Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Tuesday, 12 February 2013

S'MORE COOKIES

Assalamualaikum. Masih lagi cuti ari ni kat sini. Esok anak2 semua dah start skolah so ibu2 akan mula berperang abis2an tuk menyediakan semua keperluan anak2 kita termasuklan memasak. Kalau dorg cuti mmg bole relax sikit...tak masak pun takpe...makan jerr kat kedai atau bawak dia pegi macdonalds gerenti suka punya hehehe. Alaa bukan tak tau Mak dia pun TERlebih sukakannya kan kan tak mau ngaku jerr muahahaha. Actually kan putri pun suka gak tau lepak kat situ dah mcm umah kedua pulak hehe shhhh jgn bilang org tau rahsia ek....wahahahahaha apa jerr putri hahaha. Ok ari ni nak share ngan u guy cookies TERMUDAH ni. Anak dara putri yg kakak ain tu laa suh putri cuba buat cookies ni. Dia kata "mama try laa buat s'more!" Mama lak HUH!!! minatang apa tu s'more hahahahaa. Tu laa kan kita mana tau benda ni wujudkan. Then bila google laa melambak2 pic s'more ni....sangat FOFULAR kat negeri OMPUTIH. Benda ni sangat2 digemari oleh anak2 mat salleh ni tau termasuk mak bapak nenek atok dorg semua pun suka makan benda ni. Dijadikan seperti cemil2an buat makan ptg atau masa pegi picnic. Oh yerr mmg sesuai tau bawak gi BBQ sbbnya marshmallow tu kena dipanggangkan diatas bara api. Tak sesuai dan tak disyorkan bakar atas dapur gas. Alaa nak senang pakai MICROWAVE seperti mana putri buat. Kejap jerr dah siap kalau bakar tu kena pusing2kan Marshmallow tu sampai kecoklatan baru letak kat atas coklat plus biskut seperti dalam gambar ni haa. Rasa dia kan alaaaa mak ek kalau story pasal rasa dia mmg petir sabung menyabung dibuatnya...MENANAH kang mata korg bila baca ekekekek. So nak tau rasa cam mana try buat...TERBAIK woookk. Daripada anak2 suka makan marshmallow cam tu jerr haaa apa kata buat cam ni lebih sesuai lebih enak wa cakap lu...lu kalau buat gua bungit gua kasi SENGAT sama lu muahahahaha. Ok lah sebelom lebih memanah mata korg jom laa kita tengok apa bahan2 yg kita perlukan. Dah lah tak banyak bahan...nak buat pun sonang sangat...jom laa try.



BAHAN2NYA

- 100 GM COKLAT MASAK
- 1 PAKET KECIL MARSHMALLOW PUTIH (GUNA SIKIT JERR)
- 16/18 KEPING BISKUT PILIHAN@SECUKUPNYA (JGN GUNA YG BERGULA. GUNAKAN BISKUT TAWAR ATAU CHEESE)



*** PERHATIAN YERR. KETEBALAN COKLAT MASAK BERGANTUN KEPADA SIZE LOYANG EMPATSEGI YG ANDA GUNAKAN ATAU BERGANTUNG KEPADA BANYAK MANA COKLAT YG DIGUNAKAN. KALAU TIPIS SANGAT BOLE MASAK LAGI TUK TAMBAH. COKLAT LAK BOLE JERR KALAU NAK GUNA CADBURY KERR YG COIN TU KERR SEMUA BOLE BUT NOT NUTELLA. MARSHMALLOW PULA JGN GUNA YG BERWARNA WARNI...SANGAT TIDAK SESUAI TUK RESEPI NI. BERDASARKAN PENGALAMAN PUTRI YG BERWARNA NI MUDAH MENGECUT MMG TAK SESUAI KEJADIANNYA. ***



CARA2NYA


1. MASAK COKLAT SECARA DOUBLE BOILER HINGGA COKLAT CAIR.

2. MASUKKAN COKLAT KEDALAM LOYANG EMPATSEGI DAN DIBIARKAN KERAS SEDIKIT. BIAR KAT LUAR JERR JGN MASUK PETI SEJUK DULU.

3. MENGGUNAKAN ACUAN BULAT BERSIZE SAMA BESAR DENGAN BISKUT...BOLE LAA MULA MENERAP PADA COKLAT MASAK YG TELAH KERAS TADI.

4. SETELAH MENERAP MASUKKAN SEBENTAR KEDALAM PETI SEJUK (NOT FREEZER) DAN BIAR IANYA KERAS SEDIKIT BAGI MEMBOLEKAN KITA MENGANGKAT BULATANNYA.

5. KLUARKAN COKLAT DAN BIAR COKLAT PADA SUHU BILIK. (ROOM TEMPERATURE) SETELAH ITU BOLE LAA MENYUSUNNYA DIDATAS BISKUT PILIHAN.

6. SATU MARSHMALLOW DIBAGI DUA...PAKAI GUNTING JERR BELAHKAN DIA. SUSUN DALAM PIRING MICRO DAN MICROWARE KAN IANNYA SELAMA 5-7 SAAT. JGN LAMA MARSHMALLOW PUTIH SANGAT CEPAT CAIR.

7. KLUARKAN DAN LETAK ATAS COKLAT TADI DAN TEKAN DENGAN SATU LAGI BISKUT. SIAP TUK DI HIDANGKAN!!!


SELAMAT MENCUBA!!!







FOR THIS RECIPE


4 comments:

  1. Replies
    1. secomei tuan dia kot hehehe...try laa dearr senang jerr ni nak buat

      Delete
  2. Marshmallow boleh letak dlm microvave? Berapa minit yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea bole...tapi bukan minit tau....hanya beberapa saat jerr dalam 3-5 saat jerr

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...