Tajul - Sedalam-Dalam Rindu (Official Music Video)

Monday, 28 April 2014

KUIH LAPIS DURIAN

Assalamualaikum dan selamat malam buat semau teman2 cayang. Seperti yg dijanjikan ni dia resepi kuih lapis yg sangat2 putri suka. Kalau dulu buat yg simple2 jerr tapi kali ni putri berpandukan resepi dari buku masakkan delicious nyonya dan tukar sesikit sana sini dan terhasil laa kuih lapis yg kenyal ni hehehe. Kuih ni nak potong pun senang tau walaupun dia lekat2...biasa laa kuih lapis kan tapi dia tak susah nak asingkan senang jerr. Malah putri gunakan pemotong yg bergigi lagi tau. mmg takde masalah. Masuk ni dah 3 kali putri buat kuih lapis ni...dari yg pertama yg sangat kurang mansinya sampai laa yg ke tiga putri tambah durian baru power beb rasa pun terangkat2 punggung muahahaha. Resepi asal mmg tak letka durian putri jerr menambah but seriously rasa lebih kebaboom dari yg natural. Perhaps kalau ada yg tak mau letak durian pun takpe bole jerr. Sesuai kuih ni buat hidangan majlis2 keramaian atau apa2 majlis. Mmg satu kemestian kena ada kuih ni baru laa berseri majlis kan kannn ngee. Ok laa apa2 pun kita selongkah dia punya resepi ek...jom laa kita selam sama2 gi tengok resepinya dalam laut tu haa...hehehe jom jom...


BAHAN2NYA (MENGGUNAKAN LOYANG 8'' INCI)
  • 350 ML SANTAN CAIR
  • 350 GM GULA PASIR
  • 230 GM TEPUNG UBI
  • 60 GM TEPUNG SAGU
  • 80 GM TEPUNG BERAS
  • SECUBIT GARAM
  • 600 ML SANTAN PEKAN
  • 120 GM ISI DURIAN 
  • BEBERAPA WARNA PILIHAN







CARA2NYA

1. MASAK SANTAN CAIR DAN GULA ATAS DAPUR SEHINGGA GULA LARUT. MATIKAN API DAN DISEJUKKAN SEPENUHNYA.

2. SATUKAN SEMUA TEPUNG2, GARAM DAN DURIAN. MASUKKAN SANTAN PEKAT DAN SANTAN CAIR YG TELAH SEJUK TADI SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL DIKACAU RATA.

3. BLENDER SEBENTAR ADUNAN HINGGA DURIAN LUMAT DAN TERGAUL RATA. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 4 BAHAGIAN SAMA BANYAK. PUTRI LETAK 9 SENDUK DALAM SETIAP 1 MANGKUK.

4. LETAK WARNA PILHAN DAN SAPU LOYANG DENGAN SEDIKIT MINYAK. PANASKAN LOYANG DAN KUKUS SETIAP LAPIS SELAMA 4-5 MINIT. PUTRI MASUKKAN 4½ SENDUK BAGI SETIAP LAPISAN. 

