Tajul - Sedalam-Dalam Rindu (Official Music Video)

Friday, 20 July 2012

BISKUT BANGKIT SANTAN

Sori teman2 smlm betul2 tak sempat nak masukkan resepi kuih ni. So ari ni laa baru putri sempat nak masukkan. Ni pun baru balik dari keje. Terlebih dahulu putri nak ucapkan berbanyak terimakasih pada teman2 yg dah selalu menyokong putri dari dulu kini dan selamanya wah gitu hehehe. Tanpa anda semua sapa laa kita kan kan ahakss. Suka citanya dimaklumkan Resepi Cookies Munchy akan melabuhkan tirainya tuk tahun ni. Cukup dulu tuk kali ni putri sharekan resepi2 biskut...insyaAllah tahun2 akan dtg akan lebih banyak lagi resepi menanti kita ek. Harap setia selalu tau huhu. Seperti yg putri janjikan smlm nak share BANGKIT SANTAN ni pada u guys kan...haa hari ni laa baru terlaksana. Bangkit ni kuih org lama tapi tetap tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas....haa cam tu laa bunyinya. Mmg ternyata kuih ni begitu enak. Bagi putri...putri suka kuih jenis ni ada rasa manis sedikit. Kalau manis2 buah mmg tak kena. Walau apa pun semuanya bergantung kepada selera kita masing2. Kata org tepuk dada tanya selera...hehe. Oklah bagi yg teringin sangat nak mencuba bole laa cuba ek. Lama dah putri simpan resepi ni. Banyak yg diubah suai mengikot cita rasa putri. Apa pun u aollss semua bole laa membuatnya mengikot citarasa sendiri ok....Salam RAMADHAN buat semuanya. Kita bertemu didapur lauk pauk & kuih muih lak ek hehehe.

BAHAN2NYA

1 PACKET/500GM TEPUNG UBI (DIGORENG TERDAHULU DAN DISEJUKKAN-DIAYAK)
180GM GULA KASTOR/GULA HALUS
3 BIJI KUNING TELUR GRED A
½ SUDU KECIL BAKING POWDER
1 KOTAK KECIL/200ML SANTAN



BAHAN HIASAN
SECUKUP BIJAN & PUTIH TELUR



CARA2NYA


1. TEPUNG UBI DIGORENG TERDAHULU ATAU BAKAR DALAM OVEN...TAPI SETIAP 5 MINIT KENA BALIK2KAN. INI BAGI MERINGANKAN TEPUNG. ASINGKAN 100GM TEPUNG UBI NI.


2. TELUR, GULA DAN SANTAN DI PUKUL HINGGA KEMBANG PEKAT.


3. MASUKKAN TEPUNG UBI YG DIAYAK BERSAMA BAKING POWDER KEDALAM ADUNAN TELUR TADI. ULI SEHINGGA MENJADI DOH MEMBUAT BISKUT.


4. SEKIRANYA ADUNAN LEMBIK BOLE LAA DITAMBAH TEPUNG UBI YG DIASINGKAN TADI DAN SEKIRANYA ADUNAN KERAS BOLE LAA MENAMBAH SANTAN KEDALAMNYA. ADUNAN DOH HARUS LEMBUT. GUNAKAN PLASTIK TUK MENCANAI DOH.


5. CANAI DOH DAN TERAP MENGIKOT ACUAN BANGKIT. SAPU SEDIKIT PUTIH TELUR DIATASNYA DAN TABUR BIJAN. BAKAR PADA SUHU 170C SELAMA 15 MINIT ATAU LEBIH BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2.


SELAMAT MENCUBA!!!





FOR THIS RECIPE

4 comments:

  1. Waaa... gebus nyaaa... boleh try ni... Slmt Berpuasa Puteri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gee..thks dearr...mmg gebus ikot tuannya hehehe selamat mencuba yerr...Selamat berpuasa to u too...

      Delete
  2. wahhhhh suka2...gebusnya nk salin resepi yer laling...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...