Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Monday, 18 February 2013

JOCONDE MOUSSE CAKE


Salam sejahtera dan selamat ptg teman2 semua.


Entry kali ni putri nak share resepi yg begitu unik sekali. Tak pernah lagi putri jumpa kek cam ni kat mana2 bakery lagi tau. Kek ni pun cara kebetulan putri terlihat. Jgn kata nama kek ni bentuk pun putri tak tau yg ianya wujud rupanya. Masalahnya kita tak tau nama kek ni...tu yg takde yg mencuba kot. Lagi pun gambar kek ni terselit sama2 dengan kek lain yg sedia ada. Kalau tengok sekali imbas mmg tak perasan pun tapi kalau dah tau nama kek ni...type jerr fuhhhhh melambak2 gambar kek ni tau. Sangat2 unik mcm2 corak yg mereka buat. Terpegun putri masa melihat gambar2 tu. Tu yg teruja sangat nak mencubanya. Makna joconde tu dtg dari perkataan La Joconde iaitu portrait Lisa (Mona Lisa). So joconde tu lukisan...mungkin laa kan nak kasi up sikit dorg letak laa nama kek tu joconde (kek lukisan...yer kerr ntah laaa hehehe) biar dengar stylo sikit kan kan huhuhu. Kek ni menguji kesabaran masa nak membentuknya. Tak laa susah pun cuma kena teliti dan banyak membaca apa yg mereka tulis. Nampak mudah tau tapi KENA ingat yerr siapkan semua perkakas CONFIRM meja penuh dengan semua keperluan tuk kek ni. Bukan apa...cam putri sendiri tak prepare haaaa amik kauuu selekeh cam reban ayam umah kita tau hehehehe. Yerr laa 1st time buatkan biasa laa semuanya terkejar2 terlompat2 cam lipas masuk lam baju gitu muahahaha. Seriously tu laa yg berlaku pada putri. So putri kalau bole tak mau tu berlaku pada u aollss tau. See betapa SAYANGnya putri kat u aollss....u aollss jerr buat2 tak perasan kan kan punnn mak tak kisah hahahaha. Ok laaa sebelom mak emo terover...jom laa kita sibok2 kan diri ek. Sibok amik tau resepi lerr hehehe jom jom.

KITA SEDIAKAN BARANG2 YG KITA PERLU SEDIAKAN.

- SPATULA
- PLASTIK TUK BUAT ALAS
- BAKING MAT
- GUNTING
- SUDU KECIL
- BEBERAPA LOYANG
- RING CAKE (PUTRI GUNA YG COOKIES CUTTER BULAT TU SO TAK SAMA SIZE LAA)
- PARCHMENT BAKING PAPER
- PISAU@PIZZA CUTTER


BAHAN2NYA
JOCONDE DECOR PASTE

- 50 GM BUTTER
- 50 GM GULA ICING
- 2 BIJI KECIL PUTIH TELUR
- 30 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
- 30 GM SERBUK KOKO DIAYAK




JOCONDE SPONGE CAKE

- 90 GM SERBUK ALMOND DIAYAK
- 80 GM GULA ICING DIAYAK
- 30 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
- 3 BIJI TELUR GRED A(KUNING DAN PUTIH) DIKOCOK SIKIT
- 3 BIJI PUTIH TELUR GRED A
- 1 SUDU BESAR GULA KASTOR
- 2 SUDU BESAR BUTTER DICAIRKAN


CARA2NYA

JOCONDE DECOR PASTE

*** GUNTING PLASTIK DAN LETAK ATAS BAKING MAT THEN LETAK PARCHMENT BAKING PAPER. SEDIAKAN SPATULA, LOYANG DAN SUDU KECIL. PASTIKAN POTONG BAKING PAPER TU KECIL SIKIT DARI LOYANG ***

1. PUKUL BUTTER DAN GULA ICING HINGGA KEMBANG PUTIH.

2. MASUKKAN PUTIH TELUR SEDIKIT2 DAN PUKUL HINGGA SEBATI. ADUNAN KELIHATAN SEPERTI TAK SEKATA. ITS OK.

3. MASUKKAN TEPUNG YG DIAYAK BERSAMA KOKO KEDALAM ADUNAN TADI DAN KAUP BALIK HINGGA SEMUANYA BERGAUL RATA.

4. SAPUKAN ADUNAN TADI PADA BAKING PAPER DAN RATAKAN NIPIS PADA KESELURUH BAKING PAPER MENGGUNAKAN SPATULA.

5. ALIHKAN SAPUAN TADI KEDALAM LOYANG DAN MULAKAN PROCESS MELUKIS DIATASNYA DENGAN MENGGUNAKAN BELAKANG SUDU KECIL. LUKIS LAA MENGIKOT KREATIVITI MASING2

7. SEJUK BEKUKAN ADUNAN NI DALAM FREEZER SELAMA 20-30 MINIT. SEMENTARA TUNGGU IANYA KERAS JOM SEDIAKAN KEK SPONGE.


JOCONDE SPONG CAKE

1. PUKUL 3 BIJI PUTIH TELUR HINGGA KEMBANG BERTANDUK. MASUKKAN GULA KASTOR DAN PUKUL LAGI. PASTIKAN ADUNAN TETAP KENTAL BERTANDUK.

2. DIDALAM MANGKUK LAIN SATUKAN TEPUNG, ALMOND DAN GULA ICING.

3. MASUKKAN 3 BIJI TELUR YG DIKOCOK TADI SEDIKIT2 SAMBIL MEMUKUL.

4. MASUKKAN ½ ADUNAN PUTIH TELUR KEDALAM ADUNAN TEPUNG TADI DAN KAUP BALIK HINGGA SEBATI.

5. MASUKKAN BAKI PUTIH TELUR DAN KAUP BALIK SEHINGGA SEMUANYA BERGAUL RATA.

6. AKHIR SEKALI MASUKKAN BUTTER YG TELAH CAIR TADI DAN KAUP BALIK HINGGA RATA.

7. KLUARKAN PASTE YG DIBEKUKAN TADI DAN TUANG ADUNAN NI KEATAS PASTE TADI DAN RATAKAN.

8. BAKAR PADA SUHU 200C SELAMA 10 MINIT ATAU SEHINGGA KEKUNINGAN BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.

9. KLUARKAN DARI OVEN DAN DIBIARKAN SEJUK SEDIKIT. TERBALIKKAN ADUNAN DAN KUPAS BAKING PAPER.

10. ANDA BOLE MELIHAT CORAK YG ANDA LUKISKAN TADI. BOLE LAA MULA MEMOTONG MENGIKOT SIZE YG DIKEHENDAKI.

11. SEPERTI DALAM GAMBAR (ADA BEBERAPA STEP YG BOLE ANDA LIHAT) SEDIAKAN RING KEK DAN MASUKKAN ADUNAN MENGIKOT BENTUK RING TERSEBUT.

12. DALAM TU PUTRI GUNAKAN COKLAT MOUSSE KESELURUHANNYA. RESEPI BOLE KLIK SINI . KALAU NAK LETAK KEK JADIKAN BASE DAN TOP DIA PUN BOLE IKOT SUKA ANDA. BOLE JERR MASAK APA2 JENIS KEK DAN BENTUKAN MENGIKOT SIZE YG DIKEHENDAKI.


SELAMAT MENCUBA!!!
















FOR THIS RECIPE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...