5 BUAT HINGGA HABIS DAN LAPISAN TERAKHIR DIKUKUS SELAMA 20 MINIT. SEJUKKAN SEPENUHNYA SEBELUM MEMOTONG. 


SELAMAT MENCUBA!!!
SUMBER : DELICIOUS NYONYA BOOK
OLAHAN : PUTERI MANJA















FOR THIS RECIPE


Wednesday, 23 April 2014

MANGO OREO CHEESECAKE

PERHATIAN buat semua teman2 cayang...ruangan kali ni putri nak luahkan apa yg terbuku dihati ni terutama buat SI BERKENAAN yg telah menfitnah putri secara terbuka di blognya. Dengan tanpa rasa bersalah dia sewenang2nya menfitnah blog putri dengan menyatakan resepi putri adalah TIPU belaka. MasyaAllah MCM ni punya manusia pun ada dalam mukabumi ni...siap dia menyebut nama putri lagi dan LINK kerr resepi putri yg dikatakan resepi tipu tu. Nak tau juga...apa yg putri dapat dengan menipu ek?? dapat duit kerr....selama ni putri share resepi secara PERCUMA punnnn tak dapat bayaran apa2 bagi setiap resepi yg dimuat turunkan disini so mana dtg tipunya ek. Kalau dapat hasil tu bole citer laaa ni saya yg Penat lelah membuat setiap step by step senang2 jerr awak melemparkan kata2 DUSTA tu ek. Malah siap MENGHASUT yg lain lagi....Haa mana LINK saya yg awak sharekan tu ek?? kenapa delete...kalau rasa diri tu betul then teruskan laa dengan FITNAH awak tu sampai hayat tapi INGAT yerr ALLAH TAK PERNAH TIDUR...setiap perbuatan jahat pasti akan mendapat balasan setimpal dengan perbuatan anda. Simple jerr PUAN...puan ni dah laa kemaruk nak buat kek tu yg tak baca resepi dengan betul....lain org tulis/cakap lain pulak yg awak buat. Kalau betul saya tipu ini bermakna teman2 yg telah terdahulu mencuba resepi tersebut adalah penipu juga laa kann seperti yg AWAK sebut kat blog awak kan ...sekarang ni kata2 tu semua awak dah delete tak kasi org baca kan. Itu pun setelah saya masuk komen kat ruangan tersebut tapi tidak dilepaskan komen berkenaan. Lat beberapa hari bila saya masuk kembali kerr blog awak...awak dah delete semua yg awak FITNAHKAN tu....antara kata2 awak.... Resepi Tipu Dari Puteri manja dan kuncu2nya...sikit lebih kurang cam tu laa ayat awak kan. So now kenapa delete ek...kalau betul laa apa yg awak FITNAHkan tu tegakkan laa kebenaran awak...ni takde terus delete ayat tu...yg tinggal hanya kandungan resepi yg siap ditulis TIPU TIPU TIPU berkali2. Seriously sampai kan gambar kek saya pun awak kata ni gambar tipu kek beli di kedai!!! wah tak sangka pulak saya gambar kek saya telah membuat awak berkata demikian...THKS LAA YERR sbb memuji hasil keje tangan saya. Saya cuma nak cakap satu jerr yerr puan...SAYA TIDAK akan pernah memaafkan awak yg telah memfitnah saya diblog awak tu....MOGA ALLAH sajerr yg dapat membalas segala perbuatan awak. Saya rasa awak ni org islam kan....pasti tau apa hukumnya MENFITNAH seseorg kan?? INSAF laa sebelum awak diberi balasan atas perbuatan awak. Saya tak pernah memaksa sesiapa untuk mencuba resepi2 yg telah saya sharekan disini. Kalau sekiranya mana2 resepi yg telah awak cuba dan tak menjadi tu bukan salah resepi tapi cara awak membuatnya tidak betul. Cuba tanya diri sendiri kerr tanya tangan yg keras tu kerr....mmg salah tangan awak yg tak reti nak buat awak dah fitnah org pulak. Kebanyakkan resepi disini diambil dari internet juga dari blogger2 masakkan yg lain...mereka telah mencubanya terdahulu sebelum saya so bila saya buat menjadi dan awak pulak buat tak menjadi...tu salah saya kerr?? kenapa tak salahkan org yg cipta resepi ni?? kenapa pulak buat kenyataan palsu cam tu yerr dan kenapa tak tanya langsung pada saya atau pada mana2 blogger lain yg telah mencuba resepi berkenaan ek?? sbbnya saya dapat pun dari mereka yg pernah buat kek ni dulu...saya takde pulak masalah cam awak ni....kalau ada masalah pun saya tak LAA SEBODOH mana pun buat kenyataan MENFITNAH org hanya kerana saya buat tak menjadi....dah MMG TANGAN BUKAN SENI ATAU LEBIH TEPAT TANGAN KERAS tapi tak mengaku malah MENFITNAH lagi pulak...masyaAllah....awak ni lupa bahawasanya Allah itu MAHA melihat...takpe laa moga awak dapat balasan atas perbuatan awak tu yerr dan semoga awak INSAF!!


Oh yerr resepi yg sibuk diperkatakan oleh MAKCIK ni adalah resepi terhangat dipasaran tau. Resepi kek yg hebat ni ada terjual di RESTAURANT ternama di serata dunia dan ramai teman2 lain yg hebat2 telah pun mencuba resepi ni terdahulu sebelum putri dan siap memuat turun resepi ni di blog masing2 lagi. Then bila giliran putri mencuba resepi ni dan siap kan step by stepnya TUJUAN sebagai bahan rujukkan buat diri sendiri juga...tau2 tup tup aikkksss nama mak juga yg dia sebut2. Yg PELIK bin AJAIB tu...resepi ni banyak dah CHEF2 hebat kat blog ni dah pernah try buat so awat nama mak jerr yg disebut2 ek....bukan resepi mak punnn ishhh bodosssnyaa makcik ni...hehehe. Nampak sangat JELES yg amat ketara MAKCIK ni kat putri tau....dah terang2 resepi tu kalau kita type kat google fuhhh melambak nama2 bloggers yg lain dah uploadkan dulu tapi mak jugaaaaa yg dia berkenan tau apa kes nak minta sign autograph kerr...muahahahaha. Pls laa MAKCIK..jgn laa nak buat DOSA yerr....insaf laa cepat2.

