Tajul - Sedalam-Dalam Rindu (Official Music Video)

Wednesday, 12 November 2014

O'BERRY LICIOUS

Sejak dua menjak ni cuaca agak panas dipagi hari then tau2 ptg2 mesti hujan lebat mcm sekarang ari ni. Yg bestnya bila tak keje ni asyik nak berselubung bawah selimut jerr hehehe. Biasa laa sejuk2 camni tido pun baik huhuhu. Tadi ptg sempat lagi singgah rumah mak putri...lama tak pegi mak. Sampai ngidam nak makan masakkan mak putri tau. Ehh tapi kita tak berisi ek....jgn nak salah sangka lak tau hehehe. Seriously ngidam masakkan air tangan mak kita biasa laa kan sampai bila2 pun ktia suka masakkan ibu kita sendiri kan. Padahal tak masak special apa pun lauk kari ikan jerr tapi air tangan ibu kita ni lain tau...dia masak dengan penuh kasih sayang tu yg membuatkan lauk tu sedap teramat. I know u guys pun setuju ngan kata2 putri kan kannn. Tau dahh korg pun dah lama tak makan masakkan ibunda sbb merantau kan...windu laa tu ngee. Haa jgn lupa ada masa cuti tu cepat2 balik jengah mak bapak kita tu....pastinya dorg pun windu kat kita juga tau. Oppss termelencung kelain lak huhuhu. Ok laa ni nak story pasal kek ni pulak ek...oh wow wow wow hehehe jgn marah mak gelak dulu bukan apa kek mak ni tersangat laa meleleh air liur bila melihat sos dia tu....aduhh cukup memukau tau. Bila terpandang jerr terus jadi keras depan lappy mak ni muahahaha. Bukan tak tau kan nak makan benda camni bukannya selalu dapat so bila dah buat sendiri dan dapat makan dengan puasnya mmg tak ingat dunia. Pikiran duk meracau2 jerr bila makan kek ni...org lain yg duk tengok pun sampai menanahhhh mata tau wahahahaha. Tu baru tengok lom dengar lagi kita telan makan tu...bayangkan kejam mata sambil dengar betul2 org lain makan dan telan kek ni....mau tak MENANAHHhh telinga dorg hahaha...tu pun kalau reti dengar telannya laa muahahaha ada jerr tau..huhu. Ok laa guys sebelum putri merapu jom laa kita pi tebar jala yerr sbb resepi ada kat sungai tu haa jom jom ngee...





BAHAN2NYA (GUNA LOYANG SIZE 8')

BASE-OREO
  • 140 GM OREO TANPA KREM DIKISAR HALUS
  • 65 GM BUTTER DICAIRKAN

MIDDLE - WHITE MOUSSE (BOLE JERR TUKAR PADA KREM CHEESE JIKA MAU)
  • 1 BIJI PUTIH TELUR
  • 1 SUDU KECIL ESEN VANILA
  • 150 GM WHIPPING CREAM NON DAIRY
  • 150 GM WHITE CHOCOLATE DICAIRKAN
  • 50 ML AIR
  • 1 SUDU KECIL GELATIN
  • 50 GM BUAH STRAWBERRY DICINCANG2 (OPTIONAL)

FILLING PASTE
  • 70 GM JEM STRAWBERRY
  • 1 SUDU KECIL AIR MASAK
  • SEDIKIT PEWARNA ROSE PINK
  • SEDIKIT PEWARNA MERAH

TOPPING
  • 60 GM OREO TANPA KREM DIKISAR HALUS




CARA2NYA

1. BASE OREO - CAIRKAN BUTTER DAN SEJUKKAN SEBENTAR.

2. TUANGKAN BUTTER CAIR TADI KEDLM OREO KISAR DAN GAUL RATA. 
TUANG DALAM LOYANG DAN TEKAN2 KASI MAMPAT. BAKAR SELAMA 6-8 MINIT PADA SUHU 170C. SETELAH MASAK DISEJUKKAN SEPENUHNYA. JUST FOR UR INFO YERR. SEKIRANYA BASE NAK BUAT NON BAKE MMG BOLE JERR TAPI SEBAIKNYA KITA BAKAR SUPAYA BASE LEBIH ENAK DAN GARING BERBANDING YG TAK DIBAKAR AGAK LEMBAB DAN KURANG SEDAPNYA.

3. MIDDLE MOUSSE - LARUTKAN GELATIN KEDLM AIR. BIAR KAN DIA MENDAK DENGAN SENDIRINYA.

4. CAIRKAN COKLAT PUTIH MENGGUNAKAN MICROWAVE. PANASKAN SELAMA 5-7 SAAT SAHAJERR DAN KACAU2 SUPAYA IANYA LARUT DAN CAIR SEPENUHNYA.

5. TUANGKAN GELATIN TADI KEDLM COKLAT PUTIH DAN KACAU SEBATI.

6. SATUKAN ESEN DAN PUTIH TELUR. PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI SEHINGGA KEMBANG BERTANDUK. KETEPIKAN

7. DIMANGKUK YG LAIN PUKUL PULA WHIPPING CREAM HINGGA KEMBANG BERTANDUK. MASUKKAN COKLAT PUTIH TADI DAN PUKUL LAGI HINGGA RATA.

