTE
- 1 SUDU KECIL ESEN VANILA
- 280 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
- 1 SUDU BESAR TEPUNG SUSU DIAYAK
- 1 SUDU KECIL BAKING POWDER DIAYAK


C
- 50 ML SUSU SEGAR

 BAHAN2 PEWARNA

- 2 SUDU KECIL COKLAT EMULCO/PASTE
- 1 SUDU KECIL STRAWBERRY EMULCO + SEDIKIT WARNA PINK
- 1 SUDU KECIL WARNA OREN ATAU KUNING

*** GRISKAN LOYANG DAN LETAK BAKING PARCHMENT PAPER. PASTIKAN BUTTER BETUL2 LEMBUT SEBELUM DIGUNAKAN. GUNAKAN TEPUNG GANDUM JENAMA BAKE KING ATAU PRIMA BAGI MENGHASILKAN KEK YG RINGAN DAN GEBU. KALAU TAKDE TAKPE GUNA JERR TEPUNG BIASA. CUMA KALAU ADA TEPUNG JENAMA YG PUTRI SEBUT TU LEBIH BAIK SBB KANDUNGAN TEPUNGNYA LEBIH HALUS BERBANDING YG BIASA. BAGI YG NAK LETAK ESEN ROS BOLE JERR TAPI JGN GUNA COKLAT PASTE JUST GUNA WARNA COKLAT SBB GABUNGAN COKLAT PASTE DENGAN ESEN ROS AGAK PELIK RASANYA TAPI KALAU ANDA SUKA YG PELIK2 BOLE JERR...BANTAI JERR LAA EK..HAHA. ***


*** PERINGATAN YERR ADUNAN NI PEKAT LIKAT DAN TIDAK SEPERTI ADA SESETENGAH YG MENGATAKAN ADUNAN NI SEPERTI KEK CHIFFON...TIDAK DAN TIDAK SAMA SEKALI. ITS NOT LIKE CHIFFON BATTER OK. ITS MORE LIKELY CAM BAULU BATTER SO PLS TAKE NOTE YAH. ADUNAN NI PEKAT DAN HEAVY MANAKALA ADUNAN CHIFFON KEMBANG DAN RINGAN...TU YG BEZANYA. SATU LAGI UNTUK YG PERTAMA KALI NAK BUAT KEK NI...TAK YAH PAKAI LIDI ATAU CHOPSTICK TUK NAK MENCORAKKAN NYA. JUST LEAVE IT LIKE THAT OK. BUKAN APA TAKUT SEMUA TERKAWIN DALAM TU KANG HAHAHA. SO KALAU NAK KEK KELIHATAN CANTIK BIAR JERR CAM TU DNT BOTHER ABT NAK MENCORAKKANNYA OK. ***


CARA2NYA

1. PUKUL BAHAN A SEHINGGA KEMBANG PUTIH DAN KETEPIKAN.

2. SATUKAN BAHAN2 B KECUALI BAHAN2 AYAK DAN PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI SELAMA 5-7 MINIT.

3. PERLAHANKAN MIXER DAN MASUKKAN BAHAN2 AYAK SEPERTI TEPUNG GANDUM, TEPUNG SUSU DAN BAKING POWDER SEDIKIT DEMI SEDIKIT. PUKUL DENGAN KELAJUAN RENDAH SEHINGGA SEMUA BAHAN TERGAUL RATA. ADUNAN AKAN KELIHATAN PEKAT LIKAT DAN TIDAK MUDAH JATUH BILA DIANGKAT.

4. MASUKKAN BAHAN A KEDALAM BAHAN B TADI DAN GAUL KAUP BALIK SEHINGGA RATA MENGGUNAKAN SENDUK ATAU SPATULA.

5. MASUKKAN PULA BAHAN C DAN GAUL KAUP BALIK SEHINGGA RATA.

6. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 3 BAHAGIAN DAN LETAK WARNA PILIHAN ANDA PADA SETIAP BAHAGIAN.

7. SEPERTI DALAM GAMBAR MASUKKAN ADUNAN MENGIKUT CREATIVITY MASING2. SO TAK KIRA LAA CARA CAMNA ANDA ATURKAN DIA ASALKAN BERKENAN OK HEHE.

8. BAKAR PADA SUHU 170C-180C SELAMA 40-45 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. SETELAH MASAK TERBALIKKAN KEK DAN DIBIARKAN SEJUK SEBELUM MEMOTONGNYA. NI BAGI MERATAKAN ATAS KEK SEKIRANYA KEK MEMBUAK....ALKISAHNYA HEHE.


SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : IZAH'S KITCHEN

RESEPI ASAL DARI : CMG
OLAHAN : PUTERI MANJA






SATUKAN BAHAN2 B KECUALI BAHAN2 AYAK DIPUKUL HINGGA KEMBANG PEKAT KEMUDIAN BARU MASUKKAN BAHAN2 AYAK SEDIKIT DEMI SEDIKIT DAN PUKUL LAGI HINGGA RATA.




MASUKKAN BUTTER KEDALAM BAHAN B DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA RATA.


LAST SEKALI MASUKKAN SUSU SEGAR DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA RATA. KEMUDIAN DIBAHAGIKAN KEPADA 3 BAHAGIAN.




NI CARA PUTRI LAA SENGETKAN SIKIT LOYANG SEPERTI DALAM GAMBAR. GUNAKAN TUALA YG DILIPAT2 DAN LETAK BAWAH LOYANG SEBELAH TEPI.




KORG TERJAH JERR LAA IKUT CREATIVITY KORG OK.










ABAIKAN RUANGAN NI YERR...NI TUK RUJUKKAN PUTRI JERR...KALAU ADA SESAPA NAK JUGA IKUT..HAA IKUT JERR LAA..ADA MAK KISAH EKEKEKE...

BAHAN2 TUK SETENGAH ADUNAN MY STYLE

- 150 GM BUTTER
- 3 BIJI TELUR GRED A
- 130 GM GULA KASTOR
- 1 SUDU KECIL OVALLETE
- SEDIKIT ESEN VANILA
- 150 GM TEPUNG GANDUM + 1 SUDU KECIL RATAKAN TEPUNG NAIK SENDIRI
- 1 SUDU KECIL TEPUNG SUSU
- ½ SUDU KECIL BAKING POWDER
- SEDIKIT WARNA COKLAT PASTE, STRAWBERRY PASTE DAN KUNING



SEKALI IMBAS APAKAH YG ANDA DAPAT LIHAT PADA KEK SAYA NI? HMMM...




FOR THIE RECIPE


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...