Ishhh ilang nak story pasal kek sedap ni terus menjela2 cakap hal Ahjumma ni pulak adoiiiyaiii. Anyaway mak tak patah semangat pun...insyaAllah akan terus berkongsi ilmu selagi termampu...jom laa tengok resepi terbaik ni ek...jom jom...

P.S pada teman2 yg tak putus2 bagi semangat...thks alot my dearest teman2 semua diatas kata2 semangat buat putri...LUV U ALL muahhh2...ngeee




BAHAN2NYA (MENGGUNAKAN LOYANG LOOSE BASE TIN SIZE 7'' INCI SEGI EMPAT)


BASE
  • 110 GM BISKUT OREO (DALAM 30 KEPING TANPA CREAM) DIKISAR HALUS
  •  60 GM BUTTER DICAIRKAN DAN DIBIARKAN SEJUK SEPENUHNYA



FILLING


A
  •  1 SUDU BESAR GELATIN
  •  2 SUDU BESAR AIR 
  •  100 GM JEM PINEAPPLE+MANGO
  • 2 SUDU BESAR MANGO PASTE

B

  •  125 GM CREAM CHEESE
  •  1 SUDU BESAR GULA KASTOR
  •  40 GM WHIPPING CREAM (PUTRI GUNA NON DAIRY PUNYA)
  • 50 GM BUAH MANGGA FRESH DIHIRIS KECIL
  •  SETITIK DUA WARNA KUNING 

C

  • 130 ML NON DAIRY WHIPPING CREAM

TOPPING

A
  • 1 SUDU BESAR GELATIN
  •  2 SUDU BESAR AIR

B

  • 80 GM JEM PINEAPPLE+MANGO (DICINCANG2 AGAR KETULAN LUMAT SEDIKIT)
  • 70 GM AIR
  •  2 SUDU BESAR MANGO PASTE 
  • ½ SUDU KECIL WARNA KUNING









CARA2 BASE

1. OREO DI BLENDER HINGGA HALUS DAN MASUKKAN BUTTER CAIR YG TELAH SEJUK TADI DAN GAUL HINGGA RATA.

2. MASUKKAN KERR DALAM LOYANG LOOSE BASE TIN DAN TEKAN2 OREO BIAR MAMPAT.

3. BAKAR SELAMA 10 MINIT PADA SUHU 170C BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. DIBIAR SEJUK SEDIKIT DAN MASUK DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER). OK NOW SEDIAKAN BAHAN2 LAIN.

CARA2 FILLING

1. BAHAN A MASUKKAN GELATIN KEDALAM AIR DAN BIAR KAN IA LARUT SELAMA 5 MINIT. ADA SEDIKIT YG TAK LARUT JADI GUNAKAN SUDU DAN KACAU GELATIN HINGGA HANCUR. KETEPIKAN

2. JEM NENES+MANGGA DAN PASTE DIMASAK SECARA DOUBLE BOILER (MACAM MASAK COKLAT CAIR) HINGGA CAIR DAN AGAK BERKETUL2 SEDIKIT DISBBKAN CAMPURAN JEM MANGGA TU...SO TAKPE BIARKAN JERR. DAH CAIR MASUKKAN GELATIN TADI DAN KACAU2 IANYA HINGGA SEMPURNA BERSATU. MATIKAN API DAN DI BIAR SEJUK SEPENUHNYA.

3. BAHAN B CREAM CHEESE DAN GULA DIPUKUL HINGGA KEMBANG BERKREM. MASUKKAN WHIPPING CREAM DAN WARNA KUNING, PUKUL LAGI HINGGA RATA. MASUKKAN PULA BUAH MANGGA FRESH DAN PUKUL RATA DENGAN KELAJUAN PERLAHAN SEKALI.


