Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Wednesday, 6 February 2013

INTI KELAPA

Lama dah tak buat so tak sure cam mana sukatannya huhu...last2 google dan putri guna resepi dari Mama Kastam sbbnya nak buat apam tu yg nak try buat inti kelapa pulak. Wow sedap laa tapi putri banyak kurangkan gulanya tu pun manis juga hehehe. Apa pun thks yerr Mama dah sudi share resepi kat kita semua. Bahan2 semua mudah jerr. Banyak juga laa dapat so bole laa simpan dalam peti sejuk ek. Jgn simpan terlalu lama kang sakit perut lak. Banyak kegunaannya bole letak pada roti, ondeh2, apam, ketayak dan banyak lagi laa kot hehehe. Menggunakan hanya 3 bahan...gula pulak putri guna satu jenis jerr. Kalau dapat guna gula melaka lagi best!!! bau harum jerr plus daun pandan sekali fuhhh mak mertua lalu kita buat dak jerr jawapnya muahahahaha. Disbbkan gula melaka takde so putri guna brown sugar laa...pun sodap gak. Nama pun gula manis tetap ketara kan tapi dari segi rasa mmg sedap laa gula melaka sbb dulu pernah buat pakai gula melaka ni. Tak kisah laa nyahh apa pun yg ada kat rumah kita sauk jerr ek hehehe. Oklaa jom kita pi panjat pokok cari kelapa dulu ek hehe jom jom...


BAHAN2NYA

- 250 GM KELAPA PARUT
- 200 GM BROWN SUGAR ATAU GULA MELAKA (DIHIRIS2)
- 100 ML AIR


CARA2NYA

MASAK AIR DAN GULA DALAM KUALI HINGGA MENDIDIH BERBUIH2. KEMUDIAN MASUKKAN KELAPA PARUT DAN GAUL HINGGA AIR KERING DAN KELAPA LEMBAB. SIAP TUK DIGUNAKAN. SIMPAN LEBIHAN KEDALAM PETI SEJUK. SETIAP KALI NAK GUNAKAN BOLE LAA PANASKAN DALAM KUALI.


SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...