Tajul - Sedalam-Dalam Rindu (Official Music Video)

Friday, 4 January 2013

TEPUNG GORENG CEMPEDAK RANGGUP

Yaaa ampunnn lama betul laa tak makan cempedak tau. Nak mendapatkannya pun susah ikot musim. Kadang ada kadang pun tak berapa elok...huhu. Ni kebetulan ada yg kasi banyak pulak then masyaAllah manis2 belaka semanis diri ku ini muahahaha terlebih sudah hehehe. Sedapnya cempedak tu terletak pada kemanisan isinya. Kadang tu harap bau jerr lebih tapi rasa hampeh betuii. then kalau dapat isi dia yg kuning2 fuyyoooo manisnya tak terkata...semut pun nak tumpang sekaki gak merasanya tau hahaha. Seriously bau cempedak mmg memanggil2. Dah berapa hari dah hubby tlg kupas simpan dalam peti sejuk. Baru hari ni terlaksana nak mengorbankan cempedak ni. Haa resepinya lak putri lama dahhhhh simpan. Bertahun2 ku pendam hasrat nak mencubanya....tahun 2013 baru terlaksana...DAHSYATTT betuiii hasrat putri kan kan. Bila mana dah mencubanyaa....yaa adoiiii doii doii....tak sampai 5 minit hubby putri dah ngap lebih dari 10 ketul!! Fuhhhyooo sedap sangat laa tu kot ngeee. Putri lakkk makk oiiii oii oii....muahahahaha ketawa dulu huhu...mak sendiri pun tak tahan nak makan panas2 ok....sedar tak sedar kami berdua dah menghabiskan sepinggan cempedak (kerr 3 pinggan ek wahahaha). Alaaa hujan2 cam ni biasa laa kann lapo dia lain macam sikit...sampai pinggan yg bau cempedak pun kalau bole nak makan jugak muahahaha. Ok laaa nak mo banyak2 membebel laa simpan tuk mlm ni nak membebel ngan hubby dan anak2 lakk hahahaha. Thks to Hairul diatas perkongsian resepinya...terbaikkk wok!!! jom laa kita gi lihat resepinya ek...jom jom.


BAHAN2NYA

- 2 CAWAN(200ML) TEPUNG BERAS DIAYAK
- 1 CAWAN TEPUNG GANDUM DIAYAK
- 1 SUDU KECIL BAKING POWDER DIAYAK
- 1 SUDU KECIL GARAM@SECUKUP RASA
- SEDIKIT PEWARNA KUNING
- 5 SUDU BESAR SANTAN PEKAT(SANTAN KOTAK)
- 1 BIJI TELUR
- 240 ML AIR
- 2 SUDU BESAR MAJERIN DICAIRKAN DAN DISEJUKAN


CARA2NYA


1. CAIRKAN MAJERIN DAN DIBIARKAN SEJUK.

2. SATUKAN SEMUA BAHAN2 DIATAS KECUALI MAJERIN DAN GAUL RATA DENGAN MENGGUNAKAN TANGAN JERR.

3. ADUNAN HENDAKLAH BENAR2 PEKAT. DENGAN SUKATAN AIR YG PUTRI BAGI ADUNAN TAK PERLU TAMBAH APA2 LAGI...TAPI SEKIRANYA ADA KEKURANGAN BOLE LAA TAMBAH MANA2 YG PATUT.

4. AKHIR SEKALI MASUKKAN CAIRAN MAJERIN YG TELAH SEJUK TADI KEDALAM ADUNAN. GAUL HINGGA RATA. SIAP TUK GICELUP DAN DIGORENG.



SELAMAT MENCUBA!!!






FOR THIS RECIPE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...