4. MASUKKAN BAHAN GELATIN YG TELAH SEJUK TADI KERR DALAM BAHAN B DAN PUKUL HINGGA RATA. KETEPIKAN.

5. DALAM BEKAS LAIN BAHAN C DI PUKUL HINGGA KEMBANG BERTANDUK.

6. SATUKAN ADUNAN CHEESE TADI KEDALAM BAHAN C DAN PUKUL HINGGA SEMUA TERGAUL RATA.

7. TUANG ADUNAN FILLING KE DALAM LOYANG OREO YG TELAH DISEJUK TADI. BEKU KAN SELAMA 10 MINIT DALAM FREEZER DAN KLUARKAN ADUNAN DARI FREEZER DAN MASUKKAN PULAK KERR DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER).


CARA2 TOPPING

1. MASUKKAN GELATIN DALAM AIR DAN BIAR SELAMA 5 MINIT DAN KACAU2 IANYA HINGGA RATA.

2. SATUKAN BAHAN2 B DAN MASAK SECARA DOUBLE BOILER JUGA HINGGA JEM LARUT DAN SEDIKIT BERKETUL2 DISBBKAN CAMPURAN JEM MANGGA SO ITS OK LAA.

3. MASUKKAN GELATIN YG TELAH LARUT TADI KEDALAM BAHAN B DAN KACAU2 HINGGA RATA. MATIKAN API DAN DIBIARKAN SEJUK SELAMA 30 MINIT.

4. SETELAH SEJUK TUANGKAN ADUNAN TOPPING NI KEATAS CHEESECAKE YG TELAH KERAS SEDIKIT. TUANG PERLAHAN2.

5. BEKUKAN SELAMA 10 MINIT DALAM FREEZER. SETELAH 10 MINIT KELUARKAN DAN MASUKKAN PULAK KERR DALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER) DAN SEJUKKAN SELAMA 4-5 JAM SEBELUM DIHIDANGKAN. MASA NAK KLUARKAN CHEESE KEK NI KIKIS TEPI LOYANG SEBELUM TOLAK KELUAR KEK NI YERR.


SELAMAT MENCUBA!!!

OALAHAN : PUERI MANJA













FOR THIS RECIPE

Tuesday, 22 April 2014

FLORENTINE ALMOND COOKIES


Selamat pagi teman2 cayang dah bekfes kerr atau masih lena lagi ni. Fuhh bertepek tahi mata tu haa hehehe. Hari ni baru laa sempat putri nak share apa yg putri dah buat ari tu. Ni laa dia florentine cookies yg sibuk diperkatakan...ya ampun terlalu sedappp dan bila dah mula makan mmg tak bole stop mcm kena pukau laa pulak suh abiskan sebekas baru bole stop makan tau hehehe. Dahsyat penangan cookies ni. Menggunakan tepung florenta yg sedia terjual di kedai2 bakery. Tepung yg agak mahal dan mmg tak berbaloi kalau nak buat tuk raya lerr...bak kata teman putri si Zara tu..."mau rabak kocek dibuatnya" hahahaha. Mmg betul u aollss kalau buat tuk makan sendiri mmg ok laa tu pun tak bole buat selalu tau. Dah laa ari tu hapi2 buat tau2 ada yg ganggu tau...kalau baca statement putri kat FB mmg semua pikiran dha kelain kannn kannn hehehe. Tau2 ending jerr cheyyyy LIPAS laa pulak hahaha...ishh tak tau laa dah lama cik Li tak dtg visit ari tu bole dtg jengah kejap lak dia...siap maik chak2 lagi muahahahaha. Dia baru tunjuk muncung jerr putri dah CABUT lari lintang pukang cam kena kejar anjing lak wahahahaha. Dasar penakut cam ni laa gayanya. Tu belum lagi dak ira join putri...kalau dia lagi sensitif...mata dia CEPAT jerr tangkap mana2 binatang yg terbang...siap JERIT "MAMA ADA FLY!!!!" ZOOoooMMmmm mcm kilat mak lari tinggalkan dia tuk selamat kan diri ni muahahahahaha. Dak ira pulak terus terpekik2 melalak sbb kena tinggalkan wahahaha...putri pun tak tau nak kesian kerr nak ketawa kerr...last2 sekali ketawa jerr laa...nak selamatkan dia diri sendiri pun lepas...takut camna kann...buat dak jerr laa pandai2 ko gitu hahahaha. Tak tau laa mak ni penakut sangat2...sampai ira sorg jerr yg ikut cam putri takut yg teramat sangat2. Ingat lagi masa balik kampong kat PAHANG dulu...rumah dekat dengan semak samun so biasa laa banyak binatang terutama yg terbang2 punya fuhh pagi2 buta dah muncul ngee. Putri ni bila nampak jerr benda tu terbang kat dapur putri zooommm lari kerr depan...action laa sikit konon cam nak pi depan padahal penakut...then bila terbang2 tu pi depan putri lari kerr dapur...hahaha. Then waktu mandi ya Allah lagi dahsyat tau....sambil mandi mata tu bole kalahkan chameleon tau sbb duk toleh sana sini atas bawah tepi kiri kanan...sampai tka senang hati nak mandi sbb ada sarang labah2 pun dah panic muahahahaha. Ishhhh teruk laa camni...nak ajak mengembara pun tak bole...sibu2 terbang dah terpekik2 oteyyyy manja kan mak ni wahahahaha. Oppss jgn marah haa mak kan suka nak share story gituuu ngee. Ok laa jom kita buat cookies ni berramai2 ek...kalau order mmg mahal buat jerr sendiri dan makan pun sendiri laa berbaloi2 U hehehe...jom jom


