Tajul - Sedalam-Dalam Rindu (Official Music Video)

Saturday, 2 February 2013

MELTY HERSHEY

Putri ada ubah sikit resepinya supaya berkurangan manisnya...lagi pun dessert mmg kena manis kalau tak mmg bukan dessert laa kan hehehe...kita kurang kan sikit laa manisnya ek..so ada beberapa berubahan...selamat mencuba!!!
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua teman2 tersayang. Berpegang pada janji maka terlaksana laa satu lagi resepi yg tengah hot diperkatakan. Resepi ni dengan2 citer dari teman2 FB...kontroversi abis. Tang mana yg bestnya pun tak tau laa. Putri ingat wah hebat cam mana laa yg berbayar tu. Rupanya indah khabar dari rupa gitu hehehe. Seriously seperti yg putri pernah bagitau dulu....pada yg nak buat perniagaan tu jgn sesekali share pada org ramai walaupun berbayar sbbnya suatu masa nanti PASTI ada yg bermurah hati akan share pada kawan2 lain. Mungkin bagi anda yg yakin kalau dah BAYAR MAHAL tu mesti takkan share. Disini tanggapan anda sangat2 salah. Rambut sama Hitam tapi Hati lain2. Kalau ada yg nak share tu terpulang pada mereka sendirikan. Hak tetap ditangan mereka anda tak bole mengarahkan apa yg patut mereka buat. Nah contohnya seperti sekarang tanpa resepi berbayar pun banyak yg dah mencubanya. Berbanding dengan resepi yg berbayar...resepi yg dicipta mengikot citarasa lebih sedap dari yg berbayar kot. Tak tau laa bila dapat resepi dari my dear sista terus cam jadi tanda tanya...tang mana tu yg hebatnya siap berbayar lagi tuk mendapatkannya...dalam resepi langsung takde yg menarik WOW gitu. Jadinya putri pun tak tau kenapa ianya menjadi kontrovesi. Waduh serious laa pulak ayat2 ku diatas ni...mcm mak berceramah laa pulak huhuhu.

Apa pun versi yg putri buat kali ni adalah hasil dari resepi teman FB Rahmaniah...thks dearr atas perkongsiannya. Walaupun teman ku ni ada letak cheese namun putri dah ubah menggantikan yg lain mengikot citarasa putri lak hehe. AL BIASA perkara normal mmg suka menokok nambah mengikot tekak ni haa kan kan...ada mak kisah muahahahaha. Bukan apa sbbnya kalau dah letak ciss rasa dah lebih kurang tiramisu gitu kan so kita ubah laa kali ni ek tuan2 dan puan2 hehehe terlebih sudah. So jom laa kita beramai2 mencuba resepi ni...kot2 u aollss nak menambah apa2 yg u aollss nak tambah bole jerr. Atas tu nak kasi penuh menggunung pun bole hehe. Ok laa jom kita kelas memasak. Jom jom...



BAHAN2NYA

- 150 GM COKLAT PUTIH
- 100 ML WHIPPING CREAM DAIRY (TUK DIMASAK)
- 1 SUDU BESAR BUTTER/MAJERIN
- 100 GM MARSHMALLOW PUTIH
- 1 TIN NESTLE CREAM
- 450 ML WHIPPING CREAM NON DAIRY (TUK DIPUKUL)

- 2 PACKET BISKUT OREO ATAU APA2 BISKUT YG DISUKAI ATAU KEK JUGA BOLE


SOS COKLAT HERSHEY


- 100 ML WHIPPING CREAM NON DAIRY
- 150 GM COOKING CHOCOLATE
- 1 SUDU BESAR PENUH NUTELLA


BAHAN2 TOPPING IKOT SUKA ANDA

COKLAT M&M
KACANG BADAM YG DITUMBUK KASAR2
COKLAT PARUT
SKITTTLES
COKLAT CHIP




CARA2NYA

*** KITA MASAK SOS COKLAT DIA TERDAHULU. MASAK W/CREAM HINGGA MENDIDIH DITEPI2NYA DAN MATIKAN API. MASUKKAN COKLAT DAN KACAU SEHINGGA COKLAT CAIR. MASUKKAN NUTELLA DAN KACAU RATA. MASUKKAN BAHAN KE DALAM PIPING BAG. ***

1. SECARA DOUBLE BOILER MASAK 100ML WHIPPING CREAM(DAIRY...TIDAK MENGANDUNGI GULA). PASTIKAN W/CREAM PANAS BARU MASUKKAN COKLAT DAN KACAU HINGGA COKLAT CAIR.

