Tajul - Sedalam-Dalam Rindu (Official Music Video)

Monday, 30 July 2012

SPAGHETTI BOLOGNESE



Bertemu lagi kita diruangan masak memasak ni yerr. Masak apa tu ari ni...haa kalau pikiran buntu ayuh laa masak spaghetti jerr. Ni pun resepi mudah. Cuma kena ada laa semua bahan2. kebetulan anak2 mintak buat ni smlm tu yg buat. Lama dah tak makan. Mula2 dulu makan ni kat umah biras putri. Dia hidang kan ni. Alamakkk mula2 peliknyaa tak pernah makan seyyy kita kan tekak org kampung huhuhu. So tu laa 1st time merasa....hmmm pelik mula2...but then hahaha tetiba dah jadi taste kita laa. Betul ni guyss u aollss semua kena try makan. Kalau tak pernah try pun cer amik sikit...mesti tergodasss punay ngan rasa dia yg pedas2 masam2 SEDAP2! gitu hehehehe. Irah yg dulu LANGSUNG TAK mau rasa atau jamah...sekarang dah bole jamah dah. Ada peningkatan kan kan...1 point irah hahaha. Well tak kenal maka tak cinta yerr tak...so kena laa kenal maka kau akan tertarik pada ku nanti huhu terlebih sudah. Seriously kita org2 muda masih bole terima sesuatu yg baru...kita MUDA ek...kalau yg dah senior tu mmg tak bole ubah lidah dorg tu. Meka akan kata...ishhh mee hapo laa hang masak ni muahahahaha. So tak yah laa hidangkan ni buat org2 senior ek....tapi ada gak org2 senior yg sangat suka mencuba. Tengok org2 kot. Tapi nenek2 kita jgn arr masak ni kasi dorg makan...cian mereka kang nak makan susah lak sbb kita kan makan ni gulung2 pusing2 then suap...kalau dorg terus cucuk jerr then spaghetti ni kan licin....hahahaha paham2 jerr laa bila nak habis makan ni kan huhu. Oklah resepi ni lama dah ada dalam simpanan...putri siap minta biras tu ajar cam mana nak buat...thks to my SIL for the lovely resepi. Sis kata ni resepi dari mak dia...wah auntie taste luar biasa seyyy hehehe apa pun terbaikkk wok!!! jom laa sambil dengar lagu sambil kita salin resepi ek.


BAHAN2NYA:

- 1 BUNGKUS SPAGHETTI (DIDIHKAN DENGAN AIR DAN SEDIKIT MINYAK MASAK DIATAS API SAMPAI IANYA LEMBUT..ANGKAT DAN TOSKAN)
- 2 CAWAN SOS ITALIAN YANG HALAL
- 1 TIN CENDAWAN BUTANG YG DAH SIAP HIRIS
- 2 BIJI TOMATO - POTONG DADU KASAR2
- 500GM DAGING CINCANG
- 2 BIJI BAWANG BESAR (POTONG DADU KECIL2)
- 6 ULAS BAWAH PUTIH (POTONG DADU KECIL2)
- 4 SUDU BESAR CILI KISAR (NAK PAKAI CILI BOH PUN BOLE)
- 200ML AIR
- 2 BATANG LADA MERAH - DIHIRIS (OPTIONAL)
SEDIKIT GARAM@SECUKUP RASA

CARA2NYA:

1. PANASKAN MINYAK DAN TUMIS BAWANG DAN BAWANG PUTIH SAMPAI GARING DAN NAIK BAUNYA.

2. KEMUDIAN MASUKKAN CILI KISAR. KACAU SAMPAI GARING.

3. SETELAH GARING MASUKKAN AIR,DAGING DAN CENDAWAN BUTANG. KACAU RATAKAN.

4. AGAK2 LIMA MINIT CAM TU MASUKKAN SOS ITALIAN. KACAU RATAKAN.

5. BIARKAN MENDIDIH SELAMA 5-7 MINIT. KEMUDIAN MASUKKAN PULA TOMATO BIJI DAN HIRISAN CILI. JGN LUPA TABURKAN GARAM SEKALI.

6. SEKIRANYA KUAH PEKAT...BOLE LETAK AIR MASAK SEDIKIT LAGI...BIAR BERKUAH TAPI TIDAK CAIR. KACAU2 DAN TUTUP API...SIAP TUK DIHIDANG.

SELAMAT MENCUBA!!!



FOR THIS RECIPE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...