BAHAN2NYA (MENGGUNAKAN 4-5 BUAH LOYANG 14X11)

- 500 GM TEPUNG FLORENTA
- 350 GM BADAM HIRIS (ALMOND FLAKES) DIBAKAR
- 150 GM MIXED OF SUNFLOWER SEEDS & PUMPKIN SEEDS DIBAKAR
- SEDIKIT BIJAN HITAM



*** SEMUA JENIS KACANG HENDAKLAH DIBAKAR PADA SUHU 170C SELAMA 5 MINI SAHAJERR. DISEJUKKAN SEPENUHNYA SEBELUM DIGUNAKAN. ADA BEBERAPA CONTOH GAMBAR KEKACANG TUK RUJUKKAN BERSAMA ***







CARA2NYA

1. KACANG YG TELAH DIBAKAR TERDAHULU DAN SUDAH SEJUK DIMASUKKAN KEDALAM TEPUNG FLORENTA. GAUL HINGGA RATA.

2. SEDIAKAN 4-5 LOYANG 14X11 DAN LETAK PARCHMENT PAPER. GUNAKAN APA2 LOYANG PUN BOLE. GUNAKAN SUDU BESAR, TABURKAN ADUNAN YG TELAH DICAMPUR TADI KEDALAM SETIAP LOYANG. PASTIKAN TIDAK TERLALU TEBAL DAH TIDAK TERLALU TIPIS...AGAK2 YERR.

3. BAKAR ADUNAN PADA SUHU 160C SELAMA 10-12 MINIT ATAU SEHINGGA ADUNAN BERBUIH2 DAN BERTUKAR WARNA SEDKIT. ANGKAT DAN SEGERA DIPOTONG2 DENGAN PEMOTONG PIZZA KETIKA MASIH PANAS2 LAGI DAN DIBIAR SEJUK SEBELUM MEMATAHKAN COOKIES DAN DISIMPAN KEDALAM BOTOL KEDAP UDARA.