8. CAMPURKAN PUTIH TELUR DAN BUAH STRAWBERRY KEDLM WHIPPING CREAM DAN GAUL KAUP BALIK HINGGA RATA. KETEPIKAN

9. FILLING PASTE - SATUKAN SEMUA BAHAN FILLING DAN PANASKAN MENGGUNA MICROWV SELAMA 4-5 SAAT. KLUARKAN DAN KACAU2 SUPAYA JEM TIDAK BERBUKU2.

10. TUANGKAN SEPARUH ADUNAN MOUSSE KEDLM LOYANG BERISI OREO YG TELAH DIBAKAR TADI DAN SUDU KAN JEM DI ATASNYA. TUANGKAN LEBIHAN MOUSSE BAGI MENUTUPI JEM DAN RATAKAN.

11. AYAKKAN TOPPING OREO DIPERMUKAAN AKHIR MENUTUPI WHITE MOUSSE DAN SEJUKKAN SELAMA 3-4 JAM SEBELUM MEMOTONG.


SELAMAT MENCUBA!!!
OLAHAN : PUTERI MANJA











FOR THIS RECIPE

Saturday, 8 November 2014

SARDINE/KENTANG ROLL

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua. Minggu lepas adalah minggu yg sangat membzkan putri tau. Tak sempat nak try apa2 cuma sempat buat roll ni jerr tu pun nak masukkan n3nya punyaa laaa makan bertahun hahahaha. Sori ek biasa laa mak ni berkeje sambilan dah tu urusan rumahtangga lagi dan lain2 benda mmg tak abis2 tau. Harap anda2 semua paham kat mak ni. Kalau tak paham meh sini mak kasi paham kaw2 punya muahahaha. Ok nak citer sikit pasal roll ni. By right laa ek bukan by left tau hahaha....roll ni guna inti sardin tapi biasa laa manusia ni kan mesti ubah2kan dia. Ad letak kentang laa kacang merah laa dan mcm2 lagi. So actually terpulang pada selera kita masing2 yg nak letak inti apa pun bole...takde pantang 44 hari pun tau huhu. Roll ni mmg sangat2 lembut....mak ni ek kadang main terjah jerr...bila dah super excited ni laa jadinya baca resepi pun tak betul hehehe. Nasib baik menjadi tau...ada kerr org tu tulis 1 sudu kecil yis then mak pi campak 1 paket yis....haaa koooo roll mak NAIK gebusss melampau2 wahahahaha. Masa ni tak perasan lagi dah salah letak yis...tup2 bila nak tulis resepi ni laa baru perasan...laaaa 1 sudu kecil rupanya hahahahaha gelak kat diri sendiri laa...tapi yg pasti mak suka roll mak gebu gebas bak kapas...tak yah gigit pakai gigi sbb dah lembut so kemam jerr pun dah bole putus muahahaha apa jerr tau. Anyway korg jgn ikut mak ni yg suka terjah2 bagai...korg ikut jerr resepi asal tau...haa tunggu apa lagi jom laa buat tuk family...jom jom



BAHAN2NYA (MENGHASILKAN 30-32 KEPING ROLL)
  • 500 GM TEPUNG ROTI (PUTRI GUNA TEPUNG GANDUM JERR)
  • 1½ SUDU KECIL YEAST
  • 2 SUDU BESAR TEPUNG SUSU
  • 2 SUDU BESAR GULA
  • 2 SUDU BESAR MARGARINE
  • 1½ SUDU KECIL GARAM
  • 230 ML AIR 
*** AIR TU KALAU RASA PERLU TAMBAH BOLE JERR TAMBAH IKUT KEPERLUAN ADUNAN OK. ***

UNTUK RESEPI INTI SARDINE SILA KLIK SINI
UNTUK RESEPI INTI KENTANG SILA KLIK SINI



CARA2NYA


1. SATUKAN SEMUA BAHAN2 KECUALI AIR.

2. GAUL DENGAN MERAMAS2 ADUNAN HINGGA RATA.

3. TAMBAHKAN AIR DAN ULI HINGGA DOH MENJADI LEMBUT DAN TAK MELEKAT PADA TANGAN.

4. BAHAGIKAN DOH DAN TIMBANG 20GM SETIAP SATU.

5. CANAIKAN DAN BENTUKKAN ADUNAN SEPERTI DALAM GAMBAR. BUAT HINGGA ABIS.

6. PANASKAN MINYAK YG BANYAK DAN GORENG ADUNAN HINGGA MASAK SEKATA. (ADUNAN AGAK SUKAR NAK MEMBALIKKANNYA JADI SENTIASA MENGACAU SUPAYA ROLL NI MASAK SEKATA)


SELAMAT MENCUBA!!!


SUMBER : SARIYANTI SAHARI
OLAHAN : PUTERI MANJA
























FOR THIS RECIPE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...