2. KEMUDIAN MASUKKAN BUTTER/MAJERIN DAN KACAU HINGGA IANYA CAIR. MASUKKAN PULAK MARSHMALLOW DAN KACAU HINGGA IANYA CAIR JUGA.

3. SETELAH MARSHMALLOW DAN BAHAN2 LAIN CAIR MATIKAN API DAN TUANGKAN BAHAN2 TADI KEDALAM BEKAS LAIN. HATI2 YERR PASTIKAN BEKAS PANAS TADI DILAP BAHAGIAN BAWAHNYA SUPAYA BILA SALIN KE BEKAS LAIN AIRNYA TIDAK MASUK. BIARKAN IANYA SEJUK SEBENTAR.

4. PUKUL PULA YG 450MLWHIPPING CREAM NON-DAIRY (YG MENGANDUNGI GULA DIDALAMNYA) HINGGA KENTAL BERTANDUK. AMBIL SEBAHAGIAN DARI W/CREAM YG KENTAL NI DAN GAUL KEDALAM COKLAT PUTIH TADI. GAUL KAUP BALIK HINGGA RATA.

5. MASUKKAN ADUNAN COKLAT PUTIH KEDALAM LEBIHAN WHIPPING CREAM TADI DAH GAUL RATA. ADUNAN MASIH KELIHATAN KENTAL BERKREM. AKHIR SEKALI MASUKKAN NESTLE CREAM DAN KAUP BALIK JUGA HINGGA RATA. MASUKKAN BAHAN KEDALAM PIPING BAG DAN SIAP TUK DIGUNAKAN.

6. BOLE LAH MELAPIS MENGIKOT CARA KITA SENDIRI. BERMULA DENGAN MELETAK BISKUT ATAU CREAM DULU PUN BOLE THEN DI IKOTI DENGAN SOS COKLAT DAN LETAK BISKUT LAGI DAN PAIPKAN CREAM LAGI DAN SETERUSNYA. ATAS SEKALI TABURKAN SEMUA BAHAN2 MEWAH YG KITA MAHUKAN. DISEJUK DALAM PETI SEJUK BIASA SEBELUM DIHIDANG.


SELAMAT MENCUBA!!!









FOR THIS RECIPE

6 comments:

  1. Salam kak puteri,
    waduh, waduh.. kak puteri, betul2 menggodalah melty hershey kak puteri ni.. hari ni kt fb dan blog jer tgk ramai yg post melty hershey ni, insyallah klu ade mase nk cubalah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali sayangku...

      Tu laa kan rata2 semua mencuba buat melty hershey ni versi masing2 gitu...yg pastinya mmg sangat2 sedap dimakan kena try ni dearr...banyak cara bole pilih ikot hati yg berkata2 gitu hehehe kalau kak putri suka yg simple senang dan cepat siap pastu cepat makan kikikiki

      Delete
  2. Puteri Manja.....sebenarnya baru tahu dah ada blog, sebelum nie follow ikut fb je dan banyak dah resepi saya dah cuba dan menjadi...resepi kali nie memang gougeous (betui ke eja nie)...mesti kena cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii my dearr Siti....laa baru tau ekrr...lagi sebulan page ni dah masuk tahun pertama tau...apa pun thks sangat dah sudi mencuba resepi2 dari album putri...mmg dearr gorgeous bebenor tau melty hershey ni...makan sejuk2 aduhhh lazat bangettt hehehe try laa dearr

      Delete
  3. wow...nak try buat la..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...