SELAMAT MENCUBA!!!
OLAHAN : PUTERI MANJA

ALMOND FLAKES @ BADAM HIRIS

PUMPKIN SEEDS @ BIJI LABU

SUNFLOWER SEEDS @ BIJI BUNGA MATAHARI





FOR THIS RECIPE

Thursday, 17 April 2014

BLUEBERRY OREO CHIFFON CAKE

Assalamualaikum and a very good morning to all. Dah sarapan kerr...menu apa tuk sarapan pagi ni? putri buat nasi goreng jerr tuk family. Apa pun hidangan anda buat family adalah yg terbaik. Nak citer sikit....putri pasti ibu2 yg ada anak kecil mesti tido bersama mereka kan. Yerr umur baru berapa tahun kan nak suruh tido sendiri kesian yerr tak...tapi awas yerr ibu2 semua bila dia dah 8 atau 9 tahun kena laa asingkan bilik. Maksudnya kena laa tido bilik sendiri sbbnya haaa banyak sbb ni tau. Salah satunya...kalau dah umur 11 atau 12 tahun kita nak suruh dia tido bilik sendiri mmg payah nak suruh. Balik2 dia tanya kita kenapa tak bole tido bilik mama? bila kasi reason ehhh dia siap kasi jawap BAIKK punya hahahaha. Yerr kita bagitau dia yg dia dah besar kena laa tido bilik sendiri atau share ngan kakak...tapi dia tka puas hati nak tau apasal tak bole share dengan mama. Ni laa lambat sangat nak asingkan bilik cam ni laa jadinya ibu2 hehehe. Mereka ni dah besar...soal jawap mmg no.1...lagi2 kalau masa kecik tu dia rapat ngan kita...then masa dia tido bilik kita...kita angkat dia masuk bilik dia...tau2 pagi2 buta dah tulis surat masuk kat bawah pintu bilik...bukan 1 tapi berkeping2 surat rayuan dia muahahaha. Antara yg ditulis "mama tlg laa bukak pintu..ira nak masuk" wahahahaha. Then bila dia tulis surat dan tak dilayan...tak gusar pun dia...dia lagi pandai...terus CALL HP pakai talipon umah. Masa tu mmg no. umah private so mana bole trace sapa yg call kan. Actually sajerr jerr tengok reaction ira...nak tengok gak apa dia buat kalau surat2 dia tak dilayan...muahahahaha. Kita yg tak tau ni ingat wah sapa lakyg cari pepagi buta...tau2 bila angkat..."MAMA NAPA KUNCI PINTU IRA NAK MASUK" hahahaha aduhhh cekik darah betul. Dah bangun bukannya nak mandi kerr apa...nak masuk bilik mama nak sambung tido...ishhhh ni yg dikatakan dapat amik bau kejap pun jadi laa huhu. Seriously bila baca surat2 rayuan dia mmg duk tergelak2 geli hati laa. Mmg kenangan lucu perangai anak2 ni....sampai saat ni pun dah umur 13 tahun pun masih merayu2 nak tido bilik mama....dia sorg jerr cam ni kakak n abg tak pulak rayu2 malah lebih suka bilik sendiri....dak ira ni aduhhhh ini budak bila mau besar dahhh wahahaha. Sbb tu laa kena awal2 asingkan dorg ni biar terbiasa so tak laa rayu2 bagai kannn. Oppss terpanjang lak celoteh mak pagi ni ngee.....jgn marah haaa kalau nak marah pun ada aku kisah ekekekeke.

Pasal kek ni pulak putri suka dengan warna ungunya yg terserlah berserta ada oreo tu yg best tu. Mmg bau kek ni sangat2 menggoda...bau harum masam2 manis sampai kecut perut hehehe. Kalau tengok dia punya texture mmg cam kedai buat otey huhuhu. Putri rasa sbb ada krem of tar2 tu yg buat sarang2 pada kek bertambah cantik. Ada bezanya sikit kalau kita tak bubuh krem of tar2 ni. Terpulang laa ada org tak mau letak so its still ok laa...tak ok apa plak kannn ngee. Ok laa jom ikut putri ke laut ek..resepi ada dalam dasar laut ni haa hahahaha over2 huhuhu jom jom...^__^



BAHAN2NYA (MENGGUNAKAN LOYANG ANGEL FOOD CAKE SIZE 6 INCI)

A
- 3 BIJI PUTIH TELUR
- 50 GM GULA KASTOR
- ¼ SUDU KECIL CREAM OF TAR TAR


B
- 3 BIJI KUNING TELUR
- 50 GM GULA KASTOR
- 50 GM BLUEBERRY YOGURT (PUTRI GUNAKAN 2 SUDU BESAR MIXED BERRIES YOGURT DRINK)
- ½ SUDU KECIL BAKING POWDER DIAYAK
- 75 GM PLAIN FLOUR ALL PURPOSE DIAYAK
- SECUBIT GARAM
- 50 GM MINYAK SAYUR/MASAK
½ SUDU KECIL PURPLE COLOR PASTE/BLUEBERRY PASTE

C
- 1 PAKET KECIL OREO (3 PAIRS IN A PACKET) BUANG KREM DAN HIRIS KASAR2 


*** PERHATIAN YERR CARA PUTRI BUAT KEK NI BEZA SIKIT DARI RESEPINYA DAN PUTRI HANYA MEMBUAT SETENGAH DARI ADUNAN ASAL YG MENGGUNAKAN 6 BIJI TELUR. SATU LAGI KALAU BUAT KEK CHIFFON MASA KAUP BALIK TU JGN OVER GAUL SBB KEK AKAN MENDAK DAN TIDAK DAPAT NAIK DENGAN CANTIK. NAK GEBU GEBAS...IKUT RESEPI EK HEHEHE ***






CARA2NYA

1. BAHAN A PUKUL PUTIH TELUR DAN CREAM OF TAR2 SEHINGGA SEPARUH KEMBANG. MASUKKAN GULA DAN PUKUL LAGI HINGGA KEMBANG BERTANDUK DAN BERKILAT.

