Projector Band~Sudah Ku Tahu with lyrics

Tuesday, 3 July 2012

AIR BATU DURIAN BELANDA@SOURSOP

Selamat ptg teman2 semua. Kebelakangan ni cuaca ujan jerr kan...RAHMAT tu. Sejuk sikit bila nak tido mlm kalau tak bermandi peluh jerr tau. Apa pun putri nak share ngan semua air batu durian belanda ni. Tau laa u guys semua terrer buat. Putri lak kes belasah jerrr, Dulu ada gak bantu mak buat air batu ni...tapi tu zaman kanak2 main pondok2 kan kan kan. So tak masa tu mana ada cordial2 ni semua...semua kena buat sendiri. Zaman sekarang senang jerr...semuanya dah siap sedia...tinggal bancuh air jerr. Jadinya kali ni nak pulak rasa makan air batu durian belanda ni. Ishhh mmg PAYAH cari laa buah ni...rata2 semua kedai buah2 takde pun jual. Then tak putus asa...selongkar setiap pelusuk lorong...bukan lorong gelap ek muahahahaha. Cari punya cari last2 satu kedai jerr ada jual tu pun tinggal 2 3 biji. Bila tanya harga....makkkkkk datoookkkk oiiiii MAHALNYA. Makan belasan juga la sebiji tu. Cam ni tak bole laa nak buat jual. Buat makan sendiri jerr laa huhu. So project air batu soursop pun menjadi laa. Jom ikoti apa yg putri belasah buat dalam kadungan air batu tu ek...jom2.


BAHAN2NYA

5 LITER AIR
1 LITER CORDIAL SOURSOP
2-3 SENDUK GULA PASIR(KALAU TAK PAKAI GULA RASA DIA KURANG SIKIT LAA)
1 SENDUK DURIAN BELANDA



CARA2NYA


1. MASAKKAN GULA BERSAMA AIR SEHINGGA MENDIDIH.

2. PERLAHANKAN API DAN MASUKKAN 1 SENDUK DURIAN BELANDA DAN CORDIAL SOURSOP KEDALAM AIR DIDIHAN TADI.

3. KACAU RATA DAN PASTIKAN SEMUANYA SEBATI.

4. SETELAH RATA MATIKAN API DAN BIAR AIR BETUL2 SEJUK BARU DI BUNGKUS. JGN LUPA LETAKKAN SEDIKIT DURIAN BELANDA DIDALAM PLASTIK AIR TU NANTI.


SELAMAT MENCUBA!!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...