2. SATUKAN SEMUA BAHAN2 B DAN PUKUL DENGAN KELAJUAN RENDAH HINGGA RATA.

3. MASUKKAN SUKU BAHAGIAN A PUTIH TELUR KEDALAM BAHAN B DAN KACAU KAUP BALIK HINGGA RATA.

4. SETELAH RATA MASUKKAN BAHAN B NI KEDALAM LEBIHAN PUTIH TELUR TADI BERSERTA SETENGAH BISKUT OREO YG TELAH DICINCANG KASAR TADI DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA RATA.

5. TUANG SETENGAH ADUNAN CHIFFON KEDALAM LOYANG ANGEL FOOD DAN TABUR LEBIHAN OREO DI ATASNYA. KEMUDIAN TUANG KE SEMUA LEBIHAN ADUNAN CHIFFON. JGN SAMPAI TERLALU PENUH. BERI RUANG TUK KEK NAIK DENGAN SEMPURNA. KALAU ADA LEBIH BOLE LAA LETAK DALAM CUPCAKES YER.

6. BAKAR PADA SUHU 150C SELAMA 50 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. SETELAH MASAK KLUARKAN SEGERA DAN TERBALIKKAN LOYANG. BIAR DIA SEJUK SEPENUHNYA SEBELUM MENANGGALKAN KEK DARI LOYANG.


SELAMAT MENCUBA!!!


SUMBER : RIMA
OLAHAN : PUTERI MANJA


KALAU ADA ASINGKAN TELUR PUTIH DAN KUNING PUTRI AKAN PUKUL PUTIH TELUR DULU DAN MENGGUNAKAN MIXER YG SAMA PUKUL PULA BAHAN KUNING TELUR.
















FOR THIS RECIPE



Saturday, 12 April 2014

HOMEMADE PIZZA BAGUETTE

Selamat berhujung minggu buat semua teman2 cayang. Pagi tadi putri sarapan pizza baguette. Mmg puas hati laa buat sendiri. Kalau beli sekeping cam ni jerr dah mahal gilerr so buat sendiri lagi berbaloi tau tapi kena rajin laa. Nampak cam mudah tapi kena penuh focus nak buat ni. Sbb ruangan yg kecil tak mudah laa bagi kita nak tabur sesuka hati cam kita buat pizza bulat tu. Yg tu senang jerr tabur campak2 pun bole kannn tapi lain pulak prihal baguette ni. Kita kena susun bahan2 tu dengan teliti dan tabur mozarella cheese dengan hati2 kalau tak abis lerr berterabur kat dulang. Then kena position kan roti ni elok2 tau jgn sampai roti goyang2 kerrr gelek2 tau hahaha...bukan apa sbbnay putri dah terkena abis TERBALIK SAMPAN mak tau muahahaha. Dah perasan some of my french bread tak stable tapi degil nak guna gak then tengah2 susun dia tergolek laa pulakkk...kira cam capsized gitu laaa kann hehehe. Fuhhhh terus naik darah mak tau bila dia capsized cam tu wahahaha. Yerr laa kan dah penat2 buat terus terbalik...apa seyyy. So hati2 yerr pilih bahagian yg tak mudah terbalik atau pun tekan2 sikit supaya dia stable. Apa2 pun buat dengan penuh kasih sayang tau...kalau tak hilang seria baguette ni huhuhu. Oklaa jom kita terjah bahan2 yg nak digunakan. Bagi yg nak try buat baguette sendiri cam putri haa bole laa cuba resepi ni yerr...bagi yg nak senang beli jerr roti french yg dah sedia ada tu tinggal nak bubuh inti jerr. Haa jom laa buat pizza baguette masa family semua ada umah terutamanya pada hujung minggu cam ni. Jom buat...^_^


BAHAN BAGUETTES

- 1 CAWAN AIR SUAM
- 2 SUDU BESAR PENUH MINYAK SAYUR/MINYAK MASAK
- 1 SUDU KECIL GARAM HALUS
- 3 CAWAN TEPUNG ROTI
- 2 SUDU BESAR GULA PASIR
- 1 PACKET DRY YEAST


TUK SAPUAN PADA ATAS ROTI

- 1 BIJI PITIH TELUR
- 1 SUDU BESAR AIR SEJUK

NAK TENGOK MCM MANA HASIL BAGUETTE@ROTI FRENCH YG PERNAH PUTRI BUAT DULU...BOLE LAA KLIK SINI...YG LATEST PUNYA TAK BANYAK GAMBAR ALMAKLUM ADA PANJANG ADA PENDEK HEHEHE

CARA2NYA

1. MASUKKAN SEMUA BAHAN MENGIKOT TURUTAN BAHAN2 DIATAS KEDALAM BM(BREADMAKER). ONKAN TUNGGU SIAP. SEMENTARA TU SAPUKAN SEDIKIT BUTTER SEKELILING MANGKUK.

DOH YG TELAH SIAP KLUARKAN DAN MASUKKAN KEDALAM MANGKUK TADI DAN GOLEK2 KAN SEKELILING MANGKUK. DIBIARKAN ½ JAM.

2 TAKDE BM TAKPE JGN GUSAR…KITA PAKAI TANGAN ULI LERR SAMPAI SEMUANYA MENJADI LEMBUT DAN ELASTIK. KEMUADIAN BIAR DIA NAIK 2 KALI GANDA. TUTUP DOH DENGAN TUALA BASAH ATAU GUNA PLASTIK CLING WRAP PUN BOLE.

3. DOH YG TELAH NAIK DI BAHAGI KEPADA 3-4 BAHAGI DAN DIBENTUKKAN SEPERTI ROTI PERANCIS (FRENCE LOAF). AMBIL PISAU TAJAM BELAH2KAN BAHAGIAN ATAS ROTI SECARA MENGIRING. PERAP LAGI SELAMA 20-30 MINIT.

4. AKHIR SEKALI KOCOK PUTIH TELUR DENGAN AIR SEJUK DAN SAPUKAN DIATAS ROTI. BAKAR PADA SUHU 190C SELAMA 25-30 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. SIAP TUK DIHIDANG.

SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : DEANNA NAIVAR
OLAHAN PUTERI MANJA



BAHAN2 INTINYA

- 300 GM DAGING CINCANG
½ TIN SLICED MUSHROOMS
- 1 BIJI TOMATO DIPOTONG DADU KECIL
½ BIJI RED PEPPER (LADA MERAH YG BESAR) DIPOTONG DADU KECIL
½ PAKET PEPPERONI DIBELAH DUA
SEDIKIT DAUN SOP DIHIRIS HALUS
- 1 PAKET KECIL SHREDDED MOZZARELLA CHEESE
½ BOTOL CILI SOS MAGGIE BRAND
½ BOTOL TOMATO SOS MAGGIE BRAND



CARA2NYA

1. DAGING CINCANG DIMASAK TERDAHULU DENGAN MENUMIS SEDIKIT CHILI PASTE DAN REMPAH KARI. LETAK SEDIKIT GARAM DAN MASUKKAN DAGING CINCANG. DIKACAU2 SEHINGGA AIR DAGING KERING DAN DAGINGNYA MASAK.

2. SOS CILI DAN SOS TOMATO DISATUKAN. GAUL RATA. BUBUH 2 SUDU BESAR SOS CAMPURAN NI KEATAS ROTI FRENCH YG TELAH DIBELAH DUA DAN RATAKAN. TABUR DAGING CINCANG TADI.

3. KEMUDIAN SUSUN PEPPERONI DAN MUSHROOMS. TABURKAN TOMATO, CILI PEPPER DAN DAUN SOP. AKHIR SEKALI TABURKAN MOZZARELLA CHEESE DIATASNYA.

4. BAKAR ROTI PADA SUHU 200C SELAMA 15-20 MINIT DENGAN MENGGUNAKAN API ATAS SAHAJA JUGA BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. SIAP TUK DIHIDANG PANAS2.

*** DALAM BANYAK2 SOS...SOS YG SANGAT SESUAI TUK PIZZA ADALAH DARI BRAND MAGGIE. DAH PERNAH CUBA BEBERAPA SOS LAIN DAN SANGAT TIDAK SESUAI TUK PIZZA. HANYA SATU BRAND NI SAHAJERR YG MEMBUAT PIZZA LEBIH TERASA BERBANDING YG LAIN. ***

SELAMAT MENCUBA!!!
OLAHAN : PUTERI MANJA










FOR THIS